Monday, September 22, 2008

buat ibu terchenta


Kiriman SMS dari adik sekali lagi buat aku kelu. Ayatnya berbunyi begini, “ tadi aku baru tepon mak…mak kata takkan raya kedua dah nak balik ke PD. Lagi pun tiap minggu balik PD rayalah lama sikit kat Parit Buntar. Itu bunyi SMS adik yang dihantar kepadaku. Ayat itu buat aku shahdu dan lantas kedut-kedut tua wajah mak terbayang dalam kotak fikiran. Nampak sangat mak berharap agar aku beraya lama di kampung. Beraya lama bermakna banyaklah masa bersama dua cucunya Durrani dan Fahim. Memanglah siapa yang tidak mahu beraya di kampung sendiri lebih lama berbanding mentua. Walaupun ibu dan bapa mentuaku sudah lama meninggal dunia namun pada sesiapa jua pun kedatangan raya amat bermakna begitu juga suamiku. Sebab itulah dia mengajak aku pulang ke PD pada raya kedua. Aku pernah usulkan kepada suamiku agar beraya lama di kampung memandangkan aku masih punya kedua orang tua..apalah salahnya jika masa itu aku abadikan bersama mereka tatkala mereka masih sihat. Bukahkah menggembirakan hati ibu bapa itu tanggungjawab anak-anak? Aku rasa ketika ibu bapa masih ada inilah aku harus gunakan masa sebaik-baiknya kalau boleh aku mahu pulang ke kampung pada setiap minggu jika tidak boleh setiap bulan atau paling tidak dua bulan sekali. Bagi aku biarlah berhabis duit untuk tol dan duit minyak..biarlah….duit boleh dicari ibu bapa tiada ganti.. aku teringat cerita kak ema yang baru kehilangan ibu tersayang 3 hari menjelang Ramadan. Kini tiada lagi cerita mengenai ibunya..tiada lagi pakaian dan kasut raya yang dibeli pada setiap kali raya..tiada lagi senyuman ibunya malah tangan yang dicium setiap kali pagi raya sudah tiada. Aku tahu apa yang akan dilalui kak ema akan juga dilalui aku dan insane lain sebab itu aku mahu menggunakan peluang yang ada untuk menggembirakan hati mak dan abah. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan kunjungan aku serta anak-anak. Itulah yang selalu aku beritahu pada suamiku..aku harap dia memahami walaupun ada juga dia merungut mengenai duit minyak dan tol sekiranya selalu pulang ke kampung.
Aku seronok melihat kegembiraan mak apabila anak-anak pulang kampung. Dia akan memasak apa sahaja makanan kesukaan anak-anaknya dan melayan cucu-cucunya bermain.
Tatkala mahu pulang ke Kuala Lumpur ada riak kesedihan pada wajahnya yang turut membuatkan aku menangis. Kini mak dan abah tinggal berdua sahaja..sejak adik aku yang bongsu berkerja di KL. Sunyi???? Tentulah…sebab itu anak dan cucu pengubat kesunyian. Arrrgghhh….aku harap untuk raya kali ini dapatlah aku beraya lama sekurang-kurang sehingga raya ketiga. Akan aku khabarkan sekali lagi pada suami terchenta.

3 comments:

Cik Elie said...

alahai ti...aku baca entri ni rasa syahdu pula..ingatan pada ma kat kg tak pernah padam...rindu yg tiada pernah berhenti pada ma n abah di kg...sabtu, cepat di kau datang, aku dah tak sabar nak tgk muka lawa ma aku ni...

INTAN said...

cuba slow talk gan asben ko...katakan....raya bkn masalahnya....sbb d mana2 pun raya adalah sama....masalahnya ada peluang dan kesempatan utk berjumpa mak dan ayah....

rynas said...

Tan belum lagi bg tau Tan..kena cari masa sesuai nie..maklumlah perkara raya nie sensitip sket