Saturday, September 27, 2008

ohhh..ohhh balik kg


Baju baby tak kemas lagi


Malas lipat baju tahap Dewa ni..ada sesaper yg rajin tak mehh tolong


Pas dah lipat masuk dlm beg plak


Dah setle kemas baju kemas umah plak..ni lah mainan Durrani..bersepah2

Esok Ahad dah nak balik kampung. Sebelum tuh check list dulu apa yang belum dibuat:

- Kemas umah
-Buang sampah
-kemas baju sendiri, baju suami dan anak-anak
- pastikan tak ada baju kat ampaian
- Bilik air dah cuci
- Baju semua dah basuh

Bab yang paling aku tak suka adalah mengemas baju. Ttp terpaksa juga buat...kemas baju sendiri, hasben ngan anak-anak. Kalau boleh semua nak dibawa balik kampung ttp bukan semuanya pakai. Gitulah...penuh bonet kete kdg2 sampai tak muat hehhehe..ttp kali ni akan ku cuba untuk lebih specifickan barang2 penting sahaja. Kalau tak penat nak angkat beg.

Gambar lagi


masing2 bila dapat makanan terus senyap hahhahah


Marah ke kak????


Hai..cam tak ikhlas jer tiup lilin tuh..gurau jer ekkk...


7 cup cake comel


pas dah kenyang dapat hadiah baju....bestnya

Meraikan practical student ir dan jelita


Aku tak ingat ni menu siapa..ttp yg penting bukan menu aku...yer..yer..aton punya..lauk dia sikit jerr...diet ker???

Ni pun menu Aton juga..lompat Tikam, laksam ngan teh tarik.


Tak berapa berkenan dengan air ni...mix fruit. TTp belasah jer lah minum. last2 air suam juga yg sedap


Inilah pasangan terhangat di Bp skang...
Ada bau2 nasi minyak juga ni


3 orang isteri berbuka diluar tanpa suami hahhahha

tempat: Kelantan Delight, Sooka Sentral

Masa: waktu berbuka ler sampai ler makanan habis


Kehadiran: Team i-remaja dan jelita, Aton pun datang juga jumpa kwn2. (yg tak hadir Wan Grafik dia selalu tak join funtion iremaja)


Ini kali pertama berbuka diluar selepas 25 hari berpuasa. Nasib baik baby sitter aku ok jer bila aku cakap nak balik lambat. Aku tak drive menumpang kete Aton...sampai jer masih awal baru 6.30 so kita orang bersembang ler puas2. Aku ngan Aton sibuk ambil gambar yang lain bersembang sampai tak ingat dunia. Bila time berbuka masing2 senyap menghayati makanan.

Agenda seterusnya adalah pemberian hadiah kepada yang diraikan Hazirah dan Huda. Manakala besday Suzi, memang surprise untuk dia..tiuplah lilin atas cup cake tuh..nampak comel sangat cup cake tuh sesuai untuk kanak2 yg nak sambut besday ttp Suzi yang ke 31..tak per muda lagi. Moga cepat berumah tangga hehheheheh doa aku. Lepas tiup lilin sesi bagi hadiah...kemalu-maluan nampaknya Suzi menerima hadiah daripada kak ema ..hadiah sehelai baju warna putih..harga (rahsia) yang aku rasa Suzi suka kot. aku, aton ngan kak ema yang pilih masa pg shoping kat Midvalley. Cadangnya nak beli kasut ttp semuanya tak sesuai...biasalah taste Suzi mesti tak nak yang ada tapak.
Ok bila semua agenda dah setle sesi mengambil gambar dan bersalam-salaman.

Komen aku- menu - aku suka menepati citarasa aku. Paling aku suka caremel nya sedap siut..nak tambah kali ke2 dah habis plak. Lauk pauknya biasa2 saja...

Suasana: Sekali sekala terdengar deruan enjin putra LRT dibelakang kami. Kalau nak bawa family makan sini...aku setuju sangat.
harga: Memang berbaloi..petang tuh bufet berbuka RM30+++...ttp kita orang bayar RM20+++ jer. Yg balance kak Ana belanja. Baik hati kak ana moga dimurahkan rezki sellau AMIN.

Yang tak best- dalam hati dok teringat anak jerr...maklumlah first time tinggal sampai malam. makan pun buat2 lah best wpun dalam hati nak balik...nak balik..nak balik huhuhuhu...


* Jam 9.30 baru aku sampai ke rumah.

sekitar majlis berbuka puasa di kelantan delight


2 editor yang sporting kak Ema ngan kak Ana



Inilah wajah ceria yg dirai- Hazirah praktikal student UiTm, Shah Alam


Menu favourite aku cucur udang..sedap juga


Mesti korang ingat ni nasi aku..bukan..bukan aku tidak makan sebanyak ini. Inilah nasi milik kak Zeda. Best tengok dia makan. sebelum penuh pinggan, selepas makan....licin. aku tak sempat nak snap gambo

Wednesday, September 24, 2008

Rajuk suami

Suami ku pabila marah dia akan mendiamkan diri sahaja. Sekali ditanya sekali jua jawapannya. Semalam ketika berbuka puasa dia hanya mendiamkan diri, aku pula sibuk melayan anak-anak si kecil mahu menyusu manakala kakak mahu disuapkan makan. Aku tahu dia merajuk…mungkin tidak sampai ke tahap marah. Aku juga tahu apa sebabnya. Arrhhgghh..aku rasa dalam hal berumah tangga buang masa sahaja bergaduh yang tidak akan dapat hasilnya. Baik aku berdiam diri sehingga marahnya reda, rajuknya surut dan diamnya kembali ceria. Lambat laun dia akan kembali seperti biasa. Jarang rajuknya panjang sehingga seharian. Paling tidak jika aku menghantar SMS berbaur lucu dan buat seperti tiada apa berlaku. Jarang terdengar dia meninggikan suara atau memberitahu apa marahnya. Aku saja yang suka meneka dalam kesamaran. Begitulah lelaki kadang kala sukar difahami walaupun suami sendiri (ya lah aku pun baru saja berkahwin masuk thn ke3). Suka mendiamkan diri dan menyelesaikan masalah sendiri. Bagi mereka bercerita akan hilang egonya. Aku rasa sifat ini ada pada semua lelaki. Tidak seperti perempuan yang suka berkongsi segalanya. Walhal benda yang kecil sebesar kuman pun mahu diceritakan termasuk pegi shopping, beli itu dan ini serta hal pejabat. Tidak seperti lelaki suka berbincang perkara penting sahaja, tambah pula hal umpat mengumpat memang tiada dalam diari mereka.

Kata mama - Oh suamiku cepatlah tersenyum seperti biasa.

baju durrani


baju yang dibeli tahun lepas. Lupa plak nasib baik check dalam almari.



Baju kurung yang berharga RM10 cam tak caya plak. Beli jerlah..murah..murah



Ni pun sama juga berharga RM10. Siapa tak nak beb..murah banget...









baju baru Durrani

Petang semalam aku berjalan-jalan di pasar Ramadan Bangi. Niatnya mahu membeli juadah berbuka. Tetapi melihat peniaga yang menjual baju dan tudung teruja pulak dibuatnya. Ketika melalui gerai menjual tudung aku tertarik pada tudung kanak-kanak berwarna maron. Sesuai sgt untuk Durrani kerana saiznya yang comel. Tanpa berfikir panjang aku terus membayar harga tudung itu.
Biasalah orang perempuan tidak lengkap berjalan jika tidak menyinggah di kedai berhampiran. Sempat pula aku membelek gerai seorang makcik yang menjual baju kurung kanak-kanak. Seingat aku tahun lepas aku membeli sepasang baju kurung Durrani yang berharga RM50.

Lantas aku terus bertanya kepada makcik itu, “berapa sepasang ni makcik,”
“alah..murah jer RM10 makcik nak sedekah jer..boleh juga beli untuk anak buah,” katanya.

“Yer ker? Murahnya,” kalau di jalan Tunku Abd rahman jgn haraplah dapat harga semurah itu. Baik sungguh hati makcik itu.

Aku terus memilih dua pasang untuk Durrani berwarna maron kerana tema raya kali ini adalah maron. Tak perlulah aku pergi ke jalan TAR. Lagi pun baju kurung yang dijual di sana tidaklah secantik mana. Mahal pula tu. Nak memilihnya satu hal, terpaksa berebut dengan orang lain. Jika ada yang murah buat apa beli yang mahal. Lagi pun sekarang masa berjimat cermat. Aku fikir Durrani cepat membesar mungkin boleh dipakai sekali dua sahaja.

Pulang ke rumah aku mengemas almari Durrani, rupa-rupanya masih ada sepasang baju belum dipakai. Baru aku teringat tahun lepas aku beli ketika sale Hamster di The Curve. Ketika itu Durrani berusia setahun dan baju itu untuk 3 tahun. Bolehlah dipakai untuk raya tahun ini.

Tuesday, September 23, 2008

RAMADAN andainya KAU datang lagi

Pejam celik pejam celik hari ni sudah 23 hari berpuasa. Bermakna seminggu lagi kita akan menyambut Syawal. Begitu cepat masa berlalu Ramadan akan meninggalkan kita kedatangan Syawal dinanti dengan penuh kegembiraan. Jika 10 tahun lalu 30 hari berpuasa terasa lamanya menunggu raya. Begitu juga puasa terasa lambatnya waktu berbuka tetapi kini masa berlalu begitu pantas. Bekerja di pejabat tanpa sedar jam sudah menunjukkan angka 5. Bermakna masa pulang ke rumah. Begitulah rutin seharian. Terasa sayangnya mahu meninggalkan Ramadan kerana amal ibadat yang tidak sesempurna mana. Terawih tidak dapat aku lakukan kerana sibuk dengan si kecil (walaupun aku sedar itu tidak boleh dijadikan alasan kerana boleh dilakukan sendiri di rumah). Tetapi itulah manusia sentiasa lalai dan leka apabila tiba waktu kehilangan barulah terasa betapa berertinya andainya RAMADAN datang lagi.
Mujur ketika bujang dulu aku dapat bersembahyang terawih bersama rakan-rakan di masjid. Kemanisannya terasa sehingga sekarang…walau mengantuk macam mana sekali pun akan aku usahakan untuk bersembahyang. Kerana terasa rugi meninggalkan Terawih yang banyak keistimewaannya.
Kadang kala aku terfikir kita mengejar dunia sehingga terlupa akhirat makin menghampiri. Sepatutnya Ramadan dijadikan permulaan untuk melakukan amalan yang jarang dilakukan seperti sembahyang sunat atau tahajud dan mengaji al-Quran. (tetapi ketika mengandung mmg aku rajin lakukan kerana tidak dapat tidur malam). Kini Ramadan cuma tinggal 7 hari sahaja, dalam kegembiraan menunggu Syawal terasa keshahduan meninggalkan Ramadan. Entah kan dapat entahkan tidak menunggu RAMADAN pada tahun hadapan andai Tuhan memanjangkan usia, InsyaALLAH.

zizan Nin


Ini photografi kedua aku dengan Zizan Nin. Sajer buat kelainan terutama make up. Banyak lagi pix lain tapi mana ntah aku letak ini jer yang tinggal.

SMS Zizan Nin

Kiriman SMS daripada seorang rakan artis tiba-tiba sahaja buat aku tersenyum panjang. SMSnya berbunyi begini:

Artis: A’kum Siti, apa khabar? Lama x jumpa. U dah ada 2 cahayamata ehh? Tahniah.

Tak sangka walaupun lama tidak bertemu tetapi dia masih mengikuti perkembangan aku dan mahu bertanya khabar. Terasa diri dihargai huhuhuhu...aku membalas Smsnya<

Aku: w’salam..ehh..ehh mana u tahu ni? Yup kali ni baby boy dah sepasanglah. U cam ner sihat. I Mengikuti perkembangan u dalam drama jerlah KU MILIKMU. Best

Tak lama kemudian dia membalas balik

Artis: Tq..i macam tu jer x berubah, still Zizan yang u kenal b4. i selalu in touch with Marini. Close with her too.

Dia adalah Azizan Nin, model iklan Pond kemudian menjadi pengacara Beat TV, Astro sebelum menjadi pelakon. Dulu aku memang sering berhubung dengannya menerusi SMS. Dia pula sudi bercerita mengenai teman wanita dan kemudiannya berpisah. kemudian aku tidak lagi berhubung dengannya dek kerana sibuk juga barangkali dia tidak lagi remaja sudah berusia 32 tahun. Pun begitu aku tetap mengikuti perkembangan pelakon yang amat aku minati ini menerusi drama seperti Saka dan Ku Milikmu. Dia memang peramah, tidak sombong dan senang bekerja sama. Kali pertama bertemu dalam satu majlis anjuran astro ketika itu aku mula bertugas sebagai wartawan tidak sangka dia mahu memberikan nombor telefon bimbitnya. Tidak seperti sesetengah artis yang hanya memberi nombor PA mereka sahaja. Sejak itu dia antara rakan artis yang rajin menghantar SMS bertanya khabar. Malah dia mengesyorkan agar aku menulis skrip drama dan memilih watak sesuai untuk dirinya. Paling tidak dapat aku lupakan ketika dia bercuti di Thailand dia membelikan aku beg kecil comel...yang aku simpan sampai sekarang.
Gosip percintaan dengan Rozita Che Wan aku anggap hanya gosip semata-mata, kerana aku kira takkan Rozita mahu mengambil zizan sebagai teman lelaki. Sedangkan aku tahu memang sesiapa juga gadis yang pernah bertemu dengannya akan tertawan dek senyumannya yang sangat manis. Mungkin juga Zizan hanya bertepuk sebelah tangan sedangkan Rozita hanya sekadar berkawan. Walau apa pun aku tetap meminati lakonan jejaka bernama Azizan Nin ini dulu, kini dan selamanya.
tat yang siap dimasak

Conflakes madu

Conflakes madu hangus

opss..biskut hangus

Sabtu dan ahad seperti biasa aku pulang ke kampung di PD Negeri Sembilan. Cuaca panas terik menyebabkan aku keletihan yg amat sangat. Fahim pula tidak mahu tidur sehinggalah aku membuka baju dan seluarnya. Petang ahad Angah mahu membuat tat dan conflakes madu. Aku seperti biasa hanya membantu apa yang patut sahaja. Maklumlah ada anak kecil, mahu pegang tepung si kecil sudah merengek minta dibuai. Dalam hal membuat kuih aku akui sangat tidak rajin. Aku sanggup mengeluarkan duit daripada menggaul tepung kemudian bertungkus lumus menyiapkannya dan menunggu sehingga masak. Arrgghhh…memang aku seorang yang malas. Aku hanya memerhatikan Angah membancuh tepung kemudian menguli sehingga sebati. Kemudian dimasukkan dalam acuan ditekan dan digulung bersama jem nenas. Belum habis lagi....kuih yang comel itu kemudian disapu dengan kuning telur. Kemudian dibakar sehingga habis semuanya. Aku hanya membantu Angah menyapu kuning telur di atasnya sahaja. Selebihnya diselesaikan Angah. Adik beradik yang lain seperti Along mengemas luar rumah kasihan dia terpaksa berpanas, mencabut rumput dan menyapu sampah. Liza pula mengemas bahagian dapur. Lia tidak pulang berbuka di rumah sendiri. Petangnya kak ina bersama anak-anak datang berbuka di rumah sambil membawa menu masak lemak taugeh. Oppsss...teman lelaki Liza juga berbuka sekali sambil membawa biskut almond London. Sedap juga...Durrani makan sehingga comot bajunya. Malamnya Angah menyambung membuat conflakes madu. Aku cuma membantu memasukkan conflakes di dalam sarung....wahhh biskut ini aku rasa paling senang di dunia. Makannya juga senang anak-anak buah sibuk memasukkan satu dan satu ke dalam mulut mereka termasuk anak aku yang suka meratah conflakes. Jam 10.30 malam barulah selesai semuanya.. malangnya ketika adunan terakhir kerana asyik bersembang tidak sedar adunan hangus.Hahhahaha..kami semua ketawa melihat conflakes yang tidak serupa conflakes. Kata aku biskut hangus ini untuk LIZA.

Monday, September 22, 2008

buat ibu terchenta


Kiriman SMS dari adik sekali lagi buat aku kelu. Ayatnya berbunyi begini, “ tadi aku baru tepon mak…mak kata takkan raya kedua dah nak balik ke PD. Lagi pun tiap minggu balik PD rayalah lama sikit kat Parit Buntar. Itu bunyi SMS adik yang dihantar kepadaku. Ayat itu buat aku shahdu dan lantas kedut-kedut tua wajah mak terbayang dalam kotak fikiran. Nampak sangat mak berharap agar aku beraya lama di kampung. Beraya lama bermakna banyaklah masa bersama dua cucunya Durrani dan Fahim. Memanglah siapa yang tidak mahu beraya di kampung sendiri lebih lama berbanding mentua. Walaupun ibu dan bapa mentuaku sudah lama meninggal dunia namun pada sesiapa jua pun kedatangan raya amat bermakna begitu juga suamiku. Sebab itulah dia mengajak aku pulang ke PD pada raya kedua. Aku pernah usulkan kepada suamiku agar beraya lama di kampung memandangkan aku masih punya kedua orang tua..apalah salahnya jika masa itu aku abadikan bersama mereka tatkala mereka masih sihat. Bukahkah menggembirakan hati ibu bapa itu tanggungjawab anak-anak? Aku rasa ketika ibu bapa masih ada inilah aku harus gunakan masa sebaik-baiknya kalau boleh aku mahu pulang ke kampung pada setiap minggu jika tidak boleh setiap bulan atau paling tidak dua bulan sekali. Bagi aku biarlah berhabis duit untuk tol dan duit minyak..biarlah….duit boleh dicari ibu bapa tiada ganti.. aku teringat cerita kak ema yang baru kehilangan ibu tersayang 3 hari menjelang Ramadan. Kini tiada lagi cerita mengenai ibunya..tiada lagi pakaian dan kasut raya yang dibeli pada setiap kali raya..tiada lagi senyuman ibunya malah tangan yang dicium setiap kali pagi raya sudah tiada. Aku tahu apa yang akan dilalui kak ema akan juga dilalui aku dan insane lain sebab itu aku mahu menggunakan peluang yang ada untuk menggembirakan hati mak dan abah. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan kunjungan aku serta anak-anak. Itulah yang selalu aku beritahu pada suamiku..aku harap dia memahami walaupun ada juga dia merungut mengenai duit minyak dan tol sekiranya selalu pulang ke kampung.
Aku seronok melihat kegembiraan mak apabila anak-anak pulang kampung. Dia akan memasak apa sahaja makanan kesukaan anak-anaknya dan melayan cucu-cucunya bermain.
Tatkala mahu pulang ke Kuala Lumpur ada riak kesedihan pada wajahnya yang turut membuatkan aku menangis. Kini mak dan abah tinggal berdua sahaja..sejak adik aku yang bongsu berkerja di KL. Sunyi???? Tentulah…sebab itu anak dan cucu pengubat kesunyian. Arrrgghhh….aku harap untuk raya kali ini dapatlah aku beraya lama sekurang-kurang sehingga raya ketiga. Akan aku khabarkan sekali lagi pada suami terchenta.

Politik oh politik

Sebenarnya aku memang malas membicarakan mengenai politik..tak tahu, tak nak ambil tahu kerana bagi aku politik semua sama. Tetapi hasben aku memang seorang yang suka berfikir mengenai politik dan suka menilai sesuatu daripada mata hatinya. Kadang-kadang pandangannya membuatkan aku terdiam dan mengakuinya. Memang apabila berbicara mengani politik aku akan tertewas. Hujah-hujahnya akan disertakan sekali contoh yang aku kira sangat bernas. Aku mulai akur mengapa penduduk kampungnya memilihnya untuk dijadikan KETUA PEMUDA UMNO. Memang sebelum ini aku tidak percaya yang dia boleh memimpin tetapi melihat keseungguhan menerajui pakatan pemuda kampungnya...Ya.. dia memang berkebolehan...setiap hari dia memang suka menulis sekadar suka-suka penulisan mengenai politik negara. Katanya mahu dimasukkan ke dalam blog tetapi sehingga kini hanya menjadi simpanan komputer sahaja. Agaknya takut sekiranya penulisan mendapat reaksi daripada pembaca blog lantas ditangkap seperti penulis blog yang lain..hehheheh (agak aku lah). Tapi story di bawah aku ambil tanpa pengetahuan hasben aku..aku tertarik dengan penulisan mengenai pasti PKR, UMNO dan PAS.
(Jika abang terbaca penulisan ni..sajer mama copy masukkan dlm blog mama. Sorry yerSeorang member aku bertanya. “ apa pendapat ko mengenai PKR, UMNO, PAS. Agak-agak kalau soalan ni diajukan pada anda, kepada anda apa yang akan anda jawab
Aku tak tahu kenapa dia mendekati aku dan boleh cool bertanya tentang soalan itu sebelum balik kampung. Adakah dia keliru dengan iklim politik sekarang atau dia mula menggunakan akal
Bagi aku, pakatan rakyat memerintah belum tentu taraf hidup kita berubah. Kalau sekarang rumah kita flat tidak mungkin apabila PKR memerintah rumah kita akan jadi rumah banglo. Mungkin ia terjadi jika kita kroni mereka. Rezeki harus dicari bukan datang bergolek. Aku takut bilamana PKR memerintah, kestabilan politik menjadi kelam kabut. Kalau sekarang politik kita kabur, bagaimana barisan pakatan rakyat menjernihkan suasana.? Kalau barisan nasional penuh dengan rasuah apa jaminan pakatan rakyat bersih daripada gelaja itu sedangkan barisan yang akan dibentuk terang-terang melompat parti disebabkan pangkat dan wang ringgit. Adakah dengan melompat parti mereka menjadi suci dari segala kekotoran
Walau apapun, mungkin sudah tiba masanya kita memberi peluang pada pakatan rakyat untuk membuktikan apa yang digembar -gemburkan. Bukankah itu kehendak rakyat Malaysia terutamanya orang melayu?
Kekadang aku mencari-cari apa yang sebenarnya orang melayu MAHU. Adakah kerana rasuah mereka ingin menukar kerajaan atau kerana tekanan hidup yang semakin menekan? Mungkin faktor tekanan hidup membuatkan mereka memberontak lalu mereka tidak terfikir sebenarnya mereka menggadaikan masa depan bangsa mereka sendiri.Apapun aku sebagai warga Malaysia, aku ikut suara majoriti. Aku tak kisah.
Biarlah apapun yang terjadi. Aku tunggu dan lihat. Adakah aku silap dalam menilai atau mereka yang silap. Hanya masa yang menentukan kebenarannya.

Saturday, September 20, 2008

DAPATKAN i-REMAJA DI PASARAN

DAPATKAN i-REMAJA DI PASARAN

Cover I-Remaja terbaru..Oktober 2008

Sebelum bersalin aku sempat mengadakan sesi penggambaran cover I-Remaja Oktober di Bora Asmara Sg Pencala bersama pemenang Akademi fantasia 5 Mila. Masa ni tengah sarat mengandung nasib baik senang bekerjasama dengan Mila pose pun senang tak payah nak ajar dia dah tahu apa nak buat. Aku duduk dan bagi arahan pada potografer apa yang aku nak untuk cover ni. Sebenarnya Mila beraksi dalam teratak malangnya selepas meeting cover datuk memilih gambar yang tiada background...kalau tahu lebih baik shoot dalam studio jer tak payah susah2 nak keluar. Tak perlah janji dah settle semuanya.

Tempat: Bora Asmara, Sg Penchala
Masa: 2 petang hingga 6 petang
Pakaian: Mila sendiri (dia kecik tak sponsor)
Make up: Atie Jengka
Jurugambar: Nasir Roli dan kecik (praktikal Unimas)

aksi Durrani




Sebelum pg keje anak aku yang sulung Durrani memegang camera sambil berkata, "mama amik bar...enyum..."katanya sambil memegang camera gaya orang mengambil gambar. Dia terus memberi camera kepadaku dan memanjat kabinet TV lalu membuat pelbagai pose. Setelah 10 minit mengambil gambar inilah hasilnya....

aksi Durrani



list untuk raya

Jumaat tengah hari aku ke MidValley dengan Anis tujuannya mengambil baju di Butik Zara untuk cover shot Isnin nanti. Mujur gaji belum masuk..kalau dah haruslah bershoping. Aku sempat juga meninjau kasut Durrani tetapi belum beli lagi. Sempat juga membeli kasut untuk mak. Biasanya tiap tahun aku membeli tudung dan baju kurung untuknya. Tapi bermula 3 tahun sebelum ini aku menukar kepada kasut. Bukan apa kalau dah 5 anak perempuan membeli baju..sudah 5 pasang belum termasuk menantu-menantunya. Sebab itu baik aku menukar kepada kasut. Tak sempat nak tengaok kasut abah kerana masa dah suntuk. Mungkin minggu depan aku datang lagi kerana baju anak-anak belum beli lagi...tunggu encik suami bg duit dulu hehhehe..

Kat bawah ni aku listkan apa yang aku harus beli minggu depan:

1. Baju dan kasut Durrani
2. Baju Fahim
3. Kasut abah
4. Kain pelikat atau baju Melayu
5. Kasut aku (kalau ada duit lebih)
6. Sarung kusyen (untuk kg) - kalau ada bajet lebihlah

ni jer untuk masa ini kalau ada lagi nanti aku listkan...

Friday, September 19, 2008

Raya oh raya

Pagi-pagi lagi aku menerima kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada kak long. Ayatnya berbunyi begini, “Kalau nak buat BBQ raya kedua pun ok kak long raya di Perlis dulu tahun ni,”

BBQ raya kedua..maksudnya aku akan hanya pulang ke PD pada pagi raya ketiga..sedangkan en. Suami mengajak aku pulang pada petang raya kedua dan aku sudah bersetuju memandangkan tahun ini aku pulang awal ke Parit Buntar.

Aku jadi serba salah bermakna hari Jumaat baru bertolak dan sampai pada Jumaat malam. Sabtu, ahad dan Isninya sudah bekerja…alahai tentu en. Suami kurang bersetuju.

Lantas aku membalas SMS kak Long. Berbunyi begini, “ kalau semua adik beradik dah setuju ikut jerlah,”

Memang aku suka pulang pada pagi raya ketiga..maklumlah siapa yang tidak mahu berlamaan di kampung sendiri tetapi aku juga bersifat demokrasi dan memberi peluang suami membuat keputusan. Kadang-kadang pasal hari raya juga boleh membuatkan suami isteri bermasam muka..dulu aku tak percaya tapi bila dah kahwin dan melalui sendiri barulah aku percaya.

Tapi 2 kali menyambut raya dan ini kali ketiga belum pernah lagi aku dan dia bermasam muka. Akan ku cari masa sesuai membuka mulut kepada en.suami..harap dia tidak kisah.

Thursday, September 18, 2008

Memey yang kukenali


Inilah pelakon drama Memey Suhaiza..pelakon drama yang sedang meningkat. Cantik orangnya. Dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Farid Kamil terbaru dikatakan sedang bercinta dengan Norman Hakim. Untuk cerita lanjut kenalah baca I-Remaja edisi November 2008.

making off


Ginilah sebelum fotografi diadakan...kena solek dulu..pastu kena pilih baju (yang artis bawa atau kita sediakan). Bila semua dah ready barulah amik gambar. Sebelum tu fotografi kena set up studio...lighting semua ok barulah boleh shoot. Biasanya start dari make up sampailah habis memakan masa 3 jam. Cam fotografi ni start make up 1 tengah hari dan habis jam 4 petang.

cop!!!!..amik gambar sat nooo...

Bila dah habis fotografi sesi bergambar ..itu mesti hehhehe...ttp kdg2 aku lupa nak bergambar. Tapi sejak ada blog ni akan aku usahakan. Nanti boleh tunjuk kat anak-anak huhuhuhu

Wednesday, September 17, 2008

Iron baju

Aktiviti paling disukai ialah 'mengiron baju'

Permata hati -DURRANI FATIHIN

Inilah anak aku yang sulung 23 Oct 2008 genaplah usianya 2 tahun... makin besar pelbagai kerenah ditunjukkan. Kadang-kadang buat aku pening kepala..ada kala buat aku tertawa.
Memang kerenahnya menyejukkan hati...walau penat ..walau tidak cukup rehat namun memandang wajahnya saja sudah cukup menghilangkan segalanya.

kelas bahasa

Tarikh: 16 September 2008
jam: 9.30-10.30
Guru: Rohani Pak Wan Chik
Tempat: Lot 10 Berita Publishing

Pagi ini tergesa-gesa juga datang ke pejabat awal sebab ada kelas bahasa bersama Kak Ani. Ini kali pertama aku menghadirinya walaupun sudah banyak kali diadakan kerana aku dalam pantang. Seronok juga kerana banyak yang aku belajar walaupun bertugas sebagai wartawan tak semestinya bahasa aku ok, banyak tatabahasa yang perlu diperbetulkan. Terutama percampuran antara bahasa Melayu dan Inggeris. Memang pantang betul kalau staf BP menggunakan bahasa rojak dalam penulisan mereka. Kata kak Ani " banyak perkataan Melayu yang indah-indah mengapa nak guna bahasa Inggeris?"

Aku sokong dengan kata-kata Kak Ani, kadang kala kita terlalu mengagungkan bahasa Inggeris sehingga terlupa bahasa sendiri. Sebab itu terasa 'sedap' apabila menulis menggunakan bahasa yang yang diciplak ke bahasa Melayu padahal kesedapan perkataan itu sangat subjektif sifatnya.
Sebagai contoh Inspirasi diambil daripada inspiration tetapi dek kerana kesedapan sebutan dan sering dibaca di akhbar kita terlupa inspirasi adalah ILHAM. Bukahkah perkataan ilham itu sendiri menarik bunyinya? Entahlah aku bukannya pakar bahasa tetapi aku suka sekiranya orang-orang lama menekankan perkara ini kepada generasi sekarang sebab sudah terlalu banyak majalah menggunakan bahasa yang dicedok daripada bahasa Inggeris. Jika tiada orang-orang lama seperti kak Ani siapa lagi yang nak memperjuangkan bahasa melayu.

Moral: Aku akan cuba gunakan bahasa Melayu sebaiknya dalam penulisan terutama penulisan blog.

----------- kelas bersambung esok

Tuesday, September 16, 2008

cooler box yang dipinjamkan kak haizan

susu oh susu

Tadi baru balik surau sembahyang dan mengepam susu..dapatlah 4 oz jer..semalam dapat 2 botol kecil. Macam mana nie..agaknya sebab bulan puasa kot lagi pun stok kurma dah habis. Tak per aku dah dapatkan sekotak daripada kak On aku aku habiskan dalam masa beberapa hari ni. Biasanya sehari dapatlah 4 botol kalau diikutkan memang tidak cukup untuk Fahim yang semakin membesar..alahai anak mama!!!! Terpaksalah baby siter menambah dengan susu formula. Mungkin aku kurang kefahaman mengenai kepentingan susu ibu sebab itu aku tidak membuat stok sejak dalam pantang. “maafkan mama yer Fahim” sekarang aku cuba petua untuk banyakkan susu dengan:

- Banyakkan makan kurma walaupun bukan favourite ttp lama kelamaan rasa tak best kalau tak mengunyah kurma sambil tengok TV. Kira cam kudapanlah nie
- Minum air suam banyak-banyak. Tapi yang bestnya taklah rasa nak membuang air pula.
- Minum minuman berasaskan susu. Soyalah jadi minuman kegemaran aku pada bln puasa ni.
- Makanan berasaskan protein. Itu satu kewajiban sebab itu menu berbuka mesti ada ayam dan ikan.
- Minum air buah longan – Yang ini aku belum cuba..tak sempat beb nak cari buah longan.
- Makan lobak putih – cam tak berselera jer..

Walau apapun aku mesti usahakan agar susu aku banyak dan bertambah. Sekurang-kurangnya aku dapat menyusukan Fahim sehingga setahun..kalau lebih lagi bagus.

Fotografi bersama Memey Suhaiza

Tarikh: 15 September 2008

Masa: 1 tengah hari-4 petang

Tempat: Studio: Berita Publishing Sdn Bhd

Jurufoto: Mohd Jasmin Ramli

Penyelaras: Siti Zarinah Sahib

Solekan: Famee

Artis: Pelakon drama, Memey Suhaiza

Bukan senang mengatur pertemuan dengan pelakon yang mula meningkat naik ini kerana jadual hariannya sibuk dengan aktiviti lakonan. Daripada bulan February sehingga September baru aku dapat mengadakan sesi fotografi dengannya. Itu pun setelah berkali-kali kiriman pesanan ringkas (SMS) aku layangkan.

Kali pertama bertemu ketika mengadakan penggambaran fesyen di Redbox Ria Sogo, memang aku akui dia cantik, tinggi dan berkelayakan sebagai model. Ketika itu aku belum mengikuti lakonannya di TV. Kini drama lakonannya mula mendapat tempat yang sedang ditayangkan Lara Rindu Mahsuri di TV3 slot Lagenda, Pasrah dan Farah Syakira.

Terbaru gossip yang dikatakan sedang bercinta dengan Norman Hakim…

“Aduhhh…kak semua orang bertanya saya pasal tuh…sebenarnya gossip itu terjadi kerana saya berlakon bersama Norman dalam drama Farah Syakira. Entahlah saya tak ambil port sangat sebab tidak benar. Biarlah apa orang nak kata yang penting saya tahu apa yang saya lakukan,”

Gitulah biasanya statement artis apabila ditanya. Kebenarannya hanya mereka yang tahu.

sh.amani yang kukenali

Fouziah gous

Fouziah Gous-cover I-remaja

artis penghias cover i-remaja

Sh. Amani- Penghias cover September
Aku sukakan gayanya berbaju hijau. Malangnya setelah puas berhempas pulas mencari gaya terbaik malangnya Datuk Kadir memilih Amani bergaya kasual. Ntah apa yang menarik minatnya pada gambar itu sehingga dia tidak suka gambar Amani berbaju hijau.

- Pelakon filem dan drama senderella
-Duta Silky Girl
-Happy Go Lucky
-Senang nak pose
- Peramah giler...

Fouziah Gous - Cover Ogos 2008
- Aku paling suka gambar Fouziah berbaju merah jambu. Manja dan seksi...nasib baik datuk memilih gambar berbaju merah jambu ini.
- Aku kenali dia ketika dia menyertai Pencarian Gadis Ralph Lauren 7 tahun lalu
. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Baru habis sekolah beb..wajah pun belum matang. Aku lihat dia ada masa depan sebagai artis...bijak...tidak sombong..pandai menjaga diri.
- Lima tahun bergelar pramugari selepas itu serius dalam lakonan. Lakonannya agak kaku..tetapi lama kelamaan semakin ok..boleh dilihat dalam Impak Maksima

team I-remaja


gambar raya

Tarikh: 5 September 2008
Model: Team I-remaja, unit foto, promosi dan pengiklanan
pakaian: Sendirian berhad
Solekan: Am, Sam dan teamnya
Jam: dari jam 2 petang sehingga 5 petang
Tema: gelak-gelak jer..
Props: Sentuhan team Jelita

tahun lepas baju ditaja oleh butik kak ema...thn ini kena pakai baju sendiri. Aku memang tiada baju baru..baju raya belum siap belasah jer baju dua tahun lepas yang memang aku jarang pakai. nasib baik tiada yang over...cuma Anis jer berkebaya cantik dr Indonesia....hahhahah dia nampak cantik dengan kebaya hijaunya. Comeiii gitu.
Konsep bergambar ala-ala manja..cam cover album semua dengan style sendiri . Ada gaya cam kumpulan nasyid tak??? tajuk lagu "Bila Izrail datang Memanggil"

Monday, September 15, 2008

Sabtu oh sabtu


Sabtu masa bersantai bersama keluarga. Sabtu juga masa mengemas rumah. Malah Sabtu masa melayan karenah anak-anak daripada memandikannya (setiap hari baby sitter yg mandikan) menyuap makanan dan menidurkannya.Paling penting Sabtu masa pulang ke kampung sama ada Perak (3 atau 2 bulan sekali) atau P.D yang hampir setiap minggu. Justeru Sabtu masa yang ditunggu-tunggu bukan sahaja wanita berkerja seperti aku malah orang lain. Berbeza dengan orang bujang Sabtu adalah hari berehat sepanjang hari (itu aku lakukan dulu). Bangun tidur hanya untuk solat Subuh kemudian tidur semula sehingga 10 atau 11 pagi. Bangun terus makan tengah hari. Wow!! Itulah bahagianya orang bujang. Jadi wahai gadis bujang di luar sana pergunakanlah secukupnya hari Sabtu anda kerana jika sudah ber ‘anak’ tiada lagi waktu bersenang-lenang, tidur lapan jam sehari, menonton televisyen program kegemaran anda atau melayan SMS. Malah mahu membuka lab top juga jam 10 malam ke atas pada masa anak-anak sudah tidur. Jadinya masa tidur hanya 3 atau 4 jam sehari sahaja. Siangnya adalah masa melakukan kerja rumah.

Jika dulu aku diibaratkan sebagai orang yang kuat tidur bayangkan di dalam kereta tidak sampai 15 minit aku sudah tertidur, malah jika rancangan televisyen tidak menarik aku sudah boleh tertidur walaupun ketika duduk, sehingga menjadi ejekan keluarga. Sekarang ternyata berbeza kerana tidur sudah tidak begitu penting bagi aku. Tidur hanya merehatkan badan dan minda 4 jam sehari sudah memadai. Malah jika anak demam pernah tidak tidur sepanjang malam.

Ok berbalik pada hari Sabtu...biasanya petang aku sudah bersiap-siap mahu pulang ke kampung di PD walaupun adakalanya beratnya hati. Bayangkan hampir setaip minggu. Kata hati kecilku “aku juga mahu berehat di rumah sendiri’ namun dek kerana taat pada suami aku ikutkan saja. Bukan aku tidak suka pulang ke sana....sangat suka. Ini kerana bukan aku saja mengamalkan budaya balik kampung ini tetapi adik beradik yang lain. Malah aku suka melihat keakraban ipar duaiku. Walaupun sudah beranak pinak mereka masih makan bersuap (adakalanya) malah boleh tidur diatas ribaan. Perkara ini memang jarang dilakukan oleh adik-beradikku. Sebab itu aku mudah rapat dengan mereka. Memang riuh rendah jadinya jika semua berkumpul. Yang paling aku suka ialah aku jarang ke dapur memasak kerana mereka menyukai masakan pedas. Bukan setakat pedas biasa tetapi pedas yang akan membuatkan telinga anda berapi. Bukan aku tidak rajin cewaahhhh.... tetapi sehingga sekarang aku takut memasak seandainya masakan aku tidak memenuhi selera mereka. Justeru aku membuat kerja ringan sahaja seperti membasuh pinggan dan mengemas rumah sahaja.