Sunday, May 24, 2009

ke taman

Petang tadi seperti biasalah kan tujuan sebenarnya nak keluar makan jer..al maklumlah dapur tidak berasap hujung minggu ni haruslah makan di luar. keluar pun dah jam 3.30 petang. Makan di restoran Anjung dekat The Mines tuh.
Lepas dah habis makan dalam jam 5 cam tu teringat nak bawa budak2 ni main kat taman. dah lama betul Durrani tak main gelungsur. Sian kat dia asyik dok rumah tak pun balik kampung.

Kita orang singgah kat taman tasik cempaka jer kat bangi ni. dah selalu juga ke situ. Situ jerlah taman untuk org2 bangi nie. Mmg ramai family bawa anak-anak main kat sini. kalau nak gelungsur tu memang kena ikut turn lah..ramai bebeno. Mula-mula dia jadi pemerhati jer..malas nak main agaknya..lepas tu dia yang tak berhenti main.

Adik pun sibuk juga nak main sib baik lom pandai jalan lagi.

Ini jerlah kesukaan dia itu pun yg rendah2 jer yang tinggi2 dia tak berani lagi.
Masa nak jalan kat sini, mak aiii punyalah slow..kejap2 tengok bawah.."tatut jatuhlah mama" dia jerit.
"mana ada jatuh ehhh..tengok ni" kata aku sambil pijak kuat2 biar bergegar sikit besi tu..penakut betul si Durrani ni..agaknya mewarisi sifat aku kot yang agak penakut jugak dalam serba serbi ..keh..keh..keh..
Dalam perjalanan balik fahim dah tidur dlm kereta, Durrani jalan terhoyong hayang, " abah nantuklah..penatlah abah" katanya.
sampai rumah terus cari bantal dan tidur dengan lenanya tanpa sempat mandi.



menu pagi Ahad

Ahad hari untuk berehat. kalau boleh ler mmg nak berehat ler sepanjang masa drp buat kerja rumah. ttp pagi-pagi dah buat sarapan ler..sebab tgh hari malas nak masak.
Ehhh..ni satey malam tadi wpun sikit jer makan dua orgkan tetap tak habis.


satey ayam ngan daging malam tadi. Disebabkan tak habis...aku telah masak menjadi nasi goreng satey..menu sendirik senang jer..campak ler satey dalam nasi goreng tuh.
Inilah jadinya nasi goreng satey.

Pastu buat jemput2 kentang. dulu kan selalu buat keras jer..rupa2 bila tgk mak buat campur ngn air panas sikit, kalau nk lembut masuk ler telur sebiji.


wajah anak erra

Wajah Engku Aleesya yang ditunggu-tunggu peminat


Model, penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira yang ditemani suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, muncul buat kali pertama bersama puteri sulung, Engku Aleesya sempena majlis aqiqah dan cukur jambul bayi mereka di Restoran Puteri, Sungai Penchala, di sini, semalam.Kemunculan di lokasi yang turut menjadi tempat pernikahan pasangan itu pada 25 Oktober 2007, juga sebagai mengotakan janji Erra menunjukkan wajah anak mereka kepada wakil media massa dan bagi tatapan peminat bekas primadona filem Melayu alaf baru itu.
Sebelum ini, Erra dan suami tidak membenarkan wajah anak mereka dirakam media massa pada hari kelahirannya atas alasan mahu berlaku adil kepada rakan wartawan lain yang menyokong kerjaya seninya selama ini.Model, penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira yang ditemani suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, muncul buat kali pertama bersama puteri sulung, Engku Aleesya sempena majlis aqiqah dan cukur jambul bayi mereka di Restoran Puteri, Sungai Penchala, di sini, semalam.

Friday, May 22, 2009

nak melawo

Citer Durrani part 2:

Ni citer pagi semalam, lepas dah mandi-mandi pakai baju terus jer pg kat meja solek mintak bedak. aku bagi ler bedak lama yg dia dah rosakkan tuh. Menangis pula tak nak. Pagi-pagi kalau nangis ni nanti mempengaruhi ler nak ke rumah baby sitter dia..jadi aku bagi jerlah bedak baru aku tu terus diam..sengeh-sengeh.
Terus sapu kat pipi. nak melawolah tuh...adehhh..bedak aku..
tengok ler siap sapu leher lagi. Aku tak ler sapu bedak kat leher. Tiru saper ntah ler...

Ehhmm..samper ker leher baju pun nak sapu bedak juga. aku kata sapu muka jer...bukan sapu baju. pas dah sapu bedak..liptik pulak. tengok aku pakai deodoran dia pun nak sapu ketiak juga.
Ginilah kalau ada anak perempuan, nak melawo jer...rasanya aku dulu tak derlah...iyorlah mana nak ada...mak aku dulu manalah nak pakai liptik, deodoran, maskara , eye shadow semua...paling-paling best pun bedak jer...pastu liptik sikit.


















dia sangat prihatin

kejadian pagi semalam. Masa tu aku dalam bilik air nak mandi ler. Tiba-tiba dengar suara Durrani yang baru bangun tidur jerit-jerit pangil nama aku, " mama...mama..."
Aku pun keluar ler ingatkan kena gigit apa ker...
Sambil tu tangan dia tunjuk kat kerusi meja makan,
"mama...beli beg bayu (baru) ehhh?"
Dia pun bangun ler pergi kat meja makan sambil belek-belek beg aku...

"Ahhh yer..cantik tak?"tanya aku sambil tengok muka dia excited sangat.
aku dah memang nak tergelak ni..terkejut benau dia tengok beg aku tuh..sambil belek-belek..dia keluarkan semua barang aku dlm beg tu dan belek-belek satu persatu. Macam nak check ler betul ke tak barang mama dia.

"Ehmm (dah tak der wah dah) tanteklah beg mama, bayu beli ehhh?"

"yerlah mama baru beli lah. Hebat tak mama?," saja nak ngusik dia..nak tengok dia kata hebat tak.

"hebatlah mama" terus aku gelak keh..keh..keh...sambil jalan pegi mandi.

aku agak dia terkejut dan sangat excited sebab selama ni aku pakai beg lama hitam tuh maknanya dah dekat 3 tahun lebih aku pakai beg tu . tahan betul tak tukar-tukar. Cam aku ni memang tak suka tukar2 beg, nak cari beg yang betul2 sesuai pun susah.

tengoklah gambao-gambo kat bawah ni...terserlah excitednya itu

first belek barang dalam beg, keluarkan name card aku
Pastu check kat name card tu. dengan muka yg serabai dan belum mandi tuh.

Pastu tengok dompet sama ke tak. tengok tangan adik pun ada juga sibuk juga nak check.

Belek pula dompet aku. "ohhh cama-cama, betullah beg mama" agaknya itu kot dlm hati dia.

Ntah apa diraba-raba lagi tu. "Cari apa lagi nak oiii...jom mandi cepat".



Thursday, May 21, 2009

ohh mangga

Balik kg tak sah ler kalau tak makan mangga. Minggu lepas masih muda, balik minggu ni dah masak dah. Manis dan masam-masam gitu. Nama pun mangga kan, jenisnya kuinin. Mmg sedap ler time masak ni. Sebab itu ler perut rasa tak sedap jer asyik nak ke toilet jer ubat pelawas betul nampaknya. Ttp skang dah ok sikit...
Lepas tu terpandang ler pokok manggis kat halaman rumah ada dua pokok. Dah berbuah tp masih hijau2 di pokok. Maunya sebulan lagi kot baru barulah kulitnya bertukau ungu, masak betul kata orang. Alahai tak sabo nak tunggu masak, rambutan pun dah berbunga dah..ttp dorang tak excited sangat aku jer yang excited tgk manggis tu bergayutan di pokok. Rasa tak sabo jer nak makan...hari tu banyaknyer sampai terpaksa dijual sebab dah tak larat nak makan manggis. maunya panas badan kalau mkn banyak sgt. 'Ubat' sakit tekak pun ia jugak.
Ttp paling best balik kg sana (sebelah husband) dok bawah pokok manggis sambil bersembang ngan ipar duai...sejuk jer rasanya..sambil dok perati ayam-ayam berkejaran. Masih ada lagi ayam kat sana...durrani ngan fahim pun syok jer dok tengok ayam..'perak' dan 'jakun' org Perak kata. kalau kg aku susah lah nak cari ayam hidup nie. Ayam bogel banyaklah la pasar.

sekali sekala melawat kg

Ni citer masa kat kg Ahad lepas. Selalu balik mmg jarang ler keluar melainkan kalau melawat rumah sedara mara jer. atau pun pegi kat pantai Bagan Lalang jer sebab itu ler yang paling dekat. Ahad lepas aku ajak pegi PD alah saja jalan-jalan jer..lagi pun nak mandi laut kureng suka sikit. Pastu laki aku kata panas lah...bla..bla..bla dan dia bawa ke satu tempat ni alah bukannya jauh sgt pun 10 minit cam tu jer dr rumah. First timelah sampai sini, pada hal dh kahwin 3 thn lebih dah. Tmpt ni namanya Jeti Lukut tmpat orng memancing. Dulunya kat sinilah orang nak ke seberang, ke P. Dickson. Tgk tu sampan-sampan lama...cantik permandangannya..walaupun semua dah buruk-buruk
Ada kedai makan, ttp masa datang tu tutup plak. rasanya buka malam kot.

Durrani takut giler jalan atas papan yang jarang-jarang, nampak air laut kt bawah tuh. Nangis2 minta dukung.


haruslah bergambarkan walaupun muka tak sememeh tuh...keh..keh..keh...

Aku bersama anak-anak dan Angah
bot mmg banyak ler kat sini, orang memancingkan. kat Lukut ni mmg terkenal dgn tempat memancing
gambar kapal terbang pun amik, Durrani ler xcited tgk kapal terbang, maklumlah kalau balik kg lebih kurang 10 minit sekali kapal lalu, sebab dkt dgn KLIA kan
Air laut pun ok bersih jer..hijau jer. Kalau matahari dan turun lagi ler cantik sebab bercahaya dan nampak putih-putih macam buih kat permukaan laut tu.

hasil pancingan, ikan kerapu


Org2 yang suka memancing, sabar beb..nak dapat ikan
Wahhh gitu ....pelangi pun nampak uols...Masa kecik-kecik dulu orang kata jgn tunjuk pelangi tak elok...nanti jari kudung hahhahaha...tak logikkan..tapi percaya jugak.

Itu Jeti seberang, situ pun tempat memancing juga.
banyak citer sejarah kat kampung suami aku ni, Bukit Pelanduk. kalau saper2 masih ingat peristiwa JE, kat sinilah. Ttp kalau tanya dia dia malas nak citer sebab dah tak nak ingat citer tu. "biarlah jadi sejarah" katanya.













Wednesday, May 20, 2009

Lunch di Subway

Ini kali kedua aku makan sanwic Subway dekat The Gardens MidValley. First time try ingatkan tak sedap lepas tu terus ler terbayang-bayang kesedapan dagingnya yang lembut dan enak itu. Menariknya kita boleh pilih menu untuk sanwic tu. Ada macam-macam menu Italian, BMT, Club, Turkey Breast & Turkey Ham yang aku order ni Italian Club. Lepas dah pilih menu boleh pilih nak roti jenis apa, then untuk menu kat dalam tu nak bawang ke, tomato ke, timun ker bg tau jer, lepas tu pilih sos pulak nak tomato ke chili ker, mustard ke, BBQ sos atau mayonis. Ini kiranya macam kita buat sendiri ler kat umah...

Inilah rupanya. Kalau nak yang panjang 12 inci roti pun boleh ttp aku ambil half jer. Itu pun mak aiiii kenyang nyer. Kenyang sampai ke malam ni. hehhehheeInilah rupanya sanwic Italian Club Subway. Nampak cam biasa jer kan...ttp rasanya sungguh sedap dan enak.
Jemput makan ekkk. Makan sambil menikmati perisa yang ada dlm sanwic nie.

Harga samalah cam makanan segera yang lain. Mesti RM10 ke atas kalau sekali dgn air. Yang aku makan Italian Club ni RM11.50.

tengok tu ada 7 menu istimewa cukup untuk 7 hari. Pilihlah nak makan perasa apa. Yang penting kenyang kan. Kat KL ni selain The Garden ada kat Setiawangsa, Avenue K, KL Sentral, Pavilion, Jln TAR, Bangsar, Berjaya Times Squares dan banyak lagilah.
aku nie kalau dah suka ngan sesuatu makanan tu akan makan ler sampai muak, lepas dah muak barulah dah tak oder dah.








Cinta Untuk Ain

Semalam last episod drama bersiri Cinta Untuk Ain tapi malangnya aku tak dapat tengok. Biar pun puas aku pujuk-pujuk dia nak tengok, dirasuah dengan air milo dan biskut juga gula-gula, d
tapi tak dapat juga. Malah remote control dipegangnya. Bila dia terlalai sikit dan aku on tv3 terus jer dia sedar dan menjerit, "mama Hagemaru" huhuhuhu...lastnya memang tak tahu kesudahan drama ni.

Aku suka tengok drama ni sebab ada Que Haidar dan banyak konflik dan ini ler satu-satunya drama yg aku dapat tgk bila malam yang lainnya NAN ADo ttp kdg2 termiss juga. Ttp malam tadi memang ler membara jer nak tgk kesudahannya. Tak perlah nanti download dlm youtube jerlah.

Tuesday, May 19, 2009

penangan HAGEMARU


Kalau dulu terlalu fanatik dengan rancangan Tom Tom Bak dan Aznil pantang tengok gambar Aznil kat TV atau poster kat tepi jalan ke highway ker terus sebut ," mama aznik, Tom tom bak"
Sekarang kesukaan sudah bertukar, bukan dah tak minat Tom Tom Bak masih lagi minat tetapi agak berkurangan selepas menonton siri kartun HAGEMARU.
Sekarang bila balik rumah terus jer minta buka chanel Ceria 611 sebab nak tengok HAGEMARU Lepas tu boleh ingat pulak lepas ni citer kartun apa. Kalau tengok mata tak berkedip kalau boleh nak rapat dgn TV siap senyum-senyum dan gelak sendiri lagi. Kerana penangan HAGEMARU suatu malam sedang aku menaip kat lab top dia datang sambil nak duduk atas riba. Lepas dia tengok aku menaip blog dengan lajunya....
lancar jer mulut dia kata, "Wahhhh...hebatnya mama," aku rasa ayat-ayat itu memang datangnya daripada rancangan HAGEMARU itu.
Sekarang ni dah jadi perkataan dia ler..pantang ler kalau aku tengah iron baju ker...atau lepas suapkan nasi perkataan yang akan dia kata ialah," wahhh hebatnya mama" atau pun "wah...pandai mama " atau "Wahhh...bijaklah mama"
kalau boleh semua perkataan akan bermula dengan Wahhhh...kalau dalam kereta tengok lori besar atau kereta besar pun perkataan wah juga yg keluar dulu.

JOM ke Poney Warehouse sale dan Metrojaya BlockBuster sale

Masa drive pagi tadi terpandanglah banner kat bawah ni betul-betul tepi highway Seremban, belakang south city plaza tuh. Dok berangan sekejap, "bilalah nak cilok sekejap pegi nie," walaupun lama lagi hehheheh ttp dan verangan dah. maklumlah time tu gaji dah masuk haruslah terjah kan...walaupun hanya brand Poney ttp kalau dah serendah RM5 mmg murahlah tuh.



So saper-saper yang dok area Serdang, Sri kembangan, Bangi, Kajang dan sewaktu dgnnya jgn lepaskan peluang mencari baju-baju untuk anak-anak anda. Kalau tak pakai brand ni jgn pegi karang susah plak aku nak beli hahhahahha..





28 May to 1 June 2009
Poney Warehouse Sale
Price as low as RM5

Brands Offered
Poney
Baby Poney
Renew

Time : 1030am to 9pm

Location (Tel 603 8943 8380)
Centre Court,South City Plaza
43300 Seri Kembangan
Selangor
Ni pulak sale kat Metrojaya. Haruslah juga pegikan cuci-cuci mata dah sah-sah office dekat dgn Midvalley. Sebenarnya nak pegi cari hadiah kahwin (alasan jer tuh)

20 May to 14 June 2009
Metrojaya Block Buster Sale
20 May : Preview Day for MJ Cardmembers &
Amex & Maybank Card members

Cardmembers Special
FREE Exclusive Bathmat with purchase of RM300 and above

FREE Breakfast at 930am
FREE Supper at 10pm

Metrojaya Stores
Mid Valley Megamall
Berjaya Times Square
Bukit Bintang Plaza
Island Plaza Penang
Danga City Mall, Johor
Plaza Pelangi, Johor

*** itulah sajer iklan sale untuk hari ni sebenarnya banyak lagi sale ttp malas nak letak sebab yang tu mmg mmg susah nak pegi***

saya dah nak jalan

Ni gambar Sabtu lepas masa balik kampung. Sibuk Fahim nak pakai topi sepupu dia Arina, pada hal topi perempuan ni. Ada dandan rambut lagi belakang topi ni.

Ohhh nak tunjuk gigi Fahim dah ada 3 batang, dua di bawah dan satu di atas. Bakal menyusul dua batang lagi kat atas. Sebab itulah kuat menggigit sekarang ni..pantang ler kena dekat mulut dia asyik nak menggigit jer...sakit pulak tuh.
Inilah wajahnya pakai topi perempuan. Macam perempuan pulak dia. suka benar pakai topi.

Ni plak botol susu sepupu dia Hadift, main amik jer masuk mulut. Dia ingat botol dia ler tuh.
Fahim sekarang dah 10 bulan lebih, dah boleh melangkah setapak dua, pastu dah takut nak jalan. Dalam walker lagi lah mana mau masuk. Dah tak sabar nak dapat 'kaki' lepas ni seronoklah jalan, makin cergas dan aktif dan makin lasak. Makin susah ler aku nak kawal.


Monday, May 18, 2009

Rasa nak melawo plak..

Tiba-tiba hari ni rasa nak melawo plak..bukannya apa teruja tengok alat mekap tuh. Baru beli sebenarnya. Sebenarnya sejak aku keje kat i-remaja nak masuk tahun kelapan ni sangat jarang ler aku membeli alat mekap, sebab semuanya dapat free waktu pergi asgment. Drp bedak, lipstik, maskara, aye shadow, lip liner, eye liner, pastu pelbagai jenis skincare. Begitu juga dengan perfume rasanya aku penah beli dua kali jer kot. yang lain pakai yang free. Itulah keseronokannya jadi wartawan ni sebab banyk dapat barang free..orang kata muka percuma, muka2 wartawan nilah.
Ttp yang kat atas tu bukannya free tapi beli dengan harga yang sangat murah..semuanya diskaun 50%-80%. kalau saper2 yang nak boleh contact ceewahhh..
Sebenarnya best nak mekap ni sekejap jer..(kalau aku lah) dah tu ikut mood kalau rasa nak mekap, kalau tak pakai bedak baby johnson jer (bedak ni paling sesuai dgn kulit aku tak tipu), pastu pakai lip gloss jer. Jimatkan. lepas tuh barang-barang yang dah separuh digunakan itu akan rosak dikerjakan dek Durrani sebab itu ler sekarang ni mekap tak leh letak atas meja solek aku letak atas almari supaya dia tak nampak nak pakai pun sorok2 kalau tak dia pun nak pakai juga, "mama nak pakai sendiri" haruslah kalau dia pakai sendiri, guna jari pun boleh ...sebab itu ler rosak.
Sebenarnya teruja untuk bermekap disebabkan sekarang ni aku tengah kumpul bahan untuk buku solekan. tajuknya belum ada lagi..bila dah cari bahan tu banyak tip yang aku dapat. Rugi ler kalau tak test kat wajah sendiri kan. Tapi semuanya ala-ala suam-suam kuku jer..semangat ala kadar kata orang. Tengok ler mekap seminggu jer..pas tu kembali ke wajah asal.

Tapi pagi tadi masa dalam kereta sempat tanya husband,
aku: abang tak perasan ke muka mama ni hari ni lain sikit?
(dia pandang muka aku)
Suami: Pakai maskara ekkk???
Aku: Mana plak pakai maskara. (mmg aku tak pakai maskara pun). tak perasanlah tuh..ni mekap ni, eye shadow bla..bla..bla..
Dia dah senyum-senyum dah...sambil gelak-gelak...
Aku: tak perasan lah tuh...
Suami: aaahhh nampak tu liptik terang...(saja nak amik hati aku ler tu. mmg dia susah nak puji pun. saja aku yg mintak pujian hehehhehe)

Friday, May 15, 2009

Kalau dah sampai ajal...

Kata orang kalau dah ajal tu barang sesaat pun tidak akan berganjak..
Kalau dah ajal di mana-mana pun akan meninggal juga...
Kalau dah sampai ajal tidak mengira umur tua atau muda,
sakit atau sihat..
Tapi kata orang juga kemalangan boleh dielakkan,
Berwaspada dan sentiasa berhati-hati,
Tidak lalai dan leka barang sesaat...


JERTIH: Pertemuan dua kanak-kanak bersaudara untuk melepas rindu selepas beberapa bulan terpisah berakhir tragedi menyayat hati apabila mereka ditemui lemas dalam kolam ikan milik keluarga di Kampung Pak Mentosa, Tembila, dekat sini, semalam.Kehilangan Munirah Abd Ghafar, 3, serta anak saudaranya, Akil Akma Syukri, 2, hanya disedari ibu Akil, Norazila, 22, yang juga kakak Munirah apabila mendapati dua bersaudara itu tiada di rumah kira-kira jam 12 tengah hari. Menurut Norazila, dia yang runsing dengan kehilangan anak dan adiknya itu mencari mereka di sekitar rumah sebelum melihat kedua-dua mangsa terapung di kolam ikan milik bapanya di belakang rumah.Katanya, usahanya meminta bantuan jiran untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa gagal apabila mereka disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut.

Katanya, dia benar-benar tidak menyangka pertemuan itu berakhir tragedi kerana sebelum itu sudah melarang anak dan adiknya menghampiri kawasan kolam berkenaan.

“Mereka berdua memang rapat berikutan jarak usia mereka hanya berbeza setahun,” katanya.Menurutnya, dia tidak menyangka rayuan Munirah supaya Akil terus tinggal bersamanya beberapa hari lalu permintaan terakhirnya sebelum mereka berdua ditemui lemas. “Munirah berkali-kali mengungkapkan perkataan rindu kepada Akil dan memintanya jangan pergi jauh. Malah, arwah sering bertukar pakaian dengan Akil seperti ada sesuatu tidak kena dan dan keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.“Saya tidak menyangka dalam sekelip mata akan kehilangan anak sulung dan adik kandung. Saya percaya mereka pergi ke kolam itu untuk melihat ikan ternakan bapa sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam berkenaan,” katanya.

/me: Anak-anak kecil bawah 7 thn jgn dibiarkan bermain bersendirian, tanpa ditemani org dewasa.

Thursday, May 14, 2009

anak bertuah...


Semalam masa aku buka peti sejuk, terkejut aku bila tengok barang-barang kat atas tu ada dalam peti sejuk. Lighter, gelang dari mak masa balik umrah hari tu, stepler, jam tangan aku dan handphone kakak aku yg dia bg pinjam kat hasben sebab hp dia rosak. Aduh sapalah punya kerja. Agak lama juga brg-brg tu dalam peti sejuk..masa keluarkan tu sejuk sangat berair lagi..nasib baik jarum jam bergerak kalau tak pasti meraung aku, jam tangan nostalgia tuh.
Tak lain tak bukan ler Durrani punya kerja. Dia memang suka letak barang-barang kat tempat yang tidak sepatutnya...cthnya kasut dia dalam besen, kunci rumah dalam kotak mainan, hp dalam bakul baju kotor. Hari tuh puas aku cari kunci rumah, habis aku kemas mainan dia tak jumpa juga. Last-last jumpa dalam paper bag lama yang aku dah nak buang. Nasib baik tak buang lagi. Sebab tu ler bila ada brg2 tak jumpa cari kena tanya dia...elok jer dia akan pg ambil barang tu kat mana dia simpan. Nasib baik dia ingat kat mana dia letak kalau tak haru...haru...

jom breakfast

Lamanya tak buat breakfast sendiri, selalunya beli saja kat gerai makcik Jonet depan office tu. Bukannya tak nak buat sendiri ttp bila si kecik tu bangun awal mmglah susah sikit asyik nak tarik kaki aku jer minta dukung.
ttp pagi nie macam nak makan sanwic jer..bukan apa semalam kak zeda bg saya benda-benda kat bawah ni mayonis botol besar ko...puaslah aku makan nanti. Tima kasih yer akak. pastu dengan kiub ayam, ikan bilis semua...makk aaiii bilalah nak memasak nie. Selalu tak pernah guna pun. Ni bestlah nak try.

jadinya selepas bangun awal sedikit..dapatlah menyiapkan omelette breakfast yang ringkas dan berkhasiat ni.
Untuk sanwic tuh aku letak jer hotdog yang telah dipotong-potong dengan telur. Campur sos cili dgn mayonis.

Dah pun siap. Sanwic jer aku bawa bekal ke office. Yang lain-lain tu aku makan untuk alas perut.


Wednesday, May 13, 2009

komen ustaz rock


Komen daripada ustaz rock berkenaan gambar bercanda bersama Waheeda di tepi pantai

“No komen, no komen. Ana (saya) tidak mahu cakap apa-apa. Cuma ana boleh katakan bahawa gambar itu diambil untuk adegan-adegan lakonan.
“Kalau ana cakap lebih-lebih orang boleh menyampah dengan ana,” ujarnya yang menganggap gosip dirinya dan Waheeda yang tidak pernah selesai merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.
“Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik ujarnya.
Akhil menambah: “Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?,” Akhil bertanya kembali.
Sampai bila agaknya orang akan terus bercerita, tanya saya. “Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.
“Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima,” terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.
“Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini,” kesalnya yang memang telah masak dengan lumrah hidup selebriti.
“Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi,” kata Akhil lagi.

/me: Kontroversi boleh dielakkan..kalau dah diri sendiri yang mencari kontroversi nak buat lagu mana???

hujan...


Alhamdulillah syukur kepadaMU YA Allah,

atas rahmat hujan yang melimpah ruah ini,

setelah panas beberapa minggu kini kau turunkan RAHMAT ini,

Aku bersyukur kepadamu Ya ALLAH,

Kerana membasahkan bumi ciptaanMU,

Menurunkan HUJAN yang penuh rahmat,

Menenangkan jiwa,

Mendamaikan rasa,

Menyejukkan mata dan jiwa,

KAU tahu segala-galanya,

Panas atau sejuk,

Petir atau ribut,

hujau atau kemarau,

KAU tahu di mana tempatnya,

Kami hanya mampu berdoa dan bersujud,

agar Rahmat sentiasa di sini, di bumi ini,
/me: hujan lebat...di sini..sejuknya