Saturday, October 25, 2008

selamat hari jadi sayang!!!!


Selamat hari jadi sayang...kejap jer anak mama dah 2 tahun (23 oct 2006 - 23 oct 2008). Untuk majlis hari jadi kedua Durrani suamiku yang paling excited..dia menyuruh aku mencari hadiah dan kek kerana pejabat berdekatan dengan Midvalley. Tambah pula aku keluar mengambil produk jadi boleh terus sekali membeli hadiah. Teruja rasanya membuat ‘private birthday party’ untuk durrani kerana ini pertama kali. Ketika usia setahun dia masih tidak tahu apa-apa. Apa hadiah yang sesuai untuk durrani..buntu juga memikirkan. Seingat aku durrani suka benda yg kreatif tengoklah permainan di rumah..botol bedak disusun, bermain dengan sudu, senduk, bermain dengan lego, bedak dll. Jarang sangat dia bermain anak patung. Jika ada dia akan memakaikan baju atau pampers untuk anak patung itu atau pernah sekali aku melihat dia menyusukan anak patung sama seperti mana aku menyusukan Fahim. Kelakar sangat!!!!!

Akhirnya dalam kebuntuan aku membeli permainan play dooh..membuat ice cream. Harap2 dia suka...

Jam 9 malam barulah aku dan suami memulakan majlis..kek bersama KFC. Nampak sangat muka Durrani blur dan kehairanan dengan apa berlaku. Saat paling seronok ketika meniup lilin..kalau tak ajar alamat lilin cair atas kek hehhehe. Pandai pulak durrani bergaya ketika diambil gambar. Seronok agaknya ..tambah pula apabila menerima hadiah..xcited sangat nak main akhirnya dia tidur bersama mainan bersepah. Minggu depan barulah majlis hari jadi Durrani diadakan bersama sepupu2nya yang lahir pada bulan 10 kat umah kakak di Selayang.

Lihat aksi-aksi ketika besday malam 23 oct tadi...


kEK HARI JADI

takut2 plak nak potong kek


sonok bergambar ngan belon

bila dah dapat hadiah tak ingt semua...main..main..main

Buat aper tuh cik tipah oii???

Buat ice cream ker..asyiknya...dia


Inilah hadiahnya

Friday, October 24, 2008

resipi kuah kacang

Nie ler resipi kuah kacang yg aku belajar dr akak aku

Bahan-bahan

Bahan menumis
bawang putih, bawang kecil, halia dan lengkuas (dikisar)

Kacang tanah digoreng dan dikisar
cili kering dikisar
udang kering dikisar
serai
buah keras
Gula merah
gula putih
garam secukup rasa

cara membuat:

Goreng serai sehingga naik bau dan angkat. Kemudian baru tumis bahan yg dikisar (bwg merah, putih, lengkuas dan halia) sehingga naik bau dan kuning. masukkan cili kacau sehingga naik minyak. Kemudian masukkan kacang dan udang kering serta air mengikut kepekatan kacang. masukkan air asam jawa, udang kering dan buah keras. kacau sehingga pekat dan keluar minyak. Masukkan gula merah dan putih serta garam secukup rasa. Hidangkan bersama nasi himpit.


Inilah hasilnya....

jamuan raya

Berjaya juga akhirnya majlis makan-makan sempena aidilfitri yg dirancangan bersama majalah I-remaja, Jelita dan anjung seri. Ingatkan majlis untuk 3 majalah nie jer ttp rupanya semua hadir. Dalam serba kekurangan nampaknya semua tetamu memuji makanan yang dibuat secara potluck. Setiap orang memberi sumbangan tak kira ler besar atau kecil janji boleh dimakan. Team I-remaja bawa sayur (anis), sambal petai (suzi) yang ni makan ngan nasi, lemang (kak ema) kuah kacang ngan agar-agar milo (aku ler tuh). Antara menu-menu lain spegheti (kak shidah), mi goreng (kak on), kari ayam ( kak zurin), nasi himpit ngan roti jala (lili), kek batik (k. Haizan) , rending ayam (k.zeda) dan banyak lagi ler tak larat nak type.

Tiap tahun kalau ada open house aku mmg ditugaskan untuk bawa kuah kacang..iskk..apa lah yg sedap sgt kuah kacang aku ni aku rasa biasa jer hehheheh. Oleh kerana malam tuh ada private party Durrani (ceewahhh…) aku mulakan tugas2 memsak nie jam 12 malam. Nampaknya terpaksalah aku bersengkang mata. Dah ler bahan tak siap lagi..kacang belum goreng, kena blender, cili kering, bahan untuk menumis…so aku sediakan bahan dulu. Durrani pulak sibuk kat dapur ttp buat hal sendiri dok main beras. Selalu jam 10 dah tidur malam nie teman mama dia masak kot.

Bila dah siap bahan-bahan barulah aku mulakan tugas memasak leceh juga masak kuah kacang ni sebab kena masak lama. Adalah dekat 1 jam kat dapur. Nasib baik suami (ikut kata en. Razak jgn guna hasben rosak bahasa) menemaniku sampailah kuah kacang siap jam 1.30 pagi..pastu kemas dapur apa yg patut jam 2 pagi barulah melelapkan mata. Walaupun penat ttp seronok sebab tengok kuah kacang yg dibawa habis sehingga menjilat jari hehhehhhe



rendang ayam, ayam goreng, sambal udang
selepas ...licin beb
Anis makan dengan lahapnyer hehheheh
dah kenyang..alhmdulillah

sentimental value





Korang perasan tak lab top aku yg kat sebelah kiri tuh dah pecah sikit...kat sebelah kanan pun sama. Ttp still lagi ok cuma kalau aku buka tuh mmg sepanjang masalah sebab covernya ada problem sikit dah pecah..huwawawa...tak tahu jangka hayatnya sampai bila. Tak lama lagi aku rasa mesti kena cari pengganti. Padahal aku masih sayang dan cinta dengan labtop nie sebab dah berbakti dengan aku hampir 5 tahun, selepas 2 tahun bekerja dengan hasil titik peluh yg dikumpul selama 2 tahun inilah barang pertama yang aku beli. Memang banyak berbakti lab top aku nie tak pernah ada problem...internet pun sangat laju. Pendek kata kalau ikutkan masih lagi elok tp itulah luarannya sampai tahap menunggu masa jer lagi. Itu pun sebab anak aku duduk dan berdiri atas lab top nie...salah aku ker??? agaknya lah kot kenapalah aku biarkan dia main dgn lab top nie..itulah jdnya. Bila aku tengok jer...alahai dah pecah rupanya dek penangan Durrani. Yg salah aku ler dah tahu brg mahal dan berharga letak merata..bebudak manalah tahu ingatkan mainan.

Nak tak nak skang nie mmg aku kena survey beli yg baru...ttp tak tahu lagi brand apa. Yg nie brand prestigo..mmg tak glemer weehhh brand nie ttp perisiannya mmg tip top. Tu pun masa beli aku minta tlg en hubby aku (ttp masa tuh belum jd suami lagi..baru hasben aku dok mengayat aku) dia mmg pakar bab-bab komputer nie. Masa beli harganya RM2,800 mahaikan masa tuh sesuailah 5 thn yg lalu. aku dah survey kat Internet brand Dell baru RM1,999 jer..dual core dan vista.. ok ler tuh (ikut cara Saida kakak Ct n'liza). TTp ingat nak pg LOw Yatt Plaza kat sana macam2 ada...

Thursday, October 23, 2008

citer SERAM part 1


Sebenarnya bila balik umah bersemangat nak mengupdate kisah ketika balik kampung..tetapi bila diingat balik seram sejuk jadinya. Sebab tu ler ni ler baru update. Citernyer gini cik puan Intan ooii..hasben aku nie suka bebenor balik kampung waktu malam. So Sabtu lepas drp petangnya nak balik kampung sampailah bertolak jam 9 malam. Sebelum nie balik malam mmg tak ada apa2 berlaku lerr. Malam tuh hujan plak renyai2..bila sampai kat tol lebat giler. Aku nie drp petangnya mengantuk giler ttp tak leh tido so bila anak2 aku tido aku bolehlah tido dengan lenanya sampailah ke umah. Tapi yang aku perasan bila sampai umah Fahim terus terjaga.

Sampai jer biasalah semua orang nak pegang dia...10 minit selepas itu huuu..waaaa.....wawawa... anak aku menangis dengan kuatnya. Aku yg sedang makan nasi terus meluru dan memegang Fahim namun tangisannya tak mau berenti. Puas aku pujuk...bg susu badan, susu botol pun tak mo juga. Sambil menangis matanya terbuka luas pandang ke atas. Aku dan hasben dah mula panik, “kak ni dah lain macam nie baik panggil nek Siti kat sebelah rumah,” kata adik iparku.

Tanpa berlengah hasben aku terus memanggil nek siti yang rumahnya beberapa langkah dr situ. Masalahnya dia demam pulak dan anak aku terus menangis...dan menangis dengan kuatnya sambil matanya seperti mencari2 sesuatu.

Akhirnya hasben aku bercadang pergi ke rumah nenek yang boleh mengubat kanak2 terkena gangguan. Sampai saja kat umah nenek tuh dia terus baca ayat suci al-Quran lalu disapu pada badan, kaki dan tangan. Namun Fahim tetap menangis sama seperti di rumah. Matanya masih liar tercari2 sesuatu. Puas aku memujuk memanggil namanya, bagi susu tetap sama. Nenek tuh masih berusaha mengubat..disapunya wajah Fahim dengan air drp dagu hingga ke kepala. Lama-kelamaan tangisan Fahim mulai reda..aku mula mengurut dada...ttp dia masih tidak mahu menyusu. Kemudian Nenek tuh sapu breast aku dengan kapur.

Lama kelamaan Fahim mulai tersenyum dan ketawa apabila diagah...argghhh lega rasanya. Menurut nenek tuh Fahim memang terkena gangguan..mungkin ketika dalam perjalanan atau tiba di rumah..mujur selepas diubat Fahim ok seperti tiada apa berlaku...puas aku belek2 wajahnya..badan dan tangan kot2 ada perubahan...pesanan nenek tuh biarkan Fahim tidak berbaju dan dibedung dengan kain batik pemberiannya. Letakkan surah Yasin bawah bantal dan gunting kecil. Dia juga memberikan air..jika Fahim menangis lagi sapu air dr dagu ke kepala sambil membacakan selawat 3 kali

Melihat Fahim dah semakin ok kami pun pulang ke rumah. Oleh kerana di rumah tiada sesiapa aku mengajak kakak iparku kak Ina tidur sekali..risau juga sekiranya Fahim menangis lagi. Bergelimpanganlah kami semua tidur di ruang tamu...jam 1 pagi juga baru aku dapat melelapkan mata. Namun hatiku tidak tenang bagaikan ada mata yang memerhati...puas aku bacakan ayat Kursi barulah boleh terlelap.

Esoknya...akak iparku bertanya, “semalam ada dengar apa2 tak kat dapur?”

“Tak pulak..sebab pas kol 2 terus tido lena Fahim plak tak bangun menyusu,” kataku.

“Semalam akak dengar bising kat dapur dalam jam 3 pagi..bunyi macam orang buka periuk nasi dan makan kat dapur. Akak memang tak berani bangun sebab takut. Lagi pun takut jadi cam dulu sebab dulukan akak dah penah tengok ada org kat dapur tengah makan. Ttp bila tanya yg lain mana ada saper2 yg makan. Iskkk...takutlah...akak terus jer buat2 lena,” katanya sambil menggoreng mihun untuk sarapan pagi.

Meremang bulu roma mendengarnya...tambah pula ini bukan pengalaman pertama. Mujur sejak berkahwin aku tidak pernah mengalami peristiwa pelik sebab aku nie penakut sama...mmg aku sentiasa berdoa supaya tak dipertemukan dengan makhluk lain selain manusia.

Selepas arwah mak meninggal dunia macam2 berlaku...menurut kata seorang ustaz yang pernah datang ke rumah, tanah di belakang umah memang berpenunggu. Walaupun bomoh sudah dipanggil namun untuk memindahkan makhluk2 halus ini sangat sukar kerana mereka sudah beranak pinak. Kata ustaz tuh mahu berbas-bas banyaknya jika diisi dengan makhluk halus ini...BERSAMBUNG PART 2

adehhh..bila nak habiskan novel nie



Ketika lunch ngan Bennie kat Midvalley aku masuk kat MPH kononnya nak cari novel yg tengah hangat di pasaran skng nie iaitu Ayat-Ayat Cinta malangnya novel tuh dah habis. Adehhh..ramai tol yg membacanya..maklumlah filem dia pun tengah meletop skang nie. Oleh kerna novel tak ada so Ben cadangkan aku beli Di Atas Sejadah cinta juga karya penulis yg sama Habiburrahman ElShirazy. Balik umah memang berkobar2 lah nak baca sempat aku habiskan separuh ..tapi dek kerana Durrani suka bebenor kacau aku membaca...novel tuh tak dapatlah dihabiskan lagi...Jeles betol Durrani tengok mamanya dok layan novel tak layan dia. asal aku buka je nak baca dia pun sibuk amik novel dr tangan aku...habis tuh cam ner mama nak baca...ttp InsyaAllah akan aku habiskan jua suatu hari nanti. aku suka cara penulisannya bercorak Islamic...bahasanya pun mudah dan senang difahami. Paling penting dia mengangkat cinta dr sudut berbeza.

Wednesday, October 22, 2008

Fahim dah nerap

Setelah berusaha sedaya upaya tepat jam 8.30 malam ketika kami sekeluarga menonton Buletin Utama Fahim dah boleh menerap dengan jayanya. Itu pun beberapa kali dia mencuba..siap menjerit2 kerana cubaannya tidak berjaya. Bagus..anak mama...nampaknya dalam usia 3 bulan setengahFahim sudah berjaya melepasi ujian saringan pertama iaitu menerap. Berbeza dgn usia kakaknya yg berjaya menerap pada usia 4 bulan setengah. nampaknya betollah anak laki lebih cepat perkembangannya. Sempat mama snapkan gambo ketika dia cuba menerap...gigih anak mama. Lihatlah gambo2 di bawah:




Rileks dulu tarik nafas...1..2...3...

Ok mula2 mengiring dulu amik port hikhikhikhik....

Peh tuh kasi pusing lagi badan dan kaki rasa 90 darjah ke bumi

Yeehaa...bejaya...mama

kasi up sikit kepala nie...yahooo...lagi seminggu nie dah leh pusing2 plak

Tuesday, October 21, 2008

slow plak tenet

wifi kat ruang tamu
Tengah dok layan blog tetiba jer Internet aku jd slow tahap gaban dan cipan. Dah selalu jd macam nie...selalunya pabila dekat detik 12 malam (cam seram jer hehhheh). Menurut laki aku merangkap tech IT aku internet slow disebabkan student UNITEN nie menggunakan Internet tahap max punya maklumlah lagi malam...lagilah ramai orang dok chatting. aku faham sebab dulu aku masa kat USM pun cam gitu juga bila dekat 12 malam ke atas mulalah rancak dok masuk laman chatting hehhehe adalah ler plak gelaran mama chat dan papa chat. Chat tak ingat dunia...kdg2 sanggup ler sampai ke pagi. Itu kenangan dulu...time anak dara...skang nie semuanya telah berlalu...dunia dah maju...zaman dah
berubah..semua orang ada blog so layan blog pulak.


Ok berbalik pd citer internet kat umah aku nie...kat Uniten nie oleh kerana aku dok kuaters kaki tangan setiap umah ada wireles (wifi) so boleh guna Intenet bila2 masa yg anda suka..FREE OF CHARGE. Bila dah free tuh faham2 ajerlah kalau slow atau ada prob ker mmg tak leh nak banyak songeh sangat. Ttp jarang ler sangat ada prob sebab kalau wifi prob tentunya bebudak sini mengamuk sakan. Tpp kalau time laju best gilerr...tak ada masalah download gambor. Itu yg aku suka tuh...cuma bila tengah2 malam cam gini nielah prob sikit ttp bukan selalu pun kdg2 jer. so bila dah slow gini apa lagi tak reti2 nak tido...

Mawi dan Ekin nak kawen

Hari ni aku tak masuk opis kerana ada assignment kat luar. Pagi aku pegi Bangsar amik produk kemudian tengah hari ada PC Mawi kat Palace Of The Golden Horses dan jam 5 shoot dengan Winnie K di PJ. Adehh..penatnya satu hari berjalan…nasib baik aku menumpang pgrafer Ikram so tak ler penat drive kete. Sampai opis dah dekat 6.15 terus jer aku melakukan t.jawab mengepam susu dah seharian tak pam. Dalam 6.45 barulah bertolak lik umah.

Opss..sebenarnya aku nak berkongsi citer pasal PC Mawi yg berlangsung kat Palace td. Sepatutnya 1.30 dah start ttp dek kerana PC ni live kat astro Awani sebab tu ler 2.30 baru start. Terpaksalah aku, liza ngan Juan bergosip sementara tunggu bakal pengantin baru tuh sampai. Sementara tuh perut berkeroncong minta diisi. Kalau aku tahu baik aku lunch dulu kat opis tadi. Ok berbalik pd citer Mawi td…sebenarnya aku tak berapa berkenan kat pilihan Mawi ni sebenarnya…ntah naper ntah ekin nie cam tak sesuai pd pandangan mataku. Ttp kena terima hakikat dah jodoh dia..bak kata Mawi doakan yg baik2 saja agar perkahwinan nie berjaya hingga ke akhir hayat. Sebenarnya kita dok kepoh2 kata pilihan mawi tak sesuai..lantak kat dialah kan nak kawen ngan saper..duit dia. TTp majlis Mawi ni disponsor mawi kata dia kuarkan duit sikit jer. Bertuah sungguh jd Mawi kan???

Jam 2.30 mawi memulakan majlis dengan bacaan doa kemudian dia memberitahu detik2 percintaannya dengan EKIN. Pendek mata PC nie untuk merungkaikan segalanya yg menjadi rahsia cinta mereka selama ni. Ada wartawan tanya bila detik Mawi melamar Ekin dan ayat2 digunakan. Dengan kemalu-maluan Mawi memberitahu ketika dia di Syiria dia melamar Ekin untuk dijadikan isteri. Hantar SMS je beb maklumlah raja sms melamar pun guna sms jer. Pas Ekin menerima lamaran tuh dalam bulan April, Mawi hantar rombongan merisik bulan Jun. Tempoh 6 bulan bertunang bulan 12 nie kawen ler.

Kat bawah nie aku sertakan date kawen Mawi kot2 korang nk pegikan.

Majlis akad nikah

Tarikh: 20 Dec 2008

Hari: Sabtu

Tempat: Masjid JB

Resepsi pengantin perempuan

Tarikh: 20 Dec 2008

Hari: Sabtu malam

Tempat: Stadium tertutup JB

Resepsi Mawi

Tarikh: 28 Dec 2008

Tempat: Dewan felda Taib Andak


Resepsi untuk peminat dan media dll

Tarikh: 11 Jan 2009

Tempat: palace Of the golden Horses


Selain 4 majlis nie diadakan juga konsert percuma untuk peminat pada 27 Dec 2008 bertempat di Felda Taib Andak. Tema sebelah Ekin moden kontemporari manakala Mawi konsep JAWA. Hehehe Mawi buat lawak dia kata kena bawa kuda kepang lah...aku rasa majlis Mawi jd Wedding Of The Yearlah tahun nie. Siap ditayang kat Astro lagi.. ohh lagi satu kursus kawen dorang pun akan disiarkan kat Astro juga pada 4 Nov 2008 ni kat Masjid Putraja khas untuk Mawi dan Ekin jer.

Nampak berseri2 jer Mawi apabila mengumumkan perkahwinan dorang Ekin apatah lagi tersenyum sepanjang masa. Mudah-mudahan berkekalan hingga akhir hayat. Aku rasa wpun Mawi dah kawen populariti dia tetap macam dulu..org tetap minat dia...dan amik dia sebagai duta produk itulah kelebihan jantan berkepala botak dr dulu sampailah sekarang.

Monday, October 20, 2008

seram...

sekarang jam menunjukkan 11.10 malam. selepas menidurkan anak-anak aku membuka laptob untuk up date blog. Malam ini hasben pulang ke kampungnya kerana ada urusan penting berkenaan hal rumah. Jarang dia pulang mengejut begini jika perkara itu benar2 tidak penting. Mulanya aku keberatan kerana takut sekiranya ada perkara tidak dijangka berlaku di rumah namun hasben aku berpesan jika ada apa2 turun ke tingkat 6 berjumpa dengan wak. ..dan dia juga sudah meninggalkan pesanan kepada jiran sebelah. Dua anak aku tidur lena..hujan lebat menggila di luar...walaupun sejuk ....kulit aku terasa bahangnya mungkin juga aku takut. ttp dlm hati buat2 berani. Kipas ligat berputar seperti fikiran aku juga ligat berfikir...untuk mententeramkan hati. td mmg aku mengantuk giler..dan hampir tertidur tetapi sekarang mata sukar terpejam...mujur juga malam ini bukannya cerita kesukaan intan Kekasih Kuseru kalau tak lagilah aku terbayang2 menyebabkan hormon takutku mengalir laju. sebenarnya aku nak up date kejadian sabtu malam lepas ttp bagai ada menghalang jari jemariku untuk menulis. Lagipun dalam keadaan takut dan bulu roma meremang tidak baik rasanya aku terus menulis.
baik aku berhenti setakat ini sahaja.

singgah mamak

Hari nie plan tak menjadi..tensen lah juga..sebabnya untuk minggu nie ngan minggu depan aku dah plan apa nak buat dah penuh diary aku. sepatutnya hari nie keje aku pg amik produk kat bangsar village, jln telawi 2 dan sepatutnya semua keje2 tuh aku dah settlekan waktu pagi lepas kuar umah aku terus pg tempat yg nak dituju. ttp dek kerana lay out belum siap dan editor aku bercuti aku termasuklah cek apa yang patut. akhirnya drp jam 10 pagi rupanya jam 4 barulah siap...dalam keadaan perut berkeroncong aku pun gagahkan juga menemani Wan ke Suraya. makan..sembang2 jam dah dekat 4.30 petang..hari mula semakin mendung. alahai...hati mula tak keruan..kalau aku teruskan juga niat hati aku nie maulah agaknya jam 7 baru selesai aku tengok jam sekali lagi dah dekat jam 5 petang.

akhirnya aku batalkan hasrat mengambil produk ptg ini dan terus pulang ke rumah. oleh kerana masih awal hasben mengajak minum di restoran mamak sementara menunggu hujan berhenti, nak ambil anak-anak. aku hanya order milo panas kerana masih kenyang sementara hasben maggi goreng dan nescafe tarik. Tiba-tiba di satu sudut kelihatan dua kanak-kanak sedang memesan makanan. Di hadapan mereka dua gelas air masak. Hasben melambai tangan kepada dua kanak2 itu yang aku rasa dalam belasan tahun. mereka pun datang...

"Minum air kosong jer...dah order makan dah??? orderlah apa2 nanti abang bayar," kata hesben aku kepada mereka. aku melihat ketulusan dan kejernihan wajah kanak-kanak ini. seperti takut2 saja apabila berbual dengan hasbenku. Kedua mereka bersongkok dan membawa beg sandang. Seorang drpnya memakai t-shirt sekolah tertulis Maahad Tahfiz Amal. Ohhh...aku terus tertunduk...sambil berkata dlm hati, tulus sungguh hati hasben aku nie. wpun aku berhati lembut aku pun jarang belanja anak2 yatim nie sebab kdg2 aku prejudis kepada mereka. Pernah aku suarakan..."ntah betul ntahlan tidak ntah2 ada sindikit. Dengan cepat hasben aku berkata, "Iskkk..tak baik kata macam tuh..kalau dia tipu itu antara dia dgn Allah,"
Sebab itulah jika minum di mana2 pantang sekiranya ada kanak-kanak menjual buku, minyak atau meminta derma dia pasti akan memberikan kepada kanak-kanak itu. Tidak pernah menolak waima orang Cina atau India sekali pun yang meminta derma. begitu juga ketika berkunjung ke pasar malam..melihat orang tua meminta sedekah...hasben aku yg dulu menderma...ohhh..malu sungguh aku. aku memang banyak belajar drpnya untuk tidak bersikap prejudis...
"bukankan gaji yg diperolehi pada setiap bulan untuk diagih-agihkan kerana bukan semua milik kita," katanya.
mungkin juga kerana suami ku anak yatim piatu sebab itulah hatinya cepat benar tersentuh melihat anak yatim ini.

selepas habis makan ...sekali lagi hasben aku memanggil kedua mereka...lalu bertanya, "anak yatim ke ni?
"Tak lah cuma org susah ttp kat sekolah ada anak yatim dan anak susah," kata salah seorang drpnya. Mereka lalu mengucapkan terima kasih...dan berlalu pergi.

malas lagi...

baru habis dateline ttp belum habis sepenuhnya lagi..sementara grafik buat lay out aku sempatlah up date dalam blog nie..selalunya up date malam2 ttp disebabkan tak ada keje kat opis apa lagi blog ler jawapannya. skang nie semua org kuar lunch tinggal aku ngan grafik jer..tunggu lay out nak cek...kejap lagi nak kuar tu pasal malas nak lunch.

Sebenarnya fikiran dan jiwa aku masih tak bermaya sejak pulang dr kampung hasben di PD sabtu dan ahad lepas..sebabnya kenapa???? nantilah akan aku update.. sekarang nie tak ada nafsu nak update lagi..peristiwa Sabtu malam lepas benar2 buat aku panic dan hampir juga menggigil seluruh tubuh. Mujur Alhamdulillah..semuanya dalam keadaan selamat dengan izin Allah.

namun sehingga kini aku sangat berhati-hati takut juga sekiranya terbawa-bawa sehingga di rumah. Bacaan ayat suci al-quran sentiasa aku amalkan..terutama bila tidur malam...surah yasin sentiasa disisi si kecil...kerap kali juga aku terjaga..tidur juga tidak lena.

ehmmm cam suspen jer kan??? citernyer kalau dipanjangkan ala2 cam Jangan pandang belakang..aku rasa kalau dibuat filem pasti meletop..nantilah kalau aku ada daya usaha akan aku hasilkan skrip ala2 cam tuh.

TAG..dr INTAN

The Rules:
* Link To Your Tagger And Post These Rules On Your Blog.
* Share 7 Facts About Yourself On Your Blog, Some Random, Some Weird.
*Tag 7 People At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs.
* Let Them Know They Are Tagged By Leaving A Comment On Their Blog.


7 Facts About Me!
1. anak ke7 drp 9 beradik

2. dah kawen ada dua anak, sorang laki sorang pompuan

3. kalau org yg tak kenal mesti kata aku pendiam..ttp bila dah kenal boleh tahan juga…. bolehlah bg org gelak

4. sangat suka balik kampung sendiri. Masa bujang pantang ada cuti mesti balik kg jumpa mak. Skang pun bila dah kawen..kalau cuti panjang lik kg aku ler..

5. jarang marah lerr…member2 aku mmg tak penah tengok aku marah..ttp kalau aku marah alamat aku pendam ler dlm hati

6. ambik SPM, STP kemudian sambung mass Com kat USM

7. skang keja wartawan kat Berita Publisng dah masuk 7 thn dah…dan bosan dah kalau korang ada keje kosong bg taulah aku nooo….

Now, 7 Facts about me, From My Point Of View...

Oleh kerana Intan yg tag aku so ni fact ttg Intan dr pandangan mata aku yg suci murni cewahhh….

1. seorang yg gila2 dan selamber

2. suka buat org lain ketawa dengan gelagatnya

3. kalau kita minta pendapat mmg dia boleh bg nasihat dengan bernasnya

4. manja ler…ngan kwn2 pun nak manja hhehehhehe

5. karektornya sungguh menghiburkan hati dia boleh jadi kawan yg baik…kwn merapu…kwn setia semua2lah…tu yg aku suka kwn ngan dia walau berbeza karektor.

6. dah lama aku tak jumpa dia…tak tahu ler perangai dia sama ke tak. Harap2 samalah (ini aku rasa tak menjawab soklan nie…)

7. kampung dia dekat kg aku..parit buntar..dia penah melawat aku masa raya…(ni pun tak jawab soklan juga wakakkakak)



Ok tan ok tak??? Lega dah selesai t’jawab…ni larrr kwn2 aku yg aku nak tag
1. Bennie (sian ben kena tag lg ngan aku huhuhu)
2. Aton
3. Cik Yam
4. Ana
5. Liza
6. Ayu
7.saper2 jerlah yg baca blog aku

Saturday, October 18, 2008

buku baru


Oleh kerana Durrani suka membaca ketika lunch di MidValley bersama Bennie (best jumpa ko) aku telah membeli dua buku untuknya satu berjudul Number dan Animal. penuh dengan gambar2 menarik dan berwarna-warni. Ketika ditunjukkan di dalam kereta dia sangat teruja membaca...balik rumah pun dia masih melihat gambar2 menarik itu. Nampaknya tak rugilah mama belikan buku2 itu.

Friday, October 17, 2008

gelagat pagi hari


Inilah aktiviti Durrani waktu pagi.


"Mama..ma...nak main," kata Durani sambail memegang botol bedak. Dia memandang wajahku bersungguh-sungguh. Aku membiarkan permintaan tidak berjawab. Lantas Durrani berkata lagi, "ma..ma...nak in,"
Lantas aku teringat peristiwa malam semalam bebelan aku menyuruh Durrani mengemas kembali permainannya.oh mungkin dia meminta kebenaran.
"Ok mainlah..mama tak marah," pantas dia membawa botol2 bedak yg dikeluarkan drp bakul dibawa ke tengah ruang tamu. Dia menyusun satu persatu...yang besar di bawah yang kecil di atas. Lalu bertepuk tangan apabila botol tidak jatuh. Jika jatuh, "ohhh jatuh laa" katanya.
* Bukan tidak banyak mainan..lego contohnya tetapi dia suka main permainan merapu. Biarkan sajerlah...

ajar anak gosok gigi


Ketika Durrani berusia setahun lebih dia sangat teruja untuk memberus gigi, lantas aku belikan berus gigi satu untuk baby sitter dan satu untuk di rumah. Namun keseronokan memberus gigi tidak lama dan dia menolak pabila diajak memberus gigi. Pagi semalam, setiap pagi aku akan mandi bersamanya dan menggosok gigi di hadapannya. Dalam nada pelat Durrani berkata, "Ma..ma..(sambil memegang tanganku) yush gi".
Aku terus mengambil berus gigi lalu disapukan ubat dan diberikan kepadanya. Kerana melihat aku memberus gigi dia melakukan sepertimana aku tanpa diajar. Memberus gigi hadapan, graham atas dan bawah. Sambil aku menepuk2 bahunya beberapa kali dan berkata," good girl..pandai..macam nilah anak mama,"
selesai memberus dia terus mengambil air daripada getah dan dimasukkan ke mulut (juga meniru seperti aku). Aku ingatkan air itu akan diminum seperti dulu tetapi tidak, dia berkumur lalu diluahkan. "Wahhh dah pandai anak mama," kataku dalam hati.
so drp situ aku andaikan:

- Kanak-kanak cepat tiru perbuatan kita. Tak kira apa sahaja kita lakukan dia akan tengok dan ikut. So buatlah perkara2 baik sahaja.
- Untuk mengajar sesuatu kepada kanak2 kita harus lakukan dulu. Cth kes berus gigi, baca buku, buang sampah, kemas mainan dll
- Selalu berikan kata2 pujian kepada kanak2 dia akan suka jika dikatakan pandai, bijak, sayang anak mam dll

jawapan kepada tag ATON

Aku kena tag ngan aton..ttp tak apa aku akan jawab semua soalan di bawah dengan jayanya ceewah…

top 2 things found in your wallet as always:
-IC
-duit ler

top 2 things to do when i’m sad:
- solat
- dok dalam bilik diam2..dan nangis

top 2 songs you can listen to again and again:
- Tolak lagu rap dan rock yg melampau yg lain semua ok
- english song sesedap halwa telinga

top 2 reasons to watch television:
- Selalu buka TV bg anak tengok chanel ceria…tumpang tengok sekali ler
- kalau ada citer best drma Rashid sibir tak pun ada lakonan fauziah nawi

top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
-Mekah
-Mekah

top 2 current obsessions:
- Internet
- layan blog

top 2 favorite nickname:
-ct, na
-Mama

top 2 favorite food:
- hantu laksa ttp laksa utara jer…penang ngan kedah mari
- yg dibakar…ikan, ayam, daging udang dll

top 2 favorite snacks:
- yg free
- org bg makan jer..

top 2 favorite website:
-susuibu.com (tak penah mis hari2 buka pelangan tetap)
- flickr.com

top 2 goals you want to accomplish:
-Umah sendiri
- tambah anak lagi dan lagi (bleh ker)

top 2 favorite to do:
- layan anak
- layan suami hahhahha

top 2 favorite places:
- pantai yang indah
- kampung sendiri

top 2 things i can’t wait to happen:
- tunggu Durrani besar jd kawan mama..layan g shoping atau tengok wayang
- Tunggu Fahim besar boleh jalan dan bercakap

top 2 places where I love to shop:
- Midvalley
- kat mana yg ada jualan murah

top 2 persons to tag:
- intan
- bennie

kejamnya

Pasangan disembelih

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my


KUALA KRAI: Pasangan suami isteri penoreh getah yang dibunuh dengan kejam di rumah kongsi mereka dalam kebun getah di Kampung Banggol Chengal, Peria, dekat sini, kelmarin, mati akibat dikelar di leher dipercayai menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil keputusan bedah siasat dilakukan pakar patologi dari Kuantan, Pahang, malam kelmarin.

Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mayat pasangan suami isteri itu selesai kira-kira jam 4 pagi di Unit Forensik Hospital Kuala Krai (HKK).

Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati pasangan terbabit dipercayai dibunuh sebelum mayat isteri dihumban dalam perigi manakala suami disumbat dalam tong besar berisi air.


Adehh...ngeri betol baca berita dalam Hmetro nie. sekarang nie senang sangat nyawa melayang. Pagi boleh gebang2 kat kedai kopi petangnya dah kena bunuh atau petangnya berjalan-jalan dengan isteri atau suami malamnya ditembak dengan perompak. Waduh..waduh...nyawa manusia dah tak berharga. seingat aku masa dulu jarang dengar orang kena bunuh tetapi sekarang nie makin menjadi2 setiap hari di dada akhbar ada sahaja mereka yang dibunuh dengan kejam. Takut jadinya Malaysia ni dah macam US. Nak jalan sorang2 pun dah tak aman apatah lagi tinggal berseorangan di rumah. Jadi siapa yang harus dipersalahkan...orang kata kena pandai jaga diri ttp ayat tuh dah tak boleh pakai. kadang2 kita jaga diri tetapi akhirnya mati atau dirogol di tangan perompak.

Ttp aku rasa kedatangan warga asing yang terlalu ramai dan sukar disekat adalah satu punca diantaranya. Walaupun bukan semua tetapi sedikit sebanyak mereka ini penyebab kegiatan jenayah meningkat. Mungkin aku terlalu prejudis terhadap warga asing terutama warga Indonesia dan Negro kerana ada sesetengah mereka bukannya mencari kerja tetapi melakukan kerja haram. wallahhualam....

batuk oh batuk


aku jarang diserang batuk dan selesema melampau. Tetapi ni dah dekat 2 minggu masih belum hilang. Aku rasa start keja pas raya tadi aku diserang batuk. Mungkin juga makan macam2 dan aku sudah melanggar pantang (isskkk..jgn bg tau mak aku depan dia aku cakap tak minum ais lagi). sebenarnya masa kat kg aku mmg aku haramkan ais drp membasahi tekak aku. TTp maklumlah bila g beraya bukan sumer org tau yg aku nie masih berpantang ais. so aku nie bukannya jenis demand org dah bg minum nak minta lain plak.so aku rasalah sikit hehhehe inilah akibatnya batuk aku semakin menjadi-jadi.
Semalam aku paksakan diri juga pg klinik untuk kali kedua. kali pertama kat bangi dah habis sebotol ubat batuk aku telan ttp tak baik2 juga. lastnya aku pegi klinik taman desa jumpa ngan dr Suresh. Doc ni bg penerangan panjang lebar dan jelas. Yg tuh memang aku suka. So dia cakap mungkin sebab virus tu pasal batuk tak baik2. so dia bg banyak ubat..tak penah aku dapat ubat sebanyak ini. cam sakit teruk jer...
antara ubat2nya ialah:
1. For sure ubat batuk - ttp aku suka ubat batuk ni cam rasa madu. aku bg durrani minum dia dok jilat2 picagari tuh. mmg sedap. Ubat yg aku dpt dulu kaler hijau pahit plak tuh.

2. ubat selesema- dapat 2 jenis satu untuk siang dan malam (ngantuk nie)

3. ubat paru-paru - dr kata aku cam nak kena asma. Dulu masa aku kecik2 mmg aku ada penyakit nie. teruklah juga. ttp bila dah besar asma tuh hilang ngan sendirinya.

4. antibiotik - kena habiskan nie

5. ubat kahak - untuk cairkan kahak yg degil ni

6. ubat untuk cairkan hingus. masukkan dlm air dan sedut wapnya.

pantang: ais, buah-buahan, pedas, berminyak kalau nak baik cepat. kalau tak lantak lerrr...

aku surf juga internet cari petua2 untuk hilangkan batuk antaranya:
1. pegi kat supermarket beli jeruk kulit limau tu.. then balik umah ambil air panas masukkan kulit limau tadi dalam 10 keping tutup bekas tadi bila sejuk baru minum…
2. Air + nasi (sedikit sahaja, barang sebesor duit 50 sen. elok diambil yang dibahagian bawah) masukkan kedalam bekas cth. jag. Embunkan semalaman… esok minum la apa lagi…3. Kalau batuk berkahak… tambahkan jarum beserta benang…. pancingkan jarum tu kedalam air tadi & diembunkan
3. Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
4. 1 sudu plastik madu lebah. perahkan sedikit limau nipis dan selawat 3 kali…minum. 3 kali sehari. pagi tengahari dan malam..insyaallah akan baik dengan izin Allah s.w.t
5. Kalau batuk-batuk, sapukan vicks kat dada dan belakang badan (ini biasa le kita buat), tetapi kajian depa kena sapu vicks kat kedua-dua tapak kaki. lepas tu tidur
6. Kalau anda baru diserang, sebelum tidur bersihkan tekak anda dengan air masak suam biarkan seketika barulah telan satu sudu besar madu lebah. Lepas itu tidur dan jangan makan sebarang makanan selepas itu. Paginya apabila bangun dari tidur sebelum gosok gigi telan satu sudu besar lagi madu lebah dan jangan minum air akan makan sebarang makanan untuk selama setengah jam. Selepas itu barulah anda pergi gosok gigi dan sarapan. Amalkan tiga malam dan tiga pagi berturut-turut insya-Allah batuk anda akan hilang atau reda beransur-ansur.
7. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
8. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
9. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
10. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
11. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air.
12. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
13. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
14. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
15. Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
16. ambil setengah sudu asam jawa dan rendamkan dalam air suam dicampurkan sedikit gula dan minum air tersebut.

Wednesday, October 15, 2008

Buang bayi

Apa rasa korang bila tengok gambo2 nie????


kejamnya manusia kepada manusia. kucing pun tahu syg anak



Bayi comel nie sanggup dorang buang..manalah hati perut dorang nie

Masya ALLAH...manusia dah tak ada harga diri.jadi sama cam sampah..itulah yg jadi bila nafsu menguasai diri

JIwa aku tak tenteram..sedih..pilu..tersayat jer hati ini...bila menonton Buletin Utama tadi. Tajuk beritanya lebih kurang cam nie...mayat bayi diseret kambing. Adoiii...siapalah punya durjana tuh yg sanggup membuang bayi yang tak berdosa ni. Dah ler buat dosa berzina..membunuh plak tuh..kot yer pun.. tak nak bayi tuh jgn ler bunuh..letak ler kat umah orng at least bayi tuh masih boleh bernafas. org lain yang susah nak beranak..punyalah usaha nak anak..ini senang2 jer buang..

Ttp bila aku peratikan dalam kes2 yg macam nie..kdg2 Tuhan permudahkan sangat..benda2 yg haram nie cepat lerrr lekat..itu pun tak sedar2 diri lagi. pastu dia orang nie nak bersalin senang jer..sebab tuh ler dlm toilet pun boleh...kat sekolah..shopping complexs... belakang pokok pisang main redahh jer...tak sakit ker???...kalu org lain cam aku nie ...sakit berjam-jam nak bersalin...ttp dorang nie cam senang sangat ataupun psikologi sebab benda dah haram sebab tuh ler...kesakitan bersalin tak terasa...sebab takut mengatasi segalanya.

Skang kes2 cam ni bukan kat bandar2 jer...kat kg lagi banyak....kalau budak2 bandar nie dorang pandai guna kondom, pil perancang lah sebab tuh tak ngandung...kalau budak2 kampung nie ingt seronok jer..bila ngandung mulalah fikir nak buang bayi...masya ALLAH.

kat kg aku pun ada kes cam nie..budak2 kilang ..nak kata bebas taklah juga...sebab ayah kuat agama ...ttp bila dah ada bf,gf nie mulalah nafsu dah tak leh kawal dah..lupa segalanya. ttp sib baik keluarga masih menerima mak ngan anak tuh..bila tahu jer ngandung 6 bln terus dinikahkan...skang nie anak pun dah 3 bulan. ttp ruginya tak dapatlah merasai majlis perkahwinan besar-besaran, pakai baju pengantin..make up lawa...sebab dah kawen koboi. so fikir-fikirkanlah sebelum buat sesuatu benda tuh..bila dah terlanjur buruk padahnya..sampai lerr..akhir hayat kesannya terasa. sedih bila difikirkan sebab zuriat dah jadi tak tentu hala...bayangkan apa akan jd pada anak nie bila dia besar....dalam surat beranak dah ler nama ayah tak ada dah sah2 lerr...anak luar nikah. Cam ner dia nak menghadapi masa depan...mmg lar dia tak salah ttp kesannya dia akan rasa sampai ler dia meninggal nanti. Orang kata sampai 7 keturunan.

Inilah harga yg harus kita bayar drp kemajuan..kemodenan..dan kekayaan. Nilai2 murni dah hilang semua sekali. moga ni jadi peringatan untuk aku ngan anak2 cucu aku nanti sebab aku pon ada anak...anak pompuan ngan laki sama jer..dua2 kena jaga...yg pompuan kena pandai jaga diri.. jaga maruah... jaga agama... jaga nama baik keluarga..yg laki plak...jgn suka2 hati nak rosakkan anak orang...dah ler nak jd ketua keluarga..ketua keluarga apa kalau buat benda2 mungkar nie...minta-minta dijauhkan AMIN...

Wallahhualam...


Nadia AF ngan Zoey

Tarikh: 9 October 2008
Tempat: Studio
Photografer: Abg Nasir
Artis: Nadia Af6 dgn Zoey Bong
Make up: Nadia Famee, Zoey Bosco
Penyelaras: aku lerr...

Yang nie untuk keluaran Nov, disebabkan dah kesuntukan masa aku sekalikan shoot Nadia ngan Zoey. Sebenarnya masa shoot nie petangnya ada majlis hari raya kat Grand Seasons sebab tu ler berbaju kurung hehhehe...so aku kelam kabut sikit, nak habis cepat. Sib baik 1.30 dah settle...abg nasir pun amik gambo cepat jerr..

Nadia AF6- NIa first time aku wat shoot ngan dia. Dah lama dah minta ttp tak dapat2 dr Maestro aku rasa dekat gak ler 3 bln. akhirnya dapat gak...dia ok peramah dan pandai pose tak yah ajar2 lagi.

Zoey - Nie kali kedua aku watpshoot ngan dia. kali pertama dia belum jd artis lagi baru nak cuba2. skang dah jd pengacara gerak gesi gasing ngan pelakon drama. cute sangat orangnya...



Pandai pose tak yah ajar.

Biasalah sesi bergambo...hahhah ayu jer aku berbaju kurung

Zoey --pengacara dan pelakon

Gambo beramai-ramai paling kanan tuh Sam PR FMC

Shoot Cover Nov

tempat: studio
Masa: 12 -4 petang time Ramadan ni
Photografer: abng Nasir
Penyelaras: aku ler
artis: Juliana Evans dan Sari Yanti
Make up: Nasha Aziz
Rambut Haz
Pakaian: Zara, MidValley Megamall

Cover Nov dibuat time Ramadan Editor aku ler yg cadangkan dua artis nie Juliana Evans dan Sari Yanti sebab dua2 tengah popular. Juliana dengan film Kami The Movie manakala Sari Yanti dengan Kisah Kaisara. Akceli..aku dah amik dah dorang berdua sebagai cover untuk Mac ngan JUn kalau tak silap aku ler.so yg nie kali kedua bergambar. Sepatutnya ada lagi sorang Diana Danielle ttp susah bebenor nak dapatkan dia..last2 tiga jer. Apa2 pun tima kasih yer JU ngan SARI. Kalau nak tahu lebih lanjut kena baca i-REmaja Nov 2008 ler. walau aku tau korang semua dah tak remaja dah hehhehe



Aku suker pose nie..nampak gedik hehheheh

ni poser attitude namanya




Nie ler Sari Yanti @ Kaisara. Pendiam sikit budak ni..dan bersopan santun sangat

Nie pulak Ju pengacara Remaja TV3, happy go lucky dan becok mulutnya maklumlah pengacara

The making off. Nasha kusyuk make up JU

Dah habis sesi bergambo ramai2..ahaks...
t