Sebut pasal makanan orang Kelantan atau Pantai Timur masa mula-mula bekerja di KL memang tidak boleh menerima semua makanan ini. Malah tidak pernah teringin mencuba disebabkan oleh bahan-bahan yang berbeza dengan makanan yang biasa mengenai tekak aku ni. Padahal ramai juga rakan sekampus dari Kelantan dan juga rakan sepejabat dr Kelantan. Namun lama-kelamaan proses adaptasi pun bermula, aku mula mencuba merasai nasi kerabu yg dijual di hadapan rumah sewa (ketika itu tinggal menyewa di Seri Gombak).
"Wah boleh tahan sedap, dengan rasa pedas, manis, rasa budu, rasa masin. Semua cukup,"
Selepas itu mulalah menjadi penggemar nasi kerabu. Kalau pasar malam mmg sering mencuba nasi kerabu yang dijual di sana. Di pasar malam Bangi ni ada satu penjual nasi kerabu yg sedap, memang kalau boleh tiap malam selasa tekak ni terasa jer nak menjamah nasi kerabu.
nasi kerabu pasar malam Bangi"Wah boleh tahan sedap, dengan rasa pedas, manis, rasa budu, rasa masin. Semua cukup,"
Selepas itu mulalah menjadi penggemar nasi kerabu. Kalau pasar malam mmg sering mencuba nasi kerabu yang dijual di sana. Di pasar malam Bangi ni ada satu penjual nasi kerabu yg sedap, memang kalau boleh tiap malam selasa tekak ni terasa jer nak menjamah nasi kerabu.
Nasi dagang..makanan orang Terengganu. Mula makan rasa pelik juga disebabkan nasinya yang berlemak dan lembut macam pulut. Tapi apabila kena dengan gulai ikan tongkol ni perrgghh...hari-hari rasa mau makan. Masa mengandungkan Fahim boleh dikatakan setiap pagi breakfast nasi kerabu. Di Bangi ada satu restoran Kelantan yang menjual nasi dagang yang sedap.
Lompat tikam. Masa mula-mula tengok rasa pelik juga kenapa dipanggil lompat tikam sedangkan bentuknya tidak tajam. Kali pertama mencuba ketika makan direstoran ANis di pantai Dalam. eehhmmm sedap...tapi rasanya mmg manis. Kurang gemar sikit tapi bolehlah dan tidak akan menolak apabila dijemput makan.
Kali pertama terpandang kuih ni, " alamak buruknya bentuk dan rupa," tapi bila dah makan..ehhhmm boleh tahan sedap. Don't judge the book by it's cover ok..wpun rupamu buruk tapi rasamu tiada bandingan.
Budu dimakan bersama sambal tempoyak dan cili padi...pergghh..makan bertambah dua pinggan. Aku baru jugalah jadi penggemar tempoyak budu ni dalam 4-5 tahun gitu. eehhh lama juga tuh. Tu pun kawan yang ajar ketika makan di Restoran Anis di Pantai Dalam (terkenal dgn makanan Kelantan). Ingtkan tak sedap..rupanya mmg diluar jangkaan hehehhe. Makan dengan ulam-ulaman dan cicih ikan bakar...pergghh (berapa kali pergghh agaknya)..sekarang ni kalau makan kat mana2 restoran mesti cari benda alah nie. Kawan Kelantan kat office pun tak suka makan budu..nampaknya aku lebih Kelantan dr Kelantan (dr segi makanan jerlah hheheheh).
p/s: bestkan negara kita ni macam-macam makanan ada. Itu belum masuk makanan Jawa negeri 9 (sebelah husband) yang pedas-pedas gitu. Makanan negeri aku Perak dan Penang biasa-biasa jer...tak pedas dan tak manis...yang penting boleh makan semua jenis makanan, drp negeri berbeza.
13 comments:
hehehhe.. tu la kan tak kenal maka tak cinta.. hihihi..
ena kan kak dari zaman budak2 sampai la awal kawin ena memg tak suka budu sbb masin tapi masa mengandungkan anak ke-2 irfan tu.. sy jd teringin nak makan banyak benda termasuk la budu.. terus la melekat sampai skrg pantang jumpa mesti sy nak makan.. hihih.. mcm udang & seafood jugalah sebelum kawin sy alah.. tapi bila dah kawin terus sy boleh makan & suka seafood.. rasa mcm tak caya je masa tu.. hahaha..
kuih lompat tikam tu memg mak sy biasa buat jd sy memg tetap gemarkanya cuma susah nak jumpa.. kuih akok tu pun sama.. sy juga memg sangat sukakan nasi kerabu.. rasa lengkap je bila makan kan kak.. heheh.. husband sy yg dulu tak tau makan pun dah sama suka.. cuma nasi dagang je dier tak berapa gemar tapi kalo kena timming nya bertambah juga dia.. :D
sy pun jenis yg suka mencuba & tak menolak menu2 yg baru berlainan negeri.. kalo boleh terima kat tekak sy, sy memg akan makan aje.. tetiba rasa nak makan laksa johor.. hik hik hik..
yan ni dah consider ade darah keturunan belah pantai timurkn.. so mestiler makan.. budu mmg faveret..
nasi kerabu & tempoyak jek kendian skit baru belajar makan..
nasi kerabu start rase ms p tasek kenyir kira2 5 tahun lepas.. tempoyak lak.. belajar kat n9... makteh ms tu buat sambal tumis ikan bilis dia bubuh sekali tempoyak.. mmg terbaikkk!!
da lame jugak tak makan benda2 diatas coz sumbernye payah dicari kat kedai2 runcit sebelah.. nasi kerabu yg betul2 sedap kt johor tak jumpe lg.. yg sedap kat tganu jugak..
Ena tu ler benda yg kita tak suka tu ler lama-lama jd cinta hehhehe. Boleh geng lah kita ni kan Ena..
Yan:tu ler sedap rupanya nasi kerabu jer..wpun nampak pelik sikit.bestkan negara kita ni macam2 makanan ada...pilih jer nak makan apa.
betul tu, tak kenal maka tak cinta. saya sejak kawin dgn husband (org kelantan) makin pandai makan makanan diorang. tapi dari kecik dah biasa makan sbb mak selalu beli nasi kerabu and laksam. tapi kuih2 depa mmg manis skit la, saya memula makan sampai pening2 hehe. lama2 ok la cuma tak berapa minat.
Adia: aahh lauk pauknya ok..tapi kuih muihnya mmg manis-manis belaka tapi sedap.
terasa teringin plak tengok nasi kerabu tu..
Bangi tu kedai dia kat mana..boleh try lepas ni
adeh...saja nk menggoda ni..naseb baek ptg ni balik kelantan=p
ahhhhhhhhhh sgt sedap... eb pn suker lps dpt bestfren org klantan... jadik lak anak angkat family dier... sokmo la berbudu etc... ;p
Rizziela: kat seksyen 6..tak ingat restoran nama apa..tapi nasi kerabu selalu beli kat pasar malam seksyen 6 Bnagi.
Mrs.spicy: mmg sangat sedap hehheh
mamaariesh: oohh bestlah tu tiap kali balik kampung leh makan yg kaw punyalah
dah lama tak makan semua tu...huwaaa...
sblm ni mak mertua izan suka buat nasi dagang. la ni dah lama dia tak buat... tp dia selalu paksa suruh makan budu...tp izan blm nak cuba lagi...hehe
izan tak kenal maka tak cinta...sedap tau budu makan ngan tempoyak
Rynas org perak yer... belah mana tu?
Post a Comment