Thursday, November 18, 2010

apa yang dimakan semalam

Oh terasa badan semakin mengembang, muka semakin membulat, salah siapakah itu? Salah diri sendiri bila jumpa makanan langsung tak ingat. Tambah pula makanan yang hanya setahun dua kali dapat dirasa iaitu pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.



Rendang palembang, makanan kesukaan orang Jawa. Daging yang dimasak menggunakan kicp dan cili..rasanya yang manis dan pedas memang membangkitkan selera apabila dimakan dengan lemang atau nasi.


Ni kesukaan aku juga. Sempat memasak dan dibawa pulang ke kampung. Kuah kacang dengan nasi himpit. Kuah kacang ni kalau sedap...berseleralah makan. Kalau tak sedap...alamak tak habislah kuah kacang tuh. Kalau nak masak memang kena ikut resipi yg betul.


lemang ni beli jer. Tapi kat kampung sebelah husbnd memang kurang menyukai lemang atau ketupat pulut. Tak macam kampung aku di Perak...memang ini antara juadah istimewa pagi raya.


Rendang hijau...atau cili padi. Rasanya memanglah pedas sikit drp cili merah...tapi oklah dengan rasanya yg manis2 pedas..sedap dicicih ketupat atau lemang. Macam manalah lemak tak terkumpul...



Ohh..ini juga kesukaanku...sup gearbox. tapi kalau kat kedai memang malu nak sedut guna straw ni. Semalam selepas korban dapatlah tulang-tulang yang boleh dibuat sup. Apa lagi terus jer masak sup. Memang sedap makan panas-panas bersama sambal kicap perrghhh..tak bangun-bangun sampailah sup habis. Dan ini juga penyebab lemakku semakin bertambah dan untuk dua-tiga hari ni kenalah kurangkan makan hehheheh boleh ker?????
p/s: gambar credit untuk en.google.


7 comments:

A D I A said...

akak masak ke semua ni kecuali lemang? rendang palembang tu mcm sedap je, tak pernah makan. rumah saya kuah kacang tu kan kalau buat, tak letak santan. tapi hasilnya tetap sedap!

kakngah said...

aduh.... sup itu sggh menggoda....





salam eidul-adha buat semua dari kakngah dan keluarga...

rynas said...

eehh yg akak masak cuma kuah kacang, nasi himpit dan rendang hijau tu jer. rendang palembang dengan sup org lain amsak. aahh kuah kacang akak pun tak letak santan.

rynas said...

kak ngah mmg pun dlm banyak2 tu sup gearbox ler yg paling laris

Ena said...

SALAM KAK..

masih dalam mood raya lagi kita ni kan!.. hehe

tu la.. kak KL ni tak de keutpat pulut cam kat kg la.. huhu.. tapi tak pe la.. ada lemang pun ok.. kena lak lemang yg sodap.. ;D

Mag said...

rendang palembang tu farah xpernah makan..macam sedap jer

Unknown said...

rendang palembang? x tau plak akan kewujudan rendang ni... rendang dendeng sama ke dgn rendang palembang ni... ;)

tak berapa suka sup gearbox... huhuuu... yg sebenornya tak pandai nak menikmatinya...