Dalam hati ini bermacam angan-angan, angan-angan Mat jenin nak pergi bercuti ke luar negara membawa keluarga??? huh ntah bilalah dalam Malaysia pun belum habis pusing ada hati ke luar negara.
Nak siapkan 3 buah buku peribadi bersama rakan baik untuk tahun ni? InsyaAllah harap tercapai impian ni sebagai memenuhi kejayaan pada tahun lepas. (walaupun tak berjaya sangat pun tapi disebabkan terlalu excited aku menganggapnya sebagai kejayaan besar).
kadang-kadang keinginan itu berkobar-kobar di dalam diri, disebabkan datangnya semangat,
mahu buat yang itu..mahu buat yang ini..wah macam-macam planning bersarang di fikiran.
Jangan tak tahu dulu aku pernah berniaga baju pasang di pejabat tapi cuma pada hari raya saja. Untungnya boleh tahan juga. Kemudian cuba berniaga kerepek cuma sempat 3 kali raya saja kemudian tidak dapat diteruskan kerana rakan sepernigaan berpindah tempat kerja. Mahu berniaga baju akhirnya dapat juga membuka butik online baby yang tak seberapa.
Dulunya punya keinginan untuk menjadi penulis novel apabila melihat rakan dengan royalti bernilai puluhan ribu. Namun semangatnya hanya hangat2 tahi ayam saja..hanya sempat menulis dalam 1 bab saja..novelnya entah ke mana. Tidak konsisten serta masa yg terbatas apabila di rumah. Kata suami, "ehh mama tulis blog boleh novel takkan tak boleh," katanya memulangkan paku buah kerasnya padaku. Menulis blog tidak sama dgn menulis novel...sebab itu tidak ramai penulis blog yg menjadi novelis tapi ramai novelis adalah penulis blog.
Ok kita buang cerita mengenai kemalasan itu, aku katakan pada suami, "rasanya nanti nak bekerja sendirilah. takkan selama-lamanya nak jadi reporter??? Nak ambik kelas menjahit kemudian buka butik sendiri." wah dengarnya macam indahkan??? mulalah google di internet mencari kelas menjahit terhampir dengan rumah dengan bayaran berpatutan. (kalau tengah bersemangat mmg beginilah). Semangat yang datangnya daripada wanita-wanita muda yg berjaya membuka perniagaan sendiri.
Kata suami: mama baju pun susah nak berlipat inikan pula nak menjahit.
aku terus membaling bantal lbusuk kepadanya. "Ohhh ...tak apa nanti akan kubuktikan,"
p/s: Ohh kagum dengan wanita yang berjaya buka perniagaan sendiri. Bukan senang oohhh..
8 comments:
sama jugak, macam2 angan2 nak ada dalam kepala otak, teringin gak nak bwk anak2 melancong keluar negara.
tp semua tu hampeh, tinggal angan2 kosong, birthday party utk anak2 pun tak dpt nak ditunaikan lagi dlm masa terdekat, nikan pulak nak bwk anak2 melancong..hehehe
mamsyaza: begitu ler...tak perlah drp tak ada nagan2 langsung susah juga(saja nak sedapkan hati sendiri)
Salam, Rynas.. samalah macam sy. Apa dlm kepala Rynas tu sebijik mcm apa dlm kepala saya. Asyik berjinak2 berniaga tapi untgnya tak pnah pula ditabung, kalu tak tntu dah lama kaya... hehe. Nak tulis novel tu pun asek tergendala.. kih3. Apapun semoga cita2mu akan mjadi knyataan satu masa nati, ya Rynas.
Angan-angan tak apa...tak kena bayar...
hehe..
enak nak berangan p holiday sampai ke oversea tu pun takut kak sbb rasa susah nak capai sbb yg dalam Msia ni punsangat susah nak buat.. huhu
tak pe kak, angan2 tu la mulanya impian.. pastu bila ada usaha jd lah kenyataan kan.. mudah2a impian akak tu akan terlaksana..
best kan ...
mestilah kena pasang angan-angan dulu, nnt bleh lah diusahakan jadik kenyataannn...
kalau fikir komitmen hutang memang akan membantutkan plan nak g holiday. pejamkan mata saje kakak, janji puas hati!
ekekekeke ish ish... kadang2 usikan suami buleh jadi pembakar semangat.. tp klu yan.. terus takde semangat
Post a Comment