Monday, November 15, 2010

telur ayam sudah bersih dibasuh

Dulu sewaktu kecil, setiap kali mengambil telur ayam drp peti sejuk untuk digoreng mak pasti ingatkan, "basuh dulu telur ayam tu...najis." dan sehinggalah sekarang selepas membeli telur ayam saya akan pastikan telur ayam dibersihkan terlebih dulu, dibuang segala kotoran dan tahi ayam yang melekat pada kulitnya.
"ehh mak bukan ke telurnya di dalam kulit cengkerang terlindung drp kotoran?"
ya memang betul, tetapi telur ayam itu keluar drp dubur ayam yang tentunya tidak bersih jadi adalah wajib membersihkannya dulu sebelum dimasak. Najis hukumnya haram dimakan.

Ketika makan di sebuah restoran yang baru dibuka di Bangi saya terpandang papan tanda yang berbunyi "telur ayam sudah bersih dibasuh" jarang ada restoran yang menyediakan papan tanda sebegini. Kadang kala saya khuatir dengan kebersihan dan tahap penyediaan makanan di restoran maklumlah saya jarang memasak. Lebih banyak makan di luar. Apabila makan roti telur di kedai mamak, saya selalu terfikir adakah telurnya dibasuh?

Mungkin tidak sebabnya saya pernah melihat sendiri telur yang masih di dalam sarangnya serta penuh dengan najis ayam yang sudah kering diambil oleh tukang masak itu untuk dijadikan telur dadar, serta merta kembang dan loya tekak saya untuk makan di restoran itu.
Alangkah baiknya jika semua tukang masak di setiap restoran menjaga kebersihan, jika telur ayam yang dianggap remeh mereka boleh usahakan untuk dibersihkan sudah pasti dalam hal-hal yang lain turut terjamin kebersihannya.

Ya di restoran itu saya perhatikan pelayannya akan mengumpul tempat membuang abu rokok dan membersihkannya dengan air sehingga langsung tiada debu rokok yang melekat. Dia akan lakukan setiap kali pelanggan membuang abu rokok itu di bekasnya. Maknanya setiap kali pelanggan baru datang memang bekas rokok itu bersih dan berkilat.

7 comments:

Fieza79 said...

area kulim ni laen sket bunyi nya signboard tu..cthnya 'char koew teow telor berbasuh'..!

Mek Rose said...

waahh bagusnye
kat mana ntah ari tu,masuk paper. kedai char kuew tiau..ade satu banner besar..telur ayam dibasuh..wekekke daya penarik gak tu

samala,sy pon basuh dulu
gelila if tak basuh..huhuh

A D I A said...

bagus restoran tu ye, ambil berat mende2 kebersihan macam ni. saya sendri kadang2 lupa nak basuh telur sblm masak, sebabtak pernah ditrain dari kecik. bila dah besar, byk baca baru sedar, eloklah basuh dulu telur tu.

Anonymous said...

wow..bagusnya restoran tu. mmg kita klu mkn kat luar selalu risaukan kebersihan kan. yelah, mcm2 kes kita jumpa. kan bagus klu semua restoran ada inisiatif macam tu kan..

Izan Ishak said...

kan bagus kalau semua restoran amalkan konsep mcm tu. supaya pelanggan boleh makan tanpa was2...

semalam izan nampak artikel akak yg pi naik hot ballon tu. siap tunjuk kat hubby lagi, blogger ni selalu komen belog ayang tau bang~

Mag said...

tulah...sekarang kalo makan kedai try elak amik menu bertelur. huhu..was2

Unknown said...

kat ipoh ni tak jumpa lagi kedai makan yg letak signboard camtu...