Sunday, November 14, 2010

dulu lain sekarang lain

Hari ni bangun awal jam 5.30 dah terjaga. Terus cepat-cepat mop lantai sebelum budak-budak tu terjaga nanti dah jaga satu kerja rumah susah nak buat,
kita kemas dorang sepah, kita lap dia orang bg basah, kita lipat dia orang tarik baju
hahhahah..itu adalah perkara biasa bagi ibu-ibu yang ada anak kecil. Kalau rumah berada dalam keadaan kemas satu hari adalah magik ok
Saya juga tak pernah membebel apabila rumah bersepah walaupun adakalanya penat juga setiap hari mahu menyusun semua mainan di dalam bakul dan juga menyimpan semua baju-baju yang ditarik di rak baju jika tidak pandangan yg menyakitkan mata harus dilalui setiap hari.

Biarlah budak-budak mmg kerjanya bermain, kalau tak main something wrong pulakkan??
Seperti kata Penasihat dan Perunding Sukan Milo Dato' Dina Rizal yang saya temui Sabtu lepas, katanya "Kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain, justeru sebagai ibu bapa tidak boleh menghadkan proses itu sebaliknya memberi galakan dan dorongan serta keperluan fizikal mereka," maksudnya jika anak-anak itu suka bermain biarkan saja asalkan permainan yng tidak merbahaya.

Tetapi lebih baik sekiranya permainan membabitkan fizikal dan mengeluarkan peluh bukannya permainan di dalam rumah seperti PS2, permainan komputer atau menonton TV sepanjang hari yang hanya menguji minda serta diakui memberi kesan jangka panjang kepada kanak-kanak.
Memang diakui tugas ibu bapa akan menjadi mudah dengan menyediakan permainan video itu, ibu bapa boleh bersenang lenang melakukan tugasan tanpa gangguan. Tidak seperti permainan di padang memerlukan ibu bapa menunggu bersama anak-anak-anak bagi jaminan keselamatan mereka.

Namun kata saya, kehidupan dulu jauh berbeza dgn sekarang. Dulu kanak-kanak boleh lepas bermain ke mana saja. Galah panjang, pondok-pondok, bermain guli, terjun sungai atau paling tidak bermain masak-masak di hadapan rumah. Tetapi kini lihatlah untuk melepaskan anak-anak bermain di taman berhadapan rumah sudah tiada jaminan. Apa lagi sekiranya di lepaskan di padang bermain bola sepak atau bola jaring sekiranya anak-anak itu masih di bawah umur. Takut sekiranya anak hilang, diculik lebih buruk dirogol atau di bunuh seperti yg didedahkan di dada akhbar. Tiada ibu bapa yg sanggup menghadapi risiko seperti itu. Justeru, setakat mana ibu bapa mempunyai masa senggang membawa anak mereka bagi memberi sokongan anak-anak menyertai aktiviti fizikal?

Namun ibu bapa mempunyai cara terbaik memberi didikan kepada anak-anak. walau sesibuk mana sekalipun harus diusahakan juga mencari masa untuk anak-anak membabitkan diri dengan aktiviti fizikal. Jika tidak dapat setiap hari, seminggu sekali sudah memadai dengan membawa anak-anak ke taman, dedahkan dengan persekitaran dan orang ramai. Supaya mereka tahu apa erti kawan, bagaimana menghormati rakan sebaya sekiranya bermain bersama anak-anak yang sebaya usia, cara menghormati orang lebih tua apabila melihat ramai ibu bapa atau nenek yang sedang melayan cucunya. Tidaklah mereka seperti katak dibawah tempurung sekiranya setiap hari sendirian di hadapan komputer atau TV, akhirnya apabila mahu diajak anak-anak ke majlis kenduri bertemu saudara mara, alasannya," ala nak main Pslah..atau pun tak mahulah tgk TV lagi best".

4 comments:

ckLah @xiiinam said...

...er..tolong mopkan sekali lantai rumah ckLah! He..he..



***ckLah bertongkat sehari dua ini. :(

Ain said...

salam kenal,

anak2 ain main dengan toys jer kat rumah. kalau bosan dorang bergurau dan bermain kejar2 sesama sendiri...

kat rumah takde ps2 atau game kat pc, anak2 mmg tak tau main benda ni...

bila sebut pasal ps2, teringat dekat anak buah ain. last week waktu kami berjumpa kat jengka (ziarah arwah mak sedara yang baru meninggal), anak buah yang sulung menangis nak balik. dia cakap dah boring duk situ, nak balik main ps2....

huhuhu....

A D I A said...

perna terbaca kat magazine, asha gil anak dia (boy) pernah suka main dgn makeup etc, dia biar je tamau halang, biar dia bereksperimen and tamau sekat learning experience dia. mmg macam tu la kan, kalau kita asyik kata no sampai bila dia nak belajar, dgn syarat kena pantau la.

Unknown said...

anak2 kakyong skrg ni tgh dok gila main beskal.. bangun pagi beskal.. tengahri beskal, petang beskal.. kalo buleh mlm pun nak main beskal/... memang koje main di laman jer lah.. ptg2 lak kena tunggu depa main dgn anak2 jiran depan rumah...

so far xde beli games video ni.. kecuali depan layan dvd kartun & magik english/abata jer...

tp bermain memang perlu utk anak2...

rumah bersepah, selerak.. nak tgk contoh.. mari lah ke rumah kakyong.... ;)