Friday, November 13, 2009

FB vs FV

hari tu suamiku balik bercerita mengenai isteri kawannya yang pergi berkursus 3 dan 4 hari. Jadi pagi-pagi sebelum keluar rumah selepas bersalam dan mencium tangan, isterinya berkatanya.

"Abang...jangan lupa yer siram pokok-pokok mama yer. Nanti mati pulak"

Suami dia yang terpinga-pinga, ni terus berkata dalam hati, bila masa pula isteri aku tanam pokok. Lalu dia cerita ler kisah ni kat pejabat..rupanya pokok kat Farmville. Patutlah siterinya bila kat umah asyik FV jer. Mula-mula dulu aku ni nak tahu ler juga best sangat ker FV ni bila tengok anak-anak buah dok cerita pasal FV. Sanggup bangun tengah2 malam sebab nak tuai padi, tanam pokok, petik buah. Kalau tak buat takut buah busuk. Nanti rugi ler. Kemudian dia cerita sekarang ni student U mmg addict sangat FV..bangun tengah malam sebab nak FV bukan nak study...dah tu dengar ler bunyi kambing, lembu menguak sekali...hehhehe kelakor pun ada.

Suami aku pula masa tu dok pasang telinga jer sebab dia mmg tak amik port langsung pasal FB ni..accaunt pun tak ada lagi. Ntah macam mana anak2 buah dah ngajar sekali dia pun masuk ler sebabnya nak main game saje. Udah tu terpengaruh pulak dengan FV apa lagi...huhuhuhu sekarang ni dialah yang paling addict FV..sibuk buat taman, tanam pokok semua....konon2 petani moden di alam maya paling berjayalah tuh.

"Tak der pekdahnya FV tu..kalau tanam pokok betul2 kan dapat hasilnya," udah aku dah banyak kali bebel. Ada jerlah alasannya...


Jadi moral of the storynya kalau ler nampak kat FB aku, segala bagai keluar pasal FV tu sebenarnya idok ler teman yang main (cakap perak pulak uols) ...suami teman punya tuh.. Ada sekali member opis aku tanya, "kak ct tima kasih ekkk bg gift pokok. bglah selalu, saya suka ni" aku terpinga2 time tu...pokok??? pokok apa pulak ni?? ohh barulah ingat pasal FV.

Lepas tu member opis ada ler tanya cam ner aku leh online kat FB sedangkan aku pegi asgn. Handphone teman pun idoklah canggih guna iphone atau blackberry..blueberry ni...suami teman punya angkara ler tu online guna nick teman. Tapi idok ler teman kisah pun dia nak main FV teman tu sebabnya teman ni manalah suka main benda2 alah tu buang masa jer. Nak Fb pun kdg2 tak sempat kalau tengah bz ler. (tukar slang balik) aku lebih suka tulis blog ni sebabnya leh tulis panjang-panjang dan merapu apa yang kita nak tulis.

Sejak ada FB juga rakan-rakan blog dah jarang ler update blog..ada ler seminggu sekali. Itu ler dikatakan teknologi Internet kan..macam juga dulu ada friendster..myspace...bukan main lagi havoc semua orang berfriendster..sekarang ada FB semua dah tinggalkan friendster dan myspace tu. tengok ler beberapa tahun lagi muncul pulak yang baru..Bodybook pulak ker..bila online semua boleh nampak...siap boleh sembang macam livetelecast..teknologikan siapa tahu..cepat jer berkembang.

Itu jerlah ngomela di pagi Jumaat nan indah ni...









4 comments:

ennieva fauzi said...

alamak..ni risau nak komen FB ko ni..mana le tau kot2 suami yang tengah gunakan FB ko tu hehehe..naya!

aku ada bukak ladang FV tu tapi semua mati..aku ni bukan je alam maya,tapi kat alam real pun tak kuasa nak bertani hehehe...payah cari masa...

ibu_Arifa said...

hhehe..betul2...saya pun ada gak FV tp tak de lah nak ketagih giler..hehehe sbb dah level tinggi dah...hihihi
TP geram plak kat hubby..pulun sungguh nak memotong skrg ni.
tu yg tak mau main sgt dah FV ni.

ibu_Arifa said...

"sori lari topik skit, kang komen cam ni kat sana..kang ramai plak yg 'target' blog saya"

kak rynas..saya nk beli lah dreess ijau kat biz blog akak tuh..18-24mth
tp kalo leh nk hujung bulan.

rynas said...

ibu arifa..ok jer masih ada lg dress tuh. tak nak masuk stok baru sebab nak clearance stock. kalau nak nanti sms yer.