Friday, October 23, 2009

"mama dah boncitlah"

Sekarang ni lepas raya masing-masing nak update pasal berat badan yang terlebih. Macam aku juga timbang hari tu..alahai naik banyak ni. Rasa pun bila jalan macam dah berat jer nak bawa badan jer. Haruskah berdiet..walaupun ada yang kata, " mana ada berisi..maintain jer" tapi bila timbang naik 2,3 kg tu beb. Dan paling buat aku rasa nak berdiet sikit (sikit jer) sebab Durrani dah pandai bg tau, " MAMA..MAMA dah BONCIT yer????"

Korang bayangkan bila anak yang baru berusia 3 tahun mengatakan dengan jujur yang mamanya dah buncit..apa perasaan anda?

dengan malu-malunya sambil cover perut..."ALAH..MANA ADA BUNCIT...
pastu dia dok ulang lagi, "mama boncit...mama boncit...." ishhh..dah ler skang ni dia rajin bercerita...kalau dia cerita kat baby sitter aku tak ke malu aku oiii...haruslah nak kurangkan lemak2 sikit bahagian perut nie. Ttp yang susah ni aku kan bersalin csert tak penah pakai bengkung, bertungku semua sebab itulah faktor telah membuncitkan perutku. dah try pakai gedle ttp tak bolehlah..lemas..pastu bila makan senak perut jer.

jadinya untuk berdiet secara senyap dan tidak keterlaluan terutama mengempiskan perut..aku elakkan ler makan nasi malam. ker..sebab malas nak masak..ada jugaklah gitu. jadi sebelum balik kerja tu minum petang ke kat opis atau makan yang ringan-ringan jer. Jadi bila malam dah kenyang...adakah ini berkesan tunggu dan lihat...

5 comments:

myfamilybiz4u said...

hiiiii buddy....salam ziarah dan salam perkenalan.
jum cuber pakai korset premium beautiful,bleh kurus and bleh cegah bermacam2 jenis penyakit :)

imankoleksi said...

heheheh dia suh ko slim la tu

raihanah said...

tak de mananya mama dia buncit, tak nampak pun, mesti maintain, kecik je...

||♥Shahida♥|| said...

slm kenal...

Rashidah Ibrahim said...

Sebab senang hati tu... selera makan pun baguslah..