Akhirnya Isnin lepas dapat juga aku menonton filem yg sedang hangat ditayangkan ketika ini iaitu 2012 walaupun sudah hampir seminggu tayangannya. Mujur tiket masih ada. Walau aku sebenarnya bukanlah kaki wayang...keterujaan aku kepada filem ini disebabkan sogokan juga momokan mengenai kehebatan filem ini...bagaimana barat menterjemahkan Hari KIamat dalam bentuk filem. Selepas tamat menonton bersama rakanku Bennie kami bergelak ketawa...malah ketika di dalam panggung juga banyak adegan-adegan yang tidak masuk akal menjadi bahan ketawa kami. Sungguh..walaupun dinyatakan end of the world atau istilah Kiamat tetapi filem ini langsung tidak meninggalkan impact yang besar apatah lagi rasa ketakutan kepada hari kiamat itu. Filem ini tidaklah sesuai dikatakan filem mengenai hari kiamat tetapi lebih sesuai sebagai filem bencana alam mengenai pemanasan kerak bumi sehingga berlakunya gelombang tsunami besar yang meragut nyawa di seluruh dunia.
Namun tidak juga seluruh dunia kerana tidak semua negara dibayangkan hancur disebabkan hari kiamat ini..paling awal musnah adalah negara California dan China negara paling selamat. Kerana apa??? aku terfikir-fikir mungkin juga kerana China negara pembuatan...maju drp segi teknologi dan tenaga kerja yg mahir sehingga boleh menangkis waima bencana alam sekali pun.
Permulaan cerita amat mendebarkan...namun mood aku mati ketika menonton filem ini di pertengahan cerita dan akhirnya kecewa selepas keluar panggung. Sekiranya pengarah tidak menghidupkan walau satu watak pun selepas tsunami itu lebih berkesan. Jika kiamat mana mungkin ada manusia lagi selepas itu..ada hero lagi selepas 2012??? Ini kerana mereka mengakui hari kiamat tetapi tetap menggambarkan kaum, serta bangsa mereka sebagai hebat dan kuat.
Namun penggunaan teknologi CGI nya sangat mengagumkan dan harus dipuji..penghasilan adegan bencana alam sangat real..melihat bumi terbelah...glasier hancur dilanggar bahtera, ombak bergulung menelan semuanya, manakala bukit bukau terbelah dua, sekelip mata sahaja nyawa melayang meninggalkan semuanya. Drp segi pengolahan ceritanya sebagai orang Islam banyak perkara yang boleh disangkal dan tidak masuk akal. Cuma aku terfikir mengapa pengarahnya tidak memusnahkan kaabah seperti mana dia memusnahkan gereja? pengarahnya bijak kerana mengambil ikhtibar daripada peristiwa terdahulu...jika dia tidak mengira sensitiviti umat Islam sudah tentu filemnya mendapat bantahan tayangan.
Aku kira filem ini adalah filem propaganda..mengenai kehebatan, kekuasaan, kekayaan ketua dunia iaitu Amerika syarikat. Bayangkan saintis yang mula2 mengesan mengenai 'kiamat' ini adalah orang India namun di akhir cerita dia tidak diselamatkan padahal jasanya sangatlah besar kerana apa??? kerana India digambarkan sebagai negara miskin...miskin tentunya ditindas manakala berwang raja segalanya. Begitu juga dengan tenaga kerja rakyat china yang membina bahtera, namun tidak seorang pun rakyat cina turut serta dlm bahtera kecuali mereka yang masuk secara haram. Maksudnya Amerika mengakui kehebatan sains atmosfera datangnya daripada India juga kehebatan China sebagai negara pembuatan namun di akhir cerita Amerika juga yang paling berkuasa dan layak melakukan segalanya. Begitu juga watak presiden Amerika yang digambarkan sangatlah bermoral dan berbudi pekerti kerana sanggup mati bersama rakyatnya. Dalam filem ini digambarkan Bahtera yang dibina rakyat China adalah sama seperti mana zaman nabi Nuh. Bezanya bahtera Nabi Nuh mereka yang beriman sahaja dapat menaikinya, manakala bahtera 2012 adalah untuk mereka yang berwang. Langsungnya aku terfikir jika orang Islam yg menonton mesti memahami filem ini dongengan semata-mata, jika orang kafir pasti mereka berfikir dengan harapan yang besar...agar mereka turut diselamatkan ketika datangnya hari kiamat seperti watak-watak dalam filem ini.
Dan selesai menonton 2 jam 40 minit...apa yang aku rasakan ialah manusia ini sama sahaja, walau setinggi mana pun darjatnya, sekaya mana sekalipun atau penuh dengan kuasa tetapi semuanya sama sahaja di sisi Allah...apabila sudah sampai masanya...detik dan ketika kita pasti dijemput olehNYA tanpa berganjak walau sesaat sekali pun...kun fa ya kun...jadi lengkapkan diri dengan amalan untuk menghadapi hari Kiamat.