Saturday, February 28, 2009

makan mihun sup

Hari ni mau letak gambo makanan. Inilah menu hari ni. Bangun pagi teringin plak nak makan mihun sup. Oleh kerana bahan-bahan dah ada sebab semalam masa balik keje belilah sikit brg2 dapur jadi dengan gigihnya aku memasak di dapur. Senang jer uols masak sup pastu, celur mihun, sayur sawi sikit ngan sambal kicap siap untuk dimakan.
Sempat juga masak lala cili padi. Maklumlah suami aku tuh mmg apa-apa pun akan makan nasi. Ko masaklah mihun ka...mee ka...nasi juga yg dia makan.

Tada...sup ayam sudah siap. makan dua orang haruslah periuk kecik jer.

Mihun yang dah siap dicelur. cam banyak puler..rasanya sikit jer tadi. tak perlah aku makan ler sampai kembung hahhahah...


Makan mihun sup haruslah ada sambal kicap barulah kaw...

Masukkan sawi yang sudah dicelur. saje tambahkan sayur.

Inilah mihun sup yang sudah siap...masa ni makan ala-ala untuk lunchlah..

Ini pula makan kali kedua...minum petang plak. aiseyyy...kenyang sangat aku. Yerlah nak habiskan sup tuh. Durrani bukan makan sangat pun hirup sup sikit-sikit jer..

Alhamdulillah habis juga akhirnya. Mau tambah lagi ka??? adoi..tak sanggup ler..








Fahim dah duduk






















Layan dulu gambo-gambo nooo...
Selepas berusaha bersunnguh-sungguh fahim dah boleh duduk dengan jayanya...
Lepas ni dah senang nak jaga bg mainan jer..dia leh main sebab senang dah duduk. Nasib baik Fahim pandai imbang badan kalau tak tentu terlentang ke belakang.Pasni bleh memanjat plak yerr...bila dah start dapat kaki..tak menang tangan aku nak kejar hahhahhaha..tunggu jerlah nanti.

tu dia...





Tu dia...sebagai memenuhi permintaan eiza dan Intan ini aku upload gambo kasut Nike yg dapat hari tuh. Baju ngan suar malehhh ehhh nak amik gambo. Alahhh baju ngan suar nak aerobiks tak ada bezanya...yg kasut ni ada beza sikit sebab colournya...aku suker..hahhaha terangnya Mak Ngah!!!!

Thursday, February 26, 2009

makan malam



En hubby yang balik drp buat OT belikan aku roti planta. Sebenarnya aku tak order pun ttp dia sajer beli. Sebabnya malam mmg aku jarang makan skang. Bukan diet ke apa..ttp sejak dua menjak ni aku makan petang. Contohnya petang tadi disebabkan tengah hari hanya makan sedikit nasi goreng cik yam dan sanwic masa pegi asignment... petangnya mmg terasa lapar yang amat sangat. Jadinya aku cik yam, kak zeda dan anis Mastura pegilah makan kat Suraya. Aku order nasi goreng kampung. haruslah kenyang sampai ke malam. ttp bila en hubby dah belikan terpaksalah makan juga kalau tak membazir.
Ohhh..nak citer pasal asgment aku hari ni kat Fitness First, The Curve. Pelancaran kasut wanita Nike. Mula-mula ingat macam pelancaran biasa-biasa jer rupa-rupanya dia orang suruh salin baju yang disediakan (top,bottom, shoes) kemudian kena workout kat gym. Hushh...aku mmg excitedlah maklumlah dah lama giler tak bersenam. Dulu masa bujang-bujang mmg selalulah sebab pegi kelas aerobik kan skang tidak lagi. haruslah bila ikut instructur tuh dah terasa sengal-sengal kaki. Alahai...itu baru sikit..berpeluh jugalah ler...ttp bila dah habis rasa best sgt. Dapatlah sepasang baju dan kasut Nike colour pink yang sangat cantik. Lepas nie boleh ajak Durrani temankan aku pg joging.

Wednesday, February 25, 2009

Touch & Go

Semalam masa balik keje dan melalui tol Kajang, akukan pengguna touch n go so lalulah laluan T&G itu. kat depan ada 2 buah kereta. tunggu punya tunggu punya tunggu lama nau tak gerak-gerak juga. Kete kat belakang dah makin panjang drp tiga kete dah jadi banyak. Rupa-rupanya kad tak cukup duit...aduhhhlah..sukalah menyusahkan orang. Takkan lah tak tahu kad tuh tak cukup duit..mestilah boleh agak kalau dia selalu guna..alah kalau tak selalu guna pun mesti tahu. Ini dah nyusahkan orang hanginlah juga kalau lorong yg sepatutnya untuk laluan mudah dan cepat dah jadi lorong laluan lembap..cepat lagi laluan tunai.

Ini bukan kejadian pertama dah dua tiga kali juga..pengguna TnG yang tak allert mengenai kad mereka. Lain kali pastikan duit cukup ya barulah lalu laluan TnG kalau rasa2 was-was tuh baik lalu lorong tunai jerlah...untuk selamat dan supaya anda tidak dimaki atau di hon oleh pemandu-pemandu yg lain...

sekian. wassalam.

Tuesday, February 24, 2009

jumpa Fizow


Hari ini tugasan yang sepatutnya dilakukan jam 11 pagi ditunda kepada jam 1 tengah hari. Sebabnya Fizow yang minta tukar masa. aku ok jer lagipun jurugambar tak ada asgment lain cuma dgn aku jer. Kita org gerak dr opis jam 12 tengah hari dan sampai lebih kuran 1 petang. Rumah pelakon dan model ni kat Riverdale, bukit antarangbangsa dekat jer dgn runtuhan bezanya runtuhan tuh kat atas sikit jer.

Senang bekerjasama dengan fizow, dia pun tahu apa gambar aku nak. habis semua ruang aku gunakan drp bilik, ruang tamu sampailah ke dapur. Katanya dia pandai memasak sebab dulu penah buka kedai makan ttp sebab bz tak sempat nak masak untuk aku. Mmg pun 2 minggu lepas kuar dlm Nona masa tuh Fizow masak tomyam kot. Maklumlah org Siam mesti pandai masak noo...Naper aku amik dia nie..sebabnya dia pelakon baru sedang meningkat naik. aku mmg suka buat publisiti artis2 baru yg tengah nak naik ni...asyik2 muka2 lama bosanlah.

habis shoot lebih kurang 2.30 petang perut terasa lapo rupanya aku ngan ikram belum lunch lagi. Mula2 lah terfikir nak makan kat ner..cadangnya aku kata balik opis jerlah makan kat Suraya. Ttp Ikram tersebut yg dia masih terasa lagi briani ayam madu kat Kota damansara minggu lepas yg sedap tuh. So aku cadangkan kita org makan kat Mahbub...sebab Ikram tak penah makan kat sana.

Aku spt biasalah order nasi briani ayam madu..ikram order nasi biasa tambah ayam madu. Pas dapat makanan masing2 diam menghayatinya. sambil tu Ikram kata...mmg sedap..pasni kalau nak makan kat mahbub ajak kak ct yer. Lepas gian aku nak makan kat mahbub.

Monday, February 23, 2009

layan jerlah...


Kejadian pada minggu lepas. (sambil mengambil tudung aku yg berwarna biru. lepas tuh dia siap amik pin tudung dan bg kat aku)

Durrani: mama..akai udung.

Aku: nak pakai tudung. nak pegi mana?

Durrani: gi jalan.

aku pun layan jerlah dan pakaikan dia tudung. sebenarnya aku nak mandikan dia..ttp dia pg sana sini..kejap2 amik mainan..amik tudunglah amik baju. lepas dah pakai tudung senyum lebar. pastu ada lagi.

Durrani: mama...mama...liptik mama.
Dia pun pg lah amik liptik yg dah patah tuh sambil pakai. sambil senyum-senyum...amik majalah dan bawa kat sofa. Ntah aperlah dia nak buat. aku tengok jerlah...rupa-rupanya dia belek-belek majalah...cam aku dok buat tuh konon-konon gaya seorang wartawan lah tengah compare magazine mana lg lawo. Adoiii lahh...dia tiru perangai aku rupanya.

breakfast yuk..


Inilah menu pagi ni..bangun-bangun jer perut dah rasa lapo. sambil masak bubur Fahim untuk dibawa ke rumah baby sitter aku pun terus larr wat roti bakar. Kat dalamnya campuran planta, kaya dan jem strawberi dan inilah rupanya. Kena makan panas2 baru sodap. sure tak habis nie haruslah dibawa bekal ke opis.

Sunday, February 22, 2009

bacikal ocak

Durrani: abah-abah bashikal..dah ocak. (basikal dah rosak)
Abah: Yer ker??? tak perlah nanti beli lain ekk..
Durrani: ala...(sambil dok memproses basikal tuh konon2 nak baikilah.)


tengoklah gambar2 dia baiki basikal..macam terror jer. Padahal cam tikus membaiki labu. Sebenarnya basikal tuh elok lagi ttp hari tuh sepupu dia kat n9 tuh dtg umah maklumlah bila ramai2 naik terus patah. patah pun dia tetap naik juga...sebab masa tuh masih boleh naik lagilah. Ttp ni dah patah dua mmg dah kena buang jer jawabnyer.












duduk sopan

Layan gambar fahim yer. Skang nie dia tengah nak merangkak..ttp aku tengok dalam dok angkat-angkat bontot tuh tiba-tiba mengundur dan terus duduk ttp cara dia duduk tu pelik sikitlah duduk mengesot ke tepi. ala-ala cam sopan gitu.




Durrani ni nakal kdg2 sajer jer dia pg tolak paler adik dia..iskk..mmg selalu kena tengok ni kalau tak kena buli. Tunggu lah fahim besar sikit..tahu ler dia plak buli kakak.














Saturday, February 21, 2009

dulu dan kini

Lega sikit rasanya apabila Durrani dan Fahim dah tido. Barulah aku boleh start buat keje aku buka blog, baca blog kawan-kawan ataupun search apa yg patut. Sehari kalau tak buka Internet tak senang duduk rasanya. maklumlah dulu baca akhbar, tengok berita ttp skang tak payah beli paper pun tak apa, online jer mana-mana paper senangkan. kalau nak lebih tahu pasal politik bukalah agendadaily, malaysiakini, harakah dan blog parti-parti pembangkang bacalah macam-macam ada. Kdg2 memang seronok membaca penulisan mereka ni. Hentam menghentam, caci mencaci dah jadi perkara biasa dah. kalau jenis org yang tak pandai fikir ni percayalah 100 peratus apa yg ditulis. kalau nak tahu pasal hiburan click saja klubkiddy dan oh bulan. Kalau nak shopping pula macam2 barang yg dijual online yang biasa aku beli baju baby kat Manjaku Sayang.
Aku rasa sekarang ni setiap orang mempunyai blog masing-masing. Kalau dulu menulis dalam diari ttp sekarang diari diterjemahkan di alam maya, click sahaja sesiapa juga boleh membaca kehidupan kita dan memberi komen. Sebenarnya aku pun baru sahaja berjinak-jinak dengan penulisan blog semuanya kerana terpengaruh dengan blog Intan, dulu bukannya tidak teringin tetapi tidak tahu bagaimana nak create blog sendiri. Sebenarnya sejak 2 tahun lepas lagi suami aku pernah menyarankan kepadaku supaya mempunyai blog sendiri, katanya wartawan mesti ada blog ttp aku buat endah tak endah saja pandangannya. Katanya lagi blog juga boleh buat duit, aku terkelip-kelip memandang...bagaimana ya? Hahhahahah..mmg nampaknya aku buta IT. tambahnya lagi boleh juga buat bisnes menerusi blog..wahh menarik bunyinya. Selepas
setiap hari melayari blog kwn2 akhirnya terhasillah blog aku sendiri dan sekarang membaca blog adalah satu bentuk terapi paling berkesan. walaupun kadang2 ada sesetengah blog yang tidak aku kenali tetapi apabila setiap hari membaca kehidupan mereka terasa dekat di hati. Betapa besarnya pengaruh blog dlm kehidupan aku sekarang. dan sekarang barulah aku mengakui kata-kata suami aku 2 thn lepas ada kebenarannya.
Begitulah teknologi pantas bergerak..dulu nak dapatkan Internet punyalah susah terpaksa ke cybercafe 1 jam RM3.50 sekarang setiap rumah mempunyai Internet sama ada melalui stremix atau broadband mungkin akan datang internet menggunakan rangkaian wireles sahaja. Entah2 boleh berhubung seperti mana telefon mudah alih. tekan sahaja mana-mana kekunci keyboard boleh dial nombor telefon dan terus berbual. Dulu komputer berwayar sekarang masing-masing memiliki labtop. Dulu telefon rumah atau publik phone sekarang handphone, berserta 3G. dulu tulis apa-apa saja dlm diary kalau boleh tak nak orang lain baca sebab rahsia peribadi semunya tertulis di situ, tetapi sekarang tulis dalam blog dan tujuannya nak bagi orang baca. Apa lagi ya, bayangkan 10 tahun akan datang bagaimana pula keadaannya?

Friday, February 20, 2009

gaya rambut baru

Sudah lama sebenarnya aku nak potong rambut Durrani bahagian depan tuh. dah panjang sampai tutup mata dia. Bila letak sepit kejap jer pastu dia cabut. Bila aku nak sikat mulalah dia minta sikat pastu cakap "Atin sikat mama" mmg susah betol nak uruskan rambut dia. Dengan aku mmg susah betol nak ikat rambut dia. Ttp kalau dgn baby sitter, Mak Ida buat apa pun boleh kalau amik tuh mmg cantik jer rambut diikat belakang wpun seciput jer..bkn banyak sgt pun rambut dia.
Semalam Mak Ida minta kebenaran nak potong rambut Durrani.
Aku pun cakaplah, " potong lah kak...mmg sebenarnya nak potong ttp susah sgt. Dia mmg tak kasi."
Petang bila pg amik mmg excited sgt nak tengok wajah terbaru dia bila potong rambut sampai jer aku terus gelak...kelakar jadinya rupa dia hehhehhehe...





surprise birthday

kak haizan ngan kak zeda sedang potong kek
Inilah besday girl nyer

sedap oooohhh... kek ni

Semalam kat opis diadakan surprise parti untuk birthday kak Zeda dgn Kak Haizan. Sehari sebelum tu kak zeda dah belanja mkan tengah hari dah kat Suraya pastu kak ema belikan hadiah baju untuk dia. Pagi-pagi lagi dia dapat jambangan bunga wahhh bukan main sonok lagi agaknya maklumlah first time dpt bunga berseri2 jer wajah hehheheh.
petangnya cik yam ngan suzi dah beli kek, pastu anis pegi beli goreng pisang ngan cekodok kat faber. Itu jerlah menunyer. walaupun sederhana ttp best sebab perut masing2 kenyang. Kiranya ini pembuka jamuan hari jadi untuk thn 2009.
SELamat hari jadi pada Kak Zeda dan Kak Haizan semoga panjang umur serta dimurahkan rezeki. Amin

Wednesday, February 18, 2009

teringat balik....

Semalam sedang tunggu-tunggu lay out keluar kat mesin bawah tuh sembang-sembang lah ngan team anjung seri. Topiknya pasal bersalin sebab kak On dah bersalin Rabu lepas dapat baby girl tahniah yer kak On bertambah ahli keluarga jadi 4. perbincangan pasal pengalaman bersalin larr...ada yang senang...ada yang sakitnya lama...ada pulak kena csert cam aku nie. So pengalamannyer pelbagai...

mmg sonoklah bercerita pengalaman masing-masing..lucu pun ada gak maklumlah pengalaman kali pertamakan. teringatlah aku dulu masa bersalin Durrani mmg time tu tak tahukan sakit bersalinnya macam mana...contraction macam mana. Org kata rasa cam nak terberak..mmg lah rasa cam nak terberak..ttp lain oooo susah nak digambarkan hanya mereka yg melaluinya saja yg tahu. Nak citer mmg susah bangat!!!!. bila tiba sakit 5 minit sekali kemudian makin cepat itu yg tak tahan tuh...peganglah apa benda yg tercapai dek tangan sambil mulut dok kumat kamit baca apa yang patut. Yg tak leh tahan masa nak cek laluan...kali pertamakan manalah tau doc cek macam mana....aduhhhh!!! gitu rupenyer...sakitnya mak aiii...rasa cam nak sepak jer doc tuh (sorry yer doc terkureng ajar sket). pastu bukan cek sekali kalau 1 jam sekali faham2 jerlah berapa kali nak sakit...mau jer cakap kat doc tak cek tak leh kerr???? ttp masa Durrani sakitnya kejap jer...sebab doc dah leh agak puncanya so dia cepat2 amik keputusan csert. Masa doc cakap tu nangis juger ler aku ngan hubby..sebab takutt wooo first time masuk bilik bedah. Nak merasa jugalah bersalin normal barulah rasa cam ibu sejati cewahhh...ttp nak buat macam mana...dah ditentukan yg bernama Siti zarinah ni bersalin csert sebabnya tulang punggung gua sempit sebab itu ler laluan tak buka-buka cuma 1 cm jer pastu tak gerak2 selepas 1 jam dan seterusnya. Ttp rasa bersyukur dan bertuah sgt ..sebab Tuhan bg kemudahan csert..agaknya ada hikmahnya..sebab aku nie mmg tak tahan sakit sikit. Rasanya kalau normal haiii..entahlarr..tu pasallah Tuhan bg csert.

Time anak ke2 ni sebab bersalin kat spital lain doc lain jd berbezalah sikit. Ttp aku suka kat Hospital Annur tu sebab islamic sikit..24 jam pasang ayat al-quran rasa tenang jiwa. sonok dok kat spital. walau takut..ttp takut ala-ala manja jer. kali kedua ni aku try cakap kat doc fatimah tuh nak try juga normal kalau dah tak leh dah barulah csert. so doc tu pun ikut jerlah...
ttp mmg dah kuasa tuhan kata mmg tak leh normal jadi laluan rahim hanya buka 1 cm jerlah start dr subuh sampailah kol 12 tengah hari. pastu doc try induce (masuk ubat yg kecik tuh) ttp still sama jer..tak buka-buka wpun contraction dah kuat hampir mencecah 100 ke atas( bacaan mesin tuh) lastnya terpaksalah csert juga. Ttp kali ni merasalah sakit yang betol2 nak bersalin tuh..sakit yang tiap beberapa minit datang sekali. Hahhaha...masa ni sakit jer pegang tangan suami...itu jerlah yg belh dibuat.

Ttp sebenarnya pengalaman bersalin ni sgt menyeronokkan...bila diingat balik mmg besttt arrr. tambah2 bila pandang muka baby kat sebelah hilang semuanya. kesakitan hilang sekelip mata. Layanan kat spital pulak sgt tip top hai terbayang-bayang lagi kemesraan nurse melayan aku dengan tulus ikhlas. Org pas csert kan mana leh gerak dialah yg buat semuanya (faham2 jerlah). rasa nak duduk lama-lama kat spital biar dorang layan aku bleh ker????

masa dalam pantang 44 hari pun best...wpun semuanya kena pantang. ttp masa tuh keje aku tido, makan, bangun layan anak, tido balik dan makan. semuanya mak uruskan. Csert ni 2 minggu sakitnya masih terasa cam ngilu gitu. jalan pun ala-ala lambat pegang perut..tak leh bertungku berurut semua. Tak merasalah aku wpun dah dua anak...bila dah lama2 sikit baru boleh. makan kena jaga betul-betul tak leh yg gatal2. Pastu luka kat tempat bedah tu mmg kena keringkan takut ada infection skang nie teknologi main gam jer dah tak ada jahit2 dah sebab itulah parutnya tak nampak sgt...cantik jer bercantum balik. Cumanya bila tak bertungku berbarut tang perut tuh lambat sikitlah nak surut...ttp aku ni jenis nak cepat kurus jadi aku mmg berpantang betol-betollah pastu kat perut tuh mmg sapu sejenis ubat namanya "boghoih" campuran halia, lada hitam, kunyit dan rempah ratus lain. sapu pagi dan malam fungsinya mengecutkan perut. mmg berkesan wpun sgt tidak cantik rupanya bila disapu hehhehehe. Pastu minum pati ikan haruan poleney..makan ikan haruan air gamat pun minum juga supaya luka dalaman cepat baik. Pati ikan haruan tuh makk aiii baunya sangt hanyir dan menjijikkan ttp sebab nak baik punya pasal reda jerlah minum.

Thn ni juga ramai juga kwn2 aku nak bersalin Nora ngan Jaja yg keja kat karangkraf tuh semuanya anak kedua. Nora bln 3 Jaja hujung thn kot. pastu adik ipar yg kawen sama ngan aku dulu pun akan bersalin anak kedua Mac depan. Katanya baby girl alhamdulillah sepasang lah yer. Pastu yg dengar ngandung belum ada...ttp merancang nak ngandung thn nie adalah harap2 berjayalah yer. itulah serba sikit pengalaman menyeronokkan aku..time bersalin hari tuh. kalau org tanya tak serik ker bersalin..hehhehe..jawapan aku TAK SERIK..BEST APER. Semuanya indah2 belaka. Macam nak ngandung lagi jerr...Iskkk..iskkk...tunggulah biar anak kedua besar sikit at least dah mencapai usia 2 thn lebih. Masa tuh pun ekonomi dah ok sikit..maklumlah ada anak maksudnya pertambahan kewangan kena ada. nak menjaga anak kena ada duit kalau tak susah. Sebab sebagai mak ayah mesti nak bg yang terbaik pd anak..semuanya lah..makanan, minuman, pakaian, pendidikan, tempat tinggal. Org kata tak maulah anak-anak lalui zaman susah spt mana mak ngan ayah nya lalui. Ttp dlm masa yg sama kena ajar dorang macam mana hidup susah supaya dorang tahu susahnya nak besarkan anak-anak.

ke MidValley

Lega semalam dah habis lay out untuk iremaja Mac isu. Sepatutnya dah boleh settle Jumaat ttp disebabkan beberapa masalah sampai selasa baru hantar printing. Untuk bulan April aku ngan team iremaja akan cuba untuk mempercepatkan deadline bahan kepada 5hb..kalau bahan dah cepat harapnya lay out juga boleh cepat.

Petang aku ke MidValley memilih baju kat zara untuk shoot cover esok. Cadangnya shooting dgn Almy nadia untuk ruangan dlm sahaja tetapi memikirkan apa salahnya mengambil dia sebagai cover sebab dia juga dikenali sama seperti pelakon seangkatannya fouziah Gous. tengoklah ikut kesesuaian nanti kalau cantik cover tak cantik dalam sajork...
Buntu juga memilih baju sesuai, rambang mata dibuatnya akhirnya selepas 1 jam aku memilih 4 pasang baju dengan warna2 ceria. Sementara menunggu staf siapkan semuanya aku pilih-pilih jugalah baju sesuai untuk diri sendiri. Zara sale okey...rasanya nak habiskan stok kot. Susah nak dapatkan baju di sana dengan harga RM39-RM49. paling murah pun RM60 ke atas hanya t-shirt cabuk-cabuk jer. Kalau yang okey mahu RM100 ke atas.
Sedang dok suka ria memilih...mata dok lilau-lilau kiri kanan...terima panggilan drp Mak Ida baby sitter aku. Dia minta amik durrani dan fahim awal sebab anak dia dah bersalin kat hospital Putra jaya. dalam kelam kabut aku terus rembat selai baju berharga RM39 haruslah amik paling murah cadangnya mahu rembat lg satu ttp dah tak ada masa dah..nak cepat. Sib baik pada masa sama staf dia pun dah settle semuanya sebab sikit jerkan hanya 8 pieces. Siap jam 5 teruslah balik tak ada masa nak shoping moping wpun sebenarnya nak jugerlah tengok2 apa yg ada dah lama nau tak pegi Midvalley.

nak kuar parking bercinta...alahai tersekat dlm jam kat parking hampir 30 minit rupa-rupanya ada pokok tumbang kat luar. Patutlah lembap bak kura-kura demam. Dah lepas pokok tumbang tuh terus jerlah pecut...ttp aku suruh hasben amik dulu anak-anak sian kang mak ida tertunggu-tunggu aku. sampai umah mak ida dah 6.15 petang.

Monday, February 16, 2009

main makan-makan











Durrani nie kan tabiatnya suka meniru..
benda2 yang dia tengok tuh cepat betol nak tiru..apatah lagi kalau perbualan.
Gambar ni aku amik lepas suap Fahim makan. Kalau time aku suap fahim makan dia pun sibuk juga nak sudu sebab nak suap juga. Kdg2 sebab tak mau dia merengek aku pun bg juga dia suap..walaupun terjerit-jerutlah aku sambil suap bubur kat Fahim.
Masa aku tinggalkan Durrani jaga adik...dan aku pg solat inilah kerjanya. Dia main-main konon2 suapkan adik makan larrr...yang si adik pulak bila kena suap buka jer mulut tuh. Pada hal kena tipu tak ada makanan pun dlm sudu tuh. Sudu mainan jer.. teruja betol aku tengok dorang ni main. aku tengok gelak jerlah...hehhehehhehe

Sunday, February 15, 2009

rehat hujung minggu




makan kat restoran anjung








Permandangan taman tasik cempaka, Bangi

















Durrani dpt main mmg tak ingat apa dah..balik pun jenuh pujuk
























Hari ni hari rehat sedunia. Mmg aktiviti aku merehatkan diri sambil melayan anak-anak. en hubby pulak kerja hari ni jadinya hanya kami bertiga saja di rumah. Pagi-pagi bangun basuh baju sambil kemas apa yang patut..buat sarapan pun ala kadar jer aku ngan durrani jer makan. so makan roti ngan planta jer bersama milo. Pastu dlm kol 11 mata dah mula ngantuk..alahai selalu tak macam ni. nak kata penat mungkin juga sebab malam tadi pas balik kenduri umah Liza singgah umah kakak kat selayang sampailah kol 10 malam.
jadinya selepas menidurkan Fahim aku pun turut serta tidur. Sedar2 en hubby bawa balik nasi lemak sama milo panas. hehhehe idok ler pulak aku order ttp dah ada makan jerlah. Jadinya bila makan nasi lemak dah dekat jam 12 tengah hari aku tidaklah memasak apa2 (itu yg best sangat tuh). Pas makan biasa ler lepak2 sambil tengok TV..durrani spt biasalah main ngan permainan dia tuh. ada2 jerlah dia main.

Petang jam 3.30 dpat sms dr hubby suruh siap kuar makan...apa lagi terus jer mandi2 siapkan anak-anak dlam jam 4.30 kuar makan. makan kat restoran anjung depan The Mines. Selalu makan kat situ terutamanya hujung minggu sebab nasi ayamnya sedap. pastu ada juadah petang cam bubur, ada kuih muih, tapai, nasi lemak, roti bakar, tose macam2 adalah. Pas makan bawalah durrani tuh main2 kat taman tasik Cempaka. MMg taman tasik ni tempat istirehat warga Bangi..ramai giler..orang bawa family. ada juga yg main layang-layang. dalam kol 6.30 baru sampai umah.