Showing posts with label sembang -sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang -sembang. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Untukmu MH370

UNTUKMU MH370



Jiwa dan raga bagai terobek,
Menangisi sebuah kehilangan,
Laksana burung patah sayap, 
Kapal hilang pengemudi,
Puas mencari di segenap alam, 
Permukaan laut direntasi,
Lautan dalam direnangi,
Angkasa dijelajahi,
Namun sampai kini kehilangan masih tidak dapat dijejaki,
Hati mengeluh  hampa,
Jiwa rasa terseksa
Kerinduan semakin membara,
Pada ayah, ibu, kakak, abang, adik dan rakan, 
Apalah nasib kalian di sana, 
Ayuh kita panjatkan doa,
Semoga ada jalan menanti,
Ada kebuntuan pecah menjadi saksi, 
Pada sebuah kisah yang nyata menjadi misteri,
Seluruh tumpuan kini hanya pada dia MH370, 
Empat hari menghilang tanpa jejak, 
Mengenang nasib yang belum pasti,
Namun harapan menggunung tinggi,
Semoga semuanya selamat kembali,
Dipanjatkan doa siang dan malam tanpa henti,
Moga Tuhan mengasihani,
KepadaMu kami berserah kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkan jalan,
Mudahkan urusan,
Kuatkan keimanan,
Diberi keselamatan dunia dan pengakhiran,
Menantikan detik kepulangan, 
Untukmu MH370,
Kerana seluruh alam merinduiMU PASTI....

11.27am/11032014


 

Jangan berhenti berdoa



SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.
Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.
Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.
Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.
"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.
"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.
"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.
"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.
"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.
Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.
"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.
"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.
"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.
Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

 p/s: aku suka dengan kenyataan bekas juruterbang ini kerana dia melihat drp perspektif berbeza. Walaupun dia adalah seorang juruterbang yg sudah tentunya lebih mempercayai mengenai sains moden kerana berhadapan dengan peralatan canggih namun dia tidak menolak rahsia Allah mengenai kehilangan pesawat MH370. Senjata umat ISLAM paling mujarab adalah DOA. DOA siapa paling makbul ketika ini adalah orang alim dan ahli keluarga yang sedang beremosi. DOA dan terus BERDOA...jangan sesekali berhenti BERDOA

raja bomoh lihat pesawat masih di tengah laut



SEPANG – Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

“Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.”Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib”, katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

 “Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.”Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,”katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang ‘penting’ untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

p/s: Kita menggunakan pelbagai cara untuk mencari pesawat MH370 antaranya dengan menggunakan bomoh dan ayat suci al-Quran. Sekiranya pelbagai cara moden sudah kita lakukan akhirnya kita seharusnya berserah kepada yang maha Esa kerana dia yang menjadikan sesuatu perkara. Namun sebagai umat Islam kita seharusnya percaya kepada perkara ghaib dan tidak menolak sekiranya kejadian ini ada kaitan dengannya. Wallahhualam...

Monday, March 10, 2014

Kita Milik DIA

 Tabahnya kamu wahai bapa, menitis air mata membacanya. Semoga masih ada harapan untuk kembali melihat anak kesayangannya. Marilah kita sama-sama berdoa moga ada keajaiban daripada Allah, Amin. 

 
Setiap yang berlaku telah ditentukan takdirnya oleh Allah. Walaupun nampak seperti buruk dan tidak menyebelahi nasib seseorang tetapi semua yang dirancang oleh-Nya pasti membawa hikmah yang lebih besar dikemudian hari.
 
Itulah kepercayaan terhadap qada dan qadar yang menjadi pegangan umat Islam.
Bagi Seman Umar, ayah kepada Khairul Amri Seman, salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang itu, segalanya diserahkan di tangan takdir. 
 Baik atau buruk keputusannya nanti akan diterima dengan hati yang terbuka oleh lelaki berasal dari Bera, Pahang ini.
 “Kita milik Dia. Pakcik sayang sangat dengan Am, dia anak yang paling Pakcik sayang..bukanlah anak lain Pakcik tak suka tapi Am ni lain. Dia berpendidikan tinggi, paling periang, pandai mengambil hati dan manja, mungkin sebab dia anak bongsu jadi lebih sikitlah manjanya daripada orang lain.
 "Dia selalu balik kampung, selalu telefon Pakcik semua perkara dia nak kongsi malah selalu nak minta pendapat dahulu sebelum membuat keputusan. Tetapi di dalam hal seperti ini (pesawat hilang) kita tahu apa akibatnya, Pakcik sudah bersedia.
 
"Kita kena akur pada qada dan qadar-Nya, kita ni manusia, kita bukannya ada pilihan,” tuturnya tenang semasa bercakap kepada MalaysiaGazette di Hotel Everly di Putrajaya.
Khairul Amri seorang jurutera kapal terbang di Subang sedang dalam perjalanan ke Beijing untuk satu urusan kerja. 
 Menurut Seman, beliau pada mulanya hampir pitam apabila diberitakan pesawat yang dinaiki anaknya hilang kerana Khairul Amri sempat menghubunginya beberapa jam sebelum berlepas.
 “Baru saja bercakap dengan dia, tak sampai berapa jam pun, tiba-tiba Subuh ada orang telefon dan beritahu pesawat tersebut hilang. Rasa macam tengah bermimpi. Memang nak pitam tapi Pakcik kena kuat lah sebab Makcik (isteri beliau, Normah Jaafar) sudah lembik ketika itu.
 "Sekarang pun Pakcik kena buat macam biasa saja walaupun hati tengah berserabut. Kalau Pakcik lemah, macam mana? Tengoklah Makcik tu,” katanya sambil menunjukkan Normah yang sedang menangis sambil ditenangkan oleh ahli keluarga serta petugas MAS yang bertanggung jawab menjaga keluarga Seman.

Biarpun hanya berasal dari kampung, lelaki berusia 60 tahun ini tidak mudah diperkotak-katikkan dengan pelbagai cerita yang tersebar mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ketiga.
 Katanya, beliau hanya mempercayai maklumat yang telah disahkan dan disampaikan oleh pihak berkuasa dan petugas-petugas MAS sahaja malah beliau percaya usaha mencari dan menyelamat ini akan berhasil.
 
“Setiap hari Pakcik buka internet, baca macam-macam berita. Buat apa orang luar nak sibuk? Kita bukan ada kepakaran, biar kerajaan buat kerja dia, kita ni berdoa je supaya semua selesai. Kes Air France, berapa lama boleh selesai? Kita bersabar, berdoa dan solat..itu usaha yang kita boleh buat.
 
"Ada pulak yang kata, ini ketulahan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebab kejadian berlaku sehari selepas beliau dijatuhkan hukuman. Siapa Anwar Ibrahim tu? Dia ada ilmu ghaib ke sampai apa-apa yang berlaku pada dia, kita pula yang menerima nasib malang?
 
"Pakcik percaya pada Allah dan rencana-Nya. Semuanya sudah ditentukan oleh Dia. Jadi, pada Pakcik, kamu tulislah apa yang nak kamu tulis. Pakcik tetap tidak akan percaya dan tegas pada cara Pakcik.
 
"Perkara dah nak jadi, Am bukan pertama kali naik kapal terbang MAS dah banyak kali sampai tak terkira tetapi sudah ditetapkan bahawa pada tarikh tersebut pesawat yang dia naiki hilang, apa daya kita sebagai manusia untuk menghalang?” katanya lagi.
 
Beliau turut meminta supaya keyboard warriors agar berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang pendapat kerana ia akan menghiris hati keluarga penumpang-penumpang pesawat berkenaan.
 
Khairul Amri yang berusia 29 tahun merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan mempunyai seorang anak berusia setahun tiga bulan. -- MalaysiaGazette
 
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

Sunday, March 9, 2014

Maksud surah Yasin ayat 41-42










وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١



وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]



وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]



إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤]


Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.



Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. 

Marilah kita sama-sama berdoa: Ya ALLAH Ya Tuhanku  Sekiranya mereka di udara , kau turunkanlah mereka dan sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka . Kami mohon agar doa kami wahai umatMu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan ku mohon padamu Ya Allah  agar misi mencari dan menyelamat dipermudahkan. Amin Yarabbal Alamin. 

Sunday, March 2, 2014

Tersalah beri ubat


 Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.
Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.

Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.

Sumber: Harian Metro 

p/s: Kalau benarlah jururawat ini memberi salah ubat kepada bayi ini alangkah kasihannya. Semoga bayi ini segera sembuh seperti sedia kala.

Saturday, August 13, 2011

isu larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara


PULAU PINANG: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Selepas insiden di gereja Methodist Damansara Utama, negara dikejutkan pula dengan larangan menggunakan pembesar suara ketika bacaan al-Quran di masjid Pulau Pinang. Nampaknya satu persatu agama Islam diperlekehkan.

Jika pemerintah Singapura melarang azan dilaungkan dari pembesar suara, mungkin ini boleh dipertimbangkan atas alasan, di ceruk manapun negara itu, umat Islam adalah golongan minoriti iaitu kurang dari 20%.


Tetapi, jika di Padang Menora, yang dikelilingi perkampungan Melayu dengan 99 peratus penduduk Islam pun dipaksakan larangan menggunakan pembesar suara untuk azan dan tarhim di subuh yang hening, ini adalah penghinaan besar ke atas umat Islam.

Jangan pula selepas ini azan tidak lagi boleh berkumandang di masjid atau surau. kalau kita boleh menerima bunyi-bunyi loceng dikuil berdekatan rumah serta bau-bau yg kuat ketika mereka bersembahyang mengikut agama mereka mengapa tidak mereka?????
Sedangkan orang Islam sendiri begitu bertoleransi dalam hal keagamaan mereka tetapi mereka dengan senang-senang mengganggu gugat ketenteraman kita. Samalah halnya dengan isu gereja mereka sibuk nak memurtadkan umat Islam...sedangkan dalam perlembagaan sudah disebut mengenai kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

wallahhualam....


Friday, January 14, 2011

Azan dipaksa diperlahankan - Ini sudah lebih!!!

Ini sudah lebih!!!!


Tindakan seorang peguam bukan Islam yang membuat aduan tidurnya terganggu akibat bunyi azan yang lantang kononnya terlalu kuat hingga menyebabkan pihak masjid Al-Ikhlasiah Kg Kerinchi terpaksa diperlahankan.Pihak jawatankuasa masjid terpaksa memperlahankan pembesar suara apabila menerima arahan dari pihak JAWI setelah menerima tekanan daripada pihak atasan.
Difahamkan peguam itu baru 15 bulan tinggal di situ yang jarak rumahnya dengan masjid antara 1 km.
p/s: Mengapa pula JAWI nak mengikut desakan peguam bukan Islam itu?
Bukankah azan memang perlu dilaungkan untuk memberitahu masuknya waktu sembahyang?
Jika tidak mahu bising pergilah mencari rumah yg jauh drp kawasan masjid.
Adakah negara kita sudah mahu jadi seperti Singapore??? fikir-fikirkanlah....(sedih!!!)

Monday, December 6, 2010

eehh kejapnya...

Salam pagi Isnin..

ehhh sekejap jer masa berlalu hari ni dah 6 Dec 2010 tak sampai 30 hari nak sambut tahun 2011. Pejam celik pejam esok dah tahun baru hijrah ...dua hari lepas juga Ulang Tahun perkahwinan yang ke-5, rasa macam baru jer lagi kahwin, baru jer lagi bersanding...cewahh..
Bulan Dec ni mmg bz sikit..sebab tu blog pun tak berup date..dengan nak cuti seminggu hujung bulan ni, dengan nak setlekan kerja nak buat stok untuk cuti seminggu dengan nak siapkan projek buku yang dah pun bermula minggu lepas dan akan disambung ke minggu ini. Rasanya cam tak cukup jer seminggu 7 hari rasa nak tambah jadi 10 hari seminggu boleh?????

Itulah manusia..bagi 24 jam sehari pun tak cukup, apatah lagi kalau ditambah masa...itu ler tandanya manusia tak pernah puas dan bersyukur hhehehe (cam kena kat batang hidung sendiri jer).
Harap-harap plan bulan Dec berjalan lancar...dan akan bersambung untuk Januari 2011.
Ohh dec juga maknanya sudah setahun aku bertugas di tempat baru..rasa cam dah lama kerja jer kat sini...apa-apa pun semuanya menggembirakan sepanjang tahun ini. Cumanya sedih ada beberapa perkara yang tidak dapat dicapai untuk tahun ni..tak per kita bawa azam tu ke tahun depan ler pulak..

p/s: entry sembang-sembang kosong...sempena bulan busy sedunia hehhehhe

Friday, November 19, 2010

HATI SEORANG WANITA

pic en google

Setiap orang ada dugaannya. Diuji dengan pelbagai ujian sama ada kemiskinan, kematian, perceraian dan kekayaan itu juga satu ujian. Jangan nampak seseorang itu bahagia dilimpahi kemewahan mereka tidak diuji, ada ujiannya dalam bentuk yang berbeza.
Ada orang berkata, "ehh seronok kan, dahlah rumah besar, gaji banyak. Nak beli apa pun tak kisah. tak macam kami ni gaji sikit, menumpang lagi. Rumah pun belum ada,"

Ya kenyataannya begitu. Namun disebaliknya rumah yg besar itu belum tentu menjamin kebahagian.Mungkin ada derita disebaliknya. Seperti mana kata seorang lelaki yg bekerja sebagai kontraktor, "alhamdulillah dapat projek besar berjuta-juta ringgit. Rezeki semakin murah Tetapi saya sudah tiada masa menunaikan solat berjemaah di masjid. Malah selalu ketinggalan untuk bersolat kerana terlalu sibuk bermesyuarat." inilah kenyataannya, apabila diberi sesuatu dengan kekayaan Tuhan ingin menduga sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau sebaliknya. ADakah kemampuan beribadat semakin tinggi atau lebih mendekati perkara haram?

Dalam kehidupan seharian kita tidak menduga apa yg bakal berlaku pada masa hadapan. Rumah tangga yg bahagia tiba-tiba dikejutkan dengan perceraian atau suami berkahwin dua. Semua itu yang menduga hati setiap wanita. Tiada wanita yg mahu hidupnya dimadukan. Mungkin mulut boleh berkaya Ya...payung emas sedia menanti tetapi di hati hanya resah gelisah, kepasrahan dalam keterpaksaan, kesakitan serta penderitaan menerima hakikat itu sebelum reda dengan segalanya. Semua ini adalah musibah besar bagi wanita apatah lagi sekiranya suaminya mendustainya. Rasa tertipu itu lebih sakit daripada menerima berita sebenarnya.

Apakah tindakan wanita normal (seperti kita) apabila hatinya telah disakiti??? adakah boleh memaafkan lelaki yang sama-sama tidur sebantal tiba-tiba diulit wanita lain walaupun hakikatnya wanita itu halal? Hakikatnya bukan setakat seks namun lebih drp itu, wanita akan rasa cinta dibahagi, sayangnya tiada lagi, kehidupan sudah tidak bererti apa guna hidup bersama jika sudah tiada sayang. walau dipujuk dirayu sekalipun dijanjikan akan mengubah perlakuan adakah itu akan mengubah hati wanita???

Hati wanita terlalu lembut, fragile dan mudah tersentuh. Lakukan apa saja, sakitilah apa saja, walau tangan sudah naik ke muka, atau disepak terajang mereka masih boleh menerima semuanya demi kerana anak-anak; hubungan darah yang akan kekal sampai bila-bila. Mereka masih boleh memaafkan suami itu dengan harapan suami itu boleh berubah. Mereka boleh menerima kerana masih ada sayang dan sedikit nilai cinta. Namun apabila lelaki itu sudah menodai cintanya dengan kehadiran pihak ketiga, hatinya mula terbelah sedikit demi sedikit. Hati yang dulunya putih bersih ditompoki dengan bekas hitam yang lama-kelaman tompok itu menjadi besar ukurannya. Perasaan sayang mulai pudar, apatah lagi sekiranya si lelaki sudah berkahwin dua dengan cara membohongi wanita itu. Itu adalah lebih sakit drp segala-galanya.

Wahai lelaki bernama suami, jika masih sayangkan wanita bernama isteri mengapa kamu sanggup membohonginya? Mengapa hilang rasa hormat terhadap wanita yang selama ini menjaga kamu, menghormati kamu, menjaga anak-anak kamu dengan cukup baik sekali malah tidak sekalipun engkar perintah kamu. Mengapa? mengapa? dan megapa???tidak cukupkah kasih sayang dan cinta diberikan sehingga kamu sanggup mencari cinta yg lain? apa yang kamu mahukan wahai lelaki-lelaki??? atau adakah kami wanita tidak memahami kamu?

Ya mungkin wanita masih tidak memahami lelaki walau sudah berpuluh tahun hidup bersama. katakan apa saja, sifat lelaki sebenarnya mata keranjang, penipu, kaki pembelit, kaki putar alam, curang, bernafsu, kuat nafsu, suka perempuan, suka berkahwin lebih, dan semua sifat-sifat negatif itu ada pd setiap lelaki. Jika tidak masakan seorang ustaz boleh menjadi perogol, atau seorang imam boleh berkhalwat. Adakah semua wanita harus menerima hakikat kepada sifat-sifat lelaki ini?????....

mungkin kamu tidak terfikir kesan daripada perlakuan itu boleh melukakan hati wanita seperti ayat klise yg biada digunakan," maafkan saya, saya tak bermaksud nak sakiti hati awak. saya tak bermaksud nak menduakan awak. saya tiada niat sehingga menceraikan awak. Tolonglah biarlah kita masih bersama. jangan pisahkan saya dengan anak-anak," ketika itu barulah tahu langit tinggi dan rendah. terimalah akibat atas perbuatan yg telah dilakukan. Menyesal sudah tidak berguna.

wahai lelaki wanita apabila sudah bersuami dan beranak lengkaplah kehidupannya. Mereka biasanya boleh hidup berdikari walaupun tanpa suami. Sebab itu sangat jarang wanita berkahwin lain, apabila sudah berpisah...jika ada mungkin selepas tempoh yang lama kerana fikiran mereka bukan lagi kepada seks, ataupun kasih sayang suami sebaliknya mendapat kasih sayang anak, dan membesarkan anak-anak adalah sesuatu yang cukup berharga dan itu adalah pelengkap kehidupan mereka.

Bukannya ego tetapi itulah hakikat...mungkin ada yg tidak kental jiwanya cuma segelintir saja. Mungkin bagi wanita bekerjaya yang sudah ada semuanya. pendapatan untuk menyara anak-anak, kereta yang dapat digunakan untuk anak-anak, rumah yg menjadi tempat berlindung. Ya itu sudah mencukupi.

Namun begitu, perceraian tetap menjadi mangsa kepada anak-anak. kehilangan kasih sayang bapa pada usia yg muda, fikiran dan psikologi mereka dan biasanya anak-anak akan lebih kental jiwanya, luhur semangatnya dalam menempuh kehidupan seharian. Malah mereka biasanya berjaya disebabkan kasih dan sayang pada ibu yang berkorban untuk segala-galanya. Jika ada yang tergelincir mungkin kerana didikan ibu itu sendiri.

Kehidupan hanya sekali. Sangatlah rugi sekiranya kehidupan ini dilalui dengan kesedihan, berendam air mata atau menyimpan kisah duka yang tiada penghujungnya. Kehidupan harus dilalui dengan kebahagian, jangan pandang kisah semalam sebaliknya tempuhi hari mendatang dengan sinar bahagia. Bagaimana????? kitalah yang mencorakkan kehidupan sendiri, kita juga yg membentuk kebahagian itu. Keputusan juga di tangan kita jadi laluinya dengan yakin kerana yakinilah setiap titik air mata yg mengalir itu ada sinar terang yang menanti di kemudian hari. Setiap musibah itu ada hikmah tersembunyi dan setiap ujian itu ada kecemerlangan yang menanti pasti. Yakinilah dan berdoa kepada Allah kerana Allah Maha Mendengar dan kepada Dialah kita memohon segala-galanya. AMIN...


p/s: kawan-kawan kalau ada cerita sedih keluarga atau suami isteri tolong email saya yer zarinah07@gmail.com atau tinggalkan dalam kotak msg saja.


Saturday, June 5, 2010

Gula dah habis

Petang semalam balik kerja terus cari gula
sebabnya dah 2 hari kat rumah tak ada gula nasib baik tidak memasak
dan buat air panas guna susu jer..
Pergi satu kedai tengok rak gula kosong tanya kat adik tuh,
"Gula ada tak"
"dah habislah...dah 2 hari tak ada," katanya

Ayo..yo..pergi kedai sebelah pun macam tu juga. gula tak ada.Pulang dengan tangan kosong tanpa gula.
nampaknya mmg krisis gula betul ler sekarang ni.
hari tu baca kat blog kawan-kawan yg mengatakan gula habis...
rupanya betul area Bangi pun sama.
Hari ni nak cari kat tempat lain pulak..

Minyak baru jer ura-ura nak naik...dah peniaga sorokkan gula..
alahai apa nak jadi..nanti bila minyak dah naik baru ler dia org keluarkan gula dengan harga baru.
cari keuntungan cara mudah...tak fikir langsung beban rakyat.
nampaknya Kementerian Hal Ehwal pengguna pun dah tak boleh nak control
atau pun kementerian tu pun terbabit sama..mulalah nak fikir macam-macam..
yerlah sekarang kan sibuk dgn rasuah sana rasuah sini..semuanya rasuah..sampai terpaksa bagi ganjaran kepada sesiapa yg tak amik rasuah..nampak sangat ramai orang merasuah dan terima rasuah. Apa nak jd dengan negara kita sekarang nie. Sikit-sikit nak rasuah..hancurlah bangsa kalau macam nie...

Tapi kan kalau krisis gula pun tak boleh nak tangani macam manalah hal-hal besar yg lain macam masalah sosial tuh..habis siapa punya kerja???
Pak-pak Menteri semua silahlah jawab yer????
geram pulak aku...kalau minyak tu cepat jer nak naik..lepas ni katanya setiap 6 bulan minyak naik 10 sen..tak ker gila. Sebabnya nak tarik subsidi..kerana nak bawa Malaysia kepada negara maju???
maju ke wehhh..kalau pendapatan pun masih di paras sederhana..kalau minyak naik..semua barang naik gaji tak naik-naik tak guna juga. Kita akan terus miskin ler jawabnya.
Pak-pak menteri yerlah tak pernah rasa spt mana golongan marhain ni rasa...
Gula pun pakai brown sugar dr luar negeri..mana main gula pasir kita ni..
Minyak pun tak pernah isi..sebabnya kereta sentiasa penuh dengan minyak..tak pernah drive kereta pun..ntah-ntah harga secawan teh tarik pun tak tahu kot. sebabnya minum pun kat hotel-hotel jer...

Hahhahah..aku sudah melalut pagi-pagi ni...
salam pagi sabtu yer kepada semua pembaca blog aku...

Wednesday, May 12, 2010

Anda marah????

MARAH??? pernah marah??? sering...selalu...atau memang setiap hari rasa nak marah
Bagaimana nak menguruskannya? ohh rasa marah pun boleh diurus yer.
Membaca akhbar setiap hari mengenai kejadian bunuh-membunuh, tikam menikam dan pergaduhan semuanya bermula drp rasa amarah yg sangat menebal. Jika tidak masakan ada suami sanggup memijak, menendang dan memukul isteri nya sehingga mati hanya kerana melihat isterinya sedang menelefon menggunakan telefon bimbit. Ada pula sanggup menoreh kemaluan isteri disebabkan berasa isterinya ada lelaki lain. dan pelbagai lagi kejadian yg kita rasa sangatlah simple dan tidak patut digaduhkan sehingga kepada kematian dan semalam seorang lelaki dilibas kepala dgn sabit hanya kerana tidak tahan teguran selepas dia duduk di atas kerusi yg masih basah dengan simen.

Nauzubillah...kenapa sampai begitu sekali ya??? Sudah kurangkah kasih sayang antara manusia sehinggakan perkara yg kecil boleh menjadi besar seterusnya menyebabkan kecederaan. Adakah ramai di kalangan kita sedang menghadapi penyakit mental yg sangat kronik???atau ini antara tanda-tanda besar kepada keruntuhan sosial sebuah masyarakat. Itu belum termasuk kes rogol, rompak, dan pelbagai lagi kejadian ngeri yg kadang2 tidak terfikir dek akal boleh berlaku.

Kadang-kadang sendiri berasa takut...keluar rumah sahaja terasa nyawa seakan dihujung tanduk...yerlah cuba fikirkan sedang anda bersenang lenang di kompleks membeli belah keluar sahaja tiba-tiba terkena das tembakan..atau senang memandu kereta berhenti di trafik light tiba-tiba ada penyamun memasuki kereta menghulurkan pisau atau ketika anda sedang memandu tiba-tiba ada lelaki menahan kereta inginkan bantuan tetapi sebenarnya dia ingin merompak. Minggu lepas seorang wanita yang ingin menunaikan sembahyang maghrib di rumah akhirnya dipenggal kepala dengan parang oleh perompak..ohhh sekarang di rumah sendiri juga sudah tidak berasa selamat (aku menulis ni pun dalam keadaan ngeri sambil dahi berkerut oohh kroniknya masyarakat kita).

Dulu 10 tahun lalu sangat susah membaca di akhbar berita begini. Jika ada pun...ohhh "sakit mental" atau ohhh " pendatang asing patutlah"
sekarang ni nah...buka sahajalah akhbar....selepas itu pasti dada anda berdegup kencang sambil meluah perkataan, " ya..allah,...eeiii takutnya...tak patut betullah...aduh napa jadi macam ni" dan macam-macam lagi dek kerana kengerian membaca berita-berita yang boleh membuatkan anda mengucap beribu kali.

Mengapa ya???

kurang penguatkuasaan. (kita selalu menyalahkan penguatkuasaan), ya mungkin juga.
Salah masyarakat...(ohh masyarakat yg kurang ambil tahu, ini zaman modenlah mana boleh jaga tepi kain org lain nanti dikatakan penyibuk pula. kau..kau..aku..aku)
salah keluarga (didikan keluarga?? ya ini adalah faktor utama, kerana semuanya bermula drp rumah. jadi ibu-ibu, bapa-bapa (termasuk aku) sekarang didiklah anak sebaik mungkin agar 30 atau 40 tahun lagi kuranglah kejadian sosial sebegini).
Kurang didikan agama ( kalau dah kurang kasih sayang, kurang didikan keluarga akan membawa kepada faktor inilah. Walau apa yang berlaku semuanya bermula dengan agama, kuat agama kuatlah jati diri, kurang agama maka..kuranglah harga diri)

Aku???? ibu kepada dua anak..mungkin akan bertambah menjadi tiga bla..bla....
peringatan untuk diri sendiri juga..supaya melaksanakan tugas menjadi ibu sebaik mgkin. oohh bukan senang nak jadi mak TERBAIK..ohhh..bukan takat bg duit, bg apa dia nak dah cukup. Nak tahu berjaya atau tidak bukannya sekarang...tengoklah 30 tahun akan datang bagaimana acuan dan rupa anak-anak kita.

Tip:

- Marah umpama suntikan ubat pelali kepada pertimbangan akal kemudian menghilangkan kewarasan berfikir. Apabila perasaan marah telah menyelubungi jiwa, pelbagai implikasi buruk yang tidak dijangka boleh berlaku.

- Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya marah daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptkan daripada api, sedangkan api perlu dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang kamu marah hendaklah dia mengambil wuduk.."Begitu juga dianjurkan duduk jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, atau berbaring ke tanah sambil mengingat asal dan tempat kembalinya nanti. Jika sedang bergerak disarankan berhenti dan jika sedang mengeluarkan kata-kata kesat hendaklah diusahakan diam daripada berkata-kata. Ingatlah marah tidak mencerminkan apa-apa selain daripada keburukan dan hilangnya maruah serta kehormatan diri.

Wednesday, March 24, 2010

kaya..miskin..senang atau susah???

Minggu ni penat dan agak bz sedikit, sebabnya semua bahan untuk untuk hujung minggu ni dan minggu depan kena hantar sebelum Khamis. OMG banyak lagi bahan belum hantar tuh. Tapi banyak juga yang sudah chayok..chayok..
Rakan-rakan kat office tu selain kusyhuk menulis story juga tidak sabar bercuti ke Beijing dan inilah di antara sebab mengapa bahan perlu dihantar lebih awal drp biasa kerana semua team Harian Metro akan bercuti Beijing bermula Jumaat ini sehingga Selasa depan. Sioknyer...tapi aku??? huhuhu...tunggu tahun depanlah kot InsyaAllah kalau ada rezeki. Sebabnya kan aku masih baru lagi...jadinya tk dapat mengikuti trip kali ini..ala tak kisah pun..ikut keutamaanlah kan. Lagi pun tiap tahun ada trip ke luar negarakan..kalau capai target. Memang seronok tengok kawan2 bercerita..tiap tahun percutian ditaja sudah tentulah ada. kemudian percutian sendiri pilih sahaja mana yang berkenan di hati, Indon, Bangkok, singapura atau negara Eropah. Duit sudah banyakkan apa tunggu lagi.

Duit..duit..duit kalau ada duit semua boleh jadi.
ada yg kata jgn jadi hamba duit...duit tak boleh bawa ke mati..tapi aku kata pula kalau tak ada duit macam mana mahu kebumi. Beli kain kafan dan segala keperluan pun perlukan duit. Sekarang segala-galanya duit. Masuk bilik air awam paling kurang 30 sen. Kalau dalam poket tak ada duit jangan harap dapat keluar. Start sahaja enjin kereta minyak perlu diisi, kemudian perlu membayar tol dan isi perut sendiri. nah..cuba sangkal siapa kata duit tidak penting. Berduit taraf semakin tinggi, ke sana sini ramai yang mengangkat tangan, ada driver sendiri. Dibukakan pintu, diangkat bagasi. Serba serbi dilakukan orang lain. Tidak berduit di tepi jalanlah ko..ada yang mahu pandang. Itulah bezanya...taraf seseorang..

Tetapi ada pula walau hanya bergaji rendah RM700 tetapi mampu hidup senang disamping keluarga dan anak-anak. Semuanya ala kadar sahaja...cukup makan dan pakai. Serba serbi sederhana. Tiada kereta mampu berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam. Tidak pernah pakai baju mahal hanya di pasar malam sahaja. Makan di restoran murah sahaja. Berduit ala kadar namun hati senang.

Jadi yang mana satu pilihan anda? wah macam kuiz pula. aku pernah menemuramah seorang model terkenal, jika dilihat kehidupannya pasti orang mengatakan yang hidupnya mewah. Berduit mampu membeli apa sahaja. Anak dihantar ke sekolah antarabangsa. namun hatinya tidak senang, gagal dalam perkahwinan, kecundang dlm rumah tangga. Akhirnya dia berkata cinta perkara utama kemudian baru duit. Dengan cinta kita boleh mencari duit, tetapi duit tidak mampu membeli cinta. Berapa ramai yang mewah, berharta, kaya, popular tetapi hati tidak senang.

Sebenarnya kemewahan yg diberikan itu adalah ujian, dan ujian diberikan kemewahan itu paling susah sebenarnya. Sebab itu apabila mewah manusia mudah lupa diri, ego dan hidung tinggi tidak lagi memandang rumput di bumi, mula kedekut pada hal duit yang semakin di sedekahkan semakin bertambah pula. Agaknya sebab itulah Tuhan tidak beri aku kaya...nanti sombong dan ego pula cukuplah dengan kehidupan sekarang sederhana sahaja Motif???? aku nak jadi kaya ker????hahhaha ntah apalah merepek pagi-pagi ni.

Sebenarnya tiap kali bertemu dengan manusia daripada pelbagai peringkat, dengan pelbagai cerita buat aku sedar dan insaf. Ada yang miskin tersangat miskin, sehinggakan makan pun terpaksa yang sudah expired kutip tepi jalan. Ada yang diberikan ujian anak, anak cacat anggota, anak cacat penglihatan dan cacat akal dan ada pula diberi sakit sehingga meninggal. Jadi jika difikirkan apakah yang kita cari (hehehe cam kaunselor pulakkan) kaya, mewah, miskin, cacat dan akhirnya...kita semua dengan tujuan yang sama iaitu ke SANA juga.
jadi kalau kaya..tak menggunakan kekayaan ke jalan sepatutnya tak guna juga. Sekali Tuhan tarik apalah yang ada dengan duit berjuta-juta tuh. Biar bersederhana, asal hati senang serta menerima tiap ujian dengan reda. Anggap sahaja ujian untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran kita. sejauh mana dengan ujian itu kita semakin dekat dengan Tuhan dan seringkali aku juga menganggap ujian Tuhan itu sebagai penebus kepada dosa-dosa kita yg lalu.

Sunday, March 21, 2010

menulis blog cari duit atau suka-suka?

Aku cukup kagum dengan rakan-rakan blog yang sanggup buat blog walking setiap hari dan meninggalkan komen. Bertambah kagum bagi yang dapat membuat entry setiap hari ada kala 4 hingga 5 entry sehari. Fuhhh..banyak masa dorang ekkk.

Dulu kali pertama berblog (selepas kelahiran anak kedua) ohh belum sampai 2 tahun rasanya, teruja melihat mereka yang mempunyai blog menulis setiap hari. Ketika itu membaca blog orang lain adalah terapi diri sekadar membuang masa di rumah (banyak sgt ke masa wehh). Ketika itu aku juga turut sama rajin menulis, setiap hari pasti ada sahaja entry semuanya berkisar kehidupan anak-anak. Yerlah seronoklah kan...nanti bila anak dah besar dia orang boleh tengok balik gambar2 lama...serta cerita-cerita yang aku coretkan ni.

Ketika itu tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana duit. Takkan tulis ntah apa-apa ni boleh dapat duit. tapi ya...tak percaya lihat beberapa blog popular seperti ceeramoon, vp, hanis zulaikha, redmummy (sekadar menyebut beberapa nama) dan tanya mereka berapa yg mereka perolehi dengan menulis blog.
Ketika bekerja di majalah i-remaja (majalah pun dah berkubur) aku pernah menemuramah pemilik blog ceeramoon..wow boleh tahan incomenya 1-2k sekali dapat cek. Memang seronok mendengar...tapi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dapat duit sebanyak itu, mungkin terpaksa menunggu 3-4 tahun malah lebih drp itu.

Mgkin ada beranggapan hanya dengan menempek Nuffnang sahaja (aku pun sama) iklan akan menjengah blog anda. ya mungkin ada tapi terpaksalah menunggu rm1 yang tak bergerak-gerak atau hanya 60 sen untuk setahun hhahahha. Kalau yang menulis blog semata-mata mencari duit tentu frust dan tension kan.
baru-baru ni aku bertemu dengan pemilik blog paling popular kakred, sungguh sempoi orangnya..cantik lg peramah gitu. Sambil berbual dan makan di Aseana Cafe, KLCC.
Cerita tentulah berkisar bagaimana dia mencipta nama sehingga pengunjung blognya sekarang mencecah 4 juta orang wow!!!! can't imagine that. Tapi itulah realiti...sebab itu ler kehidupan kakred macam selebriti drp hujung rambut sampai kaki semuanya ditaja. Tidak puas hati aku bertanya, "Berapa income akak?"
Ohhh..ahh..wow (yg tu nanti baca kat paper ekkk) buat aku aku terkedu sambil menelan air liur beberapa kali.

berapa banyak kali wow aku pd hari itu. ternganga mulut aku sekejap. selepas itu kembali menyambung makan nasi berlaukkan kari ayam yang sedapnya ala-ala jer.
Tapi bukan mudah tau...tidur tidak menentu..penatnya Tuhan sahaja yang tahu. tapi keseronokan dan kepuasan itu ada.
Wah kakred kembali memberi semangat kepada aku (penulis blog cabuk cam aku ni boleh ke dapat income sebanyak tuh...atau jangan mimpi ..kalau dapat rm1k pun dah melompat sangat aku rasa. sekarang ni income di blog aku ahhhh jangan tanyalah buat lepas beli susu dan pamper anak hahhahah)

tapi aku menulis bukan sebab duit, bukan sebab glamor tapi seronok membaca blog org lain dan aku pun terpengaruh sama. ya bermula dengan terpengaruh selepas itu menjadi keseronokan dan ketagihan jika setiap hari tidak menjengah blog orang lain alahai terasa kosongnya hidup. tambah pula kerja macam aku..mencari berita...yang kebanyakan story aku cari di blog2 orang lain. Semakin rajin...semakin menarik ler story yang akan diperolehi type n search sahaja. senang kan???? .
lagi satu di blog kita boleh menulis apa sahaja...bebas menggunakan sebarang corak penulisan..walaupun terlalu bebas tetapi janganlah sehingga menyakiti hati orang...kutuk mengutuk atau dijadikan medan menghentam..kan mata pena (skang kena tukar jadi ketukan keyboard) lebih tajam dr segala-galanya.

Monday, February 8, 2010

saat memenatkan

Minggu ini memang agak memenatkan sampai tak sempat nak tulis blog sendiri dan jalan-jalan ke blog orang lain. Bila dah free gini baru ler boleh baca blog orang lain.

Minggu lepas aku balik kampung kat PD minggu ni pun balik lagi. Sebabnya adik ipar yang bongsu tu sakit. Ntah boleh ke dikatakan sakit...nak kata sakit yang memerlukan rawatan moden pergi hospital semua tak juga. Sebabnya doc kata dia ok..tak ada penyakit. tekanan darah, jantung, semua ok. tapi fizikalnya memang menunjukkan dia sakit.

Yerlah..kalau tiba-tiba jatuh pengsan kemudian nafas tercungap-cungap macam orang tak cukup oksigen memanglah kita akan katakan yang dia sedang sakit, penat sangat kot kerja (praktikal kat kilang) atau agaknya asmanya datang lagi begitulah anggapan adik-beradik yang lain. Lalu dibawalah ke hospital namun doc yang merawat menyuruh agar dia dibawa pulang, " "rasanya ini penyakit lain ni. baik bawa dia pulang berubat kampung". Jika seorang doc berkata begitu apa ditunggu lagi.

Maka berusahalah yang lain mencari perubatan tradisional, dah katanya bukan penyakit moden kan. Takkan nak tengok sahaja dia terus pengsan dengan keadaan tercungap-cungap dan ada kala tidak sedarkan diri.

Bertemulah kami sekeluarga dengan Pak Teh dr Melaka juga yang merawat aku dulu...
Mulanya seakan tidak percaya tetapi dalam al-Quran sendiri ada menyebut mengenai jin, syaitan juga rukun iman percaya kepada alam ghaib. Jadi mengapa harus diragui lagi. Kewujudannya memang ada. Kelebihan Pak Teh dia boleh berinteraksi dengan benda ghaib, malah akan mengislamkannya sekiranya jin itu kafir. Beberapa kali juga aku melihat rawatannya dan pernah mengalaminya sendiri. Wah seakan tidak percaya apabila mulut bersuara sedangkan hati terkunci dan yang bersuara adalah makhluk lain seperti yang dilihat dalam drama dan filem Melayu.

Berbalik kepada cerita adik ipar aku ini, setelah dirawat dia bertukar tingkah laku, berjalan tegap sambil duduk ala-ala seorang panglima. Sambil tangan diletakkan ke dada (seperti lagak allahyarham P. Ramlee dalam filem-filem bangsawan). Daripada mana datangnya dia????
Mahu percaya atau tidak??? walau hati berkata seakan tidak percaya....tetapi apabila melihat dengan mata kepala sendiri..alangkah besarnya keagungan Tuhan.

Apabila dia berkata kun fayakun..tiada sesiapa yang mampu menghalang. Apabila DIA berkehendakkan sesuatu berlaku maka..terjadilah ia. Hanya Dia lebih mengetahui sebab dan musababnya. Kita sebagai makhluknya kena sentiasa beramal setiap masa dan sentiasa melakukan kebaikan.

Yang pasti ada sebabnya Tuhan memberikan anugerah ini kepadanya.

p/s: citer cam tergantungkan??? kena bg suspen sikit baru thrill. Tak per biarlah rahsia. yang penting segalanya sudah selamat. Alhamdulillah....

Friday, November 13, 2009

FB vs FV

hari tu suamiku balik bercerita mengenai isteri kawannya yang pergi berkursus 3 dan 4 hari. Jadi pagi-pagi sebelum keluar rumah selepas bersalam dan mencium tangan, isterinya berkatanya.

"Abang...jangan lupa yer siram pokok-pokok mama yer. Nanti mati pulak"

Suami dia yang terpinga-pinga, ni terus berkata dalam hati, bila masa pula isteri aku tanam pokok. Lalu dia cerita ler kisah ni kat pejabat..rupanya pokok kat Farmville. Patutlah siterinya bila kat umah asyik FV jer. Mula-mula dulu aku ni nak tahu ler juga best sangat ker FV ni bila tengok anak-anak buah dok cerita pasal FV. Sanggup bangun tengah2 malam sebab nak tuai padi, tanam pokok, petik buah. Kalau tak buat takut buah busuk. Nanti rugi ler. Kemudian dia cerita sekarang ni student U mmg addict sangat FV..bangun tengah malam sebab nak FV bukan nak study...dah tu dengar ler bunyi kambing, lembu menguak sekali...hehhehe kelakor pun ada.

Suami aku pula masa tu dok pasang telinga jer sebab dia mmg tak amik port langsung pasal FB ni..accaunt pun tak ada lagi. Ntah macam mana anak2 buah dah ngajar sekali dia pun masuk ler sebabnya nak main game saje. Udah tu terpengaruh pulak dengan FV apa lagi...huhuhuhu sekarang ni dialah yang paling addict FV..sibuk buat taman, tanam pokok semua....konon2 petani moden di alam maya paling berjayalah tuh.

"Tak der pekdahnya FV tu..kalau tanam pokok betul2 kan dapat hasilnya," udah aku dah banyak kali bebel. Ada jerlah alasannya...


Jadi moral of the storynya kalau ler nampak kat FB aku, segala bagai keluar pasal FV tu sebenarnya idok ler teman yang main (cakap perak pulak uols) ...suami teman punya tuh.. Ada sekali member opis aku tanya, "kak ct tima kasih ekkk bg gift pokok. bglah selalu, saya suka ni" aku terpinga2 time tu...pokok??? pokok apa pulak ni?? ohh barulah ingat pasal FV.

Lepas tu member opis ada ler tanya cam ner aku leh online kat FB sedangkan aku pegi asgn. Handphone teman pun idoklah canggih guna iphone atau blackberry..blueberry ni...suami teman punya angkara ler tu online guna nick teman. Tapi idok ler teman kisah pun dia nak main FV teman tu sebabnya teman ni manalah suka main benda2 alah tu buang masa jer. Nak Fb pun kdg2 tak sempat kalau tengah bz ler. (tukar slang balik) aku lebih suka tulis blog ni sebabnya leh tulis panjang-panjang dan merapu apa yang kita nak tulis.

Sejak ada FB juga rakan-rakan blog dah jarang ler update blog..ada ler seminggu sekali. Itu ler dikatakan teknologi Internet kan..macam juga dulu ada friendster..myspace...bukan main lagi havoc semua orang berfriendster..sekarang ada FB semua dah tinggalkan friendster dan myspace tu. tengok ler beberapa tahun lagi muncul pulak yang baru..Bodybook pulak ker..bila online semua boleh nampak...siap boleh sembang macam livetelecast..teknologikan siapa tahu..cepat jer berkembang.

Itu jerlah ngomela di pagi Jumaat nan indah ni...









Sunday, August 30, 2009

beli air tebu basi pulak!!!

Masuk hari ni dah seminggu ler poser kejap jer kan pejam celik pejam celik...dah raya esok hehhehe..

Semalam kan suami saya cadangnya mahu pulang ke kampung di PD...biasalahkan dah dekat kalau boleh tiap hari nak balik berbuka kat sana...
tapi memandangkan cuti 3 hari dan aku belum menghabiskan cucian yang berlambak tu tambah pulak cuaca redup nak hujan jer for surelahkan kain lmbat kering..takkan nak tinggal gitu jer..balik dah malam Senin esoknya keje bila plak nak sambung basuh balik. Jadinya aku mintaklah posponed balik hari ni jer (Ahad). Sib baiklah dia ok...hahhaha ok jer ttp nampak muka cam masam sikit ja..alah bukan tak balik langsung pun. Lainlah aku thn ni tk dapat balik berpuasa kat kampung huhuhuhu sedihnya. balik kampung pun raya kedua. nak wat cam ner dan ikut giliran nak balik kampung pun bajet lg kan...bajet nak raya lagi kan. semua tu kena kira wehhh..lainlah dapat duit selepok raya ni sonok juga. Bilalah nak dapat 1 juta ni wehhh hehhehe.

Ok berbalik pd citer tadi..aku pun menghabiskanlah cucian baju-baju aku tu. Tulah bahananya hari2 biasa malas nak membasuh...lepas berbuka jer terus penat..dan malas...hahhahha jadinya semua baju simpan hujung minggu. basuh juga ler ttp sekali dua jer.
jadinya suamiku pergilah membeli juadah berbuka di pasar Ramadan Bangi. Selalunya menu berbuka aku yang belikan. Ala beli dkt office jer...gerai2 yang mmg berniaga tu. Bkn apa aku kalau p.ramadan ni tak yakin sangat ler dgn lauk pauknyer...tambah2 kalau yg berniaga sekali setahun jer kat p.ramadan tu lauk rasa ntah haper2...ada yg sedap ada yang susah nak diterima dek tekak.

Pabila suami ku pulang dgn bekalan lauk yang banyak tu aku pun tgklah apa bendanya...ohh ada sayur lemak, ada udang pedas, ikan keli bakar ngan ayam goreng berempah dan roti John. ADa air tebu..pergghh air tebu ni yg aku suka ni. sebab dah seminggu berbuka tak minum ais minum air panas jer sekali dapat tebu sedap jugakkan.
namun malangnyer...air tebu yg dibeli itu telah basi..masam sangat rasanya. Sanggup yer dorang jual. Dah tahu yg semalam punya jgnlah jual kan..tebu kan cepat basi. Udahlah beli RM3..iskk..iskk tak patut betul ler. tengah semangat nak minum basi pulak..nak wat cam ner kan itu ler..risikonyer membeli kat p. ramadan ni. jadinya seperti biasa minum air teh O panas sahaja hahhahahha.

Friday, August 21, 2009

n3 MERAPU DAN SELAMAT BERPUASA...

Sudah lama tak update blog..nnati korang ingat aku bz plak kan. tak ler bz sangat bz ala-ala manja jer kan. tengah tak ada mood nak update...dan tengah tak ada story nak update. Jadinya entry kali ini adalah entry merapu sebelum kita semua berpuasa esok.

Selamat berpuasalah kepada semua semoga puasa kali ini kita mendapat lebih banyak pahala dan keberkatan. Dan tahun ini juga sekali lagi aku tak dapat menunaikan sembahyang terawih di masjid berjemaah. Rasanya sejak ada anak kot...huhuhuhu sedihnya. kalau tak dulu time bujang dengan housemate lepas jer berbuka terus siap-siap pg surau depan rumah tu. Ala buat 8 rakaat jer. Setiap malam mesti nak pegi sebab kalau tertinggal sehari mesti dah malas dan selalunya hanya di awal-awal puasa paling kurang dua minggu lepas tu makin malas ler hihihi... sekarang ni susah sikitlah dah ada 2 anak mana mau letak itu anak-anak...ada yang kata buat kat rumah. Memang ler boleh tapi suasana tak sama dengan buat kat surau atau masjid. harap-harap boleh lah juga berterawih di rumah...

baju raya??? heyyppp...belum poser lagi dah cakap pasal baju rayakan..gitulah..

tahun ini mak tak ada baju raya nyah!!!!!!!pakai jer apa yang ada..
ntah ler...cam tak semangat pulak nak tempah baju raya...sebenarnya baju raya dah beli 2 pasang berbulan-bulan awalnya...tp tulah tunggu punya tunggu punya tunggu tak hantar juga kat member nak jahit. Tunggu apa pun tak tahu lah..itu ler dah kata tadi tak der mood nak berayakan...
last nyer 2 minggu lepas tanya kakak ipar sebab dia pun menjahit juga. dan kata NO..DAH TAK LEH TEMPAH. PAKAI LEPAS RAYA BOLEH...aduh!!!! tak perlah pakai lepas raya pun ok. kan banyak open house kan..

Jadi pakailah apa yang ada. alah bukannya nak beraya sakan sngatkan..dah ada anak ni tak macam dulu-dulu. preparation untuk anak-anak yang penting. huhuhuhu (alasan org tak ada baju raya) tak per..tak per..nanti dekat nak raya nak pegi jalan TAR nak cari baju raya siap hahhahhaa...biar paling lawo dalam kampung.

Kuih raya??? adalah tempah sikit2 jer.
ekonomi meleset...bonus elek...naik gaji pun elek....NAN ADO.
dok senyap-senyap jer...diam-diam..order apa yang termampu...kalau rasa biskut tak sedap itu tandanya beli kat p. malam ler keh..keh..keh..
ada yang tanya tak bisnes kerepak ker????
dah lama off bisnes sejak beranak dua...huhuhuhu tak larat nak amik barang..dan packing barang.

Kasut raya??? iskkk..pakai selipar jer...

Langsir baru..sofa baru..brg rumah baru ???
ayo..ayo..penah beli baru ker untuk raya...sama jerlah. raya tak raya sama jer...hihihihi (tak ada pembaharuan kalau uols dtg umah)

Gitu ler kalau nak raya..belum poser lagi dan tempah baju, tempah kuih, tempah langsir beli itu beli ini. pendek kata semua nyer baru. maklumlah raya hanya setahun sekalikan..jadinya gunakan konsep beraya sakanlah kan...

tapi jangan lupa pulak pada RAMADAN yang menjelang ni. Di situlah pahala kalau nak cari banyak-banyak. Ingatan untuk diri sendiri juga selalu dok ingat raya jer..sedangkan puasa yang sedang dilalui tidak digunakan sepenuhnya. Manalah tahukan entah RAMADAN ini yang terakhir ke tahun depan dah tak jumpa...
so ingat-ingatlah sama....berdoa semoga virus H1N1 menghilang dengan kedatangan RAMADAN ni.

entry merapu cik bedah kali ni diakhiri dengan

SELAMAT BERPUASA UOLSSS...

Tuesday, August 18, 2009

lagi petua H1N1

Ni petua baru jer baca drp blog http://sembangjuruteknik.blogspot.com/ salah seorang followers aku. Tima kasih banyak2 yer Syam sudi berkongsi info.

Berikut adalah antara petua yang diyakini dapat mengubati selsema H1N1. Cara atau petua untuk mengubati penyakit selsema H1N1.

Bahan2nya adalah:-

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

Cara-caranya:-
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

InsyaAllah cara ini membantu, jadi kalau kita terasa demam dengan simtom ala-ala H1N1 tu boleh lah cuba cara yang agak mudah ini bagi menyembuhkannya. tapi apa yang penting jangan lupa untuk mendapatkan rawatan di Hospital secepat mungkin jika terdapat gejala2 H1N1.

*** Trylah buatkan....tak salahkan mencuba drp tak buat apa-apa. Orang kata setiap penyakit pasti ada penawarnya. Manalah tahu dalam USA sibuk nak kuarkan vaksin hujung tahun ini. Tengok2 air kelapa adalah vaksin sebenar untuk H1N1 ni..hahhaha merepek pulak aku ni. Yerlahkan orang dulu-dulu kalau ada penyakit guna sumber alam jer sebagai penawar..misalnya kalau demam campak minum air kelapa, kalau sembelit ubatnya makan betik, kalau penyakit kulit, kudis, kayap sapu dgn daun buaya tembaga dan banyak lagi ler petua-petua orang dulu-dulu..yang diyakini keberkesanannya. Cuma penyakit H1N1 ni jika benarlah ia adalah konspirasi...sebijak-bijak orang US, sepandai-pandai saintis dan pakar Tuhan itu lebih mengetahui dan tahu segala-galanya.

Dan setiap penyakit itu juga adalah berpunca daripada manusia itu sendiri, mungkin diturunkan virus ini untuk memberi kesedaran kepada semua, mengenai kematian dan penghujung akhir zaman.

Renung-renungkan :
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani- Surah Al-Nahl Ayat 115

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)"


Antara sebabnya kita mengagungkan hiburan ditatkala Tilawah Al-Quran berlangsung, kita memuja artis dan menangis apabila anak-anak kita kalah dalam pertandingan berlakon, kita mengagungkan artis apabila mereka mati tetapi kita biarkan golongan agama mati kesejukan, kita bertepuk tangan apabila anak-anak kita berpeluk dengan wanita yang lebih tua dari mereka apabila kalah dalam pertandingan menyanyi, kita makan makanan yang dimasak oleh bukan Islam walaupun premis tersebut mendapat pengesahan sijil halal, kita sibuk membawa anak-anak kita ke Megamall tapi tidak ke masjid, kita kosongkan surau dan masjid dan biarkan golongan pencen memeritkan tekak yang kering, kita halalkan sumbang mahram, kita benarkan maksiat berleluasa, kita makan hasil riba, kita nikmati hasil bunga, kita biarkan arak bermaharajalela di kedai serbaneka yang bisa diakses dengan mudah oleh anak-anak kita, kita biarkan arak dijual dan diminum secara terbuka di KLCC dan Café-café, kita biar anak kita berpelesaran di Internet Café, di kedai mamak, di jalanan merempit, ronda-ronda sepanjang malam, kita hias malam dengan maksiat, kita sulam hari kita dengan kesibukan dunia, kita tidak menoleh lagi kemasjid kecuali pada hari Jumaat, dan hari ini, H1N1 Allah turunkan untuk bangsa Melayu hadapinya.

Dari Megamall yang sibuk dan tercemar, marilah kita bawa anak kita penuhi masjid. Dari bersentuhan dan berpelesaran malam hari, kita bawa anak-anak kita sembahyang malam, mengaji, dan isi sepertiga dari malam dengan ibadah, dari beriadah di tempat terbuka atau awam, kita beriadah bersama keluarga di rumah dan isi dengan zikir-zikir, dari sibuk dengan hiburan, dari mengangkat dan memuja artis, kita minta pada ustaz-ustaz, guru-guru, ulama-ulama berdoa pada Allah dan kita minta dan kita sertai program ibadah setiap malam hari di bulan Ramadhan dan kita teruskan kebulan-bulan seterusnya sehingga wabak H1N1 ini berakhir. Kita kembali kepadaNYA dan kita minta pada Allah dan tunjukkan semula yang kita, umat Melayu, tidak akan sesekali berpaling dari Allah dan Rasulnya dari apapun termasuklah nikmat dunia yang sedikit.

*** Cuma aku terfikir satu langkah paling berkesan untuk mencegah H1N1 adalah dengan selalu membersihkan tangan, bukankah dalam Islam kita diwajibkan membersihkan diri sebelum menunaikan solat. malah setiap hari lima kali sehari, bermula dengan pagi, tengah hari, petang, magrib dan malam kita bukan sahaja membasuh tangan malah muka, telinga, dahi dan kaki. Membersihkan tangan bukan sahaja pergelangan tangan tetapi sehingga ke siku, bukankah perkara itu sudah ada dalam Islam tetapi ramai yang tidak mengamalkannya. Jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan cara hidup islam yg sebenar***

Saturday, August 15, 2009

KONSPIRASI HINI

Artikel ini aku petik drp lawan web MAlaysia kini yang ditulis oleh Hishamuddin rais..sejauh mana kebenarannya kenalah baca..dan ada beberapa laman web lagi juga menceritakan perkara yang sama...

HINI KONSPIRASI KAPITALIS BUAT DUIT

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub.

Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia,
2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais?

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera.

Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN

http://jacknaim.blogspot.com/2009/07/konspirasi-h1h1.html


http://aloqmalai.blogspot.com/2009/07/konspirasih1n1.html


http://myelise.org/sksk/articles.php?article_id=117