Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

hati berbunga dapat bunga...

Tiba-tiba hati jadi berbunga-bunga sekejap apabila menerima jambangan bunga yang besar ni.
Pagi semalam masa masuk office terus jer terpandang bunga atas meja...
Hoyeh..hoyeh..dapat bunga...syok sekejap. Maklumlah perempuan kalau dapat bunga macam jumpa duit gembira tak terkata. Yer ker???? ker aku sorang jer gitu.
Nak bawa balik rumah pun cam tak terangkat jer bakulnya...jadinya member-member yang nak bunga tu aku bg jerlah...mana bunga yang dia orang suka.

Ohhh siapa yang bagi biarlah rahsia..cewahh..mengada betullah mama Rynas nie...
Yang penting bukan peminat pun...ewah motif???? artis ker???? hehhehe..
Suami i sila baca ni..manalah tahu nak bg bunga lg besar drp ni hehhehe...

Saturday, May 22, 2010

minggu rezeki murah..

Alhamdulillah minggu ni rezeki sangat murah. Daripada dibelanja makan sehinggalah dapat pelbagai barang, percuma tau. Antaranya...


Ni dapat Jumaat lepas...dapat sepasang baju drp jakel. Cam tahu-tahu jer aku suka warna tu. Cantik i like ....boleh buat raya.


Dapat totebag daripada Aspalila ...ya boleh isi diapers anak dengan botol susu, masa jalan-jalan. Thanks As...

Oh dapat tudung ala-ala Indonesia tudung daripada beautifultudung.
Thanks Aida. Ini pun dapat Jumaat lepas ..lepas balik asgn nampak ada parcel atas meja.


Ini dapat daripada mommylyna.
Sebab dia bagi biarlah rahsia. Jambangan bunga bersamanya dua kotak cookies. Sedap sangat cookies tu... sehari jer dah habis makan dgn member office, bunga tu pun kemain segar lagi walaupun dah seminggu. Dapat Isnin lepas dihantar ke office, balik asgn tengok ada jambangan bunga atas meja terus wajah jadi bling..bling...dan kembang semangkuk. Thanks ya Lyna. Cantik sangat bunga dgn bakul tu.



Ini dapat sepasang baju bersama tudung diberi oleh Along AF.
Baik dgn dia masa kat office lama.
Dulu tak pernah dapat apa-apa hadiah drp dia..thanks Along.

Alhamdulillah...minggu ni mmg rezeki sangat murah. Harap-harap Tuhan memanjangkan lagi rezeki pd masa-masa akan datang Amin.

Wednesday, September 16, 2009

perfume baru

Selain drp berhari raya dengan baju, kasut, make up baru (free uols)..ada lagi yg baru iaitu haruman Anna Sui hadiah raya drp editor. First time dapat Anna Sui selalu yang pernah aku try Aisey Miyake, lancome, Giorgio Armani, Kylie Minogue (beli dgn harga murah), YSL yg lain tu dpt free jer. Pastu ada lg satu belum guna sebab yg pakai Kylie tu masih banyak lagi..

So beraya dgn haruman baru ler. Ttp sebenarnya antara make up dgn perfume mmg aku lebih suka perfume..kalau make up tu mmg ler bereya-eya nak make up lepas tu NAN ADO kembali ke wajah asli..tanpa make up. kalau perfume ni mmg akan pakai ler.

Kepada editorku kalau dpt lagi perfumr agak2 tak mau guna pas2 ler kat anak buahmu yg dahagakan perfume ini keh..keh..keh..