Showing posts with label penyusuan. Show all posts
Showing posts with label penyusuan. Show all posts

Monday, November 2, 2015

Tip banyakkan susu badan

Bagi ibu berkerjaya perkara paling dirisaukan selepas  kembali bekerja adalah pengeluaran susu yang merudum disebabkan tidak dapat memberi susu secara direct di rumah. Saya juga mempunyai pengalaman yang sama ketika melahirkan anak pertama dan kedua.
Jangan bimbang sebenarnya jika ilmu penyusuan diamalkan ibu-ibu boleh mengelak daripada kering susu sebelum usia bayi 2 tahun.
Antara yang boleh diamalkan ialah:





1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.



2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...


8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.




11. Pengambilan suplemen
dibolehkan. Antaranya set menyusu Shaklee terdiri daripada ESP (Energizing Protin Shaklee), Vitamin C, vitamin B Complex, Vita Lea, Ostematrix dan Alfalfa.


SITI ZARINAH SAHIB
SID 1212774
HP: 012 6133596


Saturday, September 28, 2013

Pengurusan susu ibu ketika ke luar negara

Kerisauan saya ketika outstation ke luar negara adalah mengenai pengurusan susu ibu. Sebelum ke Macau dan Hongkong lagi saya sudah mendapatkan maklumat menerusi Internet bagaimana nak membawa susu balik ke Malaysia. Kalau diikutkan dalam masa 4 hari di sana tentu banyak susu yang sudah dipam, bayangkan kalau semuanya dibuang. Sayangkan. 


 Jadi saya pastikan membawa pam Medela FS ni lengkap kesemuanya. Bersama beg cooler dan ice pack. Mujur jadual tidak begitu padat biasanya atau setiap hari saya keluar dr hotel dalam jam 10 pagi dan kembali semula jam 3 petang dan keluar semula 6 petang sehingga kembali ke hotel 10malam. Begitulah rutin setiap hari. Jadi waktu mengepam susu saya adalah pada waktu subuh jam 6 pagi, kemudian 5 petang dan malam sebelum tidur 11 atau 12 malam.
Hari pertama 13 September saya tiba di hotel, Macau pada waktu petang dalam jam 5 petang dan ia adalah sesi pengepaman yg pertama. Mujur peti sejuk di hotel agak sejuk dan saya tidak ragu-ragu menyimpan susu di dalamnya.

Ini antara susu ketika berada di Macau. Oleh kerana selepas 2 hari saya transit ke H. Kong menaiki bot dengan perjalanan mengambil masa 3-4 jam saya pastikan ice betul-betul sejuk. Saya juga menghantar sms kepada perunding penyusuan Suraya Lunatots untuk mendapatkan maklumat jelas adakah susu saya masih elok atau sebaliknya sekiranya hanya disimpan di chiller selama 4 hari. Alhamdulillah dia memberikan respond positif dan mengatakan memang masih elok.

Selepas sampai di H.Kong saya simpan semua susu di dalam peti sejuk hotel pula. Masalah kedua apabila saya kehabisan plastik penyimpanan susu kerana saya membayangkan susu saya tidak sebanyak itu. Setiap kali mengepam saya memperoleh anggaran 10-12 auns (tentulah banyakkan sebab anak tiada bersama)  dan memerlukan 2 plastik simpanan.
Oleh kerana pada hari ahad saya kehabisan plastik saya menyimpan di dalam botol air mineral. Saya juga bertanya kepada kitchen hotel dan mereka memberitahu , Ya memang susu boleh disimpan di dalam peti sejuk beku di hotel. Namun oleh kerana ragu-ragu dan saya tidak membawa tuperware yg besar untuk meletakkan semua plastik susu, jadi saya hanya meminta mereka menyimpan (sejuk beku)  ice pack saya di dalam peti sejuk mereka semalaman bagi memastikan semua susu saya sejuk sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia.

Semua susu saya hampir 90  auns, saya masukkan di dalam cooller bag bersama ice yang sudah dibekukan. Saya balut dengan plastik beg simpan di dalam luggage.  Ketika itu apa yg saya bimbangkan adalah:
-Takut sekiranya palstik pecah dengan tekanan di tempat tinggi
- Sekiranya susu tidak boleh dibawa pulang
- Luggage yg penuh dengan susu (air)

 Ini luggage saya ya. Mujur saya membawa beg kedua jadi ruang peyimpanan adalah mencukupi untuk menempatkan cooler bag yang padat.


Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Tiada sebarang halangan untuk membawa susu ibu kembali ke Malaysia. Malah perjalanan memakan masa 3 jam 25 minit, dengan saya keluar dari hotel jam 6 pagi dan sampai ke rumah 1.30 tengah hari lebih kurang 7 jam 30 minit, kesemua susu saya dalam keadaan baik, sejuk dan segar. Alhamdulilah rezeki Fayyadh yang masih menyusu badan.

Nasihat saya bagi ibu yg masih menyusu dan ingin memastikan susu dapat dibawa pulang ke Malaysia:

1. Dapatkan maklumat sebelum pergi adakah susu boleh dibawa pulang di dalam luggage. Mgkin ada negara dengan peraturan masing-masing. Cthnya Australia memang tidak membenarkan membawa sebarang produk diary milk atau cereal dan perlu declare, susu ibu saya kurang pasti.
2. Bawa kelengkapan secukupnya dan pastikan plastik penyimpanan mencukupi kerana anda tidak perlu membeli di luar negara.
3. Pastikan suhu peti sejuk di hotel  mencukupi untuk menyimpan susu.
4. Paling penting tanya hotel adakah boleh menyimpan susu di dalam peti sejuknya. Bagi hotel 5 bintang saya rasa tiada masalah.
5. Jika anda berada di luar negara tidak melebihi 5 hari simpan susu di dalam chiller saja dan bukan di bahagian frozen bg memastikan susu masih elok. Kalau dah frozen nanti sampai malaysia cair kena gunakan pulakkan dah tak boleh dibekukan. Mungkin sekiranya melebihi 5 hari  ia perlu dibekukan.
6. Paling penting ice pack sama ada jenis plastik atau block perlu disejuk beku terlebih dulu, minta kerjasama hotel untuk menyimpan ice anda. Ini bg memastikan susu yg disimpan dan dibawa pulang dlm keadaan sejuk apabila sampai di rumah.

Sekian.


Friday, December 14, 2012

baki stok susu Fayyadh


 Stok susu yang masih berbaki setakat ni. Ini pun ada yang saya sudah buang sebab dah lebih drp 3 bulan.sayang mmglah sayang tapi dah lebih drp tarikh yg sepatutnya.

3 malam di wad inilah susu penyelamat..nasib baik banyak simpan stok yang boleh diberikan kepada Fayyadh sepanjang di rumah mak Ida.
Dua hari di wad juga saya tidak menyusukan Fayyadh selepas mendengar nasihat doc. Katanya antibiotik terlalu kuat ditambah kuman di dalam badan terlalu banyak menyebabkan susu tidak boleh diberikan kepada bayi akhirnya saya hanya mengepam dan membuang saja sebanyak 4 botol pada hari pertama. Akibat tindak balas antibiotik susu tu juga berubah warna sedikit kebiru-biruan. Pada hari kedua juga saya membuang sebanyak dua botol susu.

Pada hari ketiga barulah saya berani menyusukan secara direct itu pun sebelum diberikan antibiotik terakhir pada malamnya. Mujur Fayyadh tidak menolak dan menyusu seperti biasa.
Sepanjang kat wad juga susu sedikit kurang mgkin juga kesan ubat-ubatan yang terlalu kuat. Sekarang ni alhamdulillah back to normal walaupun masih lagi meneruskan ubat alahan, cairkan kahak dan sedut untuk asma. Kadang-kadang fayyadh macam menolak juga untuk menyusu rasa lain barang kali...tapi lama-lama dah lapar dia menyusu juga.
Stok susu untuk Disember mmg sangat kurang ...rasanya cuma dalam 2-3 paket saja...huhuhuhu...mmg tak sempat untuk menyimpan dan perlu menghabiskan susu untuk Oktober kalau tidak samalah....kena buanglah nampaknya.


Wednesday, November 14, 2012

Stok susu saya...

Sudah lama tak cerita menegnai BF yer..Alhamdulillah dah 4 bulan dapat fully BF. Susu pun masih ada lagi harapnya dapat ler sehingga 6 bulan, setahun dan 2 tahun InsyaAllah.

 Minggu ni banyak cuti jadi sesi mengepam pun banyak juga yg dah lari timingnya. Bila kemalasan melanda mmg beginilah ditambah pula dgn stok susu yg masih ada sekarang nie. Semalam juga kemas kini susu dalam fridge. Sepatutnya kena habiskan stok bulan september dan bila check dalam fridge mmg masih banyak lagi. Ini diantara stok bulan 9 kena habiskan sebelum Dec nie.

 Bila dah susun cantik beginilah jadinya. Nampak kemas sikit yang ini semua stok bulan 10.

 Yg kat bawah tu ada stok bulan 9 kena habiskan..

 yang ini pun stok bulan 9. Untuk bulan 11....eehhmmm mmg sangat kurang. Rasanya ada dlm 4-5 paket saja. Itulah semuanya sebab malas....huhuhuhu. Kat opis pun sekarang ni cuma sekali pam saja...kat rumah pun sama juga. Semakin malas tak boleh jadi ni kena tingkatkan mengepam takut susu kurang huhuhu...

 Diakhiri dengan gambar Fayyadh dah empat bulan pun dia. bulan ni tak ada cucuk bulan depan dec 5 bulan baru cucuk.  Belum boleh meniarap sepenuhnya lagi belum pandai pusingkan sendiri badan. ..ayo...ayo... lambat sikit nampaknya.


Thursday, October 11, 2012

peti sejuk penuh EBM

 Tengoklah stok susu kat bawah ni, bahagian freezer sudah penuh. Kat mana nak simpan lagi pun tak tahu. Tapi itu belum buat penyusunan betul-betul tu kalau susun cantik-cantik masih ada ruang untuk simpan susu.


Ini sebab malas nak susun jadi main campak jer dlm freezer bila nak ambil mulalah tercari-cari tarikh paling dekat.
Sekarang pam susu di office cuma 2 kali jer...dan malam pun 2 kali. Dapatlah dalam 7-8 botol (4oz) bawa ke rumah bb sitter 5 botol saja dan ada balance satu. Pakai dr frezer cuma sebotol jer...jadinya ambil satu lepas tu masukkan balik dalam 3 pek gitu. Mana tak banyakkan. Bukan makin kurang makin bertambah adalah. Alhamdulillah rezeki untuk Fayyadh.

Saturday, October 6, 2012

makanan yang saya makan untuk bf baby

 Alhamdulillah sudah 3 bulan saya dapat menyusu Fayyadh sepenuhnya. Sepatutnya bawa pergi cucuk untuk tiga bulan tapi tak sempat lagi.  Cabaran sebagai ibu berkerja dalam masa yang sama full bf memang ada. Tambahan pula saya bekerja tidak menentu sekejap kat opis sekejap di luar. Macam semalam ada tugasan di Midvalley  dari jam 1 sehingga 4 petang.
Sudahlah di opis langsung tidak sempat mengepam disebabkan ada story yang masih belum dihantar. Lastnya saya cari bilik menyusu di EON Jusco untuk pam susu. Nasib baik biliknya bersih ada sofa untuk ibu menyusu. Itu kalau ke tempat yang disediakan bilik menyusu kalau tak ada...eehhmmm terpaksalah guna alternatif lain spt surau dan dalam kereta. (cari parking tersembunyi, selubung dengan shawl)  Toilet setakat ni saya tak pernah lagi gunakan untuk pam susu.
Ada yang tanya kalau tak pam tak boleh ker? selain untuk simpanan susu di rumah, mengepam adalah satu cara untuk menghilangkan bengkak susu. Kalau tak dipam rasa tidak selesa, nak buat kerja pun jadi. sakit sendi2 tangan. Lebih penting mengepam memastikan susu sentiasa ada dan tidak kering.
Sebenarnya saya nak cerita mengenai apa yang saya makan bg memastikan susu sentiasa ada. Bagi ibu yang BF nie beruntungnya kerana kita boleh set keperluan yang diperlukan untuk bayi yang kita susukan. Memanglah dalam susu ibu tu semua zat, vitamin, mineral yang lengkap tapi kalau ibu tak jaga pemakanan  apa yang diberikan pada anak juga sangat kurang. Cthnya kan kalau tgk ibu-ibu kat Afrika yang tak cukup zat menyusu ibu sepenuhnya kenapa anak mereka pun mengalami kekurangan zat. sebabnya si ibu tidak mendapat makanan yang lengkap dgn vitamin dan mineral.
Sebab itu menurut seorang doc yg saya interview...kalau tak dapat menyusu anak sepenuhnya carilah susu formula paling mahal sebab susu paling mahal kaya dengan zat, vitamin, mineral diperlukan bayi (wpun masih tak dapat menandingi susu ibu).Sekarang ni macam2 jenis susu ada..yg harga sampai RM150 satu tin pun ada. Pilih saja nak yang mana. Tapi kalau mampu apa salahnyakan...kurangkanlah expenser untuk diri sendiri cam beli baju ke kasut ker...untuk beli susu anak.


Untuk menambah susu dan memastikan anak mendapat zat secukupnya ibu mmg wajib minum susu. Saya sejak mengandung minum anmum, tapi nak try Mom&Me Nestle pula. Sedap juga rasanya manis-manis lemak gitu.


 Oh ini favourite saya sebelum ngandung, sejak mengandung dan selepas mengandung. Sebelum pergi kerja tu dalam kereta wajib habiskan sekotak susu soya. kalau tak buat macam tuh takut terlupa nak minum. Saya perhatikan nanti masa pam susu, susu pun pekat macam soya juga.Sebab soya, tempe, tauhu kaya protein dan protein mmg bagus untuk pekat dan banyakkan susu.


 Ini set berpantang hari tu belum habis lagi. tapi ESP masuk ni dah yang kedua. Harus kena order lepas ni. Selain untuk menyusu, set ni untuk cergaskan badan, tak letih dan bertenaga ketika di pejabat. Tapi kalau malam..kat rumah cepat jer rasa nak tidur. Itu dah makan suplement kalau tak makan suplement tak tahulah. Sekarang ni mmg kena korbankan duit untuk beli suplement.

Saya pernah interviu doc mengenai suplement..dia kata org Melayu paling malas ambil suplement sebab mahal. lebih rela beli handbeg mahal, baju dan kasut. Beza dgn Chinese sebab dorang mmg sanggup habiskan duit untuk suplement. Sekarang nie pemakanan kita sendiri yg meyebabkan penyakit. makanan segera, air tak bersih, bekas-bekas makanan semunya menyumbang pada penyakit. Kalau dengar doc tu cerita mmg takut...rasa nak jaga kesihatan sekarang ni.


 Kurma jg untuk banyakkan susu. Sehari saya makan 3-5 biji kurma. kadang2 leka makan sampai habis juga 10 biji. Pernah saya habiskan separuh kotak. Letak kat meja opis dan di rumah. Sekarang ni mmg tak minum petang, sebab tak sempat banyak kerja nak buat. Makan kurma jer 3 biji dah kenyang.


 Lepas tu ambil nesvita untuk sarapan, campur dengan Vico atau horlick lagi sedap.
 Minuman bermalt ni mmg untuk banyakkan susu badan juga. Elakkan teh sebab angin, Kopi sekali-sekala bolehlah sebab berkafeinkan tak sesuai untuk menyusu badan.

Saya mmg suka minum vico campur nesvita. atau horlick campur nesvita. Minum secawan dah kenyang.

 Diakhiri dengan gambar si kecil ni. Dah pun 3 bulan. Alhamdulillah sihat.

 ragamnya sekarang ni bila nak menyusu badan melalak-lalak...sebab susu laju tak sempat nak telan. Kadang2 saya perasan dia mmg tak nak menyusu agaknya fobia kot terpaksa bg botol.
Lepas tu time nak tidur pun sama mengamuk-ngamuk juga.kdg2 kalau org tgk mesti something wrong tapi mmg style dia gitu. Dah penat melalak dulu baru ler lena tidur.


 Tiap baby ada ragamnya kan. Macam ketiga-tiga anak anak saya mmg kuat menangis masa baby. Macam anak kedua Fahim lagilah dari baby sampai  umur dia 2-3 tahun malam jer mesti nangis. sampai terpaksa ambil air kat ustaz. Bila dah besar dah ok...macam tu juga dengan kakak pun sama masa baby ragamnya boleh tahan lah.

Orang kata baby ni lain2 perangai. kalau kecil meragam bila besar senang nak jaga begitulah juga sebaliknya. Harap-harap gitulah. Alah..baby mana tak meragamkan...saja nak menguji maknya sabar ke tidak.


Thursday, September 20, 2012

cerita mengenai pam susu medela frestyle

 Ini hasil pemerahan semalam untuk 15 minit sebab nak cepat nak pergi asgment terpaksalah dipendekkan masanya. Biasanya saya akan buat dalam 20-25 minit untuk kedua-dua B. Inilah yang bestnya pakai FS sebab dual pumping so senang dan menjimatkan masa terutama orang-orang macam saya nie. Dan lebih penting kenapa saya guna FS sebab ada handsfree konon2 boleh pump di mana saja. Di rumah tengah iron baju dan sambil menaip kat labtop. senangkan???

hasilnya menggunakan pump medela FS
 Tapi malangnya (ceewah cam menyesal jer beli) tidaklah menyesal sebab mmg dah lama teruja pun nak pakai pump ni. Selepas cuba kat rumah handfree ni saya rasa sangatlah tidak praktikal ataupun saya yg tak tahu guna saya rasa tak selesa mungkin sebab tak ketat dan rasa macam nak jatuh jer dan susu akan meleleh keluar (rugikan???...) Puas saya google kat youtube tapi tak jumpa juga cara nak guna hfree FS yg betul. So terbiarlah begitu saja...saya mmg tak pernah pakai pun hands free FS nie.


hasil susu terkini dah penuh peti sejuk

  Jadinya perah macam biasa jerlah..pegang botol susu. Apa kes kan beli mahal2 tapi guna cam pum lain juga. Baik pakai medela swingjer atau pum-pum yang lain.
tapi yang bestnya medela FS ni sebab suckingnya slow dan tidak menyakitkan. Lebih penting cepat..20 minit dah siap kedua-duanya. Biasa saya ambik masa 30 minit jer untuk keluar pum susu. So tidaklah rasa bersalah sangat kat bos. Wpun saya tahu dia sangat-sangatlah ok dan tak kisah pun.

Sebelum ni masa anak pertama dan kedua (tak ada bajet dan kurang pengetahuan ) saya hanya pakai pureen manual tu jer. Masa tu pun maklumlah peti sejuk pun hanya satu pintu susu hanya tahan 2 minggu saja. jadi kais pagi makan pagi jerlah...pump hari ni cukup untuk esok jer. Di opis pun pump tidak konsisten ikut suka hati makcik jer...kalau rasa dah bengkak sangat baru pump lama-lama kering sendirilah susu.

Lepas tu mulalah rasa nyesal eeehhh naper susu kering cepat sangat???
 Sempat setahun gitu jer nyusu. Itu pun mmg dah campur FM. Sekarang ni saya tidak mahu mengulangi kesilapan lama...bajet pun dah ada, tekad jer...moga dipermudahkan. Wpun mulanya nampak susah juga...tapi alhamdulillah setakat ni masih ok dan berjalan lancar. Apa cabarannya??? kalau org yang kerja di opis mgkin tak ada masalah...sampai waktunya pump jer susu.

Tapi jadual kerja saya tidak menentu jadi sesi mengepam pun tidak menentu juga. Kadang2 ada asgment jam 10 pagi saya terpaksa skip waktu mengepam selepas habis asgment kadang2 jam 12, kadan2g jam 1 baru dapat pam. Sampai bengkak cik B saya habis nak buat macam manakan??? begitu juga dengan waktu petang pun sama juga. Kalau ada asgment jam 2..mmglah terpaksa skip juga tapi biasanya saya pump awal sebelum keluar asgment.Kalau boleh mmg nak pam 3 kali sehari di pejabat tapi setakat ni kalau saya tak ada asgment luar mmg dapat 3 kali tapi kalau ada asgment 2 kali saja yang sempat. Balik rumah malam mmg saya tambah lagi sesi pam kadang2 rajin buat 3 kali kalau malas 2 kali jer pam.

Inilah cabarannya sebab itu ler saya perlukan handfree ni untuk memudahkan saya juga. malangnya tak tahu nak guna pula sehinggalah di bilik pam susu di pejabat ada rakan saya menggunakan FS dengan bra menyusu handsfree. Wahh saya sungguh teruja terus tanya di mana dia beli sebab rasanya kat Malaysia tak ada lagi. Nanti saya buat entry khas ya mengenai bra menyusu ni. Sangat praktikal, menjimatkan masa dan selesa. Wa cakap lu!!!! hehhehe best best memang best dan menambah semangat saya untuk mengepam.

Kawan saya kata dia minta abang dia belikan di US dan dia masih ada satu di rumah yang hendak dijual. Terus jer saya sambar satu.


Ini stok susu saya yang terbaru selepas keluar masuk susu. tak tersusun sikit. Nnatilah saya susun balik yang mana awal dan akhir. Patutlah ada orang sampai tak muat peti sejuk kena beli deep freezer. 



Setakat ni saya cuma guna di rumah saja dan belum sempat lagi praktikkan di luar. Saya cuma risau kalau ada agsment pagi dan petang yang memerlukan saya tidak masuk opis terpaksalah cari surau untuk pam susu.


p/s: Sekarang ni mmg dah jadi obses dengan penyusuan susu ibu dan pam susu. Semoga dipermudahkan sebab perjalanan masih jauh yer Fayyadh.

 pic terbaru Fayyadh berusia 2 bulan lebih.

 Wajah kesayangan hamba...