Showing posts with label harian metro. Show all posts
Showing posts with label harian metro. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Untukmu MH370

UNTUKMU MH370



Jiwa dan raga bagai terobek,
Menangisi sebuah kehilangan,
Laksana burung patah sayap, 
Kapal hilang pengemudi,
Puas mencari di segenap alam, 
Permukaan laut direntasi,
Lautan dalam direnangi,
Angkasa dijelajahi,
Namun sampai kini kehilangan masih tidak dapat dijejaki,
Hati mengeluh  hampa,
Jiwa rasa terseksa
Kerinduan semakin membara,
Pada ayah, ibu, kakak, abang, adik dan rakan, 
Apalah nasib kalian di sana, 
Ayuh kita panjatkan doa,
Semoga ada jalan menanti,
Ada kebuntuan pecah menjadi saksi, 
Pada sebuah kisah yang nyata menjadi misteri,
Seluruh tumpuan kini hanya pada dia MH370, 
Empat hari menghilang tanpa jejak, 
Mengenang nasib yang belum pasti,
Namun harapan menggunung tinggi,
Semoga semuanya selamat kembali,
Dipanjatkan doa siang dan malam tanpa henti,
Moga Tuhan mengasihani,
KepadaMu kami berserah kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkan jalan,
Mudahkan urusan,
Kuatkan keimanan,
Diberi keselamatan dunia dan pengakhiran,
Menantikan detik kepulangan, 
Untukmu MH370,
Kerana seluruh alam merinduiMU PASTI....

11.27am/11032014


 

raja bomoh lihat pesawat masih di tengah laut



SEPANG – Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

“Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.”Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib”, katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

 “Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.”Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,”katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang ‘penting’ untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

p/s: Kita menggunakan pelbagai cara untuk mencari pesawat MH370 antaranya dengan menggunakan bomoh dan ayat suci al-Quran. Sekiranya pelbagai cara moden sudah kita lakukan akhirnya kita seharusnya berserah kepada yang maha Esa kerana dia yang menjadikan sesuatu perkara. Namun sebagai umat Islam kita seharusnya percaya kepada perkara ghaib dan tidak menolak sekiranya kejadian ini ada kaitan dengannya. Wallahhualam...

Saturday, March 31, 2012

Pelancaran M...Harian Metro

Alhamdulillah semalam selamat sudah majlis pelancaran Majalah M, Harian Metro dalam sisipan Metro Ahad. Majlis diadakan di Top Hat, Jalan Stonor KL. Ramai tetamu yang hadir antaranya sudah tentu Erra Fazira yg menjadi penghias kulit hadapan pertama majalah, Tini HotFM sebagai pengacara majlis, Alyah pun ada, yg lain semuanya pengiklan, company kecantikan, designer antaranya Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Fizie Woo, Azura Couture dan Hanizam.

 majlis bermula pada jam 3.30 petang dengan sesi pertunjukan fesyen drp 4 pereka muda. kemudian baru diikuti gimmick pelancaran. majlis ringkas dan cepat...


 Inilah cover hadapan M, Erra Fazira...


 Stage .....



Bersama rakan-rakan meja Wanita dan juga penulis untuk majalah M..


Sesi pelancaran akan bermula....


 Ok selesai sudah dengan disempurnakan oleh Erra Fazira


 Cantik sangat Erra ...langsing dan anggun

 Bergambar sebelum majlis berlangsung...

Close up...Erra bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar

 Jelita...anggun...mempesona...dan menggoda...itulah dia Erra Fazira

 Edisi pertama ...M...esok dalam Metro Ahad

 Bergambar selepas tamat majlis..team Wanita Harian Metro cuma seorang jer tak ada Kak Laila dah balik awal.

Editor Wanita kak Ayu bersama wartawan hiburan kak Ramlah

 posing lagi...

 Konon-konon...cantik...hehheheh


Diakhiri dengan gambar ibu mengandung...

Selepas ni kena lebih tingkatkan qualiti dan kuantiti kerja..kena work smart...sebab kena buat Harian Metro dan juga majalah M...chayok..chayok...walaupun penat tapi sangat berpuas hati dengan hasilnya. Lepas rasa rindu nak buat majalah balik. Walaupun bukan 100% macam majalah tapi drp segi penulisan mmg menggunakan cara penulisan majalah begitu juga dengan photografi.