Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Auto Show

Gambar sekitar program Gegaria Harian Metro di Ipoh bulan lepas.
Sempat mengunjungi Auto Show yang diadakan berdekatan dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
Kereta yang diubahsuai merangkumi enjin lebih berkuasa, pengubahsuaian pintu, sistem audio, rim, warna dan corak yang berkonsep semburan angin sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Sanggup yer???? kalau saya??? idok ler....

Kebanyakannya kereta tempatan saja..Wira, Kelisa, Kenari,



Kagum sebentar melihat kereta Kelisa yang diubah suai ala menjadi Mira Gino. Sempat berbual dengan pemilik kenderaan ini yang sudah mengeluarkan hampir RM80,000 untuk pengubahsuaian kereta Kelisanya. Wow...banyakkan..tapi kalau mampu apa salahnya. Yer ker??? dia orang ni tak rasa membazir ke??? Inilah dinamanya minat dan hobi...kalau ada duit apa pun boleh.





Bahagian bonet yang diletakkan sound sistem dan televisyen. Canggih betul so kalau jalan jauh penat boleh berhenti untuk menonton televisyen.



Ni pula kereta Wira yang sudah diubahsuai. Pernah memenangi banyak anugerah untuk auto show.


Kereta proton saga siap ada bulu-bulu lagi kat bahagian bonet. Kelas kau Maria!!!!


p/s: kebanyakan yang masuk auto show ni adalah org-org yang sama setiap tempat. Jadi mereka ni semua dah biasa dan kenal antara satu sama lain. Biasanya kereta untuk auto show tidak digunakan untuk berjalan jauh kereta ni disimpan untuk pertandingan saja.


Thursday, April 7, 2011

Menunggu cinta di Bumi Sonata

Saya akan berada di Korea bermula Khamis sehingga Isnin ini...
semogga semuanya selamat..
sedih nak meninggalkan anak-anak dan suami
Seperti biasa harap suami dapat menjaga anak-anak dengan baik..
Si adik tak kisah sangat...ok ajer jawapannya..
tetapi si kakak yang sedih sikit siap menangis lagi bila cakap kena tinggal dengan abah.

"ala ..kakak nak mama mandikan esok pergi sekolah," sambil mata dah merah nak nangis...

saya pulak yg sedih....

Friday, November 26, 2010

masa terapi diri....i like!!!

Hari ni aktiviti ala-ala 'manja' jer. Kenapa aku katakan begitu sebabnya tugasan diberikan tidak berat, hanya untuk relaks, sambil menikmati perkhidmatan yang disediakan pihak hotel. "Ingatkan jauh sangat, rupanya Putrajaya jer...hhehhehe," kata editor aku.

"Tak per..dekat-dekat ni aku lagi suka..dekat dengan rumah senang nak balik rumah,"
Yer...sepanjang hari hingga ke malam aku berada di Hotel SangriLa Putrajaya menerima jemputan drp produk kecantikan Lancome. Pihak Lancome menyediakan bilik pada sesiapa yang ingin bermalam di hotel malah bas juga disediakan dr Shangrila KL ke Putrajaya tapi aku menawarkan diri untuk memandu sendiri disebabkan berdekatan rumah. Aku juga tidak bermalam sebabnya esok hari Sabtu ada aktiviti kenduri kendara di kampung.


Antara aktiviti yang disediakan ialah yoga terapi...(jangan buat ala-ala yang boleh melipat tubuh tu aku tidak mampu melakukannya)

Selepas aktiviti mengeluarkan peluh..beralih pula kepada terapi badan iaitu massage dan sauna. Ohh i like dah lama tak buat. (tapi jangan urut terlalu kuat ya, kerana aku alah dengan sakit).




Kemudian boleh menikmati kesejukan air di kolam renangnya. Tapi macam malas jer nak mandi...sebabnya tak pandai berenang hehheheh (malunya!!!)

Ok pada pagi Jumaat yang indah ni seronoknya kalau aktiviti santai-santai sebegini ya. lebih seronok dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan dan yang paling penting dapat lupakan seketika pada tugasan yang banyak serta lari dari kehingaran pejabat ohhh..i like!!!!

Thursday, June 4, 2009

lunch semalam

N3 pagi ni dimulakan dengan gambar makanan yer. Tengah hari semalam, awal-awal lagi k.zeda dah cop aku, minta temankan ke Seri hartamas kerana nak ambil baju pengantin drp butik PIW untuk shoot cover Marsha hari ni. Aku pun on ajerlah..lg pun dah lama benar tak keluar-keluar ni. asyik terperap di opis saja. Janjinya jam 3 jadi kami lunch dulu di restoran mamak sekitar situ. banyak restoran kat sini maklumlah tempat2 org kaya dan berharta.

Inilah menu yang kami pilih. kalau dah mamak tu surelah aku oder briani..rindu nak makan kat Mahbob. tak perlah dpt makan briani kat sini pun kira oklah..
K.zeda order nasi putih berlauk
Aku pulak oder nasi briani bukhara ayam madu..wah..wah...kelas gitu

Ni lah rupa ayam madunya. nampak menyelerakan kan??? memang pun bolehlah diterima dek tekak ini. Lepas dah habis makan barulah amik baju, pilih-pilih semua jam 3.30 baru balik ke opis. kalau dulu-dulu gitu ler pg butik pilih baju, hantar baju...rindulah pulak..time tu.
sambil jalan tu aku tengak2 juga kalau ada restoran Korea, sebab ada member aku ni teringin nak makan makanan Korea. Ttp aku tengok semuanya nonhalal jer. Kena survey lagi ler nampaknya kalau main terjah jer bahaya ni..sekarang banyak halal tiruan.

Thursday, May 21, 2009

sekali sekala melawat kg

Ni citer masa kat kg Ahad lepas. Selalu balik mmg jarang ler keluar melainkan kalau melawat rumah sedara mara jer. atau pun pegi kat pantai Bagan Lalang jer sebab itu ler yang paling dekat. Ahad lepas aku ajak pegi PD alah saja jalan-jalan jer..lagi pun nak mandi laut kureng suka sikit. Pastu laki aku kata panas lah...bla..bla..bla dan dia bawa ke satu tempat ni alah bukannya jauh sgt pun 10 minit cam tu jer dr rumah. First timelah sampai sini, pada hal dh kahwin 3 thn lebih dah. Tmpt ni namanya Jeti Lukut tmpat orng memancing. Dulunya kat sinilah orang nak ke seberang, ke P. Dickson. Tgk tu sampan-sampan lama...cantik permandangannya..walaupun semua dah buruk-buruk
Ada kedai makan, ttp masa datang tu tutup plak. rasanya buka malam kot.

Durrani takut giler jalan atas papan yang jarang-jarang, nampak air laut kt bawah tuh. Nangis2 minta dukung.


haruslah bergambarkan walaupun muka tak sememeh tuh...keh..keh..keh...

Aku bersama anak-anak dan Angah
bot mmg banyak ler kat sini, orang memancingkan. kat Lukut ni mmg terkenal dgn tempat memancing
gambar kapal terbang pun amik, Durrani ler xcited tgk kapal terbang, maklumlah kalau balik kg lebih kurang 10 minit sekali kapal lalu, sebab dkt dgn KLIA kan
Air laut pun ok bersih jer..hijau jer. Kalau matahari dan turun lagi ler cantik sebab bercahaya dan nampak putih-putih macam buih kat permukaan laut tu.

hasil pancingan, ikan kerapu


Org2 yang suka memancing, sabar beb..nak dapat ikan
Wahhh gitu ....pelangi pun nampak uols...Masa kecik-kecik dulu orang kata jgn tunjuk pelangi tak elok...nanti jari kudung hahhahaha...tak logikkan..tapi percaya jugak.

Itu Jeti seberang, situ pun tempat memancing juga.
banyak citer sejarah kat kampung suami aku ni, Bukit Pelanduk. kalau saper2 masih ingat peristiwa JE, kat sinilah. Ttp kalau tanya dia dia malas nak citer sebab dah tak nak ingat citer tu. "biarlah jadi sejarah" katanya.













Tuesday, May 19, 2009

JOM ke Poney Warehouse sale dan Metrojaya BlockBuster sale

Masa drive pagi tadi terpandanglah banner kat bawah ni betul-betul tepi highway Seremban, belakang south city plaza tuh. Dok berangan sekejap, "bilalah nak cilok sekejap pegi nie," walaupun lama lagi hehheheh ttp dan verangan dah. maklumlah time tu gaji dah masuk haruslah terjah kan...walaupun hanya brand Poney ttp kalau dah serendah RM5 mmg murahlah tuh.



So saper-saper yang dok area Serdang, Sri kembangan, Bangi, Kajang dan sewaktu dgnnya jgn lepaskan peluang mencari baju-baju untuk anak-anak anda. Kalau tak pakai brand ni jgn pegi karang susah plak aku nak beli hahhahahha..





28 May to 1 June 2009
Poney Warehouse Sale
Price as low as RM5

Brands Offered
Poney
Baby Poney
Renew

Time : 1030am to 9pm

Location (Tel 603 8943 8380)
Centre Court,South City Plaza
43300 Seri Kembangan
Selangor
Ni pulak sale kat Metrojaya. Haruslah juga pegikan cuci-cuci mata dah sah-sah office dekat dgn Midvalley. Sebenarnya nak pegi cari hadiah kahwin (alasan jer tuh)

20 May to 14 June 2009
Metrojaya Block Buster Sale
20 May : Preview Day for MJ Cardmembers &
Amex & Maybank Card members

Cardmembers Special
FREE Exclusive Bathmat with purchase of RM300 and above

FREE Breakfast at 930am
FREE Supper at 10pm

Metrojaya Stores
Mid Valley Megamall
Berjaya Times Square
Bukit Bintang Plaza
Island Plaza Penang
Danga City Mall, Johor
Plaza Pelangi, Johor

*** itulah sajer iklan sale untuk hari ni sebenarnya banyak lagi sale ttp malas nak letak sebab yang tu mmg mmg susah nak pegi***

Friday, March 27, 2009

makan time

Wahh..menggiurkan gitu. Semalam lepas dah habis meeting ngan SGM terus jer fikiran macam buntu seketika. nak buat keje pun macam malas. betul..ini tak tipu ni!!!!Kat office pun tak ada orang semua dah keluar. Jadinya aku mengikut saja kak Ema ngan anis ke Pavilion sebab dia mau ambil baju di Butik Babe untuk shooting cover dengan Mas Anizan hari ni. Keluar jer dah dekat jam 2 petang hujan selebat-lebatnya haruslah jalan jam kan. Tambah2 kawasan pavilion tuh. sampai-sampai haruslah cari makanan dulu perut mmg tengah lapar...berkeroncong, dangdut, hip hop semua adalah. Disebabkan hati tengah sedih mulanya mahulah makan western-western gitu..ttp akhirnya makan kat food court bawah sajer. Pusing punya pusing..lastnya aku makan MEE JAWA ngan rojak buah. Sebabnya giler tergoda dengan rojak buah yang menyebabkan air liur aku kecur melihat nanas dan mangga itu. Waduh..waduh aku tak lepaskan peluang order, MEE JAWA satu ya, tambah rojak buah satu.'

Aaaa..kak sofi pun join sekali. dia makan western lar...chicken chop
Asam laksa adalah menu anis. Ttp aku lebih suka Laksa Penang lagi kaw. asam laksa ni pedas ttp manis. Iskk..iskk..tekak tak leh layanlah pedas campur manis nie.

ha..inilah mee Jawa. nampak sedapkan? mmg sedap pun sebab ada macam-macam. Ada sotong, sayur-sayur, daging semua adalah. Sepinggan RM8.50. amik ko..pinggan besar bukan main lagi. Boleh makan dua orang nie.

Yang ini mi campur mihun kari. rasanya not badlah. Dah lapokan layan jerlahkan..

Tapi dalam semua menu di atas aku paling suka rojak buah nie. Kuahnya sangat pekat. Ada mangga, sengkuang, timun, nanas, jambu, betik dan sotong kering. Inilah penambah selera sebenarnya. Lepas dah makan barulah boleh teruskan misi utama ke butik Babe. Lepas dah selesa semua tugasan orang...barulah pulang ke office.




Monday, March 16, 2009

anak buah baru

Sabtu lepas 14 Mac aku terima SMS daripada adik aku yang tinggal kat Kepong tu dia bg tau isterinya, Jaja dah selamat bersalin kat Hospital Selayang pada 12.58 pagi baby girl dengan berat 2.6kg. Kiranya ini anak buah yang ke 21 orang lah yer. Oleh kerana adik aku masih ada kat sini, sebab esoknya dia dah nak balik Sarawak kita org pun pergilah Hospital Selayang. Sampai jam 5 petang, kak Tija dah ada sana dr jam 2.30ptg lagi..lamanya kat sana. tak palah jaga baby. Jam 5.30 petang terus pg kedai Pak tam sebab belum makan lagi...haruslah perut berkeroncong sejak tadi. Semua org kelaparan nampaknya.Sebab tak tahu nak makan apa, order nasi ayam juga..samalah cam Durrani. Lepas tuh lepak umah kak Tija jap sebab nak solat magrib. Lagi pun ada bola MU Vs Liverpool. Pastu ada konsert pertama AF. Sambil tengok bola tengoklah juga AF yang ntah haper2 tuh. Tak best langsung. Baik tengok OIAM dah tentu-tentu suara peserta OIAM 10 kali bagus dr AF.

Dalam 9.30 kak Chak pula sampai. Sepatutnya dia org nak terus bertolak balik dr Pahang ke Parit Buntar ttp disebabkan hujan lebat jadi bermalam dulu di Selayang. Esok pagi baru balik p. Buntar. Bila dah habis bola barulah kami pun beredar balik Bangi sebab esok pagi2 nak hantar adik pula ke KLIA.

Monday, March 2, 2009

citer hujung minggu

Aktiviti pada hujung minggu. Sebenarnya plan nak balik kampung PD, jadinya aku pun tidaklah memasak, sarapan cuma makan roti jer ngan nugget. nak alas perut jer. En hubby pagi-pagi dan keluar katanya kete tak siap lagi nak ganti obsober. Tunggu-punya tunggu..punya tunggu jam 2 petang barulah dia balik. Aku ni mood balik kampung mmg dah tak ada dah..yerlah kalau nak siapkan kelengkapan anak-anak, pastu nak singgah makan lagi mahunya kol 3.30 ptg baru bertolak. Serba salah kot en hubby kata dia balik sorang jerlah sebab ada hal family sikit. Isskkk..mana boleh plak nak balik sorang takkan nak tinggal aku ngan anak2 sampai malam...jadi aku pun tergedik-gediklah nak ikut terus jer senyum balik, "jap..jap mama siapkan barang-barang" Nunggu aku bersiap kol 3 baru gerak singgahlah kedai makan kat Bangi. Apatah nama kedai ni..lupa pulak nak amik. First time makan kat sini, sajer nak cuba sedap ker idok ker.


Durrani lapor menunggu makanan. Dalam kete asyik sebut jer, "mama..mama nacik" Lapar nau anak dara aku ni.
Berlakonlah tuh. Masa ni dah makan dah..sajerlah tuh konon-konon amik gambar sebab lapar.

Ni dah ceria balik dah. Pandai berlakon ekkk Durrani. Durrani makan nasi ayam. Nak muntah dah aku kalau jd dia asyik nasi ayam jorrkkk amik menu lain kang tak makan pulak.


Ni nasi goreng ikan masin aku. Tak tau nak makan apa..last-last amik menu nie. Aku bg 4/5 bintang. Sedap!!! semua rasa masin, pedas boleh tahan larrrr...

yang rupa kurang menarik sikit ni mi hailam. patutlah hitam semacam jer. rasanyer...ehhmm kureng kot. Ntah larrr aku tak makan pun . baru jer nak minta sikit kat en hubby..alih-alih tengok dah habis.Kata tak sedap..ttp habis gak..sajer lah tuh tak nak aku minta sikit. hhehehhe jgn mare yer bang!!!!


yang ini nasi ayam Cik Durrani. Kureng sikit sup dia..sebab rasa macam ada rempah. Aku suka kalau sup tu kosong bersih jer. Patutlah Durrani makan tak habis...katanya, "tak moolah mama," nape??? "tak cedap arrrr," alahai...
pas makan dalam 3.30 baru bertolak balik. Sampai kampung 4.30. Adalah along ngan kak Ina tengah goreng jemput pisang ngan buat teh o. Langkah kanan gak ni terus jerlah 'melantak' jemput dulu sampai bercerita gosip terkini kat kampung tuh. aku jd pendengar setia jerlah. malamnya barulah Angah sekeluarga balik dr pantai dorang sajer pegi jalan-jalan bosan katanya dok umah. Lia pun balik juga. Riuh rendahlah rumah dengan suara budak-budak. jam 10 malam barulah kita orang bertolak balik Bangi dan sampai 11.30 malam. Hujan sepanjang jalan ttp renyai-renyai jerlah.





Sunday, February 15, 2009

rehat hujung minggu




makan kat restoran anjung








Permandangan taman tasik cempaka, Bangi

















Durrani dpt main mmg tak ingat apa dah..balik pun jenuh pujuk
























Hari ni hari rehat sedunia. Mmg aktiviti aku merehatkan diri sambil melayan anak-anak. en hubby pulak kerja hari ni jadinya hanya kami bertiga saja di rumah. Pagi-pagi bangun basuh baju sambil kemas apa yang patut..buat sarapan pun ala kadar jer aku ngan durrani jer makan. so makan roti ngan planta jer bersama milo. Pastu dlm kol 11 mata dah mula ngantuk..alahai selalu tak macam ni. nak kata penat mungkin juga sebab malam tadi pas balik kenduri umah Liza singgah umah kakak kat selayang sampailah kol 10 malam.
jadinya selepas menidurkan Fahim aku pun turut serta tidur. Sedar2 en hubby bawa balik nasi lemak sama milo panas. hehhehe idok ler pulak aku order ttp dah ada makan jerlah. Jadinya bila makan nasi lemak dah dekat jam 12 tengah hari aku tidaklah memasak apa2 (itu yg best sangat tuh). Pas makan biasa ler lepak2 sambil tengok TV..durrani spt biasalah main ngan permainan dia tuh. ada2 jerlah dia main.

Petang jam 3.30 dpat sms dr hubby suruh siap kuar makan...apa lagi terus jer mandi2 siapkan anak-anak dlam jam 4.30 kuar makan. makan kat restoran anjung depan The Mines. Selalu makan kat situ terutamanya hujung minggu sebab nasi ayamnya sedap. pastu ada juadah petang cam bubur, ada kuih muih, tapai, nasi lemak, roti bakar, tose macam2 adalah. Pas makan bawalah durrani tuh main2 kat taman tasik Cempaka. MMg taman tasik ni tempat istirehat warga Bangi..ramai giler..orang bawa family. ada juga yg main layang-layang. dalam kol 6.30 baru sampai umah.