Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

johnson & johnson untuk dewasa

Selalu pakai losen baby Johnson yang anak punya...
mandian pun kadang-kadang pakai anak punya..yerlah sebab mana ada Johnson untuk dewasa kan.
Tapi aku mmg suka bedak dan losen Johnson rasa lembut jer..dan bau baby.
Dulu masa belajar ..muka mmg penuh jerawat masa tu boleh pakai cuma bedak Johnson jer..yang lain semua tak leh. tapi sampai sekarang ni pun agak-agak nak cepat setakat nak kuar rumah kejap ...sapu bedak johnson jer ke muka senangkan i..hehhehe


tapi sekarang ni dah ada losen untuk dewasa. Wahh lepas ni boleh pakai sendiri punya tak payah amik yang anak punya. Ada tiga jenis....lavender, putih dengan pink..baunya pun sedap terutama yang purpe tuh.


Oh ni antara selebriti yang menjayakan fashion show semalam bersempena pelancaran losen Johnson tuh. Nampak tak ada Scha, Irma Hasmi, Juliana Evens, penyampai TV3 dan ramai lagi.

Ramai sangat tetamu...sesak sangat...aku lepas habis jer function terus beredar tak tahan nak tunggu lama-lama.


Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah untuk Arwah Din Beramboi



KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.


***Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN.


Sekejap jerkan kalau dah sampai ajal memang kita tidak dapat menolak walau barang sesaat pun. Daripada sihat..tiba-tiba sakit dan terus pergi meninggalkan kita. Lepas ni tiada lagi suara ceria bersama Aznil di radio Era.

Anak aku pun suka tengok arwah dalam Afi dan Abah sebagai Pak Rahim juga watak Kicap dalam Tom Tom Bak. Hilang lagi seorang pelawak, juga penghibur berbakat semula jadi.