Thursday, March 29, 2012
gambar kenduri kahwin di kampung
Perkahwinan dua beradik, dua-dua perempuan. Jadi ada dua pelamin dalam rumah.
Selepas dah makan semuanya baru ler bergambar. Bila tgk gambar alahai mengembangnya hehhehe. Perut sama naik dengan badan. Reda jerlah dah mmg begini tiap kali mengandung.
Posisi duduk pula yer...
Adik ipar yang tengah mengandung juga..beza sebulan dari aku. Tapi comel jer badan tak naik.
Tiga sekawan... Fatin, Arina dengan Fahim..peace!!!
bersama kakak-kakak yg rajin melayan. Lisa dan Ira
Fuyooo....
Dua orang ibu mengandung yang perasan comel hehhehhe
Malamnya ada potong kek hari jadi Naqiudin yang ke-6.
Wednesday, January 4, 2012
cerita tahun baru
Ok bergambar dulu yer...Ni malam tahun baru nak tengok bunga api konon-kononnya.
Sorry ya gambar kurang tersusun. Ni persekitaran pool...
Fahim seperti biasalah takut nak mandi. Ehmm tengok kakak mandi jerlah.
Mandi air kat tepi pool jerlah...
Untuk kanak-kanak memang selamat. Sebab ada bahagian yang memang dalam sikit ada yg mmg cetek langsung. Pilih jer yang mana.
Ramai juga kanak-kanak mandi hari tu. Maklumlah cuti.
Senyum jangan tak senyum...
Peace!!!!
Kawasan lobi hotel..

So lepas dah check out terus balik kampung sebab malam ada BBQ. Semua adik beradik balik. Yg happynya budak-budak ler...

Eh..eh..gambar bunga api pulak. Ni masa dekat Dataran Nilai...Ramai orang menunggu bunga api.
Tengoklah ni...masing-masing bawa keluarga. Tepat jam 12 tengah malam meletup-letup ler...bunga api di udara. Sekejap jer....dalam masa 10 minit dah habis..
Friday, February 11, 2011
ada apa dengan kampung
perbualan cucu dan nenek (pic lama masa Durrani umur 3 tahun)Ada rakan sepejabat bertanya ke mana saya bercuti seminggu tahun Baru China baru-baru ini. Saya katanya kepadanya, “balik kampung saja, melawat mak dan ayah di kampung.”
Dia bertanya lagi, “ Balik kampung saja tidak ke mana-mana?”Ya memang begitulah saya dan suami apabila tiba cuti panjang yang biasanya disambung bersama cuti public Holiday selepas berhempas pulas bekerja di pejabat, terpaksa diganti dengan hari sabtu kami jadikan balik kampung sebagai medium untuk merehat juga melepaskan segala tekanan serta bebanan kerja di pejabat.
Biasanya cuti panjang ini dihabiskan di rumah saja, biarkan anak-anak dilayan datuk dan nenek, biarkan mereka merasai suasana kampung melihat kucing berlari, mendengar kicauan burung pada waktu pagi atau bermain tanah dan pasir. Biarkan mereka merasai bedanya dengan suasana bandar yang hanya seminggu sekali saja dapat bermain di taman atau pulang ke kampung di Port Dickson namun masih tidak sama kerana di sana juga sudah tiada datuk dan nenek.
Apabila pulang ke kampung suasana yang sangat saya rindui apabila mak bersedia menyediakan makanan yang pastinya jarang didapati di sini.
“Nak makan pulut durian tak?” tanya mak
sudah tentu saya tidak lepaskannya. Kemudian baki pulut itu dicampur ragi lalu dilipat kemas di dalam daun pisang untuk dijadikan tapai.
“Lagi dua hari boleh makan, sempat lagi sebelum balik KL,” kata mak bereya-eya pada hal dulu dia jarang membuat tapai sendiri.
Kemudian apabila tiba makan tengah hari, dia mencari ulam-ulaman pucuk ubi kayu dan jantung pisang dijadikan hidangan. Kemudian ikan keli yang dibeli di pasar dibakar manakala ikan kayu disumbat dengan sambal nyior kepala. Kecur liur apabila dicicih bersama sambal belacan dan disulam ulam-ulaman yang dikutip di belakang rumah. Lebih enak nasi dimakan bersama hidangan air kepala atau cendol.
Ya semua itu pastinya menjadi kerinduan kuat pada saya tatkala lama tidak menjengah mereka di kampung.
Melihat kudrat abah yang semakin hilang sedikit demi sedikit, namun dia masih kuat walaupun usianya bakal mencecah 80 tahun juga mak yang semakin dimamah usia namun masih kuat ke bendang bercucuk tanam membuatkan saya semakin kerap ingin pulang ke kampung. Kalau boleh setiap bulan atau dua bulan sekali namun kejauhan dan jarak yang memakan masa sehingga 400km serta cuti yang agak terhad, membataskannya. Tambah pula apabila Durrani sudah bersekolah tadika perlu memikirkan waktu persekolahannya pula.
Kata suami, “ pulanglah sementara masih ada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti dia pulang ke kampung sudah kurang bererti kerana tiada apa yang ingin dicari. Mak dan ayah yang sudah tiada menyebabkan kehidupan tidak bermakna.”
Ya saya akur dan bersetuju dengan katanya. Apa lagi yang ingin dicari seorang anak ketika pulang ke kampung melainkan berjumpa dengan orang tuanya. Memang berbeza sekiranya tiada ibu dan bapa seperti mana keluarga suami yang rumahnya sunyi saja yang tinggal hanya adik-beradik. Itu pun mujur setiap minggu mereka berkumpul di kampung disebabkan masing-masing tinggal di kawasan berdekatan. Bayangkan sekiranya jauh...pasti masing-masing membuat hal sendiri.
Wednesday, February 9, 2011
aktiviti CNY moh... ke Zoo kita
Sunday, December 19, 2010
cuti, bonus dan beli rumah...
Dua minggu lepas suami tidak sihat, kerisauan aku juga berganda disebabkan dia sering mengadu badannya banyak angin sehingga muntah-muntah. Puas berubat sama moden atau tradisional. Doctor memberitahu keadaannya sihat cuma mengalami penyakit 'kerisauan' yang terlebih. Seringkali juga dia menyebeut, "abang ni dah nak mati kot,"
aku membalas juga dengan gurauan, "selalunya orang nak mati dia tak akan cakap yang dia nak mati biasanya terus jer meninggal gitu,".
Sekarang setelah bertemu dengan ramai ustaz daripada di Bangi, Kajang, Melaka, Bagan Datuk dan Seremban keadaannya sudah semakin pulih. Semangatnya juga sudah semakin baik, selera makan juga sudah semakin bertambah...Alhamdulillah...
Jadinya keinginan aku untuk menulis di blog juga semakin menurun apabila memikirkan keadaan suami.
Sebab kedua bermula minggu ni aku akan bercuti selama seminggu dan akan kembali bekerja pada 29 Dec ni. Jadinya aku gunakan ruang yang ada untuk menyimpan stock, terutama column sendiri sehinggakan bos berkata, "Ct ...awak nak bagi stock sampai tahun baru ke?" hahhaha aku cuma membalas dengan senyuman. "Tak apa bagi lebih kak, jangan tak cukup nanti pening kepala akak."
Sememangnya sudah terbiasa sebelum bercuti aku pastikan tidak akan menyusahkan kawan-kawan dan juga memudahkan urusan editor memilih story.
Alhamdulillah tahun ini aku dapat bercuti panjang selepas setahun bekerja di Harian Metro..syukur Alhamdulillah kerana akhirnya aku mendapat kerja di tempat lain yang jauh lebih baik persekitaran sama ada suasana bekerja, bos mahupun gaji. Dan setahun ini banyak pengalaman yang aku kutip, pengalaman yang bertambah apabila bertemu ramai golongan manusia daripaya yang kaya dan mewah sehinggalah tinggal di bawah jambatan juga menjadi pelacur di lorong gelap. Semuanya memberikan kesedaran dan keinsafan untuk terus mensyukuri nikmat Tuhan.
Tahun ini juga aku bakal merasai bonus pertama setelah hampir lebih 5 tahun rasanya tidak pernah merasai bonus. (sepanjang 10 tahun bekerja pernah mendapat bonus hanya sekali). Itu sudah rezeki dan bersyukur juga dengan bonus itu.
Alhamdulillah sekali lagi...dan diakhiri dengan berita gembira apabila telah berjaya mencari rumah untuk dijadikan aset...ya membeli rumah setakat kemampuan saja, untuk disewakan dan bukan tempat tinggal sendiri.
Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk pengakhiran tahun 2010 dan kedatangan 2011 semoga memberi lebih sinar sama ada dalam kerjaya mahu pun keluarga. AMIN.
p/s: petang ni mahu pulang ke kampung di Perak, cadangnya mahu ke Penang, ada Pesta Pulau Pinang di sana dan kalau sempat mahu ke Sungai Petani Kedah.
Thursday, August 5, 2010
mau bercuti esok...
perasaan gembira tak terkata...
nak pergi kerja pun semangat alahai lebihnya..
sebabnya nak cuti esok..yahoo terima kasih bosku...
nak pulang ke kampung tercinta nun jauh di utara..
Walaupun cuti cuma Jumaat dan Isnin dan tak sempat pun nak berpuasa di kampung tapi tak perlah..nak ambik cuti lebih-lebih pun kerja sangatlah banyak. Pulun..pulun..pulun sebelum raya ni. Chayok..chayok...
Wednesday, June 16, 2010
semuanya sudah selesai...
Thursday, June 10, 2010
Al-Fatihah
Daripada tanah kita datang dan kepada tanah juga kita kembali,
Usah menangisi pada sebuah kematian,
Sebaliknya sedekahkan Al-Fatihah serta bacaan Yasin,
Kerana hanya doa serta amalan anak-anak yang soleh akan mengiringi si mati sehingga hari kiamat.
Al-Fatihah kepada Allahyarham atok kerana kerana sudah kembali ke rahmatullah pada 9 Jun jam 12 tengah hari pada usia 96 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. AMin...amin..amin ya rabbala'lamin.
Monday, June 7, 2010
bestnya kalau dapat cuti...
Ingatkan nak cuti hari ni ."bos boleh tak saya cuti hari ni,???
Oh tak boleh sebabnya ada asgment kat Shah Alam pagi ni mana boleh cuti.
Tak perlah bekerja walaupun badan tengah lemau dan lesu.
lesu ....sebabnya semalam hantar adik ipar bernikah kemudian kenduri kat Kuala Pilah,
Penat sebabnya..cuaca sangat panas ok...berpeluh-peluh...
dengan anak-anak yg ke hulur-ke hilir di tengah khemah orang kahwin dan aku terpaksa mengejar dia orang dengan berbaju kurung ayu dan berkasut tumit tinggi...bayangkan!!!!
akhirnya aku bawa dua orang tentera tu masuk kereta..menikmati kesejukan air cond..tak sampai setengah jam.," mama..mama jom keluar,"
lepas dah habis majlis jam 2 lebih baru bertolak...hubby pulak mengantuk sangat..drive pun dah terhoyong-hayang. Jadinya aku ganti drive sampailah ke Ulu Bendul..
Sampai sana anak-anak tengok taman permainan dan menggelabah dah tak senang duduk...terus main..lama juga berhenti situ..penat lagi sekali di situ (tapi dua orang tentera tu tidak tahu penat. Asyik main..main..dan main)
jam 5 petang baru sampai rumah (kampung),
balik rumah tolong dia orang kemas rumah, buat apa yang patut
Malam jam 11 baru bertolak balik Bangi dan sampai Bangi 12 lebih..
Ingatkan malam nak uruskan apa yang patut
dengan baju bertimbun tak berlipat ..baju satu beg tak berbasuh (kat kg Fahim asyik tukar baju jer main air)
yer ada sesiapa nak ambil upah melipat baju saya???
Pagi ni kononnya nak bangun awal ler...
Yer jam 5 pagi dah terjaga..
Ingatnya nak lipat baju dan kemas baju anak-anak untuk bawa kat rumah baby sitter
Tapi mata memang susah nak buka dan dumm!!!!...tidur balik.
Bila celik jer mata tengok jam dah pukul 6 terus jer bangun
kumpul baju kotor hari Ahad yang tak berbasuh dari kampung,
masuk dalam washer machine,
solat dulu...
lepas tu lipat baju anak-anak yang nak dibawa ke rumah baby sitter untuk seminggu,
lepas dah siap kemas baju, iron baju hubby dengan baju sendiri untuk kerja..
oh sudah siap...sapu sampah pulak....Sabtu lepas balik kg tanpa sempat megemas rumah (dh jd tongkang pecah dah).
Ohh jam 7 selesai sudah....
Tapi ada 2 beg baju yang masih kat ruang tamu..malas benor nak angkat..
baju-baju dalam tu biarkan dulu...sabtu depan mahu balik kg lagi kenduri sebelah lelaki pula.
2 minggu yg sangat meletihkan...adakah perlu bercuti Isnin depan???
tapi aku belum ada cuti lagi...kalau nak cuti terpaksalah bekerja pada Sabtu..
ohhh nanti akan difikirkan kemudian.
Malasnya nak pergi kerja..
Bestnya kalau dapat sambung tidur..
bestnya kalau dapat bermalas-malasan lagi ...
Bestnya kalau dapat buat massage...
bestnya..
bestnya...
bestnya...
ohh realitinya...tidak sebest itu..
go..go..go..kena kerja ..kena kerja..
semangat-semangat..semangat...
p/s: saya yang monday blues...
Saturday, May 29, 2010
jom balik kampung...
Semua baju dah masuk dalam beg, susu, ubat batuk, ubat demam, ubat lelah semua dah ada,
wah macam nak balik lama jer..pada hal Ahad malam dah balik sini balik,
gitu ler orang perempuan kalau boleh semua benda nak dibawa balik..
Balik sehari dua penuh bonet kereta..
hehehhe rasa tak lengkap kalau tak banyak barang
Ohh gambar kat atas tu anak teruna yg pantang tengok lesung batu
dia pun nak menumbuk sama,
lepas tu dia kata, "mama..mama edihlah," sambil gosok mata.
mmg lah pedih kalau dah tumbuk bawangkan..
ingatkan dah serik, tapi tetap nak tumbuk lagi..
Sunday, May 23, 2010
ayam dah tiada..
Mula-mula bela dulu (bukan aku bela mak aku bela kat kg), kecil jer..lepas tu balik kg lagi sekali terus jadi besar gini. Ni ayam Turki jantan sebab tu mengembang cantik kalau betina tak cantik begini, comot jer.
Peramah sangat ayam ni kalau balik kampung mesti dia akan kejar..ala-ala kejar manja sambil menyondolkan paruh dia tuh. Memang ler takut dan mestinya kita akan lari..tapi lagi kita lari lagi ler dia akan kejar. kalau tak nak kena kejar ambil batang kayu atau apa-apa jer yang ada di tangan dan halau dia.
Dulu ada 3 ekor tapi sekor dah selamat dimakan, masa kenduri mak dan ayah aku nak pergi umrah dulu. Dan masa balik kg hari tu ada 2 ekor campur 2 ekor anaknya yg masih kecil.
Tapi semalam masa sembang-sembang dengan mak yang datang KL sebab nak hantar anak buah ke UM, mak kata semua ayam dah tak ada...ala sedihnya...
"Nape mak, dah sembelih ker?" tanya aku.
"Bukan sembelih tapi ada binatang makan?, tak tahu binatang apa...tapi malam tu abah dengar macam anjing." kata mak.
Oh anjing? anjing mana pulak samapi boleh makan dua ekor sekali. Bukannya kecil besar ayam tu. Mak kata habis bersepah bulu ayam di sana-sini. Agaknya anjing liar yang berkeliaran kot...Tapi memang jarang anjing masuk sampai ke rumah. Jadi masih tertanya-tanya sama ada betul atau tidak anjing yang makan entah-entah binatang lain. Kalau binatang lain..apa..ular sawo???? huhuhu..mau badan ular tu jadi macam gajah.
Tertanya-tanya di situ...
p/s: nasib baik ada lg 2 ekor anak ayam yg boleh dijaga oleh mak.
Wednesday, April 7, 2010
buat ABC
Tuesday, April 6, 2010
lauk kenduri
pagi tadi disebabkan nak confirm yang betul2 campak bawalah dia pegi klinik. Doc kata bukan campak...dan dia nak refer pd pakar maklumlah skang ni macam2 penyakitkan dengan denggilah HINI lah jadi bawalah jumpa pakar kanak-kanak dr Nazim kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Doc Nazim kata bkn campak..maybe sebab virus menyebabkan badan naik ruam. Masa amik suhu badan Fahim dh tak demam dah cuma kena monitor kat rumah jer.
Doc kata kalau denggi dia tak akan ada simpton batuk dan selalunya akan demam dan suhu badan yg tinggi.
Ok sebenarnya nak cerita pasal kenduri kat kampung minggu lepas.
kenduri ni doa selamat jer sebab mak ngan ayah nak buat umrah 10 April ni. Jadi kenduri kecil-kecilan sahaja. Jadi ada bacaan Yasin kemudian baru ler makan..ni antara juadah kat bawah ni.












