Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

tabiat org kita ketika memandu

Kali ni nak bercerita pula mengenai sikap pemandu-pemandu di Kuala Lumpur ni. Boleh dikatakan setiap hari dalam masa bekerja lapan jam tiga atau empat jam adalah waktu di jalan raya mungkin hanya dua atau tiga hari saja di pejabat.
Jadinya memang terpaksa menghadapi kerenah pemandu yang kadangkala menyakitkan kepala dan menyesakkan fikiran. Tambah-tambah kalau terpaksa memasuki pusat bandar Kuala Lumpur pada waktu prime time misalnya tengah hari atau selepas tamat waktu kerja yang kesesakannya berkali ganda. Maka terpaksanya menghadapi kerenah pemandu lain yang ingin cepat.
Antara sifat pemandu-pemandu di jalan raya yang aku perhatikan  ialah:

1. Suka memotong untuk masuk ke lane kiri atau kanan
- Ok ini perkara biasa kalau memandu di KL. Tambah pula bagi yang berkereta mewah memang sentiasa ingin cepat. Aku tak kisah kalau nak memotong  terutama jalan raya membabitkan hway tapi bagi signal dulu boleh. Ada sesetengah kereta tu suka masuk tanpa memberi signal. Hello!!!! dia ingat kereta lain tahu ke niat di anak bertukar lane.

2. Memotong ketika jam.
- Ini paling aku stress. Sudahlah jalan jam tapi dia nak juga masuk. Hey...kalut-kalut nak pi mana? kata org Penang. Macam lah dia boleh sampai awal drp org lain. Biasanya kalau dah kereta tu nak masuk sangat aku akan membenarkan saja. Ada pula sesetengah org lagi kereta nak masuk lagi dia menghimpit ke depan supaya kereta lain tak dapat mencelah. Itu tabiat orang kita. Bagi aku senang saja...kalau hari ni kita membenarkan kereta lain masuk, esok-esok kalau kita pula nak mencelah dengan senang jer akan dapat. Percaya!!!! what u give u get back...

3. Menyondol atau mencucuk supaya kereta di hadapan menambah kelajuan.
Cucuk jangan tak cucuk. Yang ni biasa dilakukan di hway. AKu paling tak suka dan marah kalau kereta yang mencucuk tu berada di lane kiri. Kot yer pun nak laju pergilah ke lane kanan kan? Buat apa ko masuk juga ke lane paling slow. Lainlah kalau dia berada di lane kanan dan bawa slow. Lagi satu kepada pemandu-pemandu ni kalau dah berada di lane kanan tolonglah bawa laju (kalau kat hway ler) ikut pemanduan sebenar. 100-110 km/j ini tidak bawa 80km/j manalah tak mengganggu pemandu lain. Kalau agak-agak nak bawa slow sila ke lane tengah atau kiri ya.

4. Tiba di lorong touch & Go, baki kurang pula. 
Stress mak nyah!!!! mak tidaknya kereta lain dah bersusun di belakang tapi disebabkan kau sorang habis kereta lain terpaksa menunggu lama. Kot yer pun semaklah baki dulu berapa dalam T&G tu jangan main masuk jer. Takkan tak boleh agak kalau rasa2 tak cukup jangan masuk, pergi di lorong bayaran tunai. Yang ni memang aku selalu kena.

5.  Memandu sambil ber SMS atau menggunakan telefon.
Ini mmg tabiat org kita ketika memandu. Aku pun pernah buat juga tapi bila jam jerlah...kalau jalan clear tak boleh bahaya. Tapi ada sesetengah org yang menggunakan telefon sambil memandu dan berada di lane kanan. Memang membahayakan sebaiknya berhenti dulu  atau menggunakan handfree.

6. Kalau excident atau ada polis trafik mulalah jam.
Kadang-kadang excident dah tak ada pun ...hanya kesan kereta saja. Tapi masih lagi org memperlahankan kenderaan. Bila ada orang kena saman di kiri jalan juga akan menyebabkan jam sebabnya org Malaysia ni prihatin sibuk nak tengok apa yang berlaku.

7. Buang sampah keluar tingkap.
Kalau boleh elakkan lah yer. Tak manis dipandang orang belakang cewahh. Kot yer pun simpanlah sampah tu dlm kereta dulu ni tidak air kotak ker, plastik ke, kotak rokok, puntung rokok, kertas ke elok jer ko campak keluar tingkap. Bukan susah pun nanti jumpa bakul sampah buang jerlah kan. Iskkk..tak faham..tak faham.


8. Tak bagi signal bila nak membelok.
Ini antara penyebab kemalangan kecil di jalan raya. Tak kiralah kau masuk kiri atau kanan dibelakang atau dihadapan ada kereta atau tidak silalah nyalakan signal. Jadikan itu satu kebiasaan. Kereta kita bukan boleh bercakap jadi signal itulah cara berkomunikasi dengan kereta yang lain.

9. Nyalakan lampu bila hujan atau hari gelap.
Tolonglah..tolong nyalakan lampu bila hari hujan. Tak kiralah hujan lebat atau tidak. Bukankah untuk keselamatan. Lagi satu kalau agak-agak dah pukul 7 tu hari dah gelap silalah nyalakan lampu  tak kisah waktu pagi atau malam.

10. Pasangan kekasih sedang bercinta atau bergaduh memandu.
Korang pernah tak berhadapan dengan pemandu pasangan kekasih kot yg bawa slow jer..pastu ke kiri dan kanan keretanya. Atau kereta yg di dalamnya ada pasangan yg tengah bergaduh. AKu pernah berhadapan dengan satu kereta ni di mana perempuan tu dah buka pintu kereta nak turun konon2 nak bunuh diri. Nasib baik lelaki tu sempat pegang dan terus mereka berhenti tepi jalan.
Aduh...stress aku masa tu mana tahu masa dia turun kita pergi langgar dia. Tak ke haru..kot yer pun janganlah menyusahkan org lain. Fikir dulu sebelum buat ya.

Aku rasa inilah saja antara tabiat pemandu-pemandu di Kuala Lumpur. Korang pernah kena benda yang sama tak??






Tuesday, November 2, 2010

Aku tidak mahu Kad Kredit. Titik.


Semalam bila balik rumah rasa 'membara' jer bila dapat surat ni.
penyata kredit kad Maybank Islamic yang meminta aku membayar RM60.
Yang pelik bin ajaibnya aku memang tidak pernah mendaftar atau tandatangan mana-mana persetujuan untuk memiliki kredit kad.
Dan pelik bin ajaib lagi kredit kad itu juga tidak sampai ke tangan aku, macam mana pula aku perlu membayar RM60 sedangkan kredit kad itu tidak ada.
Kenapa pula Mayban nak trick pelanggannya begini???
Ya memang 2 bulan lalu aku pernah menerima panggilan drp Maybank mengenai tawaran kredit kad ini dan aku nyatakan dalam ayat paling sopan dan penuh berhemah yang aku tidak mahu menerimanya tatkala dia memberitahu ingin menghantar kredit kad itu kepadaku. Titik.
Dan sekarang..tidakkah ini menyusahkan aku kerana terpaksa pergi ke Maybank, menjalani urusan di kaunter kemudian terpaksa pula membuat proses pembatalan dan silap2 terpaksa membayar RM60 itu.
Sebagai pelanggan mana boleh senang-senang berikan kad kredit tanpa meminta persetujuan pelanggan tanpa menandatangani surat perjanjian atau apa-apa saja sewaktu dengannya dengan alasan, "Kami berikan kad kredit ini secara automatik sekiranya puan tidak mahu puan boleh pergi ke bank berdekatan untuk menutupnya,". Ingat aku ni banyak masa free ke nak ke bank dan sesuka hati saja aku perlu membayar RM60 kepada bank, bayangkan sekiranya 1000 pelanggan, atau 10 ribu pelanggan berapa keuntungan diperoleh drp situ saja.
Bayangkan sekiranya kad kredit itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sesuka hati menggunakannya tanpa pengetahuan aku. Memang bodoh!!!!!!
p/s: Pernah memiliki 2 kad kredit. yang pertama ditutup selepas menggunakannya selama 6 tahun dan yang kedua baru saja ditutup selepas setia menggunakannya selama 9 tahun. Tidak tahan dengan interestnya yang banyak juga sukar mengawal diri untuk membeli-belah waima duit tiada di tangan tetapi masih mampu bershopping dengan mewah. Sekarang FREE tanpa kredit kad. Walaupun ada yang cuba menyogok, "Ehhh...mana boleh tak ada kredit kad kena ada satu incase imergency macam mana? memang ada terfikir untuk mengambil at least satu kad kredit, tetapi apabila merasakan kehidupan yang selesa tanpa kredit kad, terlepas drp bebanan hutang setiap bulan selama bertahun-tahun alangkah bahagianya.

Monday, July 26, 2010

share pengalaman pilih tadika anak..

Sabtu lepas aku menghadiri konvensyen Pusat Jagaan Kanak-kanak, Tadika dan Taska untuk negeri Selangor. Ramai tetamu yang datang hampir memenuhi kerusi dewan dalam bangunan SUK tuh kebanyakannya mereka ni pengusaha Taska dan Tadika di Selangor.
Antara yang dibincangkan adalah cabaran pusat jagaan kanak-kanak, Tadika dan Taska pd masa hadapan. Yerlah sekarang ni pun dah nampakkan peranan penting pusat jagaan kanak-kanak ni kerana ibu bapa menyerahkan tjawab menjaga anak-anak kepada pusat jagaan dan juga taska ni sepenuhnya. Hantar pagi balik dah senja... ada yang sampai malam. Jadi anak-anak mmg lebih lama di taska atau pusat jagaan kanak-kanak berbanding dengan ibu bapa sendiri di rumah. Jadi peranan mereka sangatlah penting.

Sempatlah juga berbual dengan beberapa pengusaha pusat jagaan kanak-kanak dan juga tadika. Wah banyak masalah dia orang ni kan. Ingatkan senang nak buka Taska ni dan beri keuntungan banyak. Rupanya tak. Banyak karenah birokrasi yang terpaksa di hadapi termasuk juga ibu bapa yg terlalu menaruh high expetation pd anak-anak dgn harapan bila dah hantar tadika anak akan pandai, dibandingkan bayaran yg tidak seberapa. Itu mmglah tidak dinafikan sebabnya perkhidmatan berbayarkan mestilah ibu bapa mengharapkan anak akan pandai apabila hantar Tadika.

Bayaran untuk anak juga menjadi masalah, menurut dia orang ni sekarang harga untuk pusat jagaan kanak-kanak dan taska untuk seorang baby perlu distandartkan menjadi RM300.
kalau tak salah sekarang ni baru RM250 kan untuk baby. Bayangkan mgkin tahun depan bg yang ada 2 anak di bawah 4 tahun kos menghantar 2 anak di taska ialah RM600 kalau 3 anak mahunya RM800 (sebab nak kena hantar anak yang transit).

Pilihan lain kena amik maid..tapi aku mmg tak prefer maid walaupun bayaran lagi murah baru RM450 kan untuk jaga 2 atau 3 anak malah 4 anak pun bayar macam tu juga kalau yg baik hati tu naikkan lah menjadi RM500-600. tapi still lagi rendah drp hantar kat Taska dan maid boleh buat kerja rumah sekali. Namun banyak juga masalah amik maid ni, maid lari pastu kena ambil lagi bayar lain lagi dah ler bayaran nak amik maid mencecah RM6000. yang paling tak tahan bila maid dera anak atau bg makan yang bukan-bukan. Nauzubillah..biarlah hantar anak kat taska atau rumah pengasuh pun yg penting terjamin jagaannya.

Tidak dinafikan dengan perubahan masa dan teknologi industri menjaga kanak-kanak ni semakin berkembang. Maklumlah semua ibu-ibu bekerja, terpaksa menghantar anak untuk dijaga di rumah pengasuh dan taska. Mana tahukan...lama-lama pengasuh akan dinaiktaraf sebagai cikgu, yerlah tugasnya selain jaga anak kena ajar anak juga di taska.

Sempatlah juga aku tengok2, tanya2kan tadika yang ada di Bangi sebab tahun depan nak hantar Durrani tadika. yang penting kena pilih yang berdaftar sebabnya ada juga tadika yang tidak berdaftar...kena tgk surat drp PBT dulu sebelum nak check yang lain.
Sekarang masih survey dulu mana tadika yang sesuai..kat Bangi ni ada Tadika ABIM, Smart Reader, KUMON pun ada, lain-lain tu tadika biasa lah..tapi tadika biasa pun belum survey lagi macam mana pengajarannya. Tapi normaly sama jer kot eehhh??

Bagi yang dah ada pengalaman hantar anak Tadika boleh share tak...tadika macam mana yang menjadi pilihan korang serta bayarannya? bayaran berbezakan ikut Tadika?
pengalaman uols ni bolehlah aku gunakan untuk pilih tadika Durrani nanti..sekarang dah sepatutnya nak daftar takut penuh pulak nanti.

Saturday, July 17, 2010

naik..naik..naik...

Rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran. “Sebagai contoh, gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46.
- ehh naper pulak nak compare dgn negara Thailand, Indonesia Filipina... kenapa tak compare dengan negara maju yang lain cth macam Jepun, Korea, negara Eropah kata nak menghala ke negara maju. habis kalau compare dengan Indonesia nak ke jadi macam negara dia yang kacau bilau tuh, tak pernah aman rakyat sendiri mencari nafkah di negara lain, merempat di sini. Thailand pula dengan tak sudah-sudah dengan pertumpahan darah sesama sendiri. Takkan kita Malaysia nak jadi macam tu kot.Fikir ler ooiii....

Penyelarasan subsidi gula pula dapat menangani masalah penyakit kencing manis yang menunjukkan trend berbahaya di negara ini.pada masa ini, 1.4 juta rakyat negara ini mengalami penyakit berkenaan yang memerlukan usaha bagi menanganinya.

- sebahagian daripada ucapan PM ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara di Kuantan pada hari ini


1. Tolong jangan buat perbandingan harga minyak dengan negara lain. kalau terpaksa bandingkan juga, bandingkan sekali Cost Of Living, Bandingkan sekali average GAJI yang diterima penduduk di sini. Rata-rata masih menerima gaji RM1000-1,500. Malah company lama tempat aku bekerja masih memberi gaji RM1300- 1500 untuk degree dan tak akan naik sehingga 3 tahun bekerja. Malah bekerja sehingga 10 tahun gaji belum tentu mencecah RM2500. Bayangkan??? sedangkan dalam masa itu sudah berapa kali harga minyak naik? dan brg keperluan lain.

mungkin juga ada yang sudah berkahwin, sudah ada anak bayangkan berapa pertambahan cost untuk kehidupan. Bayangkan bagi rakyat miskin atau berpendapatan sederhana dengan gaji rm1000 sebulan, memiliki anak 2 atau 3 cukup ker? mereka terpaksa mencari pendapatan tambahan dengan berniaga atau membawa teksi..atau ada juga mencari pendapatan dengan merompak, menyamun dan mencuri???? disebabkan tekanan hidup. Tidak mustahil pertambahan masalah sosial, rompak, ugut, bunuh, samun disebabkan kos hidup yg semakin meningkat.

2. Petrol ni bahan asas penting. naik petrol, naik la kos transport. naik kos transport, naik la kos barang mentah dikedai. Jadi siapa yang akhirnya terpaksa menanggung kos rakyat juga.Bayangkan minyak baru naik 5 sen tapi harga ayam dah naik 20sen, teh tarik naik 10 sen, tak termasuk barang-barang lain.

3. Betul dan setuju naik utk kemajuan, tetapi kena harus rakyat yang harus menanggung beban. Bukankah kerajaan boleh mencari kos menerusi pembangunan. Lihat masa zaman Mahathir berapa banyak pembangunan dilakukan contohnya KLCC, Putrajaya, Litar sepang semuanya itu memberikan keuntungan pada jangka masa panjang. tetapi pada zaman sekarang apakah pembangunan dilakukan pemerintah untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Memang Tun terpaksa berhutang tetapi dia mampu membayar kembali hutang menerusi keuntungan drp pembangunan yg telah dijalankan. Bukankah itu PM yg bijak????

4. alasan yang biasa diberikan utk sejukkan hati rakyat ialah 'kami akan pastikan harga barang lain tidak akan naik'. sejauh mana janji ini ditepati ?betul ke?? aahhh tipulah semua tu lihat masa kekurangan gula apa menteri mampu buat..harga ayam naik..apa yang menteri buat???aaihhh..muak betul dengan semua alasan itu.

5. kalau ini salah satu langkah untuk mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, sediakan penganggkutan awam yg effisen terlebih dahulu. rakyat akan guna pengangkutan awam kalau sistem pengangkutan awam itu sendiri effisen. Ini nak pergi ke sesuatu tempat menggunakan LRT bukan semua tempat menyediakan kemudahan ini. Aku rasa rakyat lagi bijak bagaimana untuk berjimat.

6. Aku rasa rakyat tak mahu tahu apa masalah kerajaan...yang penting kehidupan selesa. tidak terbeban dengan harga barang yang mahal. paling penting jangan naikkan harga minyak.
Patutnya..kurangnya elaun PM, elaun menteri, elaun yang tidak sepatutnya..boleh ker???

p/s: apabila perbelanjaan tidak selaras dengan pendapatan, malah perbelanjaan melebihi pendapatan?? macam mana tu?

Thursday, June 18, 2009

cuti atau bekerja??

Banyak betul dugaan minggu ni. Ini cerita semalam...

Semalam aku ada shooting pengantin pagi dan petang, hai..selagi tak habis shooting ni mmg tak senang aku (hahhaha dah nak termuntah aku tengok baju pengantin hari-hari).
Yang menjadi masalahnya, balik jer dr rumah baby sitter petang sebelumnya, aku rasa badan Fahim panas balik,
begitu juga dgn batuk dia makin menjadi-jadi, nafas pun dah lain macam, macam nak kena lelah. kata baby sitter dia tak nak makan ubat, bila makan dia luahkan balik. Patutlah badan dia panas balik.
malam tu fikiran aku runsing, nak kerja ke cuti????...kalau aku tak ada shooting esok paginya mmg aku dah ambil EL dah. Mula2 ingat nak cansel jer ttp memikirkan model aku ambil cuti, sian pulak, takkan nak cansel lagi pun susah nak deal balik, kalau aku tak suka cansel job last minit dia orang pun sama jugakan???

Jadi untuk kebaikan dan profesionalisme kerja aku teruskan shooting pagi dan petang tu aku cuba nak bincang dgn Vee dulu mana tahu dia boleh membantu. Sebab petang tu mmg kena balik awal, fahim dah gitu, sian pulak kat baby sitter nak jaga anak.
Aku pun call Vee make up artis dan cerita kat dia betul-betul masalah aku, "ala proceed jerlah kak, lagi pun Vee kan ada. vee tahu macam mana nak shoot semua tuh. akak nak balik pun tak per,"

Aduhhh...Lega bila aku dgr gitu, jadi shooting pagi dan petang aku proceed mengikut perancangan.
Hubby aku dah masam muka dah, kalau boleh mmg dia nak aku cuti,
memanglah saper yg tak kasihan kalau anak demam dan sanggup biarkan dia dijaga org lain.
selalunya kalau tak ada benda urgent mmg aku ambil EL jer.
Ttp kali ni mmg tak boleh nak EL sebab semua benda tu aku dah plan dan membabitkan 3 pihak, butik, model dan make up artis. Lagipun aku fikir aku letak fahim kejap jer petang karang aku ambillah dia. nasib baik company aku ok, tak kisah nak balik awal atau apa, nak cuti kalau masalah anak sakit ni mmg senang sangat. as long as ko pandai-pandai ler siapkan keje ko, ko nak cuti tak ada org kisah.

begitulah kerja di bidang penerbitan ni, memang seringkali berurusan dengan orang dan mengikut deadlina. jadi apabila apa yg kita rancang tiba-tiba kena cansel atau tak jadi mmg ler agak menggelabah di situ, sebabnya kita terpaksa membuat plan yang baru dan mengikut time orang itu.mahunya orang itu bulan depan baru free dan deadline sudah hampir, dan by hook or by crook kena dapatkan juga bagaimana???
sebab itulah seboleh-bolehnya cansel atau posponed asgn pada saat-saat akhir amatlah tidak disukai dan sebolehnya dielakkan melainkan masalah yang betul-betul urgent sahaja membabitkan kemalangan atau kematian. Itulah susahnya nak memahamkan orang, waima hubby sendiri, kadang kala terpacul juga drp mulut dia "kerja keras sangat anak demam pun tak nak cuti"

bukan masalah tak nak cuti, kalau setakat kerja di pejabat sahaja tak membabitkan org lain di luar pejabat mmg boleh bercuti, ttp apabila membabitkan ramai pihak, memanglah sukar untuk membatalkannya. Ttp ntah lerr..tak ramai yang faham ....

Tuesday, June 16, 2009

waduh-waduh panasnya .

Waduh..waduh panas betul kat luar sana tu. Ohhh..ini entry betul-betul aku tulis kat office tau yg selalu tu AUTO PUBLISH sajork..jd kpd sesiapa yang kata, 'aku tak der keje boleh update blog sampai 2,3 entry sehari, sebenarnya aku buat auto publish malam-malam tulis dua, atau 3 entry (kalau tk penat ler) kemudian auto publish jerlah nak pukul berapa. Apa ingt kat opis aku tak bz ker?? boleh buka blog memanjang. Bz weehhh ...bz tahap gaban dan cipan nie ahaks....ini pun ambil masa lunch sebab aku tak kuar lunch sudah membeli cendol dgn rojak dekat mamak Van tu (benie kalau aku letak gambo mesti ko terliur.. ko kan ngidam hehheheh).

Ohh apa aku buat hari ni, sebenarnya aku baru balik dr One Utama, jumpa dgn Sari Yanti, pelakon Kaisara tu. Ambil gambar kahwin dia sebab nak buat projek dgn artis-artis yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan ni. Jadinya ramai ler artis yang dah kahwin aku kena jumpa. Ini kira baru permulaan dan Sari adalah artis pertama yang aku jumpa. cadangnya mahu bertemu di dalam One Utama jam 1, bolehlah lunch dgn dia, tetapi Sari ada hal pulak, terpaksalah memilih gambar dan tranfer ke labtop aku di dalam kereta dia sahaja. Mudah dan cepat sebabnya semua gambar yang aku nak Sari dah pilih. Dia tahu apa yang aku nak. bagus-bagus menyenangkan kerja aku.

Aku pernah dua kali buat cover dengan Sari, senang bekerja sama dgn dia tak banyak songeh orangnya baik dan lemah lembut. Educated dan sgt low profile.
sempatlah aku tanya, "bila nak ada baby?", katanya belum ada rezeki lagi. Dia pun tak plan apa-apa.
Oh aku kata, "tak per insyaallah ada ler tu nanti"

sebenarnya nak jumpa Liza Gua.com, di sana ttp disebabkan kepala tengah pening sebab panas aku malas bebenolah nak masuk 1 utama tambah dah jam 1 lebih mahunya bercinta cari parking. sebab itu aku balik terus ke opis tanpa jumpa dia..."sorry ekkk Liza sebab kak ct tengok kereta tak henti2 masuk parking. Kalau akak masuk mahunya 1,2 jam cari parking, lain kali kita jumpa ekkk,"

lepas geram

kalau korang jadi aku marah tak bila ada orang mungkir janji dgn sebab yang tidak munasabah??
alkisahnya semalam aku ada shooting pengantin bertudung, spt biasa dua hari sebelum tuh maksudnya jumaat ler aku dah remind dgn semua model, make up artist dgn butik andaman. jadi aku rasa semuanya dah ok. dan selalunya pagi-pagi sebelum shoot dalam jam 7 pagi gitu aku akan sms lagi bg tau shoot sekian-sekian kat sini.
Ada yg balas ada juga yg tak balas, ttp oklah sebab aku dh biasa keadaan gitu, yg tk balas tu maybe tak der kredit ker atau mmg dah tahu.

Tup..tup..tup..dah dekat nak sampai office aku dpt sms drp butik ni, "saya dah dekat seremban ni, sorrylah sebab semalam saya tunggu ct ttp tak der sms pun jadi saya ingat cansel lah shooting ni,"
Bila aku baca jer terus jer darah naik kat kepala, terus jer stop kereta dan call dia, masa ni model tengah make up sebab dorang selalu dtg 1 jam awal, jadi aku minta make up dulu.

"Saya kan dah confirm minggu lepas maknanya jadilah. selagi saya tak call kata cansel, maknanya jadilah shooting tuh. model tgh make up tu. sekarang mcm mana ni? " tanya aku, dgn lembut jer..ttp dlm hati Tuhan jer yg tahu.

"Saya dah dekat seremban ni ada client suruh tgk bilik, rumah semua. mmg dh tak dapat ke sana. lagipun selalunya reporter akan msg saya bg tau confirm," dia masih dok ulang benda sama.

"habis kalau was-was naper Z tak msg atau called saya?" tanya aku nada dah tinggi sikit dah.

"saya msg semalam, ttp ct tak balas," dah nampak dia nak kelentong aku dah ni.

"mmg saya tak dapat, semalam hp saya on 24 jam, tak per lah kalau gitu, kita cansel jerlah. ok bye," aku terus letak hp lepas ni jgn harap ler aku nak buat lg dengan butik ni. BLACK LIST sebab alasan tidak munasabah dan tidak boleh dipakai.

aku pun terus jer mengatur plan B, call kak Zai kat Cheras sepatutnya shooting dia hari rabu, dia pun minta posponed jadi aku pujuk dia datang gantikan tmpt Z. Pung pang..pung pang...gelak-gelak..pujuk2 rayu..merayu akhirnya kak zai ni nak juga. Aduhhh lepas satu masalah. Lega...

Ttp disebabkan last minit..drp shooting sepatutnya jam 11 pagi terlajak ke 3 petang. yang kasihan model aku ler drp 9.30 pagi menunggu sampailah 6 petang baru solesai. Nasib baik model tak banyak songeh...tunggu jer walaupun keje dia sebelah ptg kena cansel. nak buat macam mana...bila satu dah cansel habis semua plan tak jadi. Nasib baik model ni profesional...tak merungut pun senyum jer..

DAN Nasib baik ler Kak Zai dapat membantu kalau tak susah aku nak kena cari date lain, masalahnya studio dah full kan, mahunyer Julai baru dapat shoot balik.
Inilah antara baju drp butik kak Zai, antara 4 baju aku suka yg putih ni untuk majlis nikah. sebenarnya aku kenal kak zai masa kerja kat office lama, dia grafik artist kemudian berhenti kerja buat bisnes andaman.

Aku sebenarnya tak kisah kalau nak cansel atau posponed ttp bg tahulah awal, kalau nak jumpa client besar ke apa ke, bg tahu awal senang aku nak buat plan B, jgn ler menipu macamlah aku tak leh tahu antara menipu dgn tidak, logik atau tidak. So selalunya kalau yang suka 'kencing' (bahasa media kencing bermaksud tipu), tak kiralah make up artist, model, artist atau saper2 jer yg bekerjasama dgn reporter tu kita org akan black list ler nama. So nak masuk majalah dlm company tu susah ler...tunggu ler sampai tempoh berpantang selesai. Atau kalau ko muka tak malu nak merayu-rayu..itu akan dipertimbangkan kemudian. Contoh artis yg kena ban ngan media ni Natasha Hudson, Fasha Sandha ada lg ttp aku tk ingat...sampai sekarang ko tak kuar surat khabar dan majalah...pengajaran supaya artis ni berubah sikap.

Tuesday, June 9, 2009

kerja oh kerja

Hari ni memulakan tugasan selepas 4 hari bercuti. Mood bekerja juga masih belum 'mari' masih menyembunyikan diri. Mood oohh mood cepatlah kau datang mood oiii..
Masuk jer bilik tengok bahan-bahan atas meja, pandang komputer, pandang kiri, pandang kanan, (komputer pun dah berhabuk baru jer ditinggalkan tuannya 4 hari). aduh!!! banyaknyer keje yang perlu diselesaikan minggu ini. Hari ni pula dah start shooting pengantin bertudung untuk buku Pengantin Bertudung. Start hari nie sampai Jumaat dan bersambung ke minggu hadapan.

Selepas itu mencari bahan untuk buku-buku seterusnya. Makk aiii..banyak juga yer kerja yang perlu diselesaikan. Ingatkan boleh rileks...hahhahha..dah namanya pun bekerjakan mana boleh rileks. Harap-harap semuanya berjalan mengikut ontime lah yer. sebab sekarang ni kejapnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk Jun, lepas tu Julai, masuk Ogos dah puasa. Bila dah puasa ni produktiviti makin menurun sikit, bila semakin dekat nak raya semakin ler menurun, tahap kemalasan juga semakin meningkat, dah sibuk persiapan raya pulak (bila sebut pasal raya ni semnagt pulak cam budak2 gitu). Lepas tu dah cuti raya pula...bila cuti mana nak ingat kerja2 ni semua...bila naik cuti mood bekerja pula dah kurang, kena panggil mood datang pula.. sedangkan dateline semakin hampir..aduh..'mak pening nyah'

bila memikirkan itu semua..'tak boleh jadi' 'mana boleh jadi' kena lah 'pulun' dan 'gigih' drp sekarang kata org Kedah. beginilah kerja kalau mengikut dateline nak-nak kalau projek sekaligus lepas tuh dateline sekaligus...'mampus nok' pandai-pandailah nak hidupkan??? bukan senang nak senang pun kan..

Wednesday, May 20, 2009

Cinta Untuk Ain

Semalam last episod drama bersiri Cinta Untuk Ain tapi malangnya aku tak dapat tengok. Biar pun puas aku pujuk-pujuk dia nak tengok, dirasuah dengan air milo dan biskut juga gula-gula, d
tapi tak dapat juga. Malah remote control dipegangnya. Bila dia terlalai sikit dan aku on tv3 terus jer dia sedar dan menjerit, "mama Hagemaru" huhuhuhu...lastnya memang tak tahu kesudahan drama ni.

Aku suka tengok drama ni sebab ada Que Haidar dan banyak konflik dan ini ler satu-satunya drama yg aku dapat tgk bila malam yang lainnya NAN ADo ttp kdg2 termiss juga. Ttp malam tadi memang ler membara jer nak tgk kesudahannya. Tak perlah nanti download dlm youtube jerlah.

Saturday, May 9, 2009

sudahku katakan

Sudahku katakan rak itu akan kemas sekejap saja. Lihat ler gambar di bawah ni...selepas 2 minggu semua majalah disusun kemas ada pula yg rajin tolong tarik-tarikkannya seperti di bawah...

Dengan maksudnya nak membacalah konon-kononnya. Bila aku tanya Durrani sapa yang buat sebab waktu kejadian aku kat dapur, Durrani kata Fahim punya kerja. kalau aku tanya Fahim surelah tak ada jawapannya...
Penat dah mama mengemas Durrani oiii...kdg2 bukan setakat tarik-tarik jer majalah tu bg jatuh lebih pening apabila dikoyak-koyakkannya. Sayang bila tengok majalah aku kena koyak.

Selamat Hari Ibu


alhamdulillah aku masih ada ibu, Hasiah Binti Man namanya. Masih kuat dan sihat walaupun usianya sudah mencecah 60 tahun lebih. Dia masih boleh ke bendang membanting tulang atau bercucuk tanam. Tidak pernah mengadu sakit atau terlantar sakit. Kudratnya masih kuat sejak dulu sehingga sekarang. Daripada membesarkan kakak yang sulung sehinggalah adik yang bongsu, sembilan anaknya membuatkan aku kagum. Tidak pernah mengeluh mencari rezeki sesuap nasi untuk kami adik beradik. Walaupun terpaksa keluar pagi dan balik sehingga senja bagi mengisi perut kami semua.

Ketika aku kecil dahulu dia garang, cakaplah siapa yang tidak pernah kena cubitannya atau tamparannya. pernah juga aku diikat di dalam bilik air bersama adik lelaki akibat bergaduh, pernah juga kepalaku dilagakan ke kepala adik lelakiku akibat berebut barang. Bebalan serta nasihat menjadi halwa telinga. Jika tidak sunyi rasanya. Apabila usia semakin bertambah barulah kasih sayangnya mula terserlah. kerinduan untuk menatap wajahnya semakin terasa. Walau jauh beribu batu namun dia tetap di hati.


Selamat Hari Ibu,

Walau tiada ucapan,

Sesungguhnya kau tetap di hati,


Renungkanlah Hadis ni: Rasulullah S.AW. dalam sebuah riwayat ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.AW. dan bertanya kepada baginda, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Jawab baginda, “Ibumu, kemudian Siapa? Ibumu, kemudian Siapa? ibumu, kemudian barulah bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.

Friday, March 27, 2009

I-Remaja tinggal kenangan

Terlerailah sudah segala kekusutan dan semua anggapan yang bermain di fikiran. Mesyuarat bersama pihak atasan menjawab segala persoalan. Ya!!!! benar seperti dijangka I-Remaja akan ditutup tetapi dalam bahasa lebih lembut dan sopan akan ditutup buat sementara. sampai bila??? Masa dan keadaan menentukan. Puncanya company tidak dapat lagi menanggung beban akibat kegawatan ekonomi.

Siapa yang tidak sedih menerima perkhabaran itu. Tambah pula aku sudah tujuh tahun bersama i-remaja. Susah senang aku harungi bermula November 2001 ketika aku menerima tawaran bekerja di Berita Publishing. Anggapan aku mungkin aku bersama dua atau tiga yang lain untuk menerajui team I-Remaja tetapi cuma aku seorang bersama En Rambut editor. ketika itu pelbagai bermain di fikiran bolehkah??? mampukah aku sedangkan dulunya aku membuat akhbar mingguan dan majalah misteri. Berbeza sekali. Tetapi bebanan sudah tergalas di bahu mahu atau tidak terpaksa dilakukan juga dengan penuh tanggungjawab. Mungkin juga kerana majalah baru..yang aku anggap sebagai BABY pertama menyebabkan aku seronok melakukannya seorang diri. ketika itu ada 100 halaman yang perlu aku penuhi.

Bebanan pertama berjaya aku lepasi maka lahirkan Iremaja edisi pertama April 2002 dengan cover pertama miss Malaysia 2008 Deborah Henry Priya. ketika itu dia baru berusia 17 tahun rasanya. Memang teruja melihat hasil drp titik peluh pertama, ketika itu semangat menggunung tinggi ingin melakukan yang terbaik. Masa pulang tidak menentu ada kala jam 9, 10 dan paling lewat pernah tidur di surau pejabat kerana mengejar deadline bersama grafik artis ketika itu. penat ,memanglah penat tetapi melihat hasilnya hilang segalanya. Kerana krisis berlaku pertukaran editor ketika itu memang tidak seorang pun yang berani untuk menggalas editor I-Remaja walaupun ditawarkan kepada wartawan jelita. akhirnya di bawah pentadbiran En Tiger Rahayu aziz dilantik sebagai penyelaras. Dia kawan aku sebenarnya wartawan malaysian Business. kemudian editor bertukar lagi drp Ayu kemudian beralih kepada Wan sabarikh Shikh Ali senior writer Jelita. Setahun juga kak wan menerajui I-remaja. ketika itu aku sudah berdua apabila pengurusan menawarkan jawatan wartawan kepada wani, praktikal dr MIIM.

wartawan datang silih berganti, cuma aku yang setia. Drp Wani, Suzan, kemudian Marini, jemang, Liza, Juan dan kini aku ada Anis dan Suzi. Aku yang paling lama dan paling senior. kerana apa aku masih di sini semuanya kerana sayangkan baby pertama aku ini. Selepas kak wan dilantik editor jelita, kak ema mengambil alih. Melihat wajahnya dan mendengar cerita drp rakan-rakan di Karangkaraf cukup membuatkan aku gerun. ya sesiapa saja yang pernah bekerja dengan kak ema pasti akan memberitahu yang dia begitu..begini bla..bla..bla..Macam mana ya time aku nanti, agaknya boleh tahan ker dengan karenah kak ema???

Sehari, seminggu dan sebulan akhirnya halangan itu berjaya aku atasi. Dia tidaklah seperti yang aku sangka. Aku beranggapan setiap orang ada baik dan ada buruknya ada kelemahan dan ada kebaikannya.Tidak semua sempurna...sebagai editor dan bos aku harus mengikut arahan agar perjalanan kerja menjadi baik dan lancar. Aku berupaya menjadi pekerja yang dedikasi kepada tugas dalam masa sama rakan sekerja. Dimarah ditengking perkara biasa. namapun wartawan kan...semasa bekerja di tempat lama story aku pernah dibaling, dicampak begitu saja. pernah juga dibaling dengan stepler nasib baik sempat mengelak dek kerana panas baran editor yang 10 kali lebih baran drp kak ema. Sehingga editor itu menyuruh aku berhenti kerja. Aku tahu mmg bukan salah aku...mungkin rezeki aku di sini. Dengrnya mungkin juga doa orang teraniaya akhirnya dia juga berhenti ..akhbar dan majalah entah ke mana. jadinya aku sudah lali dan biasa. ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Diam tak diam lima tahun aku dibawah kak ema editor paling lama dengan iremaja dan aku wartawan paling lama dengannya. kenapa aku bertahan???? sebab aku seorang wartawan...tipulah jika tidak ada perkara yang aku tidak puas hati...tetapi apabila difikirkan balik jika itu untuk kebaikan apa salahnya. dan aku mmg terlalu naif dlm bidang kewartawanan ketika itu. Apa salahnya jika teguran itu untuk kebaikan aku. pelbagai aktiviti dianjurkan pencarian Gadis iremaja sebanyak tiga musim, perkhemahan juga aktiviti bulanan seperti hari ibu, valentines, berbuka puasa dan hari raya. Di I-remaja aku bukan setakat belajar menulis malah mengendalikan event dan membuat promosi. Itulah pengalaman paling manis yang tidak akan aku perolehi di tempat lain.

Aku mengharapkan panas hingga ke petang rupanya ribut petir melanda. I-Remaja terpaksa ditutup buat sementara itulah kata-kata SGM. Tiada air mata keluar kerana aku sudah menangis dahulu. Bukan kerana sedih aku akan kehilangan title sebagai wartawan I-remaja tetapi sedih kerana selepas ini aku tidak lagi melihat I-remaja di kedai-kedai buku tidak lagi mencari bahan untuk iremaja dan tidak lagi menerima panggilan yang bertanyakan mengenai i-remaja. I-remaja hanya akan tinggal kenangan sahaja.
Arrgghh terasa kehilangan sekali ibarat ibu yang kehilangan anaknya selepas 8 tahun anak itu dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Aku juga ingin melihat I-remaja seperti majalah lain boleh survive 20 atau 30 tahun lagi. tetapi....bak kata en. mat Desa untuk kebahagian kita mesti melepaskan orang yang kita sayang. Dan kerana itu juga aku reda atas segalanya. Mungkin ada hikmahnya..lagipun tiada sesuatu pun yang kekal lama. semuanya dipinjamkan buat sementara sahaja olehNYA. Kita dapat A kita akan kehilangan B begitulah putaran roda.

Aku akan ditugaskan sebagai editor penyelaras untuk special projek. Wahhh..besar juga bebanan tugas yang baru ini. mampukah??? mampu atau tidak amanah sudah diberi. Suka atau tidak??? aku mahu berfikir yang positif sahaja. aku akan belajar sesuatu yang baru daripada kewartawanan kepada penulisan buku. Mungkin dengarnya seakan sama..tetapi banyak bezanya. Ruanglingkupnya masih sama iaitu menulis. kemahiran aku juga akan bertambah. Kemahiran itulah yang tiada di tempat lain dan semangat dalam I-remaja itu akan aku bawakan dan tersemat dalam hati ini.
Paling penting terkuburnya i-remaja bermakna aku mempunyai sebuah memori dan kenangan paling indah ketika menjadi wartawan i-remaja bermula daripada A sehinggalah Z, daripada majalah itu ada sehinggalah tiada. Aku bersama-sama dengannya. Mungkin aku mahu adakan farewell party dengan team iremaja yang terakhir Suzi dan Anis...kami juga terpecah seorang ke Jelita dan seorang ke Anjung Seri tetapi kita masih lagi bertemu.
SAYONARA I-REMAJA 2002-2009

Wednesday, March 25, 2009

Esok pastinya...

ESOK 26 MAC, adalah hari yang mendebarkan. Menyebabkan jantung aku berdegup kencang dup..dup..dup. Esok adalah hari yang menentukan sama ada apa yang ‘kami’ sangkakan itu benar atau ilusi belaka. Esok juga bakal menentukan ke mana ‘kami’ akan pergi selepas ini. Adakah di J atau di A atau di mana-mana sahaja ‘kami’ terima. Esok juga adalah hari menyedihkan setelah berjuang hampir 8 tahun dan akhirnya dot..dot..dot. Tunggu dan lihat sahajalah keputusan esok. Menunggu esok ibarat menanti dijatuhkan hukuman, debaran terasa seperti saat mahu melangsungkan majlis pernikahan. Bezanya debaran itu menyeronokkan tetapi debaran esok…ada pelbagai rasa. Pahit, manis, masam dan payau. Apa pun ‘kami’ sudah bersedia drp segi mental..fizikal mmg sudah lama bersedia. Apa sahaja keputusan ‘kami’ terima dengan hati terbuka dan reda. Siapalah ‘kami’ untuk menghalang..juga memberi idea atau menidakkan keputusan mereka. Pisau di tangan mereka ‘kami’ ibarat mentimun muda yang ingin dibuat acar. Mahu atau tidak mentimun terpaksa dipotong jika tidak kuranglah rasa..hilanglah selera. Walaupun dalam hati menidakkannya tetapi ‘kami’ tiada kuasa. Biarlah masa dan keadaan menentukan. Tunggu sahaja esok...pasti ada jawapannya.

Friday, January 2, 2009

hangin juga...

Pagi-pagi dah buat aku bengang ni dah masuk banyak kali nie..

citernyer gini..pagi semalam aku ada asekment ngan artis namanya Ainul AIshah pelakon Nana Tanjung dan filem Histeria tuh. sebab Jumaat aku suruh la deme-deme ni datang awal supaya boleh make up awal. Make up kol 10pg so dalam 11.30 dah settle make up. sepatutnya dah boleh shoot lah..aper yg buat aku hangin fotografernya tak muncul-muncul aku sms tak balas, aku call tak angkat aku suruh farah recepnist call pun tarak angkat.

Kalau uols jd aku aper uols nak buat??? takkan lah nak suruh artis tuh tunggu sampai 2.30 ptg kot. Giler haper...dia pun ada keje nak buat. takkan lah aku nak shoot guna kamera digital aku yg tak seberapa lawo dan canggih tuh. mana nak letak muka aku nie..maluu weehhhh!!!!
aku cuma bleh membebel-bebellah kat senior fotografer..kalau ada hal pun at least bg lah tau..ini ikut suka hati dia jer..cam opis dia plak.
untuk menyiapkan keja aku..dengan muka yg tak malu aku pujuk abg nasir supaya ganti tmpt fotografer tuh. sib baik abg nasir yg baik hati sanggup menggantikan tempatnya. Banyak-banyaklah tima kasih...dah banyak kali aku minta tlg dia nie. haruslah pasni kena belanja makan tiga hari tiga malam berturut-turut.

Pas lunch aku terima msg dr dia

"mana?"

Bleh lagi tanya mana??? tau ka tarak tau ka...dah aku tulis kat asgn aku jam 11 pagi. pasai apa mai jam 2.30 plak..buat-buat tak tau plak..sekeh kepala kang..(iskkk..iskkk idoklah berani aku nak sekeh kepala jantan uolss)

aku balas cam gini jer..
"lu tengok jam tak kol braper tuh. 2.30kan??? sepatutnya kol braper?? nak lewat pun agak-agaklah. ini nyusahkan orang. sib baik ada abg nasir settlekan keje lu. lu hingat lu sapa???"

"k" itu jer jawapannya...see tak mintak mahap pun..aku pun bknnya nak dia minta maaf sangt at least dah tahu salahkan..haii..apa mau jd pun tak tahu lah..