Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Kita Milik DIA

 Tabahnya kamu wahai bapa, menitis air mata membacanya. Semoga masih ada harapan untuk kembali melihat anak kesayangannya. Marilah kita sama-sama berdoa moga ada keajaiban daripada Allah, Amin. 

 
Setiap yang berlaku telah ditentukan takdirnya oleh Allah. Walaupun nampak seperti buruk dan tidak menyebelahi nasib seseorang tetapi semua yang dirancang oleh-Nya pasti membawa hikmah yang lebih besar dikemudian hari.
 
Itulah kepercayaan terhadap qada dan qadar yang menjadi pegangan umat Islam.
Bagi Seman Umar, ayah kepada Khairul Amri Seman, salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang itu, segalanya diserahkan di tangan takdir. 
 Baik atau buruk keputusannya nanti akan diterima dengan hati yang terbuka oleh lelaki berasal dari Bera, Pahang ini.
 “Kita milik Dia. Pakcik sayang sangat dengan Am, dia anak yang paling Pakcik sayang..bukanlah anak lain Pakcik tak suka tapi Am ni lain. Dia berpendidikan tinggi, paling periang, pandai mengambil hati dan manja, mungkin sebab dia anak bongsu jadi lebih sikitlah manjanya daripada orang lain.
 "Dia selalu balik kampung, selalu telefon Pakcik semua perkara dia nak kongsi malah selalu nak minta pendapat dahulu sebelum membuat keputusan. Tetapi di dalam hal seperti ini (pesawat hilang) kita tahu apa akibatnya, Pakcik sudah bersedia.
 
"Kita kena akur pada qada dan qadar-Nya, kita ni manusia, kita bukannya ada pilihan,” tuturnya tenang semasa bercakap kepada MalaysiaGazette di Hotel Everly di Putrajaya.
Khairul Amri seorang jurutera kapal terbang di Subang sedang dalam perjalanan ke Beijing untuk satu urusan kerja. 
 Menurut Seman, beliau pada mulanya hampir pitam apabila diberitakan pesawat yang dinaiki anaknya hilang kerana Khairul Amri sempat menghubunginya beberapa jam sebelum berlepas.
 “Baru saja bercakap dengan dia, tak sampai berapa jam pun, tiba-tiba Subuh ada orang telefon dan beritahu pesawat tersebut hilang. Rasa macam tengah bermimpi. Memang nak pitam tapi Pakcik kena kuat lah sebab Makcik (isteri beliau, Normah Jaafar) sudah lembik ketika itu.
 "Sekarang pun Pakcik kena buat macam biasa saja walaupun hati tengah berserabut. Kalau Pakcik lemah, macam mana? Tengoklah Makcik tu,” katanya sambil menunjukkan Normah yang sedang menangis sambil ditenangkan oleh ahli keluarga serta petugas MAS yang bertanggung jawab menjaga keluarga Seman.

Biarpun hanya berasal dari kampung, lelaki berusia 60 tahun ini tidak mudah diperkotak-katikkan dengan pelbagai cerita yang tersebar mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ketiga.
 Katanya, beliau hanya mempercayai maklumat yang telah disahkan dan disampaikan oleh pihak berkuasa dan petugas-petugas MAS sahaja malah beliau percaya usaha mencari dan menyelamat ini akan berhasil.
 
“Setiap hari Pakcik buka internet, baca macam-macam berita. Buat apa orang luar nak sibuk? Kita bukan ada kepakaran, biar kerajaan buat kerja dia, kita ni berdoa je supaya semua selesai. Kes Air France, berapa lama boleh selesai? Kita bersabar, berdoa dan solat..itu usaha yang kita boleh buat.
 
"Ada pulak yang kata, ini ketulahan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebab kejadian berlaku sehari selepas beliau dijatuhkan hukuman. Siapa Anwar Ibrahim tu? Dia ada ilmu ghaib ke sampai apa-apa yang berlaku pada dia, kita pula yang menerima nasib malang?
 
"Pakcik percaya pada Allah dan rencana-Nya. Semuanya sudah ditentukan oleh Dia. Jadi, pada Pakcik, kamu tulislah apa yang nak kamu tulis. Pakcik tetap tidak akan percaya dan tegas pada cara Pakcik.
 
"Perkara dah nak jadi, Am bukan pertama kali naik kapal terbang MAS dah banyak kali sampai tak terkira tetapi sudah ditetapkan bahawa pada tarikh tersebut pesawat yang dia naiki hilang, apa daya kita sebagai manusia untuk menghalang?” katanya lagi.
 
Beliau turut meminta supaya keyboard warriors agar berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang pendapat kerana ia akan menghiris hati keluarga penumpang-penumpang pesawat berkenaan.
 
Khairul Amri yang berusia 29 tahun merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan mempunyai seorang anak berusia setahun tiga bulan. -- MalaysiaGazette
 
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

Sunday, March 9, 2014

Maksud surah Yasin ayat 41-42










وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١



وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]



وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]



إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤]


Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.



Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. 

Marilah kita sama-sama berdoa: Ya ALLAH Ya Tuhanku  Sekiranya mereka di udara , kau turunkanlah mereka dan sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka . Kami mohon agar doa kami wahai umatMu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan ku mohon padamu Ya Allah  agar misi mencari dan menyelamat dipermudahkan. Amin Yarabbal Alamin. 

Wednesday, July 10, 2013

10 Julai 2013


Alhamdulillah dipanjangkan usia setahun lagi. tahun ni 10 Julai jatuh pada 1 Ramadan hari pertama berpuasa. Berkongsi tarikh lahir dengan tokoh negarawan ulung Malaysia Tun Dr Mahathir. Saja berkongsi gambar di bawah. Saya tak adalah tiup lilin sampai 3 tingkat cupcake macam tu.


Dulu ketika masih kerja di tempat lama, hari jadi Tun akan diraikan kaki tangan staff di hotel, masa inilah nak bergambar dengan Tun. Malangnya ketika itu saya langsung tiada gambar bersamanya. Rasa kecewa sangat sebab tak menggunakan waktu sepenuhnya untuk mengabadikan gambar bersamanya.

Tahun ini juga berkongsi bulan dengan dua anak Fahim dan Fayyadh. Kek di bawah hanya letak dua nama saja biar saja si kecil memotong kek dan yg dewasa melihat saja. Malu sihh..dah tua begini masih mahu memotong kek dan meniup lilin.

 Sambutan secara sederhana di kampung suami di Port dickson pada minggu lepas. Kecil-kecilan saja buat meraikan anak-anak sekali gus memberikan kegembiraan buat mereka. 

2013 setahun lagi pertambahan usia. Jika masih melalui zaman kanak-kanak ulangtahun kelahiran detik ditunggu-tunggu kerana boleh makan kek dan dapat hadiah. Walaupun ketika itu meraikan hari jadi  langsung tidak dipraktikkan. Malah emak pun kadang kala lupa bila dia melahirkan saya akhirnya detik 10 Julai berlalu begitu saja. Namun ketika itu langsung tiada sekelumit rasa sedih kerana ia perkara biasa.
Apa signifikan hari jadi pada saya? kata orang ia hanya pertambahan usia, walau usia bertambah namun hati tetap muda. terpulang pada individu. Pada saya bertambah usia bermakna banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, cuba lihat kembali ke belakang apa kejayaan kita pada keluarga dan anak-anak? Apa yang kita lakukan sebagai khalifah di bumi ini? Tertunaikan amanah kepada Allah? ibu bapa serta saudara yang terhampir dengan kita. Bertambah usia bermakna semakin dekat dengan kematian. Walaupun bergetar rasa gentar di hati apabila menyebut mengenainya namun ia pasti berlaku. Hanya bila, dan di mana saja menjadi rahsia Allah.
Jadi untuk kali ini bukan azam yang saya cuba lakukan, namun keinginan untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik drp hari ini. Sama ada sebagai isteri, ibu, anak, adik, kakak, dan pekerja kepada organisasi saya bekerja.
Paling penting saya mahu menjadi hamba Allah yang mampu menunaikan segala suruhannya dengan penuh teliti dan berkualiti.

Diakhiri dengan sekeping sampul surat yang diterima pagi tadi. hadiah sempena ulang tahun kelahiran mungkin. Alhamdulillah walaupun jumlahnya kecil namun amat bermakna buat saya.




Friday, June 28, 2013

cerita penjual keropok


 Bagi yang pernah melalui highway Sungai Besi menuju ke Bangi dan singgah di stesen minyak petronas, shell pasti akan bertemu dengan lelaki sudah berusia sedang mengusung sekampit plastik besar berisi keropok ikan.
Rata-rata mereka berusia dalam lingkungan 50-an ada juga pernah saya jumpa dalam 60-an sudah bongkok berjalan. Mereka ni kebanyakannya orang kelantan drp percakapan atau mungkin juga dari daerah Selatan Thai patani.
Mereka ini ada dalam 4-5 orang yang akan menunggu orang yang memasuki kawasan di situ. Kemudian menghulurkan keropok untuk dijual. Untuk saiz biasa keropok dijual berharga RM20 sehingga RM30 mmg jauh mahal sedikit drp biasa.
Saya rasa kebanyakan orang membeli disebabkan kasihan. Saya juga pernah beberapa kali ketika sedang membeli KFC (drive thru) berdiri di cermin tingkap seorang lelaki tua yang boleh dipanggil pakcik.
"Belilah sekampit RM20 boleh kurang RM16 kalau adik nak. Sian ko pokcik dah satu hari laku 2 jah,"
Seperti saya kebanyakan yang membeli disebabkan rasa kasihan. Apa yg saya  bayangkan jika lelaki itu ayah, datuk atau juga pakcik sendiri. Tapi pernah juga saya tolak bukan kerana tidak mampu tapi jika seminggu 3 kali mengisi minyak dengan keropok yg masih ada belum digoreng di rumah, sudah tentu saya menolak. Lagipun kalau lama-lama disimpan nanti tidak sedap kerana lemau.

Pernah satau ketika mahu menitis air mata melihat lelaki tua yg sudah bongkok pergi dr satu kereta ke satu kereta namun malangnya semua tidak mahu membeli keropoknya.  Saya yang ketika itu berada di dalam stesen minyak keluar dengan harapan mahu bertemu dengannya malangnya dia tiada dan sudah beredar.

Mgkin ada yang menjemuh yerlah kalau sudah acapkali ditahan untuk membeli keropok. Tapi dr sudut lain mgkin hanya ini mata pencarian mereka. Mereka mencari rezeki halal.  Cara saya senang jika tidakmahu beli tidak mengapa, beredar saja dan ucapkan kata yang lembut dan manis. jangan ditolak dengan kasar atau bahasa kesat mereka juga manusia seperti kita.

Kalau di kawasan Bangi ini sudah ada penjual keropok wanita lagi kasihan sebabnya mereka ni membawa plastik yang besar mengusung di bahu berjalan dalam keadaan cuaca yang panas.
Dalam 2 bulan lepas ketika tu saya minum di Kopitiam Bangi berseorangan disebabkan lapar kerana tidak makan tengah hari.

Tiba-tiba datang seorang makcik meminta saya membeli keropok. Sebelum tu saya sudah membeli di petronas dengan penjual lelaki. Dalam hati kasihan, tapi nak beli sebab masih ada lagi jadi saya ajak dia makan dan minum. Dia menolak sebab katanya masih kenyang. Saya berbual dengannya..
menurut wanita itu dia berasal dr Selatan Thai..oh betulllah sangkaan saya. Biasanya mereka datang pagi hingga ke petang tidur selama seminggu menjual keropok dan pulang ke sana semula semata-mata ingin mencari rezeki. Oleh kerana kasihan saya beli juga sekampit kecil.

Setelah wanita itu beredar 30 minit kemudian datang pula seorang lg wanita membawa keropok yg sama mungkin mereka ni satu kumpulan yang sama. Dia merayu-rayu supaya saya membeli katanya hari ni tiada rezeki.

Serba salah pula dibuatnya...hendak dibeli keropok sudah ada.
lantas saya memberikan sedikit sedekah.."cuma ni jer saya mampu makcik, minta maaf tak dapat beli sebab saya sudah beli tadi," kata saya.

Sebaik memberi sedikit wang saya beredar...saya melihat dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih...mungkin akan ada rezekinya selepas ini. Hanya itulah doa saya.





Saturday, April 28, 2012

anak-anak dan kesibukan bekerja

 
Kalau saya tidak bekerja pada Sabtu dan Ahad atau hari cuti anak-anaklah yang paling gembira. Biasanya kalau hari sekolah tiap hari mereka akan bertanya, "mama hari ni hari apa...cuti ke sekolah," baik kakak atau adik. Tapi kakak dah tahu hari so dia akan lebih excited bila tiba Jumaat. Manakala adik akan berkata, "seronoknya cuti, mama ada...duduk rumah." sambil memeluk saya. Memang setiap hari dan hujung minggu dia akan berbuat begitu.
Kadang-kadang nak mengalir air mata bila si adik berkata, " Ala Aim rindu mama...hari-hari mama kerja. Aim nak ikut mamalah. Aim sayang mama. Mama baliklah cepat-cepat tau. Amik Aim."

Memang inilah ungkapannya bila saya menghantar dia pagi-pagi ke rumah pengasuh.  Kadang-kadang susah juga nak menjelaskannya kepada mereka. Saya selalu katakan, "mama kena kerja cari duit, nanti nak sekolah, nak bagi Aim belajar pandai-pandai kerja best-best. Kalau tak kerja macam mana nak beli mainan dan beli susu Aim, nak bagi Aim makan." dan selepas itu dia mengangguk tanda faham..dan esoknya akan bertanya lagi.

Pernah juga bila saya selalu berkata, Aim nanti besar belajar rajin2 nanti boleh kerja besar, gaji banyak. Boleh beli kereta dan rumah besar boleh jaga mama," kemudian dua tiga hari kemudian apabila dia melihat ada lelaki sedang menunggang motosikal di dalam hujan dia berkata, "mama tengok tu kasihan dia... naik moto...basah..sian dia tak ada kereta. Dia tak belajar rajin-rajin ke mama?" alahai anak mama...memang susah dan sukar menjelaskan kepadanya.

 Saya perasan apabila perkara ini diulag-ulang walaupun hanya 10-15 minit di dalam kereta ketika saya menghantarnya ia sangat berkesan di dalam hati. Dan hanya itulah saya rasa masa berkualiti yg saya ada ketika bersama anak-anak. Kecualilah pada hari cuti.

Bayangkan ibu yang bekerja seperti saya, pagi-pagi sudah menghantar anak, kemudian jam 7 malam baru berjumpa mereka. Kemudian jam 10 malam mereka sudah tidur berapa banyak masa yang saya ada. Ditolak dengan kerja memasak di dapur, kemudian membasuh pinggan dan mengemas dapur. Selepas itu sudah penat...sedangkan mereka perlukan perhatian. Kadang-kadang apabila terlepas percakapan dgn nada yang agak tinggi atau marah, saya beristigfar kembali.

Ya saya tahu mereka harus didahulukan dalam semua perkara. Sebab itu apabila si adik meminta untuk dibuatkan susu atau memanggil untuk dipakaikan baju, untuk melihat mainan yang tersepit di bawah kerusi atau memanggil untuk melihat kartun kegemarannya cepat-cepat saya datang menghampirinya. Kerana saya tahu mereka memerlukan saya pada waktu itu. Pernah juga si adik berkata, "mama jgn lah marah-marah. Kalau mama marah Aim tak mahu kawan dengan mama," dan saya mengambil pendekatan untuk tidak meninggikan suara. Saya juga perasan kini kalau saya terlepas cakap atau meninggikan suara..masing-masing sudah mengalirkan air mata. Oh anak....betapa sensitifnya perasaan kamu!.

Sebab itu jika terpaksa pulang lewat, saya tidak akan memasak kerana kerja-kerja didapur tentunya mengambil masa yang lama walau hanya makanan simple saja. Katakan memasak jam 8 kemudian makan dan mengemas, jam 9.30 baru selesai. Berapa banyak masa yang saya ada untuk melihat kerja sekolah dan melayan mereka bercakap sedangkan ketika itu memang banyak idea dan perkara yang mereka ingin kongsi bersama.
Seperti mana anak saya yang kecil akan bercerita ketika di rumah pengasuhnya, itu dan ini.. tengah hari makan apa, tidur jam berapa, main apa bergaduh atau tidak manakala kakak akan bercerita kawan-kawan di kelas dan apa yg dipelajari hari itu. 

Saya pernah menemuramah seorang seoarang pensyarah di UKM, katanya walau bagaimana sibuk sekalipun jangan mengabaikan anak-anak. Kerana drp ibu bapalah perangai dia terbentuk, jangan salahkan anak-anak kalau dia degil, tidak mendengar kata, malas , suka berbohong dan sebagainya kerana dia melihat apa yang ibu dan bapa  lakukan di rumah. 

Cuba carikan masa bersama mereka terutama pada waktu makan. Kerana pada masa ini walaupun hanya 1 atau 2 jam di meja makan tetapi masa yang ada sangat berkualiti. Pada masa inilah anak-anak akan bercakap dengan ibu bapa. Bertanya pelbagai perkara.

Saya teringat beginilah yang dilakukan ibu bapa saya di kampung. Anak-anak tidak makan selagi ayah saya tidak berada di meja makan. Sama ada pagi, makan tengah hari atau malam. Semua akan menunggu di meja makan bila semua sudah ada barulah boleh menjamah makanan. Tetapi berapa ramai keluarga mempraktikkan perkara ini dalam rumah tangga. Kalau pensyarah itu lagi walaupun nampak simple tetapi jika dilakukan setiap hari kesannya sangat besar terhadap perkembangan emosi anak-anak.

Dulu ketika di sekolah menengah adik beradik yang ada di rumah akan diajak berjemaah Maghrib bersama. Ayah saya  akan menjadi imam, diikuti abang, adik lelaki, mak, saya dan adik perempuan. Yang lain sudah bekerja dan tinggal berjauhan. Kadang-kadang memang rasa liat dan malas, maklumlah selepas itu diadakan bacaan kitab.
Memang masing-masing akan disuruh untuk solat berjemaah, kalau malam Jumaat akan dibacakan Yasin bersama-sama. Memang seronok apabila dikenang kembali saat-saat itu kerana ini menjadikan kita lebih hormat pada ibu bapa.

Kata pensyarah itu lagi,  " jika tidak mahu bertanggungjawab dan menjadi ibu bapa yang sempurna drp semua segi jangan beranak atau ada anak, kerana tanggungjawab seorang ibu dan bapa itu sangatlah besar bukan sekadar melahirkan, memberi makan, menyediakan segala keperluan tetapi memastikan emosi, rohani, jasmani seimbang dunia dan akhrat. Namun apa yg berlaku pada masa sekarang mengapa banyak kes lari dr rumah, anak tidak mendengar kata, degil, buang bayi adalah disebabkan berpunca drp ibu bapa itu sendiri."

Wallauhualam.... 


p/s: Bersyukur bagi ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa, kerana banyak masa bersama-anak di rumah.


Sunday, April 15, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012


 Konvensyen Bidadari Dunia 2012

 Antara penceramah Wardina, Catriona, Suriati Daman (pearl haya) dan Datin Zaleha Omar.

 Kagum dengan Wardina, dia wanita dan ibu yg wajar dicontohi. Sekali Tuhan memberikan hidayah dia menjadi wanita yang sangat baik akhlaknya dan juga menjaga keimanannya. Saya sering mengikuti motivasi serta ceritanya di blog. Sangat bermanfaat. Bacaan al-Quran sangat menyentuh hati dan mendayu-dayu sehingga saya sendiri mengalirkan air mata.

Kata Prof. Dr. Muhaya yang baik hati, "Jika kita ambil masa orang, nanti Allah ambil masa kita. Jom, kita bagi masa lebih pada orang." 

Kata Puan Jamilah yang 'cool', "Anak kecil yang biasa dipukul pada usia 1 hingga 2 tahun, akan pukul mak dia pula pada usia remaja."

Kata Wardina pula, “ hidayah tidak akan datang sendiri tanpa kita yang mencari .” 

Kata Datuk Siti Nurbahyah, “ kehidupan seseorang yang sukar dan tidak bahagia adalah berpunca daripada bagaimana kita  melayan kedua ibu bapa kita pada masa lalu.” 

 Ini antara kata-kata penceramah tersohor ketika mengikuti persidangan Bidadari Dunia anjuran iluvislam.com. Memang sangat menarik menerusi tajuk-tajuk ceramah disampaikan  penceramah terkenal tanah air. Banyak ilmu yang diperoleh terutama dalam menjadi wanita sempurna bukan saja di dunia malah akhirat. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan semuanya sudah betul dan sempurna tetapi sebenarnya semakin kita mencari kesempurnaan itu semakin banyak yang kita temui mengenai kekurangan pada diri sendiri. 

Paling terkesan apabila Wardina membaca ayat suci al-Quran dengan linangan air mata ketika menyampaikan forum bertajuk Fesyen Yes or Not. Nampak kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan dalam hatinya ..nampak dia begitu  sayu dan sedih dengan keadaan dunia pada masa kini. Terutama sekali wanita. Katanya berapa ramai wanita menutup aurat sepenuhnya? Bertudung tapi masih memakai pakaian ketat, bertudung tapi tidak melabuhkan tudung sehingga ke paras dada. Bertudung tapi masih melakukan maksiat. 

Ya jika dilihat itulah realiti pada masa kini. Kerana apa? Kerana sering disogokkan di media dan kaca TV mengenai pelbagai fesyen wanita bertudung yang sebenarnya ada yang tidak mengikut syariat Islam. Kerana kita sering menilai kecantikan menerusi luaran, cantik kulit, cantik solekan dan cantik pakaian. Tetapi tidak pernah sedikitpun pun menilai ketaqwaan mereka kepada Allah sedangkan aurat yang paling baik adalah pakaian TAQWA. 

Oh mendengar kata-kata Wardina ini, memang banyak benarnya. Banyak kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari kerana kita langsung tidak mahu belajar dan cuba mempelajari  ilmu agama. Katanya lagi hidayah tidak akan datang sendiri….melainkan kita berusaha mencari. Begitu juga perubahan hidup, jika kita yang tidak mengubah siapa lagi? 

Dia juga menekankan mengenai  al-Quran yang perlu dibaca dan difahami. Jadikan sebagai sahabat yang dibawa ke mana-mana. Ini kerana itulah penyelamat dunia dan akhirat. 

Oh sekali lagi saya tersedar mengenainya, memang dalam kehidupan kita sering meninggalkan apa yang wajib dan menjadi perintah Allah. sibuk mengejar dunia sehingga terlupa akhirat di sana. Kehidupan bukan setakat kita mengikut apa yang dilakukan nenek moyang kita pada masa dulu. Kenapa kita solat? Apakah makna bacaan solat? Apakah makna ayat-ayat dalam al-Quran adakah kita mengambil tahu mengenainya.  Kurang…kurang…hanya sedikit…atau tidak ambil tahu langsung. 

Oh Tuhan banyaknya kekurangan pada diri sendiri. Saya sering bertanya jika kita tidak tahu mengapa tidak mahu belajar atau mengikuti kelas-kelas agama?  Bukankah itu semua perlu dicari bukan menunggu ia datang di hadapan diri sendiri. 

Sibuk??? Ya sering kali itulah jawapannya…setiap tahun itu juga alasannya. Tanpa disedari usia menginjak pergi. Kematian semakin menghampiri. Adakah apabila usia di hujung senja baru ingin mencari semua ilmu agama yang hakiki? Sedangkan pada usia muda inilah masa itu melengkapi diri, adakah  menunaikan solat 5 lima waktu dan membaca al-Quran sehelai dua sudah dikira Muslim dan Muslimah sejati ? Tidak…. ia lebih daripada itu, KETAQWAAN  begitu mendalam maknanya...dan ia perlu dicari. 

P/s: moga ceramah-ceramah sebegini dapat diadakan lagi pada masa depan. Sekali-sekala kita perlu disedarkan drp lena yang panjang. Wallahualam...


Saturday, December 31, 2011

Tahun 2012 untuk muhasabah diri





Hari ni 31 Disember  catatan terakhir di tahun 2011. Esok sudah melangkah ke tahun baru 2012. Pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu. Tidak sedar 365 hari berlalu pergi meninggalkan kita. Menambah angka kepada pertambahan usia. Namun kata orang usia hanyalah satu angka yang penting hati sentiasa muda. Namun pertambahan usia juga menandakan kehidupan kita semakin pendek dan dekat dengan kematian. Itulah yang sering saya ingatkan pada diri.


Tahun baru juga sering dikaitkan dengan azam baru. Untuk tahun 2012 tiada azam yang spesifik cuma ingin menjadi khalifah Allah yang lebih baik daripada hari ini. Maklumlah setiap hari sibuk dengan kerja, seringkali kita lupa untuk melakukan amalan secara lebih berkualiti. Menjaga solat, memperbetulkan bacaan, serta memahami maksudnya. Kadang-kadang juga kita melakukan amalan hanya mengangapnya sebagai tanggungjawab saja langsung tiada penghayatan. Jika bersolat sebolehnya mahu cepat saja, kadang-kala sehingga terlupa berdoa. Kemudian menyambung kerja...ohh banyak kerugian di situ.
Itu belum termasuk amalan sunat-sunat lain yang jarang dilakukan. Membaca al-Quran yang kadang-kala dilakukan sekali-sekala saja. Semuanya hanya kerana tiada masa....dan menganggap kerja itu adalah segala-galanya.

Kadang-kala terfikir juga apalah yang akan terjadi sekiranya semua kesenangan terutama kesihatan ditarik balik? adakah kita boleh bekerja dan mencari rezeki seperti biasa? Bagaimana sekiranya dalam amalan yang tidak seberapa itu Tuhan pendekkan usia sebelum sempat tua untuk melakukan amal ibadat. Tidakkah sekali lagi kita berada dalam kerugian.

Justeru dengan kedatangan tahun baru saya ingin memuhasabah diri untuk menjadi khalifah yang lebih baik daripada hari ini. Melakukan amal ibadat dengan sepenuh jiwa, menambah pahala sebanyak mungkin. Selain itu menjalinkan hubungan baik sesama manusia, menjaga mata dan lidah daripada perkara yang tidak sepatutnya, rasa tidak berpuas hati. Membersihkan hati daripada segala kekotoran supaya menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmatnya.

Tahun hadapan juga bakal bertambah ahli keluarga. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat Amin.

SELAMAT TAHUN BARU 2012
SEMOGA LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA.

Thursday, October 20, 2011

poligami: madu atau racun?


Saya berbual dengan seorang lelaki yang memilih untuk berkahwin dua. Dia begitu terbuka dan melihat drp sudut pandangan berbeza. Katanya isteri pertama langsung tiada bantahan malah membenarkan apabila hasrat itu disampaikan. Malah mereka boleh menjadi rakan yang baik dan saling memahami.
Saya bertanya bagaimana kedua-duanya tiada masalah sedangkan madu itu menjadi musuh bg wanita? Wanita mana sekalipun pasti akan menolak apabila suaminya ingin berkahwin lain. Noktah.

Saya pandang lagi wajahnya. Ya dia nampak biasa saja berusia dalam lingkungn penghujung 40-an, tidaklah terlalu tampan tetapi bijak berbicara dan pandai memberikan buah fikiran. Ya situ lah kelebihan lelaki ini.

Katanya lag, " sejak berkahwin saya tidak pernah menipu isteri. Jika saya keluar minum tengah malam saya akan beritahu padanya saya minum. Jika saya keluar mengorat juga saya akan bg tahu pada isteri yg saya keluar mengorat begitu juga apabila keluar dengan wanita lain. Malah saya menjadikan isteri sebagai sahabat karib, tempat luahan masalah gembira mahupun duka.

"APabila membuat keputusan berkahwin itu adalah pilihan saya sendiri. Saya tidak pernah sesekali memburuknya isteri pertama malah apabila org bertanya saya akan katakan, isteri pertama adalah yg terbaik bg saya. Saya tiada masalah langsung kerana dia sememangnya sempurna. Tetapi ini adalah salah saya, saya yg gatal untuk berkahwin lain. saya akui kekurangan diri pada isteri pertama dan pada sesiapa yg bertanya mengapa saya ingin berkahwin lain," katanya.

Katanya lg salahnya sekarang mengapa bermadu itu dianggap sesuatu yang menakutkan bg wanita adalah kerana salah lelaki itu sendiri yg tidak tahu memandu bahtera perkahwinannya. Jika drp awal lagi sudah berbohong bagaimana isteri ingin memberi kerelaan. Ditanya isteri, adakah suaminya ada perempuan lain pelbagai helah jawapan dicari, pelbagai putar belit diberi sedangkah hakikatnya keluar memadu kasih dengan wanita lain. Begitu juga apabila ditanya kepada suami adakah dia ingin berkahwin lain? Jawapan yg sama diberi, alih-alih suami sudah berkahwin di Siam. Bagaimana perasaan isteri pertama apabila mendengarnya? Bukankah itu satu penipuan yg sangat sukar diterima mereka.

Berkatalah benar walaupun ianya pahit. .
Wanita adalah permaisuri lelaki selayaknya dihormati. Jika lelaki itu tidak tahu mengucapkan ucapan terima kasih kepada isteri bermakna dia tidak layak untuk berkahwin lain. Jika lelaki itu sering berbohong dia juga bukan lelaki dan suami sejati dan jika dia mengasari isteri dengan herdikan atau diperlakukan secara fizikal sama ada ditampar, disepak atau diterajang dia tidak selayaknya bergelar suami.

Hargailah isteri-isteri kamu kerana disitulah munculnya taman dan kebahagian.

Tuesday, October 18, 2011

anak-anak zaman sekarang..siapa yg salah?

Dia duduk di hadapan saya dengan wajah yang malu-malu. Sepasang baju kurung kain kapas dipadankan tudung bersengkuap menambahkan kecomelan wajah anak gadis ini yang sedia comel. Lesung pipit pada pipi kirinya terserlah tatkal dia tersenyum paksa.
"Sudah berapa lama di sini?, tanya saya memulakan bicara.
"Sudah 6 bulan. Selepas dihantar ibu," katanya.
"Kenapa ibu hantar di sini," tanya saya lagi seakan tidak tahu pada hal saya sudah tahu kisahnya menerusi penjaga yang dipanggil umi oleh mereka.
"Saya mengandung 6 bulan kemudian ibu hantar saya sehingga sekarang," katanya.
Saya perhatikan susuk tubuhnya memang wajahnya masih keanak-anakan. Suci kata orang. Baru berusia 15 tahun tetapi sudah dewasa berbanding usia sebenar. Bergelar ibu tanpa gelaran isteri. Waduh-waduh anak zaman sekarang, sangat expert, sangat maju ke hadapan, sangat moden dalam zaman modenisasi ini.

saya tanya lagi tanpa malu-malu kerana hakikatnya anak ini sudah lebih tahu luar dan dalam cuma bezanya dia belum diakad nikah.
"Di mana adik buat 'projek' ya?
"di dalam kelas. kadang-kadang di rumah teman lelaki ketika ibu dan bapa tiada di rumah," katanya tertunduk malu.

Baru tahu malu. kata saya dalam hati. Seakan mahu marah dan menyampah pun ada. Tapi saya akur apalah yang ditahu pada anak yg baru saja menginjak usia baligh. Semuanya tahu seronok...seronok...seronok. Cuba..cuba..cuba dan cuba.

"Mak dan ayah sibuk dengan kerja sehinggakan tidak ambil tahu. Saya pula ramai kawan. Bila pulang ke rumah mak asyik membebel suruh belajar. Saya bosan...

katanya lagi," mak dan ayah bekerja sebagai guru di sekolah. Dia org pun susah nak kontrol saya sebab itu dia orang biarkan dan malas nak ambil tahu. Saya bukanlah bodoh sangat tapi tulah semua kawan-kawan saya dah pernah buat seks...jadi saya terpengaruh kalau tidak tak boleh masuk kumpulan dia orang,"

"mereka tak tahu saya mengandung sampailah usia 6 bulan. Tu pun sebab perut dah besar,"
Saya geleng kepala. Bagaimana ibu yang biasa ada di rumah bersama anak gadisnya tetapi tidak tahu perrubahan anak gadis mereka di rumah? Pelik....takkan langsung tidak sedar mengapa anak gadis mereka gemuk dan semakin montel? Walaupun adakala org mengandung tiada simpton morning sickness tapi pasti ada perubahan ketara pd susuk tubuh anak ini kerana dia sudah mengandung 6 bulan. Bayangkan betapa naifnya anak ini kerana dia sendiri juga tidak tahu dirinya mengandung.

saya tanya lagi dan lagi sehinggalah berpuas hati dengan jawapannya...
itu kisah pertama dan banyak lagi kisah sebegitu yg berlaku pada masa sekarang.
Kasihan melihat anak-anak gadis pada zaman sekarang yang terpaksa memikul beban akibat drp keterlanjuran mereka. Tersalah memilih jalan... hitam seluruh kehidupan.
Sukar untuk ditelah kemahuan mereka...sukar untuk dijangka apa yg bermain dalam fikiran mereka. Semakin disediakan semua keperluan semakin diberi kelebihan dan kesenangan begini pula ceritanya.
Siapa yg harus dipersalahkan...anak gadis ini???? ibu bapa??? kawan-kawan??? internet???? media massa???

Pasti semua org tiada jawapan tepat untuk itu.
Menurut seorang prof yg saya temui katanya berusahalah menjadi sahabat karib kepada anak seperti mana mereka berkawan dengan rakan-rakan yg lain. Jadilah seperti layang-layang yg dipegang dan dipantau talinya. Apabila layang-layang itu terbang tinggi, tarik sedikit demi sedikit, kemudian lepaskan tali biarkan layang-layang dia terbang, kemudian apabila terlalu tinggi tarik talinya perlahan-lahan begitulah seterusnya sehingga kita berpuas hati.

Menjadi ibu pd zaman moden cabarannya terlalu besar.
kata prof itu lagi bayangkan gelombang di lautan terlalu besar, dan kita tidak mampu lagi menggunakan hanya sampan kecil kerana pastinya sampan itu akan pecah dipukul ombak. Jadi gunakan perisai yg besar. Kapal berbenteng teguh...berpapan tebal dan kuat supaya biar apa saja melanda kapal kita tetap kuat dan teguh untuk sampai ke destinasi. maksudnya untuk mendidik anak ibu bapa terlebih dulu harus ada ilmu yg tinggi bukan ilmu hanya di dalam kelas kerana itu tidak menjamin.... kerana anak yg beribu bapakan imam, uztazah, bilal, pensyarah, doktor, lawyer belum tentu lagi berjaya akhlaknya.

Wallahhualam...
sekadar berkongsi cerita dan rasa untuk renungan buat diri sendiri. Semoga mendapat manfaat dan terhindar daripada perkara yg tidak sepatutnya AMin.

Sunday, October 16, 2011

selamat pergi dan kembali moga mendapat haji yg mabrur

Petang tadi menghantar kakak sulung saya, Noor Zakiah Hj Sahib dan suami nya Mazlan Hj Hamid yang ingin menunaikan haji ke Mekah. Semua bakal jemaah berkumpul di Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor. Ramai orang usah cakaplah walaupun yg ramai adalah org yang menghantar berbanding jemaah haji sendiri.


sempat bergambar sebelum masuk ke dalam. Kakak sudah masuk ke dalam. Tak sabar dah nak berangkat.

Oleh kerana saya hanya bertemankan anak-anak saja (suami ada kelas) jadinya risau juga takut anak-anak buat perangai. Maklumlah di celahan ramai dengan keadaan yg panas dan tanpa tempat duduk takut pula sekiranya Fahim dan Durrani buat perangai. ALhamdulillah...ok dari jam 5.30 bertolak (menaiki bas TNB) sehinggalah waktu pulang 9.30 malam, sebabnya ramai anak buah melayan.


Kak Long & abg long sebelum masuk ke bilik perlepasan.

Inilah Hanif anak ketiga kakak yang rajin melayan Fahim. Asyik berdukung jer...

K.Long bersama anak sulungnya, Zafirah dengan pesanan jaga rumah elok-elok yer.

Sedang menunggu sebelum masuk ke dewan bersama beg besar yg akan dibawa ke sana.

Bergambar bersama. Kak tija, anak-anak buah kak ngah, angah, kak Fauziah, Fahim, Durani ...dll

Penat, mengantuk dan lapar tapi tahan jer mata budak-budak ni. Nasib baik Fahim sempat makan di Kafeteria kalau tak haruslah buat perangai. Kenyang perut senanglah hati

Semua jemaah akan melalui pintu ini sebelum dibawa ke dewan untuk penerangan seterusnya. Kemudian mereka dibawa ke KLIA menaiki bas disediakan sebelum berangkat jam 1.30 pagi.

Ratusan jemaah ditambah org yang menghantar.

Dapat port baik jadilah dapat main.

kakak bersama Angah (anak kedua) yg akan pulang ke Mesir bulan depan. Tak sempatlah jumpa yer.

penat berdiri duduk....penat duduk berlari.

Pandai ler bawa diri sendiri yer...

29 November depan kedua-dua jemaah akan pulang ke Malaysia, semoga selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yg mabrur. AMin.

P/s: seronokkan dapat menunaikan haji sebelum usia mencecah 50 tahun. Kala ini badan masih kuat, sihat dan bertenaga. Moga diberi peluang juga untuk menunaikan haji ke sana. AMIN...

santau dan cara mengelak



air kelapa muda juga adalah ubat untuk santau

Satu hari saya berpeluang berbual dengan seorang rakan yg pernah disantau. Katanya dulu dia teruk dibuat orang sehingga mahu mati. Badan yang kurus hanya tinggal tulang dan isi saja. Daripada seberat 56 tinggal 40kg saja. Malah tidak dapat bekerja, terpaksa cuti sehingga 2-3 bulan lamanya.

Peliknya apabila ke hospital doktor memberitahu dia tidak sakit apa, cuma mungkin gastrik dan angin saja. Ada pula doktor mengatakan kemungkinan dia terkena HIV apabila melihat mulut yg sudah berkulat dan sukar bernafas sehingga terpaksa dipakaikan gas. Daripada situ dia terus mendapatkan rawatan tradisional, bermula ke Darul Shifa barulah teman saya ini tahu yang dia disantau orang. Selanjutnya pelbagai sesi rawatan diterima, sebut saja di mana ada orang yang pandai berubat dia akan pergi, walaupun jauh dia sanggup berhabis duit asalkan penyakitnya dapat diubati.

Lebih menyedihkan ketika itu dia sedang mengandung, tetapi demi anak dia gagahkan juga melawan penyakit yang ada. Dengan kudrat yg tidak seberapa, makanan yang langsung tidak boleh dijamah, mujur anaknya membesar juga di dalam rahim.
Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu melawan genap lapan bulan, anaknya meninggal di dalam perut kerana lemas. Reda dengan ketentuan Ilahi, menurut ustaz yg merawatnya lebih baik bayi itu meninggal kerana jika hidup mungkin dia tidak senormal bayi lain.

Selepas menjalani pelbagai rawatan dan berpantang makan akhirnya dengan izin Allah, santaunya dapat disembuhkan. Namun sehingga sekarang dia sangat berhati-hati pada makanan terutama pemberian rakan-rakan. Walaupun rakan yg boleh dipercayai. Walaupun dibekalkan pendinding namun peristiwa hitam itu sangat menghantui dirinya. Katanya walaupun dia mengetahui siapa yang memberi santau, namun dia hanya berdoa moga suatu hari Tuhan tunjukkan jalan dan hidayah kepadanya supaya berubah.

Kadang-kadang tidak percaya di zaman moden ini kerja-kerja meng'ilmu hitam'kan orang ini masih banyak berlaku. Malah yang melakukannya biasanya bukanlah orang yg jahil mengenai agama tetapi ada sesetengahnya bergelar imam dan ustazah. Menurut teman ini lagi ketika dia berubat ada seorang lelaki disantau Imam disebabkan imam itu tidak mendapat kenaikan pangkat. Ada pula suami disantau isteri bergelar ustazah sehingga meninggal dunia disebabkan suaminya berkahwin lain.Benarlah keimanan seseorang itu bukanlah diwarisi berdasarkan siapa mereka tetapi sesiapa juga boleh melakukannya sekiranya iman tidak kuat dan kental.

Dalam dua tiga minggu lepas saya membawa kakak ipar yang juga terkena santau. Mujur dia dapat mengesan awal dan santaunya masih mampu diubati. Ketika membawanya ke Darul Shifa begitu ramai sekali orang yang ingin berubat, bayangkan jam 10 pagi, nombor gilirannya sudah mencecah yg ke-100 namun yg masih menunggu mungkin dalam 100 orang lagi. Betapa banyaknya jin dan syaitan berleluasa sama banyaknya dengan manusia bertopengkan syaitan. Ingatkan di zaman moden manusia semakin moden namun tidak kerana mereka kembali semula ke zaman jahiliyah. Moga kita dan kaum keluarga terhindar drpnya Amin.

Drp info yg saya dapat santau wujud disebabkan:

a)Niat orang yg dengki dan ingin menjatuhkan org lain. Dengan harapan semoga dia sakit, tidak boleh bekerja dan ada sehingga mati.
b) Pengamal-pengamal yang ada ilmu menyantau ni pula kena sentiasa mengamalkannya supaya ilmu mereka tetap power dan berkesan.

Bahan-bahan yg biasa digunakan:
1) miang buluh
2) serpih kaca
3) rambut mangsa
4) kulit telur
5) jarum,
6. paku
7Pencuci pinggan

Antara jenis-jenis:
1) Makanan dan minuman yg sudah disantau
Biasanya di warung, kedai makan sama ada santau dilepaskan oleh penyantau yang dengki pada owner kedai atau pun kerana penyantau sekali sekala perlu membuang santau untuk memastikan ilmunya berkesan. so siapa yang kena nasiblah.
2) Santau angin
Santau paling bahaya kerana pengirimnya bertujuan untuk menyantau supaya yg terkena akan sakit atau meninggal dunia.

CARA ELAK
1. Sebelum makan atau minum di luar pastikan baca bismillah 27x, dan selawat.(ada mengatakan cukup sekadar mengucap, selawat dan baca doa makan)
2. Kalau pesan air sejuk (ais), pegang bawah gelas, sekiranya panas bermakna ada santau, dan kalau pesan air panas pegang bawahnya kalau sejuk maknanya ada santau.
3. Sebelum keluar umah ambil air sembahyang dan baca ayat kursi.
4. Banyakkan amal ibadat dan membaca Al-Quran.

*** biasanya orang-orang yang belajar ilmu santau kena melepaskan racun santau tu setahun sekali pada bulan-bulan tertentu orang yang dia tidak kenal dan nasiblah pada sesiapa yang kena. Sebab itu ada orang dulu-dulu berkata mmg ada bulan yg ramai org akan terkena santau***


Tuesday, August 16, 2011

marilah kita mencintai Allah

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petuah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.

Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah
kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. ” Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi.


Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.”Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. (http://reallife65.blogspot.com/)

Saturday, May 28, 2011

menarik untuk dikongsi..

Menarik untuk dikongsi:

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

P/s: Ya betul rezeki Allah itu datangnya drp pelbagai segi. Kdg2 Allah berikan kesusahan pada seseorang tetapi dr sudut yg lain diberikan rezeki pada anak-anak dr segi anak yg bijak dan soleh. Yg penting kita bekerja secara jujur dan ikhlas wpun kadang-kadang apa yg diperoleh tidak setimpal apa yg diberi tetapi percayalah suatu hari nanti kita akan memperoleh kembali apa yang kita tidak peroleh pada masa lalu..mungkin diberikan pada kita atau pada suami atau pd anak-anak. Jadi jgn mempersoalkannya...kerana percaya kepada "buat baik pasti baik jg balasannya."