Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

Cuti-cuti di Port Dickson

 Pada 22-24 November lepas tertunailah hasrat nak buat family ghatering sama-sama dengan family husband. Kami menginap Rumah Peranginan TNB Port Dickson. Dapat satu apartment dua bilik yang besar. Muatlah untuk semua.

 Tak plan pun sebenarnya semuanya last minit jer bila ada kosong terus jer booking. Aktiviti hanyalah mandi kolam untuk budak-budak. Lihatlah betapa seronoknya dia orang dapat mandi sama-sama.

 Mandi dari pagi sampailah tengah hari kemudian petang turun lagi dan last pagi Ahad sebelum check out pun sempat mandi ramai-ramai.

 Kakak, Fahim bersama sepupu-sepupu yang lain. Semua sebaya jer..

 Ok ambik gambar dulu.

 Fayyadh yang takut nak turun kolam. Sekejap jer lepas tu dah menggigil-gigil dah.

 Masa ni tengah kesejukan.
 Nangis sebab sejuk.
 Tak ramai sangat budak-budak oklah..

 Best sebab ada gelungsur...
 Lihatlah betapa seronoknya dia orang.



 Diakhiri dengan gambar dua beradik...kakak dan Fahim.

Thursday, December 13, 2012

follow up di Azzahrah Bangi



Semalam buat follow up check up di Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi. Alhamdulillah dah ok cuma masih batuk dan masih ada bunyi  kat paru-paru. Doc kata kuman tu masih ada sebab itu masih ada asma.
Jadi dapatlah ubat sedut untuk asma, batuk, cairkan kahak dan alahan paru-paru. Dah tua-tua ni pula kena asma dulu kena masih kecil jer.
Minggu depan Isnin ada follow up lagi kalau masih ada bunyi mungkin kena buat chest x-ray lagi. Nampaknya doc mmg betul-betul nak pastikan semua ok..tiada batuk, tiada asma lagi.

Alahai badan cepatlah sihat.




Saturday, July 30, 2011

Bukit Merah Lake Town

Gambar-gambar sekitar Bukit Merah Lake Town ketika bercuti bersama keluarga pada 16 Julai lalu disertai keluarga Lia dan Mie, Harith, Hadif dan Kasih.


Harith, Kasih dan Durrani melihat peta dulu sebelum masuk...




Tak masuk pun tengok orang Utan

ramai sangat maklumlah hujung minggu

Mandi kat swimming pool dulu

Harith..



Fahim jer yg tak berani masuk ..takut katanya...apalah...


Vromm...vroom...

Di pintu masuk Bukit Merah lake Town Resort...lain kali datang lagi yer...

Wednesday, February 9, 2011

aktiviti CNY moh... ke Zoo kita

Ke mana cuti Tahun Baru China selain balik kampung. Oh sempat ke Muzium dan Zoo taiping walaupun dah pernah pergi tapi tetap pergi lagi sebabnya anak-anak yang tak pernah puas tgk binatang.

Sebenarnya tak plan pun nak ke Muzium..tapi disebabkan hujan lebat jadi berteduh di Muzium dulu sementara menanti hujan berhenti.

Antara yang sempat dilihat makanan tradisi Melayu

Pakaian tradisi perkahwinan zaman dulu

yang ini pula kediaman orang Asli. Teruja budak-budak bila tengok maklumlah tak pernah tengok.
Sempat bergambar dalam Muzium Taiping. Fahim, Durrani dan Afiq

Selepas Muzium tutup jam 5 petang hujan pun berhenti. Jadi kami menuju ke Zoo taiping. ramainya manusia maklumlah time cuti.

Oh gajah yang menjadi haiwan favourite untuk dilihat. Comel jer tgk keluarga gajah ni.

Aksi spontan..nasib baik Fahim nak jalan..tapi time dia letih lenguh tangan nak dukung.


Bergambar berlatar belakangkan gajah..

Masa melihat singa semua berhenti lama di sini sebabnya singa ni macam teruja melihat terlalu ramai manusia memerhatikan gelagatnya. Kata kakak singa ni teringin nak menyeberangi sungai sebab nampak banyak daging manusia.

Kakak yang takut tengok beruang

Itu sajalah gambar yang ada. Aktiviti yang sangat ringkas namun berjaya mengembirakan Durrani dan Fahim. Sampai sekarang masih ingat pergi zoo dan lihat binatang.

Thursday, January 20, 2011

cuti permulaan tahun

Selamat bercuti semua!!!!

Sekarang ni aku sedang kemas-kemas barang nak pergi Melaka. Al kisahnya suami bersama dua kawan baiknya sudah mengatur percutian ke Melaka (dekat jer tuh) yang sepatutnya berjalan hujung 2010 lalu tapi dek disebabkan ada hal masa tu tertangguh ler ke bulan ni.
Hotel semuanya dia orang yang booking...apa aktiviti pun dia orang yang uruskan.. aku pun tak tahu nak jalan-jalan ke mana 3 hari dua malam tuh.

lepas tu balik jer hari Sabtu Ahad pagi dah kena ke Singapore ada event SKII kat sana dr Ahad sampai Selasa. Nasib baik planning tak terjejas..kalau kena Sabtu dah kena pergi singapore macam mana???
harap semuanya ok...
Nak bercuti lepas tu kembali bekerja pula.

Sunday, December 19, 2010

cuti, bonus dan beli rumah...

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog, semuanya kerana sibuk (org lain pun sibuk juga wehhh) dengan pengurusan kerja di pejabat dan juga di rumah.
Dua minggu lepas suami tidak sihat, kerisauan aku juga berganda disebabkan dia sering mengadu badannya banyak angin sehingga muntah-muntah. Puas berubat sama moden atau tradisional. Doctor memberitahu keadaannya sihat cuma mengalami penyakit 'kerisauan' yang terlebih. Seringkali juga dia menyebeut, "abang ni dah nak mati kot,"
aku membalas juga dengan gurauan, "selalunya orang nak mati dia tak akan cakap yang dia nak mati biasanya terus jer meninggal gitu,".

Sekarang setelah bertemu dengan ramai ustaz daripada di Bangi, Kajang, Melaka, Bagan Datuk dan Seremban keadaannya sudah semakin pulih. Semangatnya juga sudah semakin baik, selera makan juga sudah semakin bertambah...Alhamdulillah...
Jadinya keinginan aku untuk menulis di blog juga semakin menurun apabila memikirkan keadaan suami.
Sebab kedua bermula minggu ni aku akan bercuti selama seminggu dan akan kembali bekerja pada 29 Dec ni. Jadinya aku gunakan ruang yang ada untuk menyimpan stock, terutama column sendiri sehinggakan bos berkata, "Ct ...awak nak bagi stock sampai tahun baru ke?" hahhaha aku cuma membalas dengan senyuman. "Tak apa bagi lebih kak, jangan tak cukup nanti pening kepala akak."
Sememangnya sudah terbiasa sebelum bercuti aku pastikan tidak akan menyusahkan kawan-kawan dan juga memudahkan urusan editor memilih story.

Alhamdulillah tahun ini aku dapat bercuti panjang selepas setahun bekerja di Harian Metro..syukur Alhamdulillah kerana akhirnya aku mendapat kerja di tempat lain yang jauh lebih baik persekitaran sama ada suasana bekerja, bos mahupun gaji. Dan setahun ini banyak pengalaman yang aku kutip, pengalaman yang bertambah apabila bertemu ramai golongan manusia daripaya yang kaya dan mewah sehinggalah tinggal di bawah jambatan juga menjadi pelacur di lorong gelap. Semuanya memberikan kesedaran dan keinsafan untuk terus mensyukuri nikmat Tuhan.
Tahun ini juga aku bakal merasai bonus pertama setelah hampir lebih 5 tahun rasanya tidak pernah merasai bonus. (sepanjang 10 tahun bekerja pernah mendapat bonus hanya sekali). Itu sudah rezeki dan bersyukur juga dengan bonus itu.

Alhamdulillah sekali lagi...dan diakhiri dengan berita gembira apabila telah berjaya mencari rumah untuk dijadikan aset...ya membeli rumah setakat kemampuan saja, untuk disewakan dan bukan tempat tinggal sendiri.
Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk pengakhiran tahun 2010 dan kedatangan 2011 semoga memberi lebih sinar sama ada dalam kerjaya mahu pun keluarga. AMIN.

p/s: petang ni mahu pulang ke kampung di Perak, cadangnya mahu ke Penang, ada Pesta Pulau Pinang di sana dan kalau sempat mahu ke Sungai Petani Kedah.

Thursday, December 2, 2010

mama jom pegi zoo nak tengok kangru

Ini rentetan daripada gambar-gambar pergi Australia hari tuh, hari-hari kakak cakap," mama jomlah pegi zoo nak tengok kangru," alahai anak mama ni..bilalah agaknya nak bawa pergi zoo. Sebabnya Zoo Negara ni macam tak ada apa jer...kalau dapat pergi zoo Taiping atau zoo Melaka ok juga sebabnya masih terpelihara dan banyak binatang kat sana.
"Nanti yer sayang bila mama cuti bolehlah bawa pergi zoo".
Hari-harilah dia buka lap top sebab nak tengok kangru...


Ni gambar masa pergi Koala zoo hari tuh. Nak masuk bayaran dikenakan USD30 dalam RM90 mahalkan???
compare dengan zoo kita...
Kat dalam tentulah banyak koala bear jer..tapi aku tak bergambar pun walaupun binatang ni comel dan jinak rasa macam geli pulak nak pegang bulu-bulunya tuh. Nak bergambar kena bayar dalam USD20 iaitu RM60.

Kangru di sini sangat jinak..boleh pegang boleh bg makan, boleh ambil gambar..sangat mesra alam..


Sibuk nak cari kangru yg bawa anak dalam kantung tapi malangnya tak ada.

Minah salleh sedang memberi makanan pada kangru..

see...banyakkan??? semua kangru sedang lepak sementara menunggu gambar diambil.


Ehhh..koala bear..yang sangat suka tidur. Hampir 20 jam drp masa 24 jam sehari adalah masa untuk tidur. Ni nasib baik dia bangun kalau tak asyik tidur jer kerjanya.

Diakhiri dengan gambar aku bersama kangru..patutlah kakak cemburu sebabnya tengok gambar mama bersama kangru.

Monday, July 19, 2010

Avilion, Port Dickson

oh ni gambar masa kat Avilion hari tuh. Manalah tahu ada yang nak bercuti ke sana,
hotel bertaraf lima bintang, dan harganya pun bertaraf 5 bintang jugak ler,
kalau untuk bilik family pakej mahu juga RM1500+++ semalam. Kalau bukan family maunya RM600+++ .





Bilik yg sangat eksklusif..ni ala-ala kalau nak honeymoon mmg sesuai sangat. Ada 3 katil untuk yang bawa anak-anak.



Bilik air terbuka..kalau ko mandi shower mmg boleh nampak langit, dan bila tengok bawah boleh nampak laut. Masa nak mandi tu memang tengok atas, bawah dulu takut ada orang...manalah tau kan..tapi mana boleh wehhh..selamat punya.


Ni waktu petang, masa ni air belum pasang, aku ambil gambar dr bilik.



Ada taman haiwan, arnab, burung merak dgn ayam serama.




Ni waktu pagi, bila bangun jer air dah penuh...malam tidur mmg bertemankan bunyi ombak, maklumlah kat bawah tu dh air kan. Tapi malam tu aku tidur lena..hahhah dorang kata hujan lebat dengan angin kuat tapi aku tak sedar pun. Maklumlah tido sorang, takut wehhh!!!!




Permandangan waktu petang dalam 6.30 petang gitu.


Ini kat pantai masa air belum pasang..itu ler bilik-bilik yg kita orang bermalam.


Oh..gambar penulis mesti ada. Tak ambil banyak gambar pun bateri lupa bawa nasib baik minta kat photografer dia ada..kalau tak haruslah cerita tanpa gambar. Malamnya kita org berjalan ke pekan PD, dekat jer..sambil makan yong tau fo kat tepi pantai tak sedar dah jam 12 tengah malam baru balik bilik.


p/s: bg orang yg tak mampu mmg rasa mahal, tapi kalau mampu dan nak bercuti tenangkan fikiran, sambil honeymoon tempat ni mmg sesuai. Lepas tu ada IVI Spa, boleh manja2 diri pula.