Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

makan kek sedap di Cake Jalan Tiung

 Saya bukanlah penggemar kek sebenarnya.
Tapi kunjungan ke kedai Cake Jalan Tiung yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam  mengubah pandangan terhadap kek yang biasanya dikatakan manis, pekat dengan coklat dan lemak berkrim dengan keju.


kek coklat caremel yang super duper sedap. 
ya saya menggemari semua kek yang dihidangkan di sana.
Suasana santai dan rileks turut menyebabkan saya rasa sangat teruja untuk menikmati hidangan pemanis mulut yang 100 peratus disediakan anak tempatan.
Rasa Pavlova masih teringat-ingat sampai sekarang.
kedai kek ini diusahakan pasangan muda suami isteri yang dulunya bekerja dalam bidang perbankan. mereka nekad berhenti kerja dan membuka kedai kek disebabkan kecintaan dalam bidang makanan.

Cookies bersama susu segar


 kagum mendengar cerita pemilik kedai kek ini Nur Shafinaz Abdul Rahman kerana berani membuka perniagaan yang jarang dilakukan usahawan lain iaitu menyediakan kek semata-mata dan minuman berasaskan kopi. 
Antara kek yang dihidangkan di sana. paling saya suka pavlova.


jadi bagi penggemar kek boleh menikmati kek di Cake Jalan Tiung 
Seksyen 9 Shah Alam yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Boleh layari Instagram Cake Jalan Tiung untuk mengetahui menu menarik yang disediakan.

Saturday, June 22, 2013

ada gaya Masterchef tak?

 Event minggu lepas anjuran Maggi Nestle di Menara Surian, ada pertandingan memasak menggunakan bahan Maggi.

 Setiap kumpulan dikehendaki memasak menggunakan bahan dalam peti misteri. Ala-ala masterchef pula.


 Kumpulan kita orang kena masak kari ayam, nasi goreng kampung dengan sup sayur. Saya masak kari ayam tak pernah guna perencah Maggi sebelum ni dan guna yogurt ganti dgn santan.
Belasah jer uols...
Komen dari chef: kenapa kari ni cair? tapi rasanya sedap ...(tu ayat nak jaga hatilah tu kot hehheh)

Tengok tu betapa meriahnya..



Friday, June 14, 2013

hari manjakan diri di spa

 Saya bercuti selama seminggu setengah pada minggu lepas sempena cuti persekolahan. Cuti tak ke mana pun hanya balik kampung jer. Sebelum start kerja sempatlah memanjakan diri di spa dulu. Sebelum tu Isnin saya ke Midvalley mencari baju raya anak-anak. Masa yang ada digunakan sepenuhnya nanti kalau dan puasa memang dah penat nak bershopping.


 Hari Selasa pula saya ke Spa Alammi di Hotel Concorde Shah Alam. Pergi berdua dengan Kak Zaina (Pr Dr Azizan) best sikit sebab ada teman. Memang best service kat sini juruterapinya Melayu dan dia orang akan buat seperti mana yang kita minta sama ada nak bg tumpuan bahagian upper body atau lower. Lepas massage mmg lega.


 Mana tak best kalau ada orang yang urut kaki kita masa tengah lenguh-lenguh nie. Bayaran pun tak mahal sebab ada pakej rasanya untuk urutan saja dalam RM120.



Lepas dah massage perut pun jadi lapar jadi saya bersama kak Zaina ke restoran Chef Zubir di seksyen 13 Shah Alam...Laman GrillNi kali kedua makan kat sini ...dulu makan ramai-ramai juga dengan kawan-kawan kak Zaina sekarang ni berdua jer.

 Ni bahagian depan restoran

 Sebab dulu dh order lasagna kali ni makan salmon pula...nama makanan ni panjang. Sedap...terasa kemanisan salmon dengan baby tomato panggang tu. Kentang lenyek pun sedap...kupang pun sedap...memang sangat kenyang.

 Kak Zaina order crab..simple tapi mmg lain drp lain.

 Ok ni desert pula. Puding bersama caramel rasanya...mmg sangat sedap dan tak manis sangat.

Diakhiri dengan gambar maggo juice.

Oh Chef Zubir akan buka restoran di Bangi tapi kat area Kajang sebenarnya.Hari tu dah tengok tapi belum buka lagi tengah renovation. Kalau rasa teringin nak makan bolehlah lepas ni ke Bangi pula. Oh harga not bad...kalau salmon tu dalam RM31++ yg crab tu pun dalam RM30 lebih  juga rasanya...sesuai la dengan makanannya.


Sunday, April 28, 2013

makan di Flavours Bangsar

Bulan lepas ada interviu dengan Chef Riz di Restoran Flavour di Bangsar. Pertama kali ke sini. Ringkas saja konsepnya bertemakan putih dan old skul sikit.


Bahagian hadapan restoran dan Cashier

Lepas interviu Chef Riz sediakan dua hidangan nasi Malaya dengan spegetti karbonara cheese. Sedap mmg sedap.

Besar portionnya kalau makan sorang mmg tak habis. Gabungan western dan Melayu ada cili padi di dalamnya.


Try desert ais krim dengan kek kurma. Sedap dan manis. Aku suka red Velvet kek mmg sedap (bg 10 bintang) tak manis sangat dan rasanya mmg pergghh...sedap hehehhe


akhir sekali bergambar dengan pemilik restoran (di tengah) dan photografer.


Sunday, March 31, 2013

cari burger bakar

Ni aktiviti malam tadi. Adik ipar yg tinggal di sungai besi call ajak keluar dia nak makan burger bakar. Jadi tempat paling dekat adalah di Serdang.


Inilah burger bakar RM7 sebiji. oklah sedap jugak makan berdua dengan kakak Fatin sebab besar tu pun kenyang sangat.

Inilah org yg teringin nak makan tu Achik Liza bersama si comel Thaqif dan ayahandanya Herry.

Lepas tu gerak ke Putrajaya saja jalan-jalan dah lama tak kesitu. walaupun jam dah 10 lebih. Sampai jer penuh dengan umat manusia sedang bersama keluarga ada berkelah sambil bawa makanan tak kurang juga yg bawa basikal, kereta controllah dah jadi macam pesta rasanya. maklumlah tempat menarik, banyak lokasi boleh duduk, sejuk pulak tuh.

Kita ambil gambar dulu yer...Fayyadh tak tidur sampai jam 12 tengah malam. Seronok dia tgk lampu-lampu dan org ramai.

Bergambar dengan mama Thaqif...

Ehhh ada lg gambar...Fayyadh bersorak gumbira katanya...

gambar lagi...

Kat tengah jd tempat jualan pelbagai mainan. daya penarik untuk anak-anak nie. Siapa yg bawa anak mesti akan beli.

Bapak pula bergambar yer dgn anak..peace...

Amboi senyum lebar


pic family pulak dah....

jam 12 tengah malam baru balik rumah. Penat, ngantuk semua ada. tapi anak-anak kata nanti kita dtg lagi yer tak puas main.

p/s: tgk dalam gambar alahai gemukssnya saya...huhuhu...


Thursday, January 24, 2013

Pertunangan anak buah

 Baru sempat nak upload gambar sekitar majlis pertunangan anak buah kakak Zafirah pada 12 Januari lepas. majlis bermula jam 11 pagi masa tu juga ada perarakan kat depan jalan Bangsar dapatlah tengok sekejap hehhe.


 Hantaran 5 berbalas 9 dulang. Semuanya makanan...dan ada pakaian.

 Khemah tempat tetamu makan. Makanan sangat sedap...bg 10 bintang hehhehe

 Antara tetamu yg hadir


 Yg sedap sebab ada kambing panggang...daging salai masak lemak, kari daging, sayur, dalca, ulam-ulaman, ayam goreng, kuih muih. Tak habis boleh bawa balik lagi.



 Cupcakes...order dr Klang..


 Kakak bersama keluarga kedua belah pihak.

 Bergambar bersama atok dan nenek

 Gambar dengan keluarga haruslah adakan

 gambar dengan tunang..oppss...mak saudara kena masuk juga dalam gambar kalau tak tak boleh bergambar dengan tunang.

 Lagi gambar keluarga

 Peace...yoo..

 lagi gambar...





Majlis perkahwinan akan diadakan setahun selepas majlis tunang. InsyaAllah hujung tahun kot. Amin. Moga semuanya berjalan lancar...

Saturday, December 22, 2012

pelancaran Mamee Chef baru

Rabu kepas menghadiri pelancaran Mamee baru perisa tomyam..MAMEE CHEF...

Inilah bungkusannya..cantikkan? jarang makanan menggunakan bungkusan hitam selalunya kuning, merah dan warna-warna ceria. Nampak lebih eksklusif dan Internationaly. Mamee Chef ni menggunakan resipi yg dihasilkan oleh chef Ismail.


Ok..apa bezanya ya....ada 3 bungkusan di dalamnya sayur& udang, soso tom yam dan perisa. Bg penggemar makanan segera ni mgkin boleh nikmati rasanya yg berlainan. Serius..rasa tom yam ni mmg macam yg kita buat sendiri kat rumah..ada umphhh kata org.
Saya sendiri bukan penggemar makanan segera sangat tapi bila rasa mamee tom yam ni eehhmmm oklah anak-anak saya yg tak suka makan makanan segera ni pun terus suka makan semangguk kejap jer habis.
lepas tu " mama esok buat lagi tak" hehheheheh...nasib baik dapat percuma bolehlah...buat lagi.
Saya kata tak elok tau budak2 makan banyak2...mama dulu dah masuk U baru makan tau...

lepas tu ada sayur-sayuran dan udang di dalamnya....inilah bezanya dengan makanan segera jenama lain. Yg penting sedap.....oh tahap kepedasannya pun ok maksudnya budak2 pun boleh makan dengan jayanya hehhehhe...


Saturday, November 17, 2012

BUAT nasi lemak dgn jemput-jemput

 Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun siapkan nasi lemak. ala simple jer sambal ikan bilis, telur dan ayam goreng. Makan pagi terus sampai tengah hari sebab nasi  masih banyak, sayang pula membazir.

 Inilah hasilnya hehehe...

 Jemput makan. anak-anak pun mkn banyak...selalu beli jer bila masak sendiri lain sikit.

 Petang pula buat jemput-jemput pisang untuk budak-budak

Buat jemput bawang...mkn dgn sambal ikan bilis. cuaca pula redup jer..minum pula kopi panas..perghhhh...habis sepinggan.

Untuk malam karang masak lain pula...hari ni duduk rumah jer tak pergi mana...lipat baju bertimbun..huhuhuhu