Alhamdulillah hari ni dah masuk 31 hari tinggal lagi 13 hari untuk habis pantang. Sekejap saja rasanya pejam celik-pejam celik dah nak masuk kerja balik. Huhuhu..sekali rasa seronok nak kerja sebab dah lama tak menulis sekali rasa cam malas pun ada juga. Tak apa kita biarkan perasaan itu di situ.
Di sini aku nak berkongsi pengalaman berpantang sendirian di rumah bersama anak-anak dan hanya ditemani oleh suami saja. Mulanya memang tak confident juga maklumlah dengan bersalin csert dan nak uruskan anak-anak-anak lagi tapi memikirkan kakak sekolah sayang pula nak pontengkan jadi kuatkan semangat jerlah semoga semua berjalan lancar.
Eleh kalau ikutkan ada orang anak kedua dah berpantang sendiri dah. Yer memang benar kalau bersalin normal rasanya kurang sikit bebanan dan masalah kerana biasanya minggu pertama semuanya dah kembali normal dan ok kan? Berbeza dengan bersalin csert kerana mengambil masa untuk pulih. Jadi tawakal sajalah...
Minggu pertama memang tak ada masalah sebabnya mak temankan di rumah. Jadi minggu pertama mmg aku ambil masa betul2 untuk berehat. Bangun, menyusu, makan dan tidur saja. Lipat baju sekali pun aku tak buat. Anak-anak juga mak yang uruskan buat susu mereka, mandikan (biasanya Fahim lah kalau datang manja dia tuh).
Bila masuk minggu kedua mmg agak kekok sikit nak sesuaikan diri tambah pula suami dah bekerja.. Bab nak mandikan Fayyadh tu macam susah sikit. Alhamdulillah boleh walaupun org kata mandi ala kadar saja. Lagi pun baby lagikan takkan nak mandi bereya-eya pulakkan.Bila hari pertama dah ok barulah aku susun jadual biasanya bangun menyusu dalam jam 6.30 pagi terus tak tidur dan ke dapur untuk kemas apa yang patut, kemudian terus masak untuk budak-budak. Senang bila dah bangun nak urus Fayyadh pula kan.
Jam 9 pagi gitu baru mandikan Fayyadh dan siap tidurkan dia. Kemudian baru dapat berehat sebelum menyediakan makanan untuk aku pula. Biasanya aku masak simple jer ikan goreng dengan sayur sawi, tak pun ikan kerisi halia atau ikan masak lada hitam. Tengah hari sediakan makanan budak-budak kemudian makan. Petang barulah boleh baring dan tidur tapi biasanya tak dapat lelap pun sebab budak-budak dah bising. Jam 5 ptg barulah aku mandikan Fayyadh dan siapkan dia.
Alhamdulillah daripada minggu kedua dapat lalui tempoh berpantang dengan jayanya. Tetapi sebenarnya kondisi aku selepas bersalin banyak membantu untuk kekal sihat dan kuat. Aku rasa kalau pengalaman masa bersalin anak pertama dan kedua mmg aku tak mampu nak berpantang sendiri. Tapi kali ni alhamdulillah diberi kesihatan yg sangat-sangat baik oleh Allah. Sepanjang berpantang mmg rasa ngilu, sakit atau berdenyut mmg tak rasa langsung.Sebab itu aku boleh melakukan kerja rumah yg ringan-ringan. Kalau yg berat tu aku tak berani nak buat lagi..biasanya sampai setahun pun masih tak berani angkat benda berat. Lagi satu pemakanan suplement juga sangat membantu untuk recovery balik sepanjang tempoh berpantang supaya badan sihat, rasa ringan, tak letih dan lesu.
Apa yg paling penting adalah amalan masa mengandung, bacaan ayat al-Quran memang banyak membantu untuk kekal sihat selain diberikan kemudahan dan kesenangan oleh Allah bukan saja untuk bersalin malah ketika berpantang dan menjaga baby. Alhamdulillah.
Inilah dia anak-anak yang menjadi peneman mama sepanjang berpantang. Macam-macam peel mereka berdua. Kena banyak bersabarlah time pantang ni.
Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts
Saturday, August 4, 2012
Wednesday, July 25, 2012
amalan ketika berpantang
Berpantang kali ni saya tidak bergantung kepada jamu saja sebaliknya mencampurkan set berpantang Shaklee yang saya rasa sangat membantu untuk kekal kuat, sihat dan bertenaga. Saya amalkan sejak mengandung lagi dengan pengambilan kalsium, obmimestrix dan vanila shake tapi tak secara tetap sebabnya saya campurkan juga dengan obimin dan obical dr hospital. Sayang pulakan ubat hospital tak makan.
Untuk set berpantang ni ada Vita-Lea, Vita C, kalsium, Zink, obmestrix, minuman ESP. Memang saya amalkan sejak hari pertama berpantang sampailah sekarang. Alhamdulillah sangat membantu menguatkan badan, rasa tak letih dan bertenaga. Bayangkan kalau dulu tak tidur petang rasa penat sangat-sangat. Tapi sekarang mmg jarang dapat tidur petang cuma dapat rehatkan badan saja tu pun dah mencukupi. Saya rasa luka dalaman pun makin cepat sembuh ini mmg saya rasa sebabnya kurang rasa ngilu, berdenyut atau sakit walaupun saya banyak berjalan dan buat kerja rumah yg ringan-ringan. Alhamdulillah..
Saya suka ESP tu soy protein sebab membantu untuk rasa kenyang. Pagi minum ESP campur dengan milo dan makan dua keping biskut dan cukup sementara tunggu tengah hari baru makan nasi. Susu badan juga banyak dan pekat. Kadang2 belum cukup 3 jam dah basah baju baby pula asyik tidur jer sampaikan demam bengkak susu 3 hari. Nanti di entry lain saya ceritakan mengenai bengkak susu ni.
Selain tu saya amalkan juga polleney pati ikan haruan. Dapat habiskan sekotak ni pun punyalah susah sebabnya tak tahan bau hanyir. Selalu minum dengan kopi pekat untuk kurangkan hanyir. Baru jer minum 3 botol ada lagi 3 botol untuk dihabiskan.
Yang ini pula sarang burung berkolegan. Kawan yang bagi sebenarnya sebab dia dah amalkan untuk anak pertama dan kedua. Dia kata baik untuk org baru selepas bersalin terutama pembedahan csert kerana membantu penyembuhan luka dalaman. Rasanya sedap macam madu. Makan satu sudu pagi dan petang saja.

Untuk jamu juga ada tapi saya belum mulakan lagi makan. Sebabnya tak nak campur dulu dengan Shaklee. Biarlah dah habis pantang baru mulakan dengan jamu pula.
Ramadan ni nampaknya tak dapatlah berpuasa penuh. Cuma saya harapkan dapatlah berpuasa di hujung-hujung Ramadan nanti dapat dalam 5-10 hari pun jadilah. Taklah susah nak mengganti puasa nanti.
Subscribe to:
Comments (Atom)