Showing posts with label cover I-remaja. Show all posts
Showing posts with label cover I-remaja. Show all posts

Monday, April 13, 2009

bekerja pada saat-saat akhir

gambar cover Mei 2009 Lisa Surihani Mohamed. Kedua-kedua gambar ini menarik bagi aku.

gambar di bawah ini yang dipilih untuk Cover Mei 2009.
Sayu juga melihat cover di atas. Bertambah-tambah sayu ini adalah cover terakhir i-Remaja sebelum majalah ini ditutup buat sementara. Sepatutnya 15hb ni dah siap lay out ttp kami tak sanggup nak menghabiskannya huhuhuhu... Ttp bukan bermakna kami sengaja melewatkannya. Apa pun mag yang meninggalkan kenangan terindah buat aku ni akan ditutup juga. 15hb ni juga aku akan ke department baru book division. Bagaimana pula suasananya nantikan. harap-harap menyeronokkanlah dan aku boleh melakukannya dengan baik.


Thursday, April 9, 2009

promote i-Remaja

http://c33ram00n.blogspot.com/

Gambar ni aku copy drp blog Ceera. Tima kasih ekkk sebab tlg promotekan i-remaja dlm blog Ceera..pasni mesti mencanak naik penjualan i-remaja hehhehehe.




yang ini pulak aku copy dalam blog Viruspadu. Tima kasih juga promotekan sekali lagi i-remaja. haruslah i-remaja laris di pasaran bak pisang goreng panas..hehhehe..

Wednesday, April 08, 2009
Bila Atam Masuk Majalah...
Sesambil VP gunting rambut, siap dia pesan... "papa cari majalah i-remaja... ade cita pasal Atam"Cari punya cari punya cari... majalah tu xde kat Jusco Seremban.Tetiba time lunch tadi. Sedang aku gi tapau makanan, aku singgah kedai majalah kat anjung untuk beli 100 plus. Tetiba terpandang majalah i-remaja. Terus teringat pesanan VP semlm.Terus la sambar majalah tu. Balik kang bg la VP baca.Gini la rupa majalah i-Remaja tu. Boleh layari blog di bawah:
Banyak Peluang Jana Pendapatan c33ram00n.blogspot.com di Iremaja
Ingat nak tulis pasal dofollow tak pun pasal keputusan pilihanraya semalam. Tapi ada berita lagi menarik saya nak share. Iaitu berkenaan buat duit melalui blog. Ramai yang sangsi untuk buat duit dengan blogging, jangan sangsi lagi! Sebab memang dah ada contoh. Penulis blog c33ram00n.blogspot.com , salah satu tempat rujukan saya untuk menggodek layout blog telah ditemuramah oleh majalah IRemaja keluaran April. Topiknya tentulah berkenaan jana kewangan. Saya belum lagi beli majalah tu! Nak gak beli sebenarnya buat inspirasi. Tapi takpe biar saya bercerita dulu.
Yang ini pula dalam blog http://zulseffort.blogspot.com
terima kasih lagi sekali atas promosi tidak berbayar ini. Dalam gembira sebab iremaja makin dikenali ada juga kesedihannya...




Friday, April 3, 2009

saya dgn Lisa Surihani

Gambar aku bersama dgn Lisa Surihani, pelakon dan model iklan lip ice tuh. Dia sebenarnya lebih cantik drp dlm gambar. Sebenarnya aku dah shoot dengan dia dua bulan lepas, ingatkan nak guna untuk Mac Isu..ttp rupa-rupanya simpan sehinggalah Mei isu dan isu terakhir pun. Sebab itulah gambar ni kenangan sangat bg aku. Masa April isu 2002 menggunakan cover Deborah Priya Hendry dan cover terakhir Mei 2009 menggunakan cover Lisa Surihani. Wajah pun dekat-dekat nak sama jer..cumanya Deborah ni mix, Lisa pun mix juga ttp Melayu Bugis jer. Sama cantik, sama popular dan sama pandai. Nantilah akan ku cari cover pertama itu.

Thursday, November 20, 2008

COVER i-REMAJA DEC


Inilah ghupanyer cover i-remaja dec 2008. Dah buat last edisi 2008 pun cepat jer masa berlalu. Penghias kulit tu pelakon film KAMI The Movie. Sebenarnya film tuh pun aku tak sempat tengok..sorrylah ekkk Liyana, NasT, Zahiril dan Ezani akak tak tengok pun film korang tak dapat nak bg komen hahhahahha. Cover ni aku buat ngan Anis maklumlah ramaikan 4 artiskan..ttp anislah yg banyak buat aku tolong2 jer sebab nak ajar dia buat cover. nanti blehlah amik alih tempat aku hehhehehe.
Pakaian Anis cari dr Esprit ngan Topshop, artis pun dia yg call aku cuma call make up artis jer ngan buat interviu Liyana ngan Ezani. Photoshotnyer kejap jer...suka benauu aku pakai pun satu baju jerr..tak yah penin2 paler nak pilih gambor.
Menariknya Dec ada citer pasal Mawi, Faezah Elai, Winnie K, is pasal seks bebas sentuh sikit pasal buang bayi yg lain2 tuh tadakk ingatlah.