Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Monday, November 2, 2015

 Facebook Di Alam Realiti

Dalam kalangan rakan-rakan saya di FB ini, ada yang berniaga online. Macam-macam produk ada. Sekali sekala saya baca juga iklan-iklan mereka.

Dah lama saya simpan dalam hati kisah berniaga di facebook ni. Masih boleh bersabar dan tersenyum. Tetapi terasa menarik juga jika dijadikan topik penulisan pagi ni. Lari dari topik ‘parenting’ yang biasa menghiasi status. Sekurang-kurangnya pembaca tahu, saya manusia normal. Haha..

~Messenger~
Hantar mesej personal. “Maaf Ammar, saya ni kawan awak di facebook. Saya ada menjual produk ni. Jika awak minat nak beli produk ni, bolehlah beli dari saya. Boleh tolong kawan-kawan. Anything, inform me ok.”

Ini cara yang paling saya suka dan hormati. Bertanya dengan sopan terus kepada saya dan lebih penting, saya tahu hujung pangkal. Jika berminat, saya akan balas, jika tidak berminat atau masih tidak perlu, saya akan jawab dengan sopan. Kedua-dua pihak puas hati.

~Invite Like Page~
Ada antara mereka yang menghantar jemputan untuk like page mereka. 
Seolah-olah mereka berkata, “Ammar, kami baru buka kedai dekat Alamanda, Putrajaya, jemputlah datang ke kedai eh. Cubalah tengok-tengok kot ada produk kami yang kau minat, bolehlah beli dari kami. Kalau nak beli, belilah. Kalau taknak pun takpe.”

Bagi saya, cara ini juga sopan, beretika, dan boleh diterima. Saya suka. Jika saya perlu produk itu, saya like, jika tidak, saya biarkan sahaja. Doa saya, orang lain tetap akan singgah ke kedai mereka.

~Tag Gambar Iklan~
Ada yang tag nama saya pada gambar iklan perniagaan masing-masing. 
Saya yang sedang berjalan dengan santai di hadapan lot kedai, tiba-tiba terasa seolah-olah ditarik tangan masuk ke dalam kedai yang saya tidak kenal pun siapa owner kedai, lepas tu tunjuk poster dekat muka saya. “Belilah produk ni.” Huih, kuss semangat. Tanjat boboi.

Bila kita kata tak nak belilah (remove tag), yang tarik tangan tadi akan cakap, “Pandai-pandailah cari pintu keluar eh (suruh remove sendiri), padahal tadi, siapa yang tarik kita masuk kedai? Aduih..

~Tag Di Kotak Komen~
Ini pun menarik. Kedai orang lain yang sedang buat jualan, tapi kawan kita ni rasa nak beli sama-sama dengan kita, maka disebutnya pada penjual tu (tag kita dalam komen), “si Ammar ni nak beli kot produk awak ni”.

Dalam hati saya, ‘Eh, tak pernah pun kau cakap apa-apa dengan aku, tiba-tiba cakap aku nak beli, apahal!?”

~Masukkan Dalam Group~
Ini paling epik. Hahah.. Kita tak kenal orang yang jual. Kita tak kenal orang yang ajak. Tahu-tahu kita dah diculik masuk dalam guni dan bila ikatan dibuka, kita dah duduk dalam kedai. 
Bahagian pakaian wanita pulak tu! Aduhhh tolonglahh.. “Weii, aku ni lelaki, siapa yang letak aku dalam ni.” Kita meronta-ronta hendak melepaskan diri.

Bila kita cuba nak lari (leave group), ‘penculik’ akan tarik balik duduk di tempat tu. Huihh.. main kasar nampak. Untuk lepaskan diri, kita perlu lari sejauh-jauhnya dan report polis (unfriend dan report).

~Poke~
Ini paling best. “Bang-bang, nak beli tak?” Cuit bahu saya, lepas tu bila saya toleh, dia pandang tempat lain, apahalll?!!



>>>

Kisah ini hanya perasaan saya sahaja, supaya peniaga-peniaga online tahu apa yang pelanggan rasai. Jika ‘tersentuh di hati’, maaf ye.

article ni saya ambil daripada http://ammarmuhamad.blogspot.my/
‪#‎drMAK‬

Wednesday, October 7, 2015

Ujian kita berbeza-beza



Bulan ini banyak betul perkara sedih yang berlaku pada saya dan orang-orang di sekeliling saya.
Antaranya saya keguguran pada awal September lalu, kemudian rakan bisnes saya bersalin pada usia kandungan 25 minggu Alhamdulillah dia dan baby sihat.
Kemudian baru-baru ini menerima perkhabaran daripada rakan baik ketika sekolah menengah mengenai anaknya yang terlantar di wad ICU disebabkan terjatuh daripada tingkat 1.
Lama dia menyimpan rahsia sehingga mengambil masa 2 bulan untuk memberitahu saya. Syukur Alhamdulillah anaknya kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di kepala. Allahhuakbar besar sungguh dugaan mereka saya ingatkan dugaan yang saya lalui ini berat rupanya dalam sedar lebih ramai lagi yang diduga sedemikian. Entah sekiranya kita yang diduga sebegitu bagaimana pula.

Sungguh benar seperti mana yang dikata Tuhan akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambaNya. Ujian juga sebagai tanda Allah kasihkan kita. Diberi ujian agar kita tersedar daripada lamunan lantas mengingatiNya bukankah itu sebagai tanda kasih sayang Allah. Tapi sebagai manusia biasa yang hatinya lemah bak agar-agar adakala sukar menerima kenyataan lantas mempersoalkan mengapa dan kenapa Allah memberikan ujian sedemikian rupa.

Semalam juga di kawasan perumahan saya digemparkan dengan kejadian kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari tingkat 5. Saya kurang mengenali ibu dan bapa kanak-kanak ini. Menurut cerita ibu dan bapanya tiada ketika kejadian dan si kecil ditinggal bersama anak-anak jiran yang bermain di hadapan rumah. Entah bagaimana kanak-kanak ini masuk ke dalam rumah, menutup pintu dan tidak dapat membuka pintu kembali. Panik agaknya dia mencari jalan keluar, lalu pergi ke balkoni dapur dan memanjat meja yang ada di situ.Kemudian...berlaku kejadian yang tidak diingini sehingga si kecil ini terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahuakbar lemah lutut saya mendengarnya.
Sedih usah cerita. Jika kita yang mendengar sudah berperasaan begitu bagaimana ibu dan bapanya.
Mungkin ramai akan mencari salah dan pastinya menyalahkan kedua ibu kerana meninggalkan anak tanpa ada rasa syak wasangka.




Kita kena percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Jika kita reda dan menerimanya dengan sabar pasti ganjaran diterima lebih besar.
Walaupun kita tidak sekuat mana, namun percayalah hati yang reda, menerima dengan sabar dan percaya dengan qada' dan qadar Allah bukan saja membuatkan hati lebih tenang malah hubungan dengan Allah menjadi lebih kuat.

Saya percaya, cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH adalah dengan cara Allah 'menjentik' hati kita dengan apa yang DIA inginkan. Sifat manusia apabila ditimpa musibah atau berada dalam linanagan air mata barulah kita berusaha berdoa dan mendekatkan diri kepadaNYA.
Itu tandanya Allah sayang dan ada sesuatu yang ingin diberikan pada pengakhiran nanti. InsyaALLAH yang penting sentiasa istiqamah, solat dan berdoa kepadaNYA.




.

Monday, October 5, 2015

AL-FATIHAH

Al- FATIHAH

DariNya kita datang kepadanya kita kembali.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Aamin

Menerima perkabaran duka daripada adik ipar saya mengenai ayah mentuanya yang terlantar 80 hari koma di hospital kini sudah meninggal dunia. Tuhan lebih menyayangi dirinya.

InsyaAllah akan pulang ke kampung sekejap melawat jenazah dan kembali bekerja pada waktu tengah hari.

Semoga dipermudahkan semua urusan Aamin...Aamin Ya Rabb

*** teringat arwah ayah saya yang sudah meninggal dunia 2 tahun lalu. Namun masih terbayang-bayang dia ada di sisi. Rindu setiap kali bacaan Yasin dialunkan pada setiap malam. Rindu sangat..hanya air mata mengalir dapat mengubat kerinduan di hati. Hanya doa dan bacaan ayat suci al-Quran yang mampu disampaikan. Semoga jannah tempat arwah abah.Aamin..***

Sunday, March 9, 2014

Maksud surah Yasin ayat 41-42










وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١



وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]



وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]



إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤]


Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.



Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. 

Marilah kita sama-sama berdoa: Ya ALLAH Ya Tuhanku  Sekiranya mereka di udara , kau turunkanlah mereka dan sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka . Kami mohon agar doa kami wahai umatMu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan ku mohon padamu Ya Allah  agar misi mencari dan menyelamat dipermudahkan. Amin Yarabbal Alamin. 

Saturday, October 26, 2013

MALBATT Lubnan 850-1

Selamat bertugas di Lubnan kapten Hairi.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Kami mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan di sana.
Semoga bertemu bulan 3 nanti dan balik bulan Oktober 2014.

Minggu lepas saya dan suami menghantar biras (sebelah suami) yang berangkat ke Lubnan kerana menjayakan misi MALBATT Lubnan 850-1 yang terdiri daripada 300 anggota termasuk pegawai.



Ramai ibu bapa, isteri, adik beradik yang menaghantar pemergian insan tersayang diiringi doa semoga semuanya selamat.

 Berkorban untuk negara. Terpaksa meninggalkan anak dan isteri selama setahun.Orang kata sekejap saja setahun tu. Pejam celik pejam celik dah setahun.

 Hairi dan Liza

 Keluarga hairi bersama Liza dan Along



 Inilah dia anggota MALBATT 850-1 ke Lubnan. Pejuang negara.

 Saya bersama ipar, Liah


 Lia dan suaminya

Last pic... kami berdua peace yoo...


Wednesday, July 10, 2013

10 Julai 2013


Alhamdulillah dipanjangkan usia setahun lagi. tahun ni 10 Julai jatuh pada 1 Ramadan hari pertama berpuasa. Berkongsi tarikh lahir dengan tokoh negarawan ulung Malaysia Tun Dr Mahathir. Saja berkongsi gambar di bawah. Saya tak adalah tiup lilin sampai 3 tingkat cupcake macam tu.


Dulu ketika masih kerja di tempat lama, hari jadi Tun akan diraikan kaki tangan staff di hotel, masa inilah nak bergambar dengan Tun. Malangnya ketika itu saya langsung tiada gambar bersamanya. Rasa kecewa sangat sebab tak menggunakan waktu sepenuhnya untuk mengabadikan gambar bersamanya.

Tahun ini juga berkongsi bulan dengan dua anak Fahim dan Fayyadh. Kek di bawah hanya letak dua nama saja biar saja si kecil memotong kek dan yg dewasa melihat saja. Malu sihh..dah tua begini masih mahu memotong kek dan meniup lilin.

 Sambutan secara sederhana di kampung suami di Port dickson pada minggu lepas. Kecil-kecilan saja buat meraikan anak-anak sekali gus memberikan kegembiraan buat mereka. 

2013 setahun lagi pertambahan usia. Jika masih melalui zaman kanak-kanak ulangtahun kelahiran detik ditunggu-tunggu kerana boleh makan kek dan dapat hadiah. Walaupun ketika itu meraikan hari jadi  langsung tidak dipraktikkan. Malah emak pun kadang kala lupa bila dia melahirkan saya akhirnya detik 10 Julai berlalu begitu saja. Namun ketika itu langsung tiada sekelumit rasa sedih kerana ia perkara biasa.
Apa signifikan hari jadi pada saya? kata orang ia hanya pertambahan usia, walau usia bertambah namun hati tetap muda. terpulang pada individu. Pada saya bertambah usia bermakna banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, cuba lihat kembali ke belakang apa kejayaan kita pada keluarga dan anak-anak? Apa yang kita lakukan sebagai khalifah di bumi ini? Tertunaikan amanah kepada Allah? ibu bapa serta saudara yang terhampir dengan kita. Bertambah usia bermakna semakin dekat dengan kematian. Walaupun bergetar rasa gentar di hati apabila menyebut mengenainya namun ia pasti berlaku. Hanya bila, dan di mana saja menjadi rahsia Allah.
Jadi untuk kali ini bukan azam yang saya cuba lakukan, namun keinginan untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik drp hari ini. Sama ada sebagai isteri, ibu, anak, adik, kakak, dan pekerja kepada organisasi saya bekerja.
Paling penting saya mahu menjadi hamba Allah yang mampu menunaikan segala suruhannya dengan penuh teliti dan berkualiti.

Diakhiri dengan sekeping sampul surat yang diterima pagi tadi. hadiah sempena ulang tahun kelahiran mungkin. Alhamdulillah walaupun jumlahnya kecil namun amat bermakna buat saya.




Friday, June 28, 2013

cerita penjual keropok


 Bagi yang pernah melalui highway Sungai Besi menuju ke Bangi dan singgah di stesen minyak petronas, shell pasti akan bertemu dengan lelaki sudah berusia sedang mengusung sekampit plastik besar berisi keropok ikan.
Rata-rata mereka berusia dalam lingkungan 50-an ada juga pernah saya jumpa dalam 60-an sudah bongkok berjalan. Mereka ni kebanyakannya orang kelantan drp percakapan atau mungkin juga dari daerah Selatan Thai patani.
Mereka ini ada dalam 4-5 orang yang akan menunggu orang yang memasuki kawasan di situ. Kemudian menghulurkan keropok untuk dijual. Untuk saiz biasa keropok dijual berharga RM20 sehingga RM30 mmg jauh mahal sedikit drp biasa.
Saya rasa kebanyakan orang membeli disebabkan kasihan. Saya juga pernah beberapa kali ketika sedang membeli KFC (drive thru) berdiri di cermin tingkap seorang lelaki tua yang boleh dipanggil pakcik.
"Belilah sekampit RM20 boleh kurang RM16 kalau adik nak. Sian ko pokcik dah satu hari laku 2 jah,"
Seperti saya kebanyakan yang membeli disebabkan rasa kasihan. Apa yg saya  bayangkan jika lelaki itu ayah, datuk atau juga pakcik sendiri. Tapi pernah juga saya tolak bukan kerana tidak mampu tapi jika seminggu 3 kali mengisi minyak dengan keropok yg masih ada belum digoreng di rumah, sudah tentu saya menolak. Lagipun kalau lama-lama disimpan nanti tidak sedap kerana lemau.

Pernah satau ketika mahu menitis air mata melihat lelaki tua yg sudah bongkok pergi dr satu kereta ke satu kereta namun malangnya semua tidak mahu membeli keropoknya.  Saya yang ketika itu berada di dalam stesen minyak keluar dengan harapan mahu bertemu dengannya malangnya dia tiada dan sudah beredar.

Mgkin ada yang menjemuh yerlah kalau sudah acapkali ditahan untuk membeli keropok. Tapi dr sudut lain mgkin hanya ini mata pencarian mereka. Mereka mencari rezeki halal.  Cara saya senang jika tidakmahu beli tidak mengapa, beredar saja dan ucapkan kata yang lembut dan manis. jangan ditolak dengan kasar atau bahasa kesat mereka juga manusia seperti kita.

Kalau di kawasan Bangi ini sudah ada penjual keropok wanita lagi kasihan sebabnya mereka ni membawa plastik yang besar mengusung di bahu berjalan dalam keadaan cuaca yang panas.
Dalam 2 bulan lepas ketika tu saya minum di Kopitiam Bangi berseorangan disebabkan lapar kerana tidak makan tengah hari.

Tiba-tiba datang seorang makcik meminta saya membeli keropok. Sebelum tu saya sudah membeli di petronas dengan penjual lelaki. Dalam hati kasihan, tapi nak beli sebab masih ada lagi jadi saya ajak dia makan dan minum. Dia menolak sebab katanya masih kenyang. Saya berbual dengannya..
menurut wanita itu dia berasal dr Selatan Thai..oh betulllah sangkaan saya. Biasanya mereka datang pagi hingga ke petang tidur selama seminggu menjual keropok dan pulang ke sana semula semata-mata ingin mencari rezeki. Oleh kerana kasihan saya beli juga sekampit kecil.

Setelah wanita itu beredar 30 minit kemudian datang pula seorang lg wanita membawa keropok yg sama mungkin mereka ni satu kumpulan yang sama. Dia merayu-rayu supaya saya membeli katanya hari ni tiada rezeki.

Serba salah pula dibuatnya...hendak dibeli keropok sudah ada.
lantas saya memberikan sedikit sedekah.."cuma ni jer saya mampu makcik, minta maaf tak dapat beli sebab saya sudah beli tadi," kata saya.

Sebaik memberi sedikit wang saya beredar...saya melihat dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih...mungkin akan ada rezekinya selepas ini. Hanya itulah doa saya.





Thursday, January 3, 2013

baik-baik saja di sekolah

 Hari ini 3 Jan 2013 sudah masuk hari ketiga persekolahan. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah tapi masih kelam kabut sikit InsyaAllah selepas dua  minggu diharap semuanya akan kembali seperti sediakala.

Sekolah agama bandar baru bangi
 Hari pertama persekolahan di sekolah agama bandar baru bangi semuanya ok. Saya tidak perlu menunggu dia di kelas. Sebaik menghantar dan memastikan guru kelas kakak saya terus pulang ke rumah. Walaupun ada rasa bimbang namun saya yakinkan diri dia mampu menguruskan diri sendiri di sekolah.


kelas kakak di sekolah agama
 Inilah kelas sekolah agama kakak. Apabila pulang ke rumah dengan excited bercerita bertemu rakan baru balqis dan membeli makanan di kantin sekolah bersama-sama. Habis RM2 yang dibekalkan dibeli nasi lemak dan air. Hari kedua dia minta dibekalkan nugget dan hotdog dan kakak hanya membeli air saja. Saya katakan padanya balance duit boleh disimpan di tabung dan apabila penuh boleh membeli buku kegemaran atau barang yang dia inginkan.

 Hari pertama Fahim di tadika, sangkaan saya meleset. Ingatkan dia akan menangis seperti kakaknya dua tahun lepas. Tetapi tidak. Dengan machonya dia berkata, " mana Fahim nangis, kawan Aim jer nangis tak malukan mama,"  syukur kerana memudahkan kerja saya pada waktu pagi.
Hari kedua pun begitu juga excited bercerita mengenai ustaz yang mengajar doa masuk tandas dan apabila pulang ke rumah setiap kali masuk ke tandas dimintanya saya membacakan doa. Jika tidak, nanti syaitan akan masuk ke bilik katanya.


Fahim dan kakak hari kedua ke sekolah
 Kakak pula di sek. keb pada waktu petang. begitu juga untuk hari pertama, kedua dan hari ini saya hanya menghantar dia di hadapan pintu pagar sekolah saja. Selebihnya dia menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah...


Fayyadh

 Ini pula si cilik yg memasuki 6 bulan esok. Alhamdulillah tidak banyak kerenah mudah dijaga.
Oh ya apa azam tahun baru ya? sebenarnya saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru cuma mengikut arus saja...apa yang datang harus dilalui dengan sempurna dan berhati-hati, semoga perjalanan 2013 lebih menghiburkan dan memberikan kegembiraan dengan adanya 3 anugerah yang tidak ternilai ini, 3D- ( Durrani, Dhani dan Dahin). Mereka adalah harta kesayangan saya paling bermakna dan berharga.


Dhani Fahim, Dahin Fayyadh (tengah) dan Durrani Fatihin 3 cinta hati saya.

Sekarang adalah masa memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Walaupun dengan kekangan masa yang maha hebat. Ya bukan senang mahu menguruskan anak pada zaman milenium ini generasi Z dan Alpha semua perlu cepat dan pantas serta perlu kena caranya.

 Kalau kita ketinggalan masa tidak akan datang kembali. Selalu saya ingatkan diri anak adalah tanggungjawab pertama dan kerja adalah kedua. Walaupun kita mencari rezeki untuk anak-anak tapi sekiranya mencari rezeki sehingga mengabaikan mereka suatu hari nanti apabila mereka semakin dewasa mungkin akan ada sekelumit penyesalan di hati mengapa dulu aku tidak melakukannya seperti ini. Ohh saya tidak mahu menjadi seperti itu. Harapan saya, 2013 ini saya mampu menjadi ibu, mama, umi, bonda, mak dan mummy terbaik kepada mereka. Jika mama TERLUPA tolong ingatkan wahai anak-anakku.


Thursday, December 13, 2012

follow up di Azzahrah Bangi



Semalam buat follow up check up di Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi. Alhamdulillah dah ok cuma masih batuk dan masih ada bunyi  kat paru-paru. Doc kata kuman tu masih ada sebab itu masih ada asma.
Jadi dapatlah ubat sedut untuk asma, batuk, cairkan kahak dan alahan paru-paru. Dah tua-tua ni pula kena asma dulu kena masih kecil jer.
Minggu depan Isnin ada follow up lagi kalau masih ada bunyi mungkin kena buat chest x-ray lagi. Nampaknya doc mmg betul-betul nak pastikan semua ok..tiada batuk, tiada asma lagi.

Alahai badan cepatlah sihat.




Tuesday, December 11, 2012

3 malam di wad

 Macam-macam berlaku sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah sekarang ni kesihatan semakin baik. Syukur Tuhan masih memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik. Amin...amin.
Sebelum ni risau dengan kesihatan mak di kampung yang sudah 2 minggu demam tak kebah-kebah. Nak dibawa ke hospital tuan punya badan sendiri tidak mahu. nasib baik ada adik dan kakak yg menjaga di kampung.

 Balik dari melawat mak di kampung badan masih ok. Mungkin juga kerana terlalu penat dengan kerja dan asgment setiap hari hari Ahad dan mula batuk dan pening kepala. Tapi gagah juga bekerja kerana ada asment. malas kiranya mahu menukar kepada tarikh lain. Faham sajalah...apabila sudah membuat temu janji yang membabitkan org lain. Tapi Isnin tu demam semakin teruk tambah pula apabila kena hujan pada waktu petang menyebabkan kepala semakin berat dan badan semakin panas. Akibatnya esoknya suhu badan mencecah sehingga 39 darjah celsius sehingga diberikan injection oleh doc dan MC 2 hari.
Kata doc jika tidak kebah Khamis perlu menjalani ujian darah...tapi belum masuk khamis petang rabu badan sudah mula menggigil. Sejuk sampai ke tulang diikuti sesak nafas di bahagian dada. Mmg perit dan sakit, ditambah pula dengan muntah. mgkin sebab angin tak makan sepanjang hari.
Akhirnya suami membawa ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah di Bangi.
selepas ujian darah dilakukan didapati platlet darah sangat rendah dan berkemungkinan denggi. terpaksalah dimasukkan ke wad.


 tambah air sehingga 2 botol diikuti 2 botol keesokan harinya. Esoknya sekali lagi darah diambil alhamdulillah bebas denggi dan efluenza A. Cuma mmg disebabkan demam, batuk dan asma.

 Hingga hari terakhir 6 botol air dimasukkan...sepatutnya ada lg sebotol tetapi kedua-dua belah urat tangan sudah membengkak sehingga antibiotik terpaksa dimasukkan terus menerusi urat tangan. Sakitnya ...huhuhuhu mengalir juga air mata menahan sakit.

 Selain saya yang demam fahim juga turut batuk dan demam. Mujur dia tidak meragam. Dua malam di hospital bersama saya. fayyadh juga malam sebelumnya sudah demam mujur sekejap saja. Dua malam dia dijaga pengasuh Mak Ida. Alhamdulillah sabtu tengah hari dah dibenarkan keluar hospital tetapi perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang Puteri dengan pakar jantung.


Isnin saya ke Ampang Puteri, pertama kali menjalani rawatan di sini...sepatutnya dengan Dr Ismail tetapi disebabkan bercuti ganti dengan Dr Thiru.


 Pertama kali juga menjalani rawatan echotheraphy . sama seperti scan ultrasound...tetapi di bahagian jantung untuk mengetahui sebarang keganjilan pada jantung. Alhamdulillah semuanya ok...tiada masalah jantung. Lega sangat...


Sekarang saya masih dalam cuti selama seminggu ...so minggu depan Isnin baru bekerja.  Saya memang jarang demam tapi demam kali ni mmg Tuhan suruh saya berehat sepenuhnya. Lupakan sekejap kerja-kerja di pejabat tuh.
Dengan revemp lagi huhuhu tu yg berserabut kepala. Ditambah pula dengan tak cukup tidur disebabkan menyelesaikan kerja-kerja pejabat di rumah pada waktu malam. Minggu ni pula Rabu-Jumaat sepatutnya pengasuh saya minta cuti mmg pening juga kepala memikirkan ke mana mahu diletakkan anak-anak saya disebabkan cuti semua staff dibekukan sepanjang Disember ni. Itulah penambah kepada keadaan kesihatan yg tidak baik. Nampaknya perancangan Allah mengatasi segala-galanya....diberi demam supaya saya berehat sepenuhnya....diberi demam supaya saya tidak perlu memikirkan ke mana mahu diletakkan anak-anak 3 hari ni. Perancangan Allah lebih bagus drp apa yang kita fikirkan..DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya. AMIN.




Saturday, November 17, 2012

BUAT nasi lemak dgn jemput-jemput

 Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun siapkan nasi lemak. ala simple jer sambal ikan bilis, telur dan ayam goreng. Makan pagi terus sampai tengah hari sebab nasi  masih banyak, sayang pula membazir.

 Inilah hasilnya hehehe...

 Jemput makan. anak-anak pun mkn banyak...selalu beli jer bila masak sendiri lain sikit.

 Petang pula buat jemput-jemput pisang untuk budak-budak

Buat jemput bawang...mkn dgn sambal ikan bilis. cuaca pula redup jer..minum pula kopi panas..perghhhh...habis sepinggan.

Untuk malam karang masak lain pula...hari ni duduk rumah jer tak pergi mana...lipat baju bertimbun..huhuhuhu


Wednesday, November 14, 2012

hari konvo IKM di GMi Bangi

Hari tu 8 Nov adalah hari kovokesyen adik ipar di GMI Bangi.
Jadi lepas amik kakak di tadika, terus ke GMI, nasib baik cuaca elok jer tak hujan. Ngam-ngam pula tuh adik baru keluar dr dewan apa lagi sempatlah bergambar dulu hehhehehe


 Kakak dan Fahim bergambar dengan bunga dulu

 Kakak sibuk surih beli teddy bear dgn bunga..

 Senyum sampai tak nampak mata Fahim ooiii

 Bergambar dengan Achik Serol yer...abah, kakak dan Fahim.

 Serul dengan baby Thaqif

 mama Thaqif dgn Serul pula

 Angah dengan Serol
 Arina, kakak, Fahim dan Atiah

 Ehem..ehem..Serol dengan Ada merangkap buah hati pengarang jantung

 Along dengan Serol..

Ni pula Lia...

 Ok gambar ramai-ramai pula yer...

 Yg ni geng wanita pula
 Tahniah Angah merasa pakai baju konvo. ada tokoh pula tu terima scroll

Phweittt...wanita-wanita saja...

 peace..tuan tanah dengan anak-anak

 Geng-geng wanita anggun..auww...

 Tahniah Serol...

sekian...cerita bergambar..