Saturday, August 15, 2009

mari kongsi tip cegah HINI

Takut betul sekarang ni dengan wabak HINI, rasanya macam nak duduk rumah jer tak nak pegi mana-mana. Ttp boleh ker uols. keje kena keje juga kena jumpa orang juga hari-hari. Tawakal ajalah moga-moga dijauhkan drp virus bahaya nie.

Sekarang ni pelbagai tip / panduan untuk mencegah HINI yang akau dapat sama ada dlm email atau SMS. Memang berguna orang kata mencegah lebih baik drp mengubatikan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit tip yang boleh diikuti aku pun dah start amalkan sekarang ni..takut beb!!!! memanglah orang kata nak mati kat mana-mana pun boleh tak kira tmpt dan penyakit ttp takkan tak buat apa-apa pulakkan tak usaha langsung drp mencegah..cannot..cannot...cannot..

1. yang pertama tentulah pakai topeng.
aku rasa kat negara kita skang ni belum lg sepenuhnya pemakaian topeng ni. Cam aku sendiri pun kuar asgn masih tak pakai topeng. Tapi sebenarnya topeng sendiri pun tak fully covered untuk halang virus tu merebak. Sebab kuman tu boleh tersebar melalui sentuhan dalam jarak 1 meter. jadi elakkan ler ke tempat bersesak-sesak kalau tak perlu, kalau kena juga tu nak wat cam manakan tawakal ajerlah. ..ayo..ayo takut uols kdg makan kat kedai kuman tu melekat kat meja, kita pegang meja berjangkit juga uols.


2. Jadi yang peling penting kena jaga tangan, bersihkan tangan selalu. Sebab kita lakukan aktiviti guna tangan. kalau susah sgt nak basuh yerlah kalau kuar pg shoping kompleks susah plak kan nak cari toilet nak basuh jadi bawalah selalu hand sanitizer ni. lepas jer bersentuhan dgn org terus jer cuci dgn benda ni. aku pun siap letak dalam beg, tengah jalan pun aku cuci dgn hand sanitizer ni.

3. Virus ni senang terkena kepada orang yg mempunyai antibodi yang lemah. jadi kena tingkatkan antibodi dengan banyakkan makan buah-buahan sebab ada vitamin C. kalau boleh buat jus oren..(hahhaha baru buat pg tadi ni fresh lg uols), makan oren banyak2, makan epal sebab epal ada anti oksidan yang boleh menguatkan antibodi, lagi satu aku baru dpt info makan buah kiwi atau minum jus kiwi.

Untuk anak-anak aku bg makan scolt Emulsion. Untuk antibodi dorang.
4. SMS yang aku terima drp Bennie malam tadi sangatlah membantu. Dalam SMS tu berbunyi
" Kita kena cegah daripada merawat sebab dah ramai meninggal. Antibodi badan mesti kuat. Mengikut amalan perubatan yg dirahsiakan bangasa lain, memakan bawang putih dan EPAL HIJAU sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik mencegahnya. Pagi tadi aku sudah memasukkan bawang putih dalam sup anak. kalau time pantang mmg ler bawang putih jd makanan harian. ttp tk per uols kalau nk mkn jugak bwg putih dibakar kemudian dimakan dgn lada hitam yg ditumbuk dimasukkan air asam jawa sikit..sedap...
Itulah sedikit sebanyak tip yang boleh kita amalkan.
harap2 boleh membantu kita mengelak terkena jangkitan virus merbahaya ni. AMIN

2 comments:

INTAN said...

mmm..gyne aku ckp..dia baru balik ostolia...kat sana...xde sapa yg pakai face mask...notis psl H1N1 pun tarak...


hand sanitazier tu make sure pas makei...pas jumpa sumber air...basuh balik tgn gan air....kandungan dia ada unsur2 alkolhol

Raja Radiah said...

huhu....akak pun memang bagi anak makan scott emulsion...buah epal..lagi lah anak akak suka walau masam sket...hehe