Wednesday, August 5, 2009

layan kerenah durrani

Selalukan aku ambil gambar baju-baju untuk blog online, Durrani pandang jer sambil tanya, mama wat per?"
"oh mama ambil gambar baju nak jual,"
"ohh."

malam tadi agaknya tengah bosan kot dia pun mengambil kamera dan menyuruh aku mengambil gambar beberapa item seperti remote control, basikal, tilam, bantal, TV, susu dan semua yang ada di sekitarnya. Lepas tu dia pulak ambil sendiri..ceehhh macam2 gambarnyer..senget-senget semuanya.

Remote yang suka disorok oleh Durrani. habis cari satu rumah..mana dia letak.

Ohh semalam beli selipar baru kat dia. Bila balik rumah tunjuk kat dia terus jer dia kata, "mama beli ekkk...sayang mama. Mama Hebatlah," terus jer cium aku ambil hati. Keh..keh..keh..ttp yang tak tahan tu HEBAT tu..vangga makcik uols.

Model pose dengan ikan kepunyaan Fahim kalau nak tido skang ni gentel-gentel ikan ni lah.


Ohhh bear juga sudah memakai kasut. Hehhehe..semalam juga punya cerita ni..dia ambil bear kemudian pakaikan kasut. Bila kasut jatuh habis dia ngamuk. Mmglah tak padan kaki bear tu kecik. pastu suruh aku pakaikan bear selipar baru tu..lagilah tak boleh..iskk.iskkk nasib baik ok kalau ngamuk nak juga aku pakaikan....tang mana aku nak cucuk tak tau ler...

3 comments:

raihanah said...

salam
Harus durrani dah besar jadi bisniswomen, dah hari-hari tengok mak dia berniaga...

encik rosli mengusik awak dalam blog kak ana...

INTAN said...

beso skit durani leh jd asst

kirana said...

mama hebat tu tak tahan tu kekekekek