Tuesday, August 25, 2009

cerita ceriti

Ehhh hari ni dah masuk 4 hari puasa. Kejapnyer cepat jer masa berlalu.
Puasa sama seperti tahun-tahun lepas cuma tahun ni time nak berbuka tu mmg penat sikit ler..thn lepas fahim baru 2 bulan, ok lagilah letak jer..dia diam boleh berbuka dgn amannya. Ni dah pandai mengacau apa lagi..habis semua dia pun nak makan juga. kalau tak bagi mulalah uuwaaa..nangis tak ingat. Kenalah bagi dia pinggan, masuk nasi, lauk semua bg makan sendiri...habis ko dia makan. lapo anak aku cam puasa jer kekdahnya.

Pastu sekarang ni asal balik dr umah baby sitter jer terus ambil buku, pastu minta ajar pasal binatang. Yg dia pandai sebut CAT ngan BIRD..semua binantang CAT..semua BIRD wpun dah banyak kali ajar binatang lain. hari tu balik kg PD tgk ayam pun dia kata bird siap kejar ayam..ngan kucing.

Hahahhaha apa motif aku nak citer kali ni pun tak tahulah belasah jerlah labu apa yg terlintas itu aku tulis.
Itulah buku kesukaaan Fahim yg ada gambo2 binatang. Ohh lagi satu baby sitter aku kata, dia suka tgk National Geografic..pastu dia tak larat nak layan sebab mulut becok bertanya..

Kat bawah ni gambo masa lik kg minggu lepas. Semua balik jd meriahlah rumah. tambah2 time nak berbuka..huh..sorang nak air kelapa, laicikang, tebu, ABC, soya...macam restoran dah.

balik kg kali ni seronok sebab Fahim dh pandai berkawan. walaupun ada yg sebaya dgn dia ttp dia nak kawan ngan budak2 besar 7,8 tahun. senang aku berehat. kalau ada kawan dia tak cari aku langsung..ttk macam kalau kat umah..asyik nak berdukung..mengekor jer..aduh nak g toilet pun bawa dia. kalau balik kg pandai plak bawa diri.


Ni tengah main dgn sepupu dia. leka jer main aku nak tidur pun senang. Bila lapo susu baru cari aku.


kali ni entry merapu lagi tak ada point ..semua belasah jer...hahhahah oklah kan.
hari ni nak berbuka dgn apa pulak yer. semalam beli jer..hari ni pun sama gak sampailah hari ke30 puasa semua beli sajer.. terserlah kemalasanku

4 comments:

ibu_arifa said...

bagus nyer tgk fahim pandai berkawan..nape lah semua jiran aku ni tak de anak kecik..kalo tak leh buat kawan arifa.
tggu baik kg jer baru ada kawan..tu pun sepupu jer.

rynas said...

aaa..tu ler tgk dah pandai berkawan senang sikit mama nak rehat. ttp bila kat umah bukan main lg asyik mengekor jer. tak leh tinggal

INTAN said...

fahim nak adik le tuh

ennieva fauzi said...

sesekali ko merapu syok gak bacanya :)