Thursday, August 6, 2009

sakit lagi

Semalam jam 12 lebih fahim nangis-nangis, ingatkan nangis biasa jer..lepas tu makin bertambah kuat, puas dipujuk tak nak juga. diberi susu pun tak nak. Ingatkan sakit perut usap perut dengan minyak..pun tak jalan juga. Risau sangat-sangat..kejap2 dia ok berhenti nangis. lepas tu nangis balik..mengeliat cam orang sakit gitu.
Jadinya bila nampak cam dah lain macam kita orang pun bergegas lah pegi klinik...cari klinik yang buka 24jam..tak ada doc pulak. alahai..rasa dah nak nangis ni. terus Azzarah, perhhh ramai giler tu orang menunggu..ada dlm 12 orang lagi kena tunggu. nasib baik masa tu Fahim dah diam..kalau tak mahu juga ke kecemasan.
Bila dah diam terus tepuk2 dan dia tido kat situ...
Tapi menunggu punyalah lama..macam hospital kerajaan jer..dah ler musim orang sakit tapi doc bertugas satu jer. Apalah punya private...tunggu sampai jam 3.30 pagi barulah giliran dipanggil.

Bila cek dgn doc dia kata tak ada apa-apa. demam pun sikit jer..paru-paru semua ok. maybe perut dia memulas sebab itu ler nangis. sebab macam kembung sikit.
lepas dah amik ubat terus jer balik umah dan tido..
alahai fahim ni selalu sangat sakit..harap2 dah besar nanti kuranglah sakitnyer..

6 comments:

kirana said...

laaa malam2 pon ramai jugak ek...
aduh jenuh tersengguk nunggu

fahim,cepat baik yer

wak,kot dia nampak sesuatu kot kat umah..mana tau ..
masa dia nangis..mata dia naik2 ke atas tak

INTAN said...

sian dia....kemimpian gamaknya

ennieva fauzi said...

sabar le tie...tindakan yang bagus bawak segera ke hospital. Jangan amik mudah je ye...

rynas said...

Ana- mula-mua fikir gitu jugaklah sebab kat ruang tamu nangis kuat, bila g bawa tmpt lain diam kejap pastu nangis balik. ttp risau gak tu yg bawa g spital.

Intan- budak2 kan sementara nak besar macam2 sakitnya. ttp risau gak tan mcm2 sakit skng ni. aku tgk org g spital jam 1 pagi tak renti2 takut aku ramai nau orang sakit.

Ben- ben betul ben..kalau apa2 jadi kan ke lg susah

Cik Suri said...

takutnyer...tak lama lagi saya plak akan lalui pengalaman ini...

Yan said...

takpela dugaan tu... sok2 mane tau dia dah besar menyenangkan kite.. hehehe

ermm qis ms baby selalu kembong.. smpai skang pusat dia terkuar sbb kecik2 dulu dia kembong pastu nangis kuat.. shian anak ummi..