Friday, August 21, 2009

n3 MERAPU DAN SELAMAT BERPUASA...

Sudah lama tak update blog..nnati korang ingat aku bz plak kan. tak ler bz sangat bz ala-ala manja jer kan. tengah tak ada mood nak update...dan tengah tak ada story nak update. Jadinya entry kali ini adalah entry merapu sebelum kita semua berpuasa esok.

Selamat berpuasalah kepada semua semoga puasa kali ini kita mendapat lebih banyak pahala dan keberkatan. Dan tahun ini juga sekali lagi aku tak dapat menunaikan sembahyang terawih di masjid berjemaah. Rasanya sejak ada anak kot...huhuhuhu sedihnya. kalau tak dulu time bujang dengan housemate lepas jer berbuka terus siap-siap pg surau depan rumah tu. Ala buat 8 rakaat jer. Setiap malam mesti nak pegi sebab kalau tertinggal sehari mesti dah malas dan selalunya hanya di awal-awal puasa paling kurang dua minggu lepas tu makin malas ler hihihi... sekarang ni susah sikitlah dah ada 2 anak mana mau letak itu anak-anak...ada yang kata buat kat rumah. Memang ler boleh tapi suasana tak sama dengan buat kat surau atau masjid. harap-harap boleh lah juga berterawih di rumah...

baju raya??? heyyppp...belum poser lagi dah cakap pasal baju rayakan..gitulah..

tahun ini mak tak ada baju raya nyah!!!!!!!pakai jer apa yang ada..
ntah ler...cam tak semangat pulak nak tempah baju raya...sebenarnya baju raya dah beli 2 pasang berbulan-bulan awalnya...tp tulah tunggu punya tunggu punya tunggu tak hantar juga kat member nak jahit. Tunggu apa pun tak tahu lah..itu ler dah kata tadi tak der mood nak berayakan...
last nyer 2 minggu lepas tanya kakak ipar sebab dia pun menjahit juga. dan kata NO..DAH TAK LEH TEMPAH. PAKAI LEPAS RAYA BOLEH...aduh!!!! tak perlah pakai lepas raya pun ok. kan banyak open house kan..

Jadi pakailah apa yang ada. alah bukannya nak beraya sakan sngatkan..dah ada anak ni tak macam dulu-dulu. preparation untuk anak-anak yang penting. huhuhuhu (alasan org tak ada baju raya) tak per..tak per..nanti dekat nak raya nak pegi jalan TAR nak cari baju raya siap hahhahhaa...biar paling lawo dalam kampung.

Kuih raya??? adalah tempah sikit2 jer.
ekonomi meleset...bonus elek...naik gaji pun elek....NAN ADO.
dok senyap-senyap jer...diam-diam..order apa yang termampu...kalau rasa biskut tak sedap itu tandanya beli kat p. malam ler keh..keh..keh..
ada yang tanya tak bisnes kerepak ker????
dah lama off bisnes sejak beranak dua...huhuhuhu tak larat nak amik barang..dan packing barang.

Kasut raya??? iskkk..pakai selipar jer...

Langsir baru..sofa baru..brg rumah baru ???
ayo..ayo..penah beli baru ker untuk raya...sama jerlah. raya tak raya sama jer...hihihihi (tak ada pembaharuan kalau uols dtg umah)

Gitu ler kalau nak raya..belum poser lagi dan tempah baju, tempah kuih, tempah langsir beli itu beli ini. pendek kata semua nyer baru. maklumlah raya hanya setahun sekalikan..jadinya gunakan konsep beraya sakanlah kan...

tapi jangan lupa pulak pada RAMADAN yang menjelang ni. Di situlah pahala kalau nak cari banyak-banyak. Ingatan untuk diri sendiri juga selalu dok ingat raya jer..sedangkan puasa yang sedang dilalui tidak digunakan sepenuhnya. Manalah tahukan entah RAMADAN ini yang terakhir ke tahun depan dah tak jumpa...
so ingat-ingatlah sama....berdoa semoga virus H1N1 menghilang dengan kedatangan RAMADAN ni.

entry merapu cik bedah kali ni diakhiri dengan

SELAMAT BERPUASA UOLSSS...

6 comments:

ennieva fauzi said...

apapun, selamat berpuasa la tie. Itu yang wajib. Marile kita jadikannya semeriah mungkin walau macam perkara berlaku dalam hidup ye...

Salam Ramadan buat Iti sayang

cikguliza said...

Selamat berpuasa..Ramadhan kali ini paling menyedihkan buat diriku...Hubby jauh nun di utara..

INTAN said...

selamat bposa utk hg sefamily

Raja Nor Azeda Raja Uda said...

pakai aje ler sandal yang akak belikan kat padang tu raya nanti. hehe

Rashidah Ibrahim said...

Lama pula tak nampak, dekat tetapi jauh, posa-posa ni asyik balik awal tkut tersangkut jam. tahulah jalan ke gombak. tak sempat nak cara hal orang.

Rashidah Ibrahim said...

lama tak nampak, posa-posa nik asyik balik cepat, takut sangkut jam. tahulah jalan ke gombak....bukan mcm ke bangi. selamat berpuas