Monday, March 1, 2010

promosi susu...

Jumaat lepas dah tengok dalam paper, sale kat Giant. Ala bukannya nak beli apa sangat pun cuma tengok susu ANMUM yang harganya memang murah. Lagipun susu ni memang susah sangat ada sale. Jadi petang Jumaat dah pegi Giant balakong tapi stok dah habis. Tak per tunggu esok sebab nak balik PD kan boleh singgah Giant Nilai.
Petang tu on the way nak balik gigihlah pergi Giant Nilai. Nasib baik banyak lagi stok cuma seorang boleh ambil 3 tin saja. Disebabkan anak-anak tidur husband aku tunggu dalam kereta dan aku pergi beli.

tada!!!! inilah susunya untuk adik dan kakak. Dua-dua minum ANMUM.
harga biasanya dalam RM54.++, masa sale ni turun jadi RM48.++. Murahkan??? Jadi kami ambil 5 tin cadangnya nak ambil 6 tin..rupanya duit tak cukup sebab sudah bayar bil....cari MEPS alahai malas aku nak berjalan...sambil menolak troli. Ni pun dua kali aku masuk Giant beli susu.


Stok untuk sebulan???? agak-agak cukup tak ni??? rasanya macam tak jer. Dua tin dah tentu untuk rumah baby sitter, tiga tin kat rumah. Sekarang ni si adik sangat kuat minum susu..tiap dua jam..."mama nak cucu...mama nak cucu." Bila adik minum kakak pun nak juga. dan bila kakak minum adik pun nak juga...ehhmmm...memang asyik berlawan minum susu. Sebab itulah stok cepat habis. Yang sempat beli ni untuk adik tiga tin kakak dua tin jer...haruslah kena tambah untuk kakak satu tin lagi ni. Rugi betul tak sempat rembat enam tin huhuhuhu...



1 comment:

ibu_Arifa said...

hui..memborong sakanlah bila harga dah murah cam ni..sama jgk dgn saya pun.