Thursday, February 25, 2010

akibat cuai!!!

Aku tahu aku cuai!!!!
Entah apa lah yang aku ingat!!!!
Keje..tak ehhh...
penat sangat???? tak juga..
selalu aku tak pernah lupa pun...

Begini ceritanya...semalam aku stayback kat opis overtimelah konon-kononnya. sampai 8.45 malam barulah terhegeh-hegeh nak berkemas..turun lift pegi kat kereta yang aku park kat tingkat 20. Makk aiii...tingginya. Gitu ler kalau ada asgment balik asgnment mesti parking penuh yang kosong pun tingkat 19,20,21.
Masuk kereta terus jer hidupkan enjin...ehhh apasal tak boleh start ni. Lampu langsung tak nyala. Tekan lagi...banyak kali tekan..tekan tak hidup juga enjin. Adeh!!!!..pastu aku nak buka lampu...aisey..lampu tak padam ler. Cam nerlah aku boleh lupa padam lampu ni. Dari jam 3.30 ptg tadi sampai ler ke malam haruslah bateri kong kan.

Terus jer dail no suami minta tolong. Masa tu ingat nak balik naik komuter jer. Yerlah dgn anak-anak kat rumah susah pulak suami nak angkut sekali. pastu dia kata....jangan naik komuter tunggu nanti dia ambik. Nak bawa jumper sekali hidupkan enjin...
huhuhu...alhamdulillah...dia pun bawalah anak-anak sekali ke office.

Dia sampai dalam 9.40 gitu terus jer ke tingkat 19 dan buat apa yang patut. Mulanya enjin tak nak hidup. banyak kali try...lepas tu suami aku kata, " Ni lastlah nak buat lepas ni kalau tak boleh jg balik jerlah."
lepas jer kata gitu terus jer enjin kereta berbunyi..yahoooooooooo!!!!!!!! seronok giler. bukan apa esok ada asgnment kat bangsar 10.30pg...kalau ler kereta tak boleh start macam mana pulak nak pergi asgment. Nasib baik Tuhan tolong aku...Alhamdulillah. Lepas tu terus jer balik jam 11.30 mlm baru sampai rumah.

5 comments:

ennieva fauzi said...

its normal thing kat parking lot kita ni tie...lepas ni duit dah banyak, sambar MYvi jer..bukan apa, tak tutup lampu dia berbunyi, tak tarik kunci pun dia bunyi, so tak de problem terlupa tutup lampu bagai...

ibu_arifa said...

ooo. .nasib baik hero dtg membantu..alhamdulillah

rynas said...

Ben- cadang-cadangnya gitu ler Ben. Nak juga cari Myvi satu ahaks..

Ibu arifa- hehheh tu sib baik ada hero yang boleh diharap.

ennieva fauzi said...

Tie, ambik warna putih...aku dulu nak warna putih tapi nak pakai cepat,sambar je apa ada depan mata. Tunaikan hajatku yang tak kesampaian hehehe

rynas said...

yer ben putih idaman kalbu hehhehe