Wednesday, March 24, 2010

kaya..miskin..senang atau susah???

Minggu ni penat dan agak bz sedikit, sebabnya semua bahan untuk untuk hujung minggu ni dan minggu depan kena hantar sebelum Khamis. OMG banyak lagi bahan belum hantar tuh. Tapi banyak juga yang sudah chayok..chayok..
Rakan-rakan kat office tu selain kusyhuk menulis story juga tidak sabar bercuti ke Beijing dan inilah di antara sebab mengapa bahan perlu dihantar lebih awal drp biasa kerana semua team Harian Metro akan bercuti Beijing bermula Jumaat ini sehingga Selasa depan. Sioknyer...tapi aku??? huhuhu...tunggu tahun depanlah kot InsyaAllah kalau ada rezeki. Sebabnya kan aku masih baru lagi...jadinya tk dapat mengikuti trip kali ini..ala tak kisah pun..ikut keutamaanlah kan. Lagi pun tiap tahun ada trip ke luar negarakan..kalau capai target. Memang seronok tengok kawan2 bercerita..tiap tahun percutian ditaja sudah tentulah ada. kemudian percutian sendiri pilih sahaja mana yang berkenan di hati, Indon, Bangkok, singapura atau negara Eropah. Duit sudah banyakkan apa tunggu lagi.

Duit..duit..duit kalau ada duit semua boleh jadi.
ada yg kata jgn jadi hamba duit...duit tak boleh bawa ke mati..tapi aku kata pula kalau tak ada duit macam mana mahu kebumi. Beli kain kafan dan segala keperluan pun perlukan duit. Sekarang segala-galanya duit. Masuk bilik air awam paling kurang 30 sen. Kalau dalam poket tak ada duit jangan harap dapat keluar. Start sahaja enjin kereta minyak perlu diisi, kemudian perlu membayar tol dan isi perut sendiri. nah..cuba sangkal siapa kata duit tidak penting. Berduit taraf semakin tinggi, ke sana sini ramai yang mengangkat tangan, ada driver sendiri. Dibukakan pintu, diangkat bagasi. Serba serbi dilakukan orang lain. Tidak berduit di tepi jalanlah ko..ada yang mahu pandang. Itulah bezanya...taraf seseorang..

Tetapi ada pula walau hanya bergaji rendah RM700 tetapi mampu hidup senang disamping keluarga dan anak-anak. Semuanya ala kadar sahaja...cukup makan dan pakai. Serba serbi sederhana. Tiada kereta mampu berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam. Tidak pernah pakai baju mahal hanya di pasar malam sahaja. Makan di restoran murah sahaja. Berduit ala kadar namun hati senang.

Jadi yang mana satu pilihan anda? wah macam kuiz pula. aku pernah menemuramah seorang model terkenal, jika dilihat kehidupannya pasti orang mengatakan yang hidupnya mewah. Berduit mampu membeli apa sahaja. Anak dihantar ke sekolah antarabangsa. namun hatinya tidak senang, gagal dalam perkahwinan, kecundang dlm rumah tangga. Akhirnya dia berkata cinta perkara utama kemudian baru duit. Dengan cinta kita boleh mencari duit, tetapi duit tidak mampu membeli cinta. Berapa ramai yang mewah, berharta, kaya, popular tetapi hati tidak senang.

Sebenarnya kemewahan yg diberikan itu adalah ujian, dan ujian diberikan kemewahan itu paling susah sebenarnya. Sebab itu apabila mewah manusia mudah lupa diri, ego dan hidung tinggi tidak lagi memandang rumput di bumi, mula kedekut pada hal duit yang semakin di sedekahkan semakin bertambah pula. Agaknya sebab itulah Tuhan tidak beri aku kaya...nanti sombong dan ego pula cukuplah dengan kehidupan sekarang sederhana sahaja Motif???? aku nak jadi kaya ker????hahhaha ntah apalah merepek pagi-pagi ni.

Sebenarnya tiap kali bertemu dengan manusia daripada pelbagai peringkat, dengan pelbagai cerita buat aku sedar dan insaf. Ada yang miskin tersangat miskin, sehinggakan makan pun terpaksa yang sudah expired kutip tepi jalan. Ada yang diberikan ujian anak, anak cacat anggota, anak cacat penglihatan dan cacat akal dan ada pula diberi sakit sehingga meninggal. Jadi jika difikirkan apakah yang kita cari (hehehe cam kaunselor pulakkan) kaya, mewah, miskin, cacat dan akhirnya...kita semua dengan tujuan yang sama iaitu ke SANA juga.
jadi kalau kaya..tak menggunakan kekayaan ke jalan sepatutnya tak guna juga. Sekali Tuhan tarik apalah yang ada dengan duit berjuta-juta tuh. Biar bersederhana, asal hati senang serta menerima tiap ujian dengan reda. Anggap sahaja ujian untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran kita. sejauh mana dengan ujian itu kita semakin dekat dengan Tuhan dan seringkali aku juga menganggap ujian Tuhan itu sebagai penebus kepada dosa-dosa kita yg lalu.

4 comments:

Mag said...

huhu..selalu pikir pasal ni..nak jadi sederhana saja..tak nak kaya sangat..nanti lupa diri..miskin jugak pon susah

Mrs. Simplicity said...

tak tau nak cakap cmne tapi pada saya duit ni isu sensitif. ada duit senang hati semua, takde duit bole jadi punca gaduh. sape artis yg bole kuakan statement gitu? ish2...

takpe, next yr bole ke negara lain pulak kan? ;)

ANAKIRANA said...

betul la awk tulis tulis tu....
kite penah gak dok kata..kenapa Tuhan tak bagi kite kesenangan mewah mcm org lain..stgh org tu tgk cantik..kaya..semua lengkap lah..

kwn kite pon ckp..kemewahan tu satu ujian..mungkin kalau kite dapat kite lupa diri..sbb tu Allah tak kasi kot

ennieva fauzi said...

percaya atau tidak, duit memang penting. Kerana duit, orang boleh berani mati jual dadah, kerana kekurangan duit, rumah tangga boleh hancur dan kerana sayangkan duit, majikan jadi terlalu berkira dengan pekerjanya...hehehe...tapi satu je lah, bila dah berwang (bukan beruang ye), jangan pulak pandang orang sebelah mata. Nanti kena sumpah terus miskin melata...