Sunday, March 21, 2010

hujan lebat, petir dan kilat...

Rutin harian hari Ahad adalah mengemas rumah...masak ala kadar jer. Petang bawa anak2 pegi taman permainan sambil menyedut udara segar ceewahh..
Lepas dah puas main barulah makan kat kedai. hari ni try kedai baru kat Kajang, Restoran Yus & satey Kajang namanya. Ok lah makanannya sedap juga bolehlah makan lagi nanti.
Lepas jer habis makan hujan turun mencurah-curah diikuti kilat, petir sabung menyabung. Memang takut betul ler..drp meja tepi kami beralih ke tengah sambil menunggu hujan berhenti. Dalam kedai tu adalah dalam 10 orang kot..Nak balik pun takut weehhh tengah kilat2 gini.

Si fahim dah peluk aku erat dah sambil pejamkan mata tapi mata berkelip2 dia buat2 tidolah tu tido sebab takut hehhehe.
Si Durrani pula tersorok kat tepi meja sambil pegang cawan. Dia selamba jer..sambil dok gelak-gelak. tak takut ker budak ni.

Pastu dia tanya aku:

Durrani: mama...mama...takut ker?
aku: yerlah mama takut ler kan hujan dan kilat ni

pastu dia kata yang membuatkan aku nak tergelak..

Durrani: ala..janganlah takut. Kakak kan ada. (sambil pegang pipi aku seperti mana aku buat kat dia)

alahai so sweetlah anak dara aku ni. terus jer..hilang rasa takut wakakkakak...(apalah mak budak lebih takut drp budak).
ehh tapi serius aku kalau kilat memang ngeri giler. tambah2 kalau yang angin kuat rasa cam nak terbalik pokok tu. Mulalah terbayang," nak kiamat ker?"

Kalau baru hujan sikit..kilat dah gini cam nerlah Kiamat nanti terus jer insaf...bertaubat nak buat amalan banyak-banyak tak nak buat dosa2 kecil lagi. Huhuhuhu..takut...

2 comments:

fabulous.farah said...

huhuhu..comel nye durrani..salam kenal=)

alyyani said...

alahai, sweet nya. syok jugak ada anak dara ni kan? bole jadi kawan baik kita ;)