Aku cukup kagum dengan rakan-rakan blog yang sanggup buat blog walking setiap hari dan meninggalkan komen. Bertambah kagum bagi yang dapat membuat entry setiap hari ada kala 4 hingga 5 entry sehari. Fuhhh..banyak masa dorang ekkk.
Dulu kali pertama berblog (selepas kelahiran anak kedua) ohh belum sampai 2 tahun rasanya, teruja melihat mereka yang mempunyai blog menulis setiap hari. Ketika itu membaca blog orang lain adalah terapi diri sekadar membuang masa di rumah (banyak sgt ke masa wehh). Ketika itu aku juga turut sama rajin menulis, setiap hari pasti ada sahaja entry semuanya berkisar kehidupan anak-anak. Yerlah seronoklah kan...nanti bila anak dah besar dia orang boleh tengok balik gambar2 lama...serta cerita-cerita yang aku coretkan ni.
Ketika itu tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana duit. Takkan tulis ntah apa-apa ni boleh dapat duit. tapi ya...tak percaya lihat beberapa blog popular seperti ceeramoon, vp, hanis zulaikha, redmummy (sekadar menyebut beberapa nama) dan tanya mereka berapa yg mereka perolehi dengan menulis blog.
Ketika bekerja di majalah i-remaja (majalah pun dah berkubur) aku pernah menemuramah pemilik blog ceeramoon..wow boleh tahan incomenya 1-2k sekali dapat cek. Memang seronok mendengar...tapi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dapat duit sebanyak itu, mungkin terpaksa menunggu 3-4 tahun malah lebih drp itu.
Mgkin ada beranggapan hanya dengan menempek Nuffnang sahaja (aku pun sama) iklan akan menjengah blog anda. ya mungkin ada tapi terpaksalah menunggu rm1 yang tak bergerak-gerak atau hanya 60 sen untuk setahun hhahahha. Kalau yang menulis blog semata-mata mencari duit tentu frust dan tension kan.
baru-baru ni aku bertemu dengan pemilik blog paling popular kakred, sungguh sempoi orangnya..cantik lg peramah gitu. Sambil berbual dan makan di Aseana Cafe, KLCC.
Cerita tentulah berkisar bagaimana dia mencipta nama sehingga pengunjung blognya sekarang mencecah 4 juta orang wow!!!! can't imagine that. Tapi itulah realiti...sebab itu ler kehidupan kakred macam selebriti drp hujung rambut sampai kaki semuanya ditaja. Tidak puas hati aku bertanya, "Berapa income akak?"
Ohhh..ahh..wow (yg tu nanti baca kat paper ekkk) buat aku aku terkedu sambil menelan air liur beberapa kali.
berapa banyak kali wow aku pd hari itu. ternganga mulut aku sekejap. selepas itu kembali menyambung makan nasi berlaukkan kari ayam yang sedapnya ala-ala jer.
Tapi bukan mudah tau...tidur tidak menentu..penatnya Tuhan sahaja yang tahu. tapi keseronokan dan kepuasan itu ada.
Wah kakred kembali memberi semangat kepada aku (penulis blog cabuk cam aku ni boleh ke dapat income sebanyak tuh...atau jangan mimpi ..kalau dapat rm1k pun dah melompat sangat aku rasa. sekarang ni income di blog aku ahhhh jangan tanyalah buat lepas beli susu dan pamper anak hahhahah)
tapi aku menulis bukan sebab duit, bukan sebab glamor tapi seronok membaca blog org lain dan aku pun terpengaruh sama. ya bermula dengan terpengaruh selepas itu menjadi keseronokan dan ketagihan jika setiap hari tidak menjengah blog orang lain alahai terasa kosongnya hidup. tambah pula kerja macam aku..mencari berita...yang kebanyakan story aku cari di blog2 orang lain. Semakin rajin...semakin menarik ler story yang akan diperolehi type n search sahaja. senang kan???? .
lagi satu di blog kita boleh menulis apa sahaja...bebas menggunakan sebarang corak penulisan..walaupun terlalu bebas tetapi janganlah sehingga menyakiti hati orang...kutuk mengutuk atau dijadikan medan menghentam..kan mata pena (skang kena tukar jadi ketukan keyboard) lebih tajam dr segala-galanya.
5 comments:
Sekarang kebanyakan berblog... hanya nak naikkan rating nufnang je sekarang akak tengok... akak dulu tahun 2006 start berblog... masa tu nufnang tak de. apa pun tak de... tapi sebab akak memang minat berblog.. so... tak kisah je.. sekarang bila dah ada income... ambik jekla orang dah bagi kan.. tapi... perkara pertama bukan sebab duit akak menulis.. tapi sebab akak memang minat menulis...
puteri - kira saya ni masih baru lg dgn blog berbanding dgn yg dah otai tu. alah blog ni kira diari sendirikan..kalau ada nuffnang tu kiranya sambil menyelam sambil minum airlah kan. tapi saya tiap hari akan jalan pg blog akak. dulu silent reader jer ahaks..
saya pun tering nak dapat duit cam tu..tp bab nak update blog hari2 tu ku tak mampu ler.. kadang2 xde idea nk tulis..kadang2 tak xde masa sbb terover 'blogwalking' je. mmg jelas tahap gaban tgk org dapat duit tapi gitu, saya redha sajalah dah 1 thn nuff saya pun xsampai rm20 lagi..waa waa..
ibu arifa- tak perlah kita ni tulis sebab minat kalau dapat duit tu kira bonuslah tukan.
betul2..kadang2 rasa menyampah yang buat macam2 sebab nak bagi naik trafic..memang la kita nak org baca blog kita tapi kadang2 mcm desperate sangat jer..
saya update 2,3 kali sehari..hahah
ikut hati nak update 10 kali=p
Post a Comment