Thursday, March 18, 2010

PERINGATAN dan cerita yg tidak mahu dingat

Oh sebenarnya malas nak ingat.
tapi nak berkongsi juga sekadar untuk ingatan supaya orang lain tak terkena.

Kejadian ni berlaku Jumaat lepas..sewaktu balik kerja.
Seperti biasalah kan aku melalui highway Seremban...jalan jam plak tu..jam yg tak bergerak.
Tiba-tiba tempreture kereta aku naik, dr sikit dah mula tinggi..sampai ler nak cecah garisan putih.
Dalam ketakutan dan panic aku pun berhenti ler tepi jalan, call husband. Dia minta aku cek air tapi tunggu enjin sejuk dulu.
Ok ler aku pun tunggu ler...dalam pada tu berhenti ler sorang mamat bermotor..tanya aku kenapa. masa ni memang aku tak berani nak turun, sembang dlm kereta jer. Aku cakap ler tempreture naik nak tunggu sejuk nak check air. Dia kenalkan diri dia mekanik...
aku call husband time tu..sebab dia kata nak cakap dgn husbnd aku. Aku pass hp kat mekanik tu...cakap pung pang pung pang...aku pun terus jer buka bonet. dan dia kata ada barang rosak sebab tu kipas tak jalan dan tempreture naik. dia bg tau ler harga barang.

Mula2 mmg takut2 juga maklumlah tak kenalkan...tapi aku terus jer setuju nak tukar sebab nak gerak jauh lagi..jam pulak...ok dalam jam 9 malam siap ler...dan dia ikut aku pg Esso sebab nak ambil duit dr ATM nak bg kat dia. (dalam takut-takut tu..uuhhh berani jugak aku ni)
Masa kat ATM..mekanik tu bg tau dia buka bonet aku (bonet aku tu rosak so memang dia boleh buka tanpa perlu tarik kt dalam kereta).
Aku pun katalah terima kasih " baiknya mamat ni" (dlm hati jerlah)

Lepas jer bg duit aku pun jalan ler...tak sampai 5 minit tiba-tiba, cermin kereta depan meletup..dan cermin aku terus retak seribu. Bukan sikit hampir semua bahagian retak dan kaca dah mula jatuh sikit2. Aku terus jer lah menangis dalam kereta..sambil tu drive ke tepi. Memang sedih sangat bila tengok cermin depan tu jatuh berkecai...tapi masa ni tak semua jatuh lagi. sikit-sikit jer. nak kata kena batu..memang aku confirm tak ada lori lalu time tu.

Lepas tu tiba-tiba jer datang India berhenti motor belakang kereta aku. Dia menawarkan diri membantu nak pecahkan cermin kereta dan bersihkan sekali. Aku pun memang tengah panic bagi jerlah dia pecahkan semua cermin dan cuci apa yg patut. Sambil aku tepon hubby.. dia dah nak dtg tapi aku tak kasi sebab time tu sebelah sana dr seremban ke KL mmg jam giler kalau datang jugak mau dekat 2,3 jam baru sampai..dan ler kena u turn balikkan..

Berbalik pd cerita India tadi dalam motornya lengkaplah dengan lampu kecil yg boleh disambung kat bateri kete aku untuk suluh masa cuci nanti, penukul untuk pecahkan cermin dan alas kereta, berus untuk bersihkan kaca. Ohhh sungguh profesional ok. Masa tu aku tk terfikir apa2 lagi sebab tengah bersedih ..sambil usap-usap kereta dan kata dalam hati, " memanglah niat nak tukar kereta baru tapi bukannya sekarang..lg pun sayang sangat kat kereta ni" aku kata gitu bukan apa sebab org kata kalau kita sebut2 nak tuko kereta karang kereta merajuk dan mula buat macam-macam hal. Seperti mana sekarang ni ler...

Ok berbalik pd cerita India tadi lepas dia dah bersihkan..berhenti pula sorang lelaki Melayu. Cara dorang bercakap mmg cam dah kenal lama jer...lelaki tu terus tanya aku, "Mau tukar cermin kete ker. saya ada cermin ni. Boleh tukar sekarang juga," oh ada service ni di tengah2 malam rupanya.
Aku yg memang dah penakut ni terus call adik dan husband. Husband tk bagi tukar sebab takut kena tipu..Tapi lelaki tu siap cakap, " kereta awak...awaklah buat keputusan buat apa tanya husband,"
Hello...ko saper plak nak cakap gitu terus jer aku jd nyampah plak dah ler tengah bersedih ni.
Jadi penyelesaian aku kena drive tanpa cermin kereta malam tu. memang mencabar ok...nasib baik tak ada apa2. angin pun tak kuat sangat dan aku sampai dengan selamat. Alhamdulillah...

Bila dah sampai rumah baru aku terfikir balik..pasal sindiket ni, mereka akan letakkan sesuatu pd cermin kereta supaya cermin kereta pecah dlm masa beberapa minit. jadi orang tak syak itu dilakukan sindiket. Bila dh pecah datang ler tukang membersihkan cermin ni...tahu tak berapa dia minta RM120 ok..tapi aku bg berapa yg aku ada sahaja. Nasib baik dia ambil kalau dia mintak gelang emas, jam aku ke tak ke haru huhuhuhu...sekali lagi bernasib baik.

Kemudian datanglah orang yg repair cermin kereta dengan harapan orang akan buat dengan dia. bayangkan kalau nak balik jauh Seremban, Nilai atau Melaka nak tak nak kena pasang cermin baru jugakkan. Service dia juga sangat mahal satu cermin RM350.

dan lebih menambahkan keyakinan aku yg ini dilakukan sindiket adalah cara cermin kereta aku itu pecah..kalau kena batu akibat lori mesti crash..dan retak di situ dan bukannya semua bahagian cermin retak seribu..Ini macam kena baling 100 biji batu dan nak kata panas sangat aku tak ada asgn hari tu tambah pulak parking kat office berbumbung.

Menurut sorang kawan dia kata memang ada chemical yang boleh menyebabkan cermin pecah. Chemical ni akan disembur pada cermin dan akan menyebabkan cermin pecah dalam masa beberapa minit. Yang ni aku belum pergi tanya mekanik lagi untuk dapatkan bukti sahih. cehhh cam penyiasatan plak kan.

Dan kebanyakan rakan yang aku ceritakan mengatakan yg ini dilakukan sindiket dan bukannya semula jadi. Macam berjanji pulakan...service kereta di jalan..kemudian datang pula service menukar cermin di jalan raya. Siap ada cermin dalam kereta dan peralatan menukar cermin. Hebatkan???? nampak macam bukan sindiket tapi takkan semua kebetulan pulakkan...

Kemudian aku teringat ketika kereta aku ditinggalkan di stesen minyak mamat mekanik tu telah mengisi air dalam bonet. Ehmmm..itu menambah lagi keyakinan aku yg ini dilakukan sindiket.
Seperti mana tabur paku di jalan..apabila tayar sudah pancit datanglah mekanik membetulkan tayar. Begitu juga dengan kerja menabur minyak atau apa sahaja supaya berlaku kemalangan...dan mereka mendapat upah drp situ...itu tidak mustahil dan mmg telah lama berlaku.

Pengajarannya...kalau kereta anda rosak carilah mekanik yg benar2 anda kenali. sekurangnya dia memperbetulkan apa yg sepatutnya. Dulu aku ada simpan no mekanik kat opis lama tu tapi bila tel rosak nombor dia pun dah hilang. Dalam keadaan panik mmg kita tak ingat saper-saper lagi. terus jer buat keputusan sendiri. Lagi pun dalam kepala tak nak susahkan sapa2 pun kecuali adik aku ler yg ada kat Sarawak tu huhuhuhu...

Lepas ni aku akan selalu beringat..aku ni selalu berprasangka baik pd orang. walaupun org yg tak kenal. Kadang2 kita tak tahukan yg mana satu ikhlas menolong atau nak ambil kesempatan. Peristiwa ni mmg benar2 jadi pengajaran pada aku. Redajerlah kan..yg penting selamat. Alhamdulillah!!!!!!!!!!

17 comments:

ANAKIRANA said...

huishhh mcm2 depa ni
takutnya awak..
mmg sah la sindiket tu..takkan la kebetulan bawak cermin bagai kan

rynas said...

aahh..selalu baca jerkan ni mengalami sendiri. mmg trauma jadinya tambah2 bila lalu kat tempat tu hari-hari.

Diarihatiku1976 said...

sah sendikit tu ..

Anonymous said...

ermm dah 2 kali keta aku problem kat highway..
so far aku terus jerk ke pomen biasa buat kete..
or akan tunggu husben dtg huhu...sbb takut la mcm2 skrg ni..

Hope, smua wanita2, ibu2, careful, risau jgk kalo jd kt jln2 bahaya sgt.

ennieva fauzi said...

La Tie, hari jumaat yang call aku, aku kat Midvalley tu kan? Tak sangka plak masalahnya jadi cam tu kronik, kenapa tak call aku balik...macam mana pun aku mesti datang, kalu tau gini. Ingatkan husband ko datang settlekan..

Habis tu keta ko cam ner skang?

Anonymous said...

tu la tu ben... bahaya kan.. :(

aku pun waktu tu tgh kat kg dah jammed balik ke kg di hari kejadaian tdia tu sian cik Ti

lili norlaili said...

mcm-mcm kan manusia skrg ni...demi duit sanggup aniaya orang...konon2 offer service, padahal dia yang kenakan kita dlm diam....dah mcm2 taktik skrg ni...

apa pun, minta dijauhkan...semuga Allah melindungi kita semua drp kejadian buruk

dyeiza said...

Siapakah gerangan yang berada di Sarawak tue..hehehhe..biasalah, kan kawe ni pakar penasihat....adik yang baik, sentiasa membantu kakaknya walaupun berada jauh diperantauan..

ibu_Arifa said...

fuh..seram saya baca citer akak ni..sib baik akak selamat. risau kalau diorg apa2kan akak ker, peras ugut ker.
thansk sbb share citer cam ni. minta2 kejadian mcm ni tak berulang lagi.

lagi satu, boleh ker kita buat report polis bila "kena" sindiket mcm ni?

rynas said...

Ben- ingat time tu dah setle pastu tengah panic tk ingt saper2 dah

aton- aku yg tak kasi husband aku dtg..anak2 dah tido tahulah kan nak angkat malam2 nak bawa sekali. nak tak nak kenalah setle sendiri.

Li- itu ler Li kita percaya orang ingt semua nya baik..cam kita jugakkan. tak per pengajaran sebenarnya.

dyeiza- yalah..sapa lg nak tolongkan..adik sendiri ler

rynas said...

ibu arifa- yer skang ni mmg kena hati2 macam2 yg tidak disangka boleh berlaku. tambah pula pompuan bila drive malam2 lagi ler kena take care.
rasanya kalau lapor pun..apa bukti yg kita boleh bawa. setakat laporan jerlah kot..ntah ler yg penting alhamdulillah selamat. lgpun kalau dorang peras ugut ke apa ke mmg sah2 ler sindiket jd bagi menunjukkan benda tu bkn sindiket depa terpaksa buat dengan cara yg halus..

ibu_Arifa said...

yer lah..yg penting akak selamat kan, syukur alhamdulillah.

tp serius..akak mmg seorg yg berani mlm tu.

rynas said...

ibu arifa- hehehhe berani????..sebenarnya penakut. tapi keja reporter ni mmg melatih untuk jadi berani (wpun dlm hati kecik jer)..dulu time tak der kete lagi ler naik teksi kalau function hiburan..konsert ke apa ker kan ke habis jam 12 kdg2 jam 1 pagi malas nyusahkan orang selalunya naik teksi bayangkan ler. apa2 jer leh jd. tapi mmg tiap kali naik teksi tawakal jerlah dan baca le apa2 yg patut. alhamdulillah Tuhan sentiasa lindungi..

Ibu Mifzal said...

siannya..tp tu la..skang ni mmg susah nak caya kat orang kan..ada jer yg mengambil kesempatan masa kita tgh susah...tp x per..tu semua pengajaran..sy pun takut gak..sbb selalu drive keta sorang n jauh gak ulang alik gi keje..keta pun dah season..huhu..

rynas said...

ibu Mifzal- yer hati-hati ler awak drive tu. pastikan ada no mekanik yg awak kenal dan percaya. maklumlah kdg2 kita nak call husband ni jauh nak sampai dah 2,3 jam...kalau yg tak ada anak ok ler..leh datang cepat. kalau ada anak kena fikir anak2 kecil lg nak bawa. apa2 pun mg kita dilindungiNYA. Amin

Puteri Satu said...

mak aih.. akak pulak yang kecut perut baca citer nih ct... apapun satu pengajaran ...thanks share pengalaman...

rynas said...

puteri- sebelum ni tak penah kena gitu kan..sekali kena takut sangat. Itu ler jd pengajaran pd perempuan2 yg drive malam-malam ni. memnag dorang wat kena ni malam2 jer.