Entry baru pemula hari dan tahun baru 010110. Wah cantik sekali angka tu.
Sekejap jer masa berlalu sedar tak sedar sudah berada pada tahun 2010. Bermakna usia semakin meningkat bertambah setahun lagi..kata orang usia tidak mencerminkan apa-apa asal hati sentiasa muda. Ehmm..aku tidak mahu berpegang dengan kata-kata itu kerana pertambahan usia bermakna kita harus melihat ke belakang apa yang telah kita lakukan dan telah dicapai sepanjang tahun 2009. Alhamdulillah Tuhan masih memberi peluang meneruskan hidup..
Tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis terutama dalam kerjaya.
Tahun majalah kesayangan aku ditutup pada April 2009, kemudian aku ke bahagian buku sempat selama 2 bulan sahaja kemudian tercampak lagi ke department Jelita dan sempat bersama jelita lima bulan sahaja.
Penutup tirai 2009 cukup membanggakan dan mengembirakan aku.
apa yang aku impikan tercapai juga. Terima kasih Tuhan. Orang kata berkat kesabaran menunggu sekian lama...
Bertugas di tempat baru, syarikat baru, suasana baru cukup mengujakan dan itu aku kira adalah pencapaian membanggakan pada 2009.
Insyaallah menjelang 2010 aku ingin bekerja lebih keras, bersemangat dan penuh dedikasi.
banyak juga azam sebelum ini tidak dapat aku laksanakan dek kerana masalah kewangan. Terutama azam mengumpul aset. Harapan pada 2010 dan tahun-tahun seterusnya semoga semua impian itu akan terlaksana. AMIN.
3 comments:
Suka tengok siti yang baru..nampak lebih ceria dan bergaya :)
selmat tahun baru ct!
ada-ada jer ko ni ben..sama jer..ttp kalau ceria tu yerlah kot.
Kirana selamat thn baru juga..
Post a Comment