Saturday, January 9, 2010

cuma pandangan...isu agama tiada kompromi


Panas dengan isu sekarang ni mengenai penggunaan nama ALLAH dalam majalah Khatolik Herald. Bacalah kat atas tu antara artikel yang dipetik dalam majalah tu. http://zul4kulim.blogspot.com
Setelah sekian lama beribu-ribu tahun mengapa baru sekarang mereka mahu menggunakan nama Allah? Mengapa dulu tiada...adakah kerana ramai orang Islam sendiri menyokong??
Sebagai orang Islam isu agama memang tiada kompromi memang tidak boleh sama sekali membenarkan mereka menggunakan nama Allah kerana Allah untuk yang Esa tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Sebenarnya pembenaran ini memberi kesan untuk jangka panjang..bayangkan kalau anak aku yang sudah boleh membaca dan bertanya, " mama Allah tu ada anak ke? dia beranak yer? kemudian akan ada lg bermain difikirannya ...
mungkin kalau ibu bapa yang mempunyai pengetahuan agama yang kuat mungkin boleh memberi penjelasan panjang lebar. Bayangkan kalau ibu bapa yang cetek agama...tentu penjelasan tidak dapat diberikan secara tepat. Maka kacau bilaulah fikiran anak tu..dia pun berfikir yang bukan-bukan..lantas mencari jawapan sendiri.
Ingat kisah Aishah Bokhari?? Dia seorang pelajar dari Mesir, sudah khatam Al-Quran, mempunyai ilmu agama yg kuat. Malah ibu bapanya juga kuat agama. Tetapi disebabkan pengaruh kawan apa yang berlaku?? Dia murtad dan hilang begitu sahaja. Itu cuma satu cerita malah banyak lagi cerita yang tidak dihebahkan. Jadi cubalah bayangkan jika perkara ini terjadi maka makin berleluasalah usaha pihak Kristian cuba menyuntik jarum dalam diam..menyebarkan dakyah secara halus yang golongan sasarannya adalah anak-anak remaja.
Ini soal masa depan..mungkin kita cuma berfikir untuk hari ini sahaja...tetapi keputusan ini memberi kesan jangka panjang kepada anak cucu kita sebab itulah sebagai orang Islam kita mesti menentang sepenuhnya.
Aku rasa sekiranya dibenarkan penggunaan nama Allah nanti ada pula agama lain akan meminta perkara sama kerana mereka mengatakan agama itu boleh mengapa mereka tidak? Selepas minta penggunaan nama Allah minta pula gereja di setiap daerah atau kawasan perumahan seperti mana masjid....
Lebih dashyat lagi bayangkan suatu hari nanti mereka meminta pula supaya anak-anak boleh memilih agama sendiri apabila berumur 18 tahun. Nauzubillah...seram apabila memikirkannya. Saat itu jadilah kita seperti negara jiran Indonesia, boleh memilih agama sendiri selepas usia 18 tahun. Mahu ke negara kita dilaknat Allah dengan pelbagai gempa bumi...letupan sana sini...hidup tidak aman kerana sikap kita sendiri yang tidak ambil endah.
Harap-harap isu ini memihak kepada kita. sama-samalah kita berdoa kepada Allah...orang kata mencegah lebih baik drp mengubati. Aku sendiri pun bukanlah arif sangat cuma ingin menyatakan pendirian yang sama...sangat jelek apabila membaca sesetengah pendapat dalam blog apabila ada yang bersetuju mengenai kalimah Allah. Mengapalah sanggup mempolitikkan hal agama...sanggup memberi sokongan semata-mata mahu meraih simpati dalam parti yang dianuti oleh kaum lain. Sepatutnya umat Islam tidak boleh berpecah belah..kena bersatu hati dalam hal ini..kalau orang Islam sekali menyokong isu ini...bertepuk tanganlah 'mereka' sedikit sebanyak tujuan mereka untuk meraih sokongan berjaya.

5 comments:

ennieva fauzi said...

Yang hairan bin ajaib boleh pulak hanya seorang hakim saja yang membuat keputusan untuk perkara sebegitu besar. Lau Bee Lan tu faham sangatkah pasal agama kita? Apa yang dia tau? Kalau jadi hakim, mesti sedia maklum agama berkait dengan sensitiviti. Aku ingat dia ada terkandas paper kot.

Maaflah, aku paling tak suka orang Islam merasakan dia serba tau hal ehwal agama. Yang si Nik Aziz ni pulak menyokong apa hal? Diam2 hal menantu yang belum selesai sudahlah...kita bekerja di paper tie, ko pun tau kan, kita tak boleh menulis berita sembarangan melainkan fakta. Orang tua ni sudah beberapa kali bercakap, keluar paper, pengikutnya marah2, dikatanya kita salah tulis pulak. Aik, nyanyuk ke apa?

Dan, aku ada terbaca blog Che Det, komen dari seorang cina aku rasa. Dia marah2 bila Che Det berkeras nama Allah memang tak boleh digunakan sebab kristian ada trinity, ada tiga cabang termasuk Allah ada anak. Walhal, Allah tidak beranak dan diperanakkan. Kata mamat ni dia akan migrate ke Indonesia. Hai, aku dok ulang-alik ke Indonesia ni tau lah macam mana kelam kabutnya kat sana. Bukan setakat bencana alam tetapi kerana korupsi dan jenayahnya yang pelik2. Dipersilakan...tahan seminggu pun aku dah cukup tabik. Kot tak sempat sehari, ditelan bumi wallah hualam. Jadi, fikir2kan lah..ada otak jangan letak kat lutut, THINK!

MeL said...

sebenarnya kan kalau kat indon, org yg beragama kristian, diaorg mmg panggil tuhan diarg "Allah". Masa mula2 tau i pun terkejut.

Back in 2004 i gi vacation kt jakarta, pastu visit sekali rumah kwn i kat sane kebetulan bpk dia meninggal. Dia ni chinese indon tp drg ni xreti ckp cina. bahasa indon kan lebih kurang cm bahasa melayu. masa kat rumah dia ada baca2 utk bapak dia, mmg diaorg sebut tuhan drg tu "Allah".

I tye dia Allah tu kn tuhan utk org Islam, knp agama drg pun panggil Allah? Dia ckp Allah tu maksudnya 'tuhan'. I xtye lebih2 lg lah takut jgk kan hehe..tp skg dia convert Islam kwn i tu alhamdulillah..

I rasa kan, kat buku2 tu drg amek yg dr indon lah..bahasa mmg lebih krg bahasa melayu kn. kt sini mana ada melayu yg kristian kecuali murtad!

rynas said...

ben itu ler Nik Aziz ler aku maksudkan...kata faham hal agama..ttp entah yg pengikut dia pun taasub satu hal jugak. agak2lah kan..jgn lar campur aduk hal politik dan agama. adalah satu pendapat mana tah daripada org PKR islam plak tu dia kata "bangang sangatkah kita sehingga tdk boleh menilai mana Allah yg betul mana Allah yg tidak" nak jer aku bg komen ko ler yg bangang...kalau dah namanya agama Islam,agama Allah mmg kita takkan boleh pindah atau tukar mana2 sekali pun sampailah bila-bila. mengapa nak berkrompomi dgn org bukan Islam. Kita agama kita dia agama dia....wallahhualam

rynas said...

Mel Gitulah kat Indon..semuanya dibolehkan
Kahwin pun boleh tak payah tukar agama...Kristian kahwin dgn Islam. Lepas tu anak boleh pilih nak masuk agama apa selepas 18 tahun.
Kalau di Malaysia dah kira anak luar nikah...bersyukurlah kita tinggal kat malaysia...at least pegangan agama masih kuat. Alhamdulillah itu ler kena dipertahankan...saya bab-bab gini mmg emo sikit hehhehhe

ennieva fauzi said...

tie, siapalah kita nak menegur dia...dia serba serbi pandai agama, tuk guru lagi. Kita ni dah lah jahil, nak memandai plak. Kang didoakan kita melingkup kena bala kang...abes la..doa tuk guru kan makbul...iskkk