Ada bezanya bekerja di akhbar dan majalah. Jika dahulu aku banyak menulis ruangan kecantikan dan fesyen tapi di akhbar story lebih kepada kisah masyarakat. kadang-kadang kisah-kisah ini amat mengujakan aku, membuatkan aku sedih dan terharu dan lantas bersyukur kerana aku dan anak-anak lebih 100 kali baik daripada mereka.
Ya semalam temuramah di Pantai Dalam membuatkan aku hampir menitiskan air mata, membuatkan naluri aku membuak-buak bermonolog, " andainya aku kaya...andainya aku berharta...dan andainya aku punya wang berjuta sudah tentu akan aku bantu mereka sedaya yang boleh"
Seorang isteri tetapi bukan lagi memegang title isteri kerana ditinggalkan suami hampir 11 tahun lalu. Digantung tidak bertali. kehidupan seperti janda tetapi tidak janda bukan juga ibu tunggal. habis di mana letaknya gelaran sesuai. Kasihan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah..sedangkan suami bersenang lenang hidup di kondo mewah diulit gadis jelita. Nafkah langsung tidak diberi. Dilepas tanggungjawab begitu sahaja.
Puas turun naik mahkamah meminta dilepaskan tetapi setiap kali perbicaraan lelaki tidak hadir. susah sangatkah melafaz talak, kenapa dibiarkan begitu sahaja. Luluh hati aku mendengarnya.
Dia memang tiada duit cuma mengharap belas ikhsan orang ramai..sedangkan makanan terpaksa dicatu. pernah bekerja sebagai tukan cuci, mengutip tin dan botol kosong untuk mencari sesuap nasi, mencuci rumah orang, membasuh pinggan di restoran. Katanya biar dia tidak makan tetapi perut anak berisi. Tetapi sekarang tidak bekerja kerana bimbang keselamatan anak di rumah. Mujur bebrapa bulan lalu menerima bantual baitulmal tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung hidup 4 beranak dan sewa rumah.
Duit belanja diberi cuma RM2, untuk anak seringgit untuk tambang bas. tetapi anak yang baik dan memahami seringgit tetap dibawa pulang. Si anak hanya minum air kosong sahaja di sekolah kemudian apabila pulang baru makan nasi berpinggan-pinggan. mungkin RM1 sangat bererti dan besar nilainya....dibandingkan kita...syukur Alhamdulillah.
Semalam selepas pulang dia menghantar SMS, "Ct kalau ada orang nak bg tilam terpakai pun akak terima." .....
*** kalau ada yang ingin membantu boleh hubungi saya ya menerusi emel ctzekabc@gmail.com***
1 comment:
bila jumpa org2 yg terlalu susah cmni mmg sebak hati. kdg tgk org mintak sedekah tepi jalan pun i da nak nangis da. bersyukur dpt hidup dgn selesa alhamdulillah..kalau nk baju2 akak tu nak tak? i ade byk t-shirt2 lama yg xpakai, mmg ingat derma syg kalau nk buang..
Post a Comment