Oh bahagia sungguh, bukan sahaja anak daraku rajin menyepahkan barang anak terunaku juga rajin membasuh tengoklah gambar kat bawah ni kalau tak percaya. Walaupun tangan tak sampai mencecah air, tapi gagah juga ambil kerusi dan naik atas kerusi.
kalau tak bagi alamat..nangis ler. Bila dah sekali ajar kali kedua dia ambil sendiri jer kerusi tuh.
Inilah pandangan dr belakang...kalau rajin sampai ke besar kan bagus.
Sedang periksa..bersih ke tak bersih botol tu?
Brg yang paling dia suka ialah botol susu. tapi penatlah nak lap sinki tu sebab airnya menitik ke bawah. pandai pulak bila dah jemu panggil, "mama..mama...mama...sudah..sudah. tuyun,"
Bila dia panggil tu tandanya sudah bosan membasuh dan nak main permainan lain pula.
Bukan tak ada lori, bas kereta..semua untuk dia main..tapi nak juga explore permainan basah-basah gini. Geram makcik bedah tau...sebab kena lap lantai.
1 comment:
alahai...rajinnya, doakan smapai beso rajinnya tu... aku nak book buat 'menantu' cucu sedara lah
Post a Comment