Saturday, January 2, 2010

kenduri cukur jambul Kasih maisarah

Minggu lepas ada majlis kenduri cukur jambul di PD. Adik ipar aku, Lia yang baru sahaja melahirkan anak ketiga, Kasih maisarah dah masuk 2 bulan lebih pun umurnya.

majlis sederhana..tapi meriah tengoklah gambar kat bawah nie.


Ada cenderahati untuk tetamu. Masa datang tu semuanya dah siap pun tinggal susun atas meja jer.



Dalamnya ada bunga telur, pulut kacau dgn maruku kot kalau tk silap.




gambar selepas majlis habis masing-masing dh selebet.



Ada majlis marhaban..


Oh yg ini harus tunjuk sebab ayam ni aku yg goreng..berpeluh-peluh uols kat kuali besar hahhaha..first time goreng ayam banyak-banyak ni.


Menu malam tu sambal udang petai, sayur kobis, kari kambing, ayam goreng dgn tempe masak dgn tauhu.

Inilah dia baby yang diraikan Kasih Maisarah


anak dara aku nak berposing juga


senyum jgn tak senyum..Durrani dgn kak tira


marhaban petang oleh perempuan, lelaki malamnya.


rambut kasih dicukur buat syarat jer..



Durrani yg dah kepenatan tertidur di belakang..fahim jer tak tidur wpun dah kol 11 malam.

Lepas dh habis semua jam 12 barulah gerak balik Bangi. Penat usah cakap ler..esoknya keje pula tu.

No comments: