Tuesday, January 5, 2010

semangat suami isteri dan anak leukimia

Semalam aku ada asgn kat Ampang. Bertemu dengan sepasang suami isteri yang anak tunggalnya disahkan menghidap leukimia masa berumur 13 tahun. Masa tu anak dia form one. Mmg menarik ceritanya. Semangat suami isterinya harus dipuji bagaimana pengorbanan memberikan perhatian pada anak, sanggup isteri berhenti kerja demi memastikan anak tersayang mendapat perhatian secukupnya . Dalam masa 2 tahun anaknya kena buat kimo, diberi pelbagai jenis ubat, drp kurus menjdi gemuk kerana kesan ubat, habis gugur semua rambut, masa tu peluang untuk sembuh hanya 50-50 sahaja tapi mereka tetap tidak berputus asa terus memberikan semangat dan semangat. Sampaikan doc sendiri mengakui tidak pernah melihat suami isteri yang bersemangat seperti mereka ni.

Lebih menarik anaknya yang tidak pernah ke sekolah sepanjang 2 tahun dan hanya ke sekolah pada 3 bulan sebelum PMR berjaya mendapat 8A dalam PMR dan menjadi pelajar terbaik sekolah. just amazing macam mana semangat budak ni dan parents dia. Katanya sepanjang peperiksaan mereka sama-sama ada di sekolah dan membaca surah yasin untuk anak ni.

Dalam pada interviu tu aku membayangkan kalau berada di tempatnya dah lah anak tunggal, penyakit leukimia pulak. Dengan duit tak ada nak dapatkan rawatan yang hampir mencecah RM300 ribu..bayangkanlah.

Tapi itulah mungkin ini dugaan Tuhan untuk pasangan suami isteri...dan aku perhatikan sepanjang interviu ni pasangan ni sangat romantik. Si suami suka buat lawak jenaka, tidak lekang dengan panggilan sayang, darling...memang tak kering gusi aku dari jam 4 berlanjutan sehingga 6.30 petang baru meminta diri pulang ke rumah.

Siap dijamu makanan..sudah kenyang perut dibungkus pula untuk aku dan photografer..katanya untuk anak-anak dan suami makan. Sungguh murah rezeki pasangan isteri nie. aku doakan moga anaknya akan sembuh 100% drp leukimia. Amin ...

1 comment:

ANAKIRANA said...

tabahnyaaaaa...
pastu cayalah..dpt 8A tu...org belajar penuh pon belum tentu dapat..

semoga anak dia sembuh dari sakit tu