Thursday, January 21, 2010

sesat oh sesat..


Aku paling benci kalau sesat. Keluar rumah awal dah budget nak sampai jam berapa last-last bila sampai pertengahan jalan lost. Bertambah-bertambah benci dan menyakitkan hati kalau malamnya siap search google map, bila tgk jalan yg ditunjukkan, "aahhh..ohhh..rasanya cam tahu jer. Dekat jer," so dengan confidentnya ingat dapat sampai ke tempat dituju lebih awal atau paling lewat pun 5 minit still ok lagilah.
Lagi menambah gabra sambil drive nak kena tengok map...dan bila sampai separuh jalan...jalan yg ada dlm map itu hilang, mulalah drive slow yerlah mata nak tgk signboard lagikan. Pastu kereta belakang hon kuat pulak tu, "gasaklah kau...kalau nak cepat potonglah kereta aku yg slow macam siput ni,"

"Araghhhhhhhhhhhh..jam dah 11.20 interviu 11 pagi. mahunya aku terjerit dalam kereta dengan ayat paling sopan sambil beberapa kali tampar stereng kereta sebabnya asyik lalu jalan yang sama jer.

"Lepas ni kena percaya pada instinc, sepatutnya kalau tak tahu dan rasa tak confident tu tanyalah PR tu kan atau pun naik cab jer senang. Ini tak gagah juga nak drive inilah bahananya kononnya taulah..pirahhh..ct oiii...berpeluh-berpeluh juga dalam kerete disebabkan air cond kereta yg tak berapa nak berfungsi tu. aduhhh..kenapalah Tuhan tak nak tolong aku hari ni jumpakan jalan yang betul," rungutan dalam hati kepada diri sendiri jer.

Lastnya dah banyak kali pusing, tempat pun tak tahu kat mana, baik letak jer kereta kat somewhere dan ambil cab. Yerlah kan drp pusing-pusing lastnya jam 12 tak juga jumpa-jumpa.
tak ke naya??? kalau interviu setakat family2 biasa jer bolehlah, " maaf mak cik atau sorry yer kak sesatlah," bolehlah dimaafkan. Tapi kalau interviu orang-orang besar, "iskkk..malu dan tak nampak ler profesionalnyer...masa itu emas beb,"

PR tu pulak dah banyak kali call tanya kat mana, "sabo..sabo sedang berusaha keras ni kembali ke pangkal jalan,"akhirnya jam 11.45pagi sampai juga ke tempat dituju SS24/9. Aku kalau area Petaling Jaya, Kelana Jaya, yang bermula dgn SS ni uuhhhh cukup mencabar keimanan dan kesabaran mencari jalan.
Ohh aku pernah try sekali guna GPS sorang rakan press ni..Ohh cool, best. Siap benda alah ni bercakap lagi, "Turn right, go straigt on, wahhh banyak senang aahhh ada teknologi ni, harganya kalau tak silap RM700. Mahal juga tuh..tapi memudahkanlah untuk org2 macam aku yg selalu sesat-sesat ni.

"Ya Allah jauhkanlah hambamu ini dari kesesatan Amin"


No comments: