Saturday, December 26, 2009

Ke DarulShifa'

Tgk ler gambar Fahim yang keletihan sangat tu sampai tertidur. Msa ni kat Darul Shifa' Bangi. Hari tu aku ada cerita nak bawa Fahim jumpa ustaz disebabkan dia suka nangis tengah malam. Biasnaya jam 1 pagi ke atas. Mulanya rasa dia macam dah ok selepas empat malam berturut-turut nangis..kemudian malam selepas itu dah ok. Tiba-tiba malam semalam nangis balik. Aduh..seperti biasa penat juga ler nak suruh dia diam..dukung pun tak nak, letak pun tak nak..ikutkan jer apa dia nak. Dia suruh pegi dapur, masuk bilik air..buka baju..buka seluar..pun tak ok jugak. Last-lastnya bila dah agak2 penat terus diam sendiri.

Masa jumpa ustaz soalan pertama dia tanya, " selalu balik malam tak?"
Aku senyum jerlah..memang pun ambil malam..paling awal biasanya jam 7 malam. Kalau paling lewat pun 9 malam tapi boleh bilang dengan jarilah berapa hari.
Ustaz tu pesan kalau balik malam...biasakan bagi salam masa ambil anak..dan masa nak masuk rumah. Lepas tu ustaz tu terus ler baca-baca ayat...kat muka Fahim sambil usap-usap mata dia. Masa ni dia dah meraung dah..nangis tak ingat maklumlah anak jantan aku ni memang ler susah sikit tambah2 dengan org yg dia tak biasa. Lepas dah baca-baca semua terus ustaz tu bg minum air yg sudah dibacakan ayat Quran tu. harap2 lepas ni dia tak nangis tengah malam lagilah.

1 comment:

ilhamhainy said...

salam.biasakan sebelum masuk ke rumah tu baca ayat 3 kul dan berselawat. mulakan dengan langkah kanan. Insya-Allah terhindar seisi rumah dr gangguan makhluk halus.