Ini aktiviti hujung minggu. Kerusi dia terbalikkan dan duduk atas tu. sambil tu tolak2 dengan kaki sambil kata, "mama pit..pit (sempit),"
memanglah sempit kalau dh masuk di celah kaki kerusi tu. pastu suruh aku angkat..dah angkat masuk balik..dah masuk nak keluar. Gitulah kerjanya...tak leh langsung nak buat keje tau.
tu yg tak tahan tu pantang jer camera menghala kat dia..
Aku rasa semua budak suka meneroka...main permainan yg tak sepatutnya. kalau yang betul2 permainan cam lori, kereta tu main kejap jer lepas tu cepat bosan mulalah cari permainan lain macam main kerusi, main air, sepahkan surat khabar, tarik baju kat rak, main bedak, duduk atas rak Tv sambil cabut wayar, terbalikkan kotak mainan itu ler permainan si fahim ni..
kalau perempuan lain pula cara mainannya...suka main anak patung, makeup, main masak-masak, sepahkan brg dapur, sepahkan bedak, gunting kertas sana sini, tukar baju banyak kali dan byk lagilah...yg tak tersebut kt sini.
No comments:
Post a Comment