Saturday, January 23, 2010

kerja oh kerja

Dulu kalau bekerja pada Sabtu pastinya bekerja dalam keterpaksaan atau tidak rela.
Mulut sahaja berkata YA tetapi hati berkata tidak,
Tersenyum mengangguk sedangkan hati di dalam , "oh Tidak"
Tambah pula apabila suami membebel kerana bertambah perbelanjaan untuk baby sitter yang kadang-kadang terpaksa dikeluarkan drp poketnya
bukan merungut tapi itulah hakikat..
demi kerjaya terpaksa juga..mana boleh merungut sedangkan di dalam hati Tuhan yang tahu. Terpaksa melakukan kerja amal dengan ikhlas. "Ikhlas ker??"

Tetapi kini sangat jauh bezanya, apabila editor meminta, "Siti boleh buat overtime tak sabtu ni, cover event?"
Aku menjawab dengan rela, "ohh boleh jer"
Kadang kala bekerja pada dua kali Sabtu berturut-turut tidak mengapa..malah bekerja pada public holiday juga menjadi kebiasaan sekiranya article diperlukan segera kerana sudah pasti akan dibayar double.
Bukan aku mata duitan..tetapi itulah yang membezakan bekerja lebih masa dan dibayar mengikut cara yang betul sesiapa sahaja akan bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Berbeza sekiranya pekerjaan yang tidak dibayar pastinya dilakukan asal siap sahaja itu belum termasuk rungutan untuk diri sendiri sahaja.

Malah baby sitter juga tidak pernah merungut sekiranya aku bekerja lebih masa atau menghantar pada sabtu atau public holiday kerana dia juga tentunya akan dibayar lebih masa (OT). Sekurang-kurangnya bertambah juga duit poketnya dan aku juga tidak kisah lagi memberi lebihan RM50-RM150 padanya sekiranya bekerja lebih masa. Itu belum termasuk sekiranya meninggalkan anak bermalam di sana. Berbeza suatu ketika dulu, untuk mengeluarkan waima RM50 juga terasa susahnya kerana sudah pasti duit itu terpaksa dikeluarkan drp poket sendiri dan sudah tentu akan menjejaskan bajet bulanan.

Bukan berkira tetapi itulah hakikat semua perkara memerlukan duit pada masa sekarang. Untuk membuang air pun kita terpaksa membayar 0.30 sen. Bergerak sahaja semuanya mesti ada duit, membayar tol dan minyak, makan dan minum. Kalau berseorangan mungkin tidak terasa, jika berkeluarga dengan belanja anak-anak mencecah RM500-700 seorang termasuk bayaran baby sitter, susu, pampers belum termasuk pakaian. Dua orang RM1000-1400 itu jika belum bersekolah, jika sudah bersekolah pasti perbelanjaan bertambah. apabila kos-kos ini meningkat pastinya pendapatan juga wajib bertambah pada setiap tahun. bayangkan kalau pendapatan hanya RM2,000 untuk isteri dan sama untuk suami dan digunakan untuk membayar sewa rumah, kereta, perbelanjaan anak, bil-bil lain apabila hujung bulan '0' malah terpaksa berhutang lagi.

"Eleh gaji laki bini ribu-ribu tak kan tak cukup?" ada juga terdengar individu berkata begitu. Memanglah tidak cukup sekiranya bekerja di bandar besar seperti KL, Penang, JB yang kos hidupnya sama sahaja. lainlah jika tinggal dikampung yang sewa rumah teres sekitar RM200 sahaja, tiada tol , malah perbelanjaan menjaga anak juga murah. gaji RM2000 ke atas tinggal di kampung sudah terasa besarnya. Jadi tidak boleh membuat perbandingan sebegitu.
Makanya terpaksalah bijak mencari wang sambilan untuk menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat dari hari ke sehari atau pergi jumpa bos dan minta dia naikkan gaji anda.

1 comment:

ennieva fauzi said...

aku suka tengok ko sekarang..muka ceria semacam..kawan2 pun dah ramai, bos baik...kemudahan semua ada..tinggal kita bagi yang terbaik je untuk company..syukur rezeki kita Tie..tapi, risau la plak berat badan makin bertambah sebab senang hati huhuhu