Sunday, January 17, 2010

cerita katak dalam sardin

Sebulan lepas aku ada terima email mengenai sardin Ayam Brand yang dikatakan dalam email tu mengandungi daging katak. Bila baca memang sangat meloyakan...dan aku bila tgk jer tin sardin pun terus jadi loya. Yerlah sebelum ini memang aku makan sardin Ayam Brand . Terus jer rasa nak stop makan walaupun sebenarnya tidak tahu kesahihan email ini dan minggu lepas terus jer dapat email ni...Alhamdulillah tidak benar seperti yang terdapat dalam email tu. Walau bagaimana pun tekak aku masih loya lagi mgkin mengambil masa yg lama untuk kembali menyentuh sardin dan makanan yang ada sardin termasuk juga sanwic.

Assalamualaikum.
Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kamimengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin DalamSos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima ituadalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakanproduk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahantidak HALAL seperti daging katak.
Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undangpemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakansemua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selaindari apa yang tertera di atas label produk tersebut.
Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam SosTomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada SenaraiPemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gamxanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.
Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkanHALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami diMalaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanyadibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan MackerelDalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005(SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co(KL) Sdn. Bhd.
Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkanpengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undangjenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakanterhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin danmuslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepadasesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkankebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantaremel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emelyang kami terima.
Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadapproduk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan ataumaklumat selanjutnya.
Wassalam.
Yang Benar,


Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

3 comments:

ANAKIRANA said...

kite mmg tak caya pon bila dpt emel tu..

tambah2 pasal milo tu..bukan setahun dua milo tu bertapak kat msia..
kenapa baru nk timbul cacing dlm milo,katak dlm sardin

sy ngn asben dah decide nk teruskan makan milo tu sebab...HALAL yg dikeluarkan oleh jakim tu..sapa yg bg status halal tanpa buat kerja ..dia la tanggung kat akhirat nnt

rynas said...

tu lah Ana saya dpt emal tu mmg tak caya langsung. tapi saya ni kan jenis penggeli sikit bila terbaca jer pun dh leh loyakan tekak. tapi milo tu saya minum jer sebab tak logik kan..even sardin tu pun rasa tak logik jg..tapi still amik masa nak makan balik.

Anonymous said...

aku ttp suker sardin... tp kalo aku bkk ada katak aku pengsan harus lah ...

nper x buat jer katak bersos cap ayam brand jer huhuhu