Tuesday, June 9, 2009

dah kahwin

Akhirnya tertunai juga hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan lama aku merangkap kawan sekelas sejak form 2 sampai ler form 6. Walaupun 060609 tadi mmg banyak kenduri sebabnya cuti sekolah, pastu tarikh tu pun mmg lawo jer..agaknya sebab tu ler org pilih tarikh tuh. aku pun sempat ler ikut mak pegi kenduri kat kg lepas tu dekat jam 3 baru ler ke rumah member aku ni. Nasib baik sampai jer orang masih ramai lega rasanya tak ler malu sgt.
Aku ni kalau member2 kahwin mmg suka dtg lewat2 pun bukan apa kalau dtg time orng makan atau sanding takda maknanyer boleh jumpa atau amik gambo. kalau dtg lewat2 sikit semua boleh. Aku bawa ler sekali mak dgn kak chak dan keluarga dia.

hahhahah first2 gambar ni mmg ler tak tahu siapa. tak dikenali bukan juga kaum keluarga atau sahabat aku. Ni suami aku ler ni pandai jer amik gambo..ntah sapa2 ntah. pandai plak pilih yang muda...pompuan tu plak control cun jer..
Ha tu dia nilah pengantinnyer..Noraini Lokman. tema hari tu hijau lumut
Sempat ler aku bergambo atas pelamin. Ini kalau dtg awal jgn harap ler nak bergambo atas pelamin ni nak tgk pelamin pun susah agaknya.

See bergambo dlm bilik sekali dgn pengantin lagi. Suami aku tak ada dia jd cameraman.

Ini brg hantaran drp lelaki kpd pihak perempuan. Lupa nak tanya berapa dulang semuanya. karang jd kepoci plak kan..
Ini gambar pelamin tema hijau dan gold. oklah sederhana sahaja sesuai dgn orangnya.

Nilah kak chak@kak Bib@Joyahglamer. Inilah penyeri suasana.kalau dia tak dak sunyi jer...
Baju kuning bonda tercinta. sembang-punya sembang rupa-rupanya 'Kulaan' Kulaan itu maknanya adik beradik atau bau-bau bacang. bahasa banjar. Yer rupa-rupanya aku ada bau-bau bcang dgn pengantin, baru tau..iskk..iskk..tak sangka pulak.
Inilah faedahnya membawa akak aku ini kerana dia boleh menyuapkan nasi untuk anak aku. banyak anak aku makan. hari tu ada dua kenduri..dua-dua dia makan banyak.
Ini Along anak buah aku, malu jer bila pakteh dia amikkan gambo. pemalu orang nyer..nak amik SPM thn ni..ttp tak per dia sgt pandai...InsyaAllah dpt yg terbaik.
Itu jerlah gambar2 masa kenduri hari tu. lepas tu Ahad pun pegi 3 buah kenduri. Memang kenyang makan kenduri jerlah aku balik kampung hari tuh. Cadangnya nak jalan2 ke Penang atau ke Lost World tambun, Ipoh pun tak sempat..rasa kejap jer 4 hari tuh.

kerja oh kerja

Hari ni memulakan tugasan selepas 4 hari bercuti. Mood bekerja juga masih belum 'mari' masih menyembunyikan diri. Mood oohh mood cepatlah kau datang mood oiii..
Masuk jer bilik tengok bahan-bahan atas meja, pandang komputer, pandang kiri, pandang kanan, (komputer pun dah berhabuk baru jer ditinggalkan tuannya 4 hari). aduh!!! banyaknyer keje yang perlu diselesaikan minggu ini. Hari ni pula dah start shooting pengantin bertudung untuk buku Pengantin Bertudung. Start hari nie sampai Jumaat dan bersambung ke minggu hadapan.

Selepas itu mencari bahan untuk buku-buku seterusnya. Makk aiii..banyak juga yer kerja yang perlu diselesaikan. Ingatkan boleh rileks...hahhahha..dah namanya pun bekerjakan mana boleh rileks. Harap-harap semuanya berjalan mengikut ontime lah yer. sebab sekarang ni kejapnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk Jun, lepas tu Julai, masuk Ogos dah puasa. Bila dah puasa ni produktiviti makin menurun sikit, bila semakin dekat nak raya semakin ler menurun, tahap kemalasan juga semakin meningkat, dah sibuk persiapan raya pulak (bila sebut pasal raya ni semnagt pulak cam budak2 gitu). Lepas tu dah cuti raya pula...bila cuti mana nak ingat kerja2 ni semua...bila naik cuti mood bekerja pula dah kurang, kena panggil mood datang pula.. sedangkan dateline semakin hampir..aduh..'mak pening nyah'

bila memikirkan itu semua..'tak boleh jadi' 'mana boleh jadi' kena lah 'pulun' dan 'gigih' drp sekarang kata org Kedah. beginilah kerja kalau mengikut dateline nak-nak kalau projek sekaligus lepas tuh dateline sekaligus...'mampus nok' pandai-pandailah nak hidupkan??? bukan senang nak senang pun kan..

Friday, June 5, 2009

coklat ehhh

Sambil menunggu driver nak balik kg ni jenguk2 ler dalam fridge tu apa-apa makanan yang wajib dimakan supaya tidak busuk apabila pulang ke kampung nanti. Ohh fridge saya sudah kosong tak ada apa-apa cuma ada coklat yang dah berkurun lama rasanya dalam peti itu.
Familiar betul coklat-coklat ni kalau saper pg Langkawi mesti tak mis beli. Ini pun baby sitter yang bagi masa dia pg bercuti kat Langkawi hari tu. banyak sebenarnya..tinggal ini jer. Itu pun dekat 2 bulan tak habis lagi.
Coklat kat bawah ni pulak dapat masa ada kursus pembuatan coklat kat office hari tu. Kalau tak silap chef amir yang buat. Buat sendiri tau coklat ni..dijamin halal sebab resipi orang Melayu. Rasanya mmg sedap dalamnya ada kacang, badam dan oren. Dulu-dulu waktu muda-muda saya mmg penggemar coklat kalau study tu coklat ada kat sebelah. ttp sekarang ni dah kureng sikit. agaknya itu petanda dah tua kot sebab budak2 jer suka coklat...hehhehe (wpun sebenarnya taklah tua sgt)

dapat parcel

Dua hari lepas aku terima kiriman parcel ni. Sepatutnya Isnin aku dah dapat dah...ttp rupanya disimpan oleh en ronnie. Sebab masa nak bg aku tak der kat bilik. Jadinya Rabu baru ler aku dapat. Ini first time aku order online kat jom shopping online selalunya kat manjaku sayang.

Aku sangat berhati-hati dan tidaklah ganas terus mengoyak kesemua kertas itu. see kat bawah ni sangat berhati-hatikan sampul surat pun tak koyak.
Tu dia...ada 4 helai baju semuanya. Satu overall, 1 jean, 1 t-shirt dan 1 kemeja. Semuanya untuk anak-anakku. Aku puas hati dengan kualitinya. Murahkan sesuai dgn kualitinya. Thanks yer suraya..hehhehe cam ler dia baca blog aku ni.

balik kampung

Hari ni bangun awal benor, 5.30 dah bangun. Sebabnya nak mengemas baju untuk balik kampung. Malam tadi tak sempat kemas ngantuk sangat terus tido. cadangnya nak bertolak awal pagi ler..hehhehe pagi saya ni taklah pagi beno. Jam 10 pagi kira awallah tuh.
Tapi kita ni merancang jerkan..tup..tup ada kematian kat kg hasben kat PD. Atuk sepupu kot gitulah kiranya. Kebumi jam 11 pagi. Tak best pulak rasanya kalau dia tak balik walapun sedara jauh, jadinya hasben sahaja balik sorang. dan lepas Jumaat karang barulah kami bertolak ke Parit Buntar. Mahunya petang jam 7 baru sampai rumah ni. Tak aperlah pandu perlahan-lahan, biar lambat asal selamat. Durranilah excited bangun pagi terus nak mandi dan pakai baju cantik, katanya nak lik kampung.

Thursday, June 4, 2009

mahu cuti

Semalam kan pagi-pagi lagi aku dah hantar borang cuti. Makk aiii baru nak hantar???Sebenarnya planning asal nak bercuti Isnin sahaja, jumaat tu tak nak ler tapi memandangkan kenduri tu sabtu malas nak terkejar-kejar balik JUmaat malam. Jadinya kami ambil keputusan bercuti pada Jumaat dan Isnin. Dua hari jer..selalu kalau balik kampung nun di Perak nun maunya ambik 4, 5 hari kalau tak penat badan jer. Tapi kali ni dua hari jer..mau simpan cuti raya tau..raya dah tak lama dah ni. So selamat bercuti untuk diri sendiri dan juga yang ada anak bersekolah dan turut membawa anak bercuti. Ohh ya...cikgu2 juga bercuti panjangkan??? bestnyer..selamat bercuti jugalah.

ice cream free

Orang kata rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari. Memang rezeki betullah petang semalam sebab dapat makan ice cream free. Bukan satu perisa tetapi empat semuanya. terima kasih ler F&N yang terkenal dgn pembuatan susunya ttp kali ni mencuba mengeluarkan ice cream pula.
Sebenarnya kotak ni untuk team Jelita aku ni menumpang makan jer..menumpang menyibuk juga. Riuhlah sekejap department atas tuh menjual ice cream. Nasib baik tak ada loceng...
Ingatkan sikit jer sekali buka jeng..jeng..jeng ada 4 tuperware semuanya.

Inilah perisanya ada Vanilla Cookie, mango, Choco dan tiramitsu. Semuanya sedap-sedap belaka. Lepas ni boleh ler beli ice cream keluaran F&N pula.
Antara pembelinya cik yam yang memang penggemar ice cream. Semua brand ice cream dia tau..kagum aku.
Pembeli kedua akak zeda ..amboi gigih betul cedok ice cream

Ini pembeli-pembeli seterusnya..laku betul jualan ice cream hari tuh. Department anjung seri pun merasa sekali. Kalu tanya aku, aku suka perisa vanilla ngan mango..coklat2 ni aku kureng sikit.

seksi tak saya??

Salam semua...
Seksi tak saya???

Janganlah ambil gambar saya, malulah..

Saya hanya memakai pampers sahaja

Lain kali kalau nak ambil gambar juga tunggulah saya pakai baju cantik, barulah handsome..

Tapi oleh kerana dorang nak ambil gambar saya juga, saya terpaksalah pose seksi dan macho..

jangan rasa nak muntah yer..terutama auntie2 di luar sana.

Tapi kalau nak muntah juga, muntahlah...

Saya hanya menurut arahan sahaja..

Tapi saya rasa ok pulak pose macam ni, cuma jgn dibuat selalulah...

Sudahlah...saya dah penat posing ni..saya nak mandilah..janganlah ambil gambar lagi


lunch semalam

N3 pagi ni dimulakan dengan gambar makanan yer. Tengah hari semalam, awal-awal lagi k.zeda dah cop aku, minta temankan ke Seri hartamas kerana nak ambil baju pengantin drp butik PIW untuk shoot cover Marsha hari ni. Aku pun on ajerlah..lg pun dah lama benar tak keluar-keluar ni. asyik terperap di opis saja. Janjinya jam 3 jadi kami lunch dulu di restoran mamak sekitar situ. banyak restoran kat sini maklumlah tempat2 org kaya dan berharta.

Inilah menu yang kami pilih. kalau dah mamak tu surelah aku oder briani..rindu nak makan kat Mahbob. tak perlah dpt makan briani kat sini pun kira oklah..
K.zeda order nasi putih berlauk
Aku pulak oder nasi briani bukhara ayam madu..wah..wah...kelas gitu

Ni lah rupa ayam madunya. nampak menyelerakan kan??? memang pun bolehlah diterima dek tekak ini. Lepas dah habis makan barulah amik baju, pilih-pilih semua jam 3.30 baru balik ke opis. kalau dulu-dulu gitu ler pg butik pilih baju, hantar baju...rindulah pulak..time tu.
sambil jalan tu aku tengak2 juga kalau ada restoran Korea, sebab ada member aku ni teringin nak makan makanan Korea. Ttp aku tengok semuanya nonhalal jer. Kena survey lagi ler nampaknya kalau main terjah jer bahaya ni..sekarang banyak halal tiruan.

Wednesday, June 3, 2009

Badak Berendam namanya

M3 hari ni mengenai kuih muih uols..kalau td kuih koci yang ni Badak Berendam pula...ehmm sedap juga nama tu. Kenapa dinamakan Badak Berendam ya? Mungkin pembuat kuih ini tahu asal usulnya. Nak kata macam badak tidak juga ttp bentuknya yang gemuk seperti badak dan direndamkan dalam tepung yang dimasak mungkin adalah sebab kenapa dinamakan badak berendam. Walaupun namanya agak buruk dan kalau difikirkan mengenai Badak seekor binatang yang besar dan gemar 'berkubang' istilah orang Kedah atau kata lain berendam dlm air menyebabkan akan hilang selera makan tetapi aku mmg suka dengan kuih yang berasal drp negeri cik siti wan kembang.

Mungkin rasanya yang manis dan lemak berkrim tambahan pula memang aku penggemar kuih muih manis seperti akok dan lompat tikam. Apa persamaannya ??? kedua-dua kuih ini drp Kelantan..dan lagi kedua-duanya bernama pelik tetapi rasanya sedap. Ada lagi jika dilihat akok sangatlah buruk rupanya, sebagaimana buruknya rupa begitulah juga namanya tetapi betullah kata pepatah don't judge the book by it's cover. Tetapi makan sekali pasti mahu lagi.

Inilah rupanya Badak Berendam yang aku beli di pasar malam, petang semalam. Rasanya berbeza sedikit drp yang pernah aku beli sebelum ini. Kuahnya agak pekat dan badaknya (3 biji bebola itu ler) keras sedikit sehinggakan aku makan sebiji dan terus mematikan mood aku untuk menghabiskannya.
"agaknya pembuatnya bukan orang Kelantan,"
"Hello, ingat orang Kelantan sahaja tahu membuat kuih ini,"

p/s: dah lama tak makan akok kat kedai kelantan area Pantai Dalam tu.

kuih koci dan kenangan bersama arwah

Kuih koci antara kuih favourite aku. Dan apabila makan kuih koci ni aku terkenangkan arwah ibu mertua aku yang meninggal dua bulan selepas aku berkahwin, february 2006. Arwahlah yang mengajar aku cara-cara membuat kuih koci sebabnya dia tahu aku memang suka kuih ni. Tetapi yang menjadi mangsa mencari daun pisang, memarut kelapa memasak intinya adalah anak-anaknya dan aku hanya diberi tugas membuat kuih ini sahaja dan selepas siap aku ler orang pertama yang disuruh makan kemudiannya dibungkus untuk dibawa pulang. kata anak-anaknya arwah sangat sayangkan menantu-menantunya. Kasihnya melebihi anak sendiri. Sayangnya aku hanya sempat rapat dan mengenali arwah dua bulan sahaja sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. ..Tidak sempat beribu mertua...

Sakitnya datang bagaikan ribut, dia mengadu sakit perut pada tengah malam kemudian dimasukkan ke hospital keesokan harinya mujur ketika itu cuti panjang tahun baru cina. Semua anak-anak pulang, termasuk aku yang merancang untuk pulang ke kampung di Perak tetapi terpaksa dibatalkan. Sekelip mata sahaja arwah dalam keadaan tenat, drp hospital Port Dickson kemudian dipindahkan ke hospital Seremban, ketika itu dia cuma menggunakan alat bantuan pernafasan sahaja. Doktor sendiri tidak dapat memutuskan sakitnya. Hanya diberitahu masalah usus. peliknya doktor juga tidak dapat membuat keputusan hanya membiarkan sahaja, dan membuat pelbagai ujian sedangkan arwah semakin lemah. Tidak lagi boleh berbual mata tertutup rapat. Tetapi aku masih ingat terngiang-ngiang di telingaku arwah ibu menyuruh aku pulang ke kampung, katanya kami sudah lama tidak pulang. aku eyakan sahaja.

Selain rawatan moden kami juga berubat cara tradisional, sebagai ikhtiar terakhir. Moga-moga kesakitan berkurangan, jika ada 'mengganggu' moga dijauhkan.

Malam ketiga selepas berubat, diberikan air penawar, arwah menunjukkan sedikit tanda, tangannya mulai bergerak. Suami aku sedikit lega, dan mengharapkan kelegaan itu berpanjangan. Masing-masing menunggu di hospital tidak berganjak termasuk aku. Silih berganti membacakan surah yasin sambil membasahkan muka dan badan arwah dengan air penawar dengan harapan arwah akan sedar dan membukakan mata. sekali sekala aku membasahkan tekaknya dengan air. namun tiada tanda arwah membuka mata. dia diam kaku di katil hanya nafas berombak turun naik di dada.

Ketika aku mengusap-usap tangannya, terasa jari-jemarinya sejuk dan sedikit membengkok. Memang aku pernah terbaca mengenai tanda orang meninggal yang semua anggota tubuhnya akan jatuh. jari tangan, kaki, telinga, hidung dan kening. Adakah ini tandanya??? aku memegang kakinya sejuk, juga jari jemarinya membengkok. Kemudian aku memandang wajahnya ada air mata mengalir menerusi kelopak matanya yang tertutup rapat, sakitkah dia, mulutnya seperti berair, aku terus menyapu dengan sedikit air, " ya allah..kau panjangkan umurnya...atau KAU bawalah dia pergi dgn aman jika itu terbaik baginya, janganlah KAU seksa dia lagi," cuma itu sahaja lafaz di dalam hati. Aku tidak dapat menahan sebak, dan hampir menitiskan air mata. tetapi menahan dalam diam. sambil mengucapkan lafaz, Ashhaduanlailahhaillahlah...' ke telinganya, aku gentar, aku takut...terasa malaikat Izrail di sebelahku bersama sakaratulmaut. Ketika itu anak-anak yang lain sudah tidur penat berjaga sepanjang malam cuma along sahaja di situ.

aku cuba memberitahu kepada along, gerak hati yang mengatakan ibu sudah tiada tetapi tidak sampai hati dan mulut bagai terkunci. Apatah lagi mesin pengukur gerakan jantung masih bergerak ...dan menunjukkan jantungnya masih berdenyut tetapi sgt perlahan. kemudian datang paman pakcik sebelah suamiku dia memegang ibu kemudian mengucapkan lafaz, "innalillah...ibu dah tak ada," katanya

memang anak-anak yang lain masih mengharap, masih berdoa, termasuk juga suamiku. Masih terngiang-ngiang dia berkata, "ibu masih ada..ibu masih ada, ibu belum meninggal..ibu akan sembuh," sedangkan hakikatnya dia sudah tiada pergi tanpa disedari...pergi tanpa sempat mengucapkan sesuatu untuk anak-anaknya. Pergi tanpa sempat menguntum senyum dan pergi tanpa sempat merasai kehangatan ciuman semua. Ketika azan subuh berkumandang doktor mengesahkannya yang ibu sudah tiada. Dia pergi selepas tiga hari sakit dan dia pergi sebelum aku sempat merasai kasih sayangnya.

Kehilangan yang cukup terasa bagi aku apatah lagi anak-anaknya kerana arwah pergi secara tiba-tiba. Hilang sekelip mata. Ibarat hari ini bertemu, bergelak ketawa tetapi esok sudah tiada. Sebulan juga suami ku resah, menangis apabila terkenangkannya, bermimpi menemuinya. Kata suamiku arwah ibunya suka memanjakannya, boleh tidur di atas ribaannya dan disuapkan makanan. Semua kenangan itu amat sukar dilupakan. Tambah pula kubur arwah ayah masih belum kembang kembojanya selepas ayah meninggal dua tahun lalu dan kini ibu menyusul. Pergi takkan kembali.

Walaupun aku sempat bersamanya hanya seketika tetapi aku puas kerana berpeluang menjaganya di hospital sepanjang 3 hari, melihat jenazah dimandikan, dikafan sehingga dibawa ke kubur.

Cuma apabila terpandang kuih koci membuatkan kenangan lama muncul semula, lantas aku teringat kepadanya..

AL FATIHAH moga rohnya dicucuri rahmat AMIN...

Tuesday, June 2, 2009

mama pam cucu

Kejadian ini berlaku dua malam lepas, sampai terkeluar air mata aku ketawa tengok gelagatnya. Mula-mula dia pegi dapur entah apa yang dicarinya lepas tu masa buka laci terus terjumpa pam susu aku brand Pureen tu. apa lagi teruslah dia menjalankan aktiviti mengepam susunya.

Mula-mula letak dia letak pam kat dada dia. sambil tengok Tv ni dan tunggu ler konon-konon susu dah keluar ler. Tak tahan tengok muka yg selamba giler tuh..hhehehhehe

Lepas tu agaknya lambat sangat kot keluar susu atau teknik yang salah, dia angkat baju dan letak pam susu kat dada pulak (pix ini sensored sikit yer hehhehhe)

Tak puas hati keluarkan balik pam pulak kat luar. Masa ni muka sangat excited ok
Dah penat berdiri, sambil baring pulak...adoi ya..anak aku. Aku tanya dia, " fatin buat apa tu?"
"pam cucu (susu) lah mama. Ni nampak ni cucu," sambil tunjuk pam susu tu kat aku.
"Mana ada susu,"
"Ada..ni nampak tak, pam cucu atin lah" sambil tunjuk pam tu kat aku.
Agaknya bila dah penat mengepam susu, tapi susu tak juga keluar-keluar dia pun dah bosan agaknya...terus pam susu tu bertukar menjadi microphone pulak. Mula-mula nyanyi lagu aku faham ler juga lagu 'rajin adik rajin, abahku pulang dr keje dgn lagu tepuk amai-amai'. Selepas itu keluarlah lagu Jawa dan Jepun dia hahhahha...
yang tak tahan tu minta kasut dan pakai kasut, malam-malam sambil nyanyi-nyanyi. taknak ler aku bg mulanya apa ke jadahnya nak pakai kasut, rupa-rupanya sebab nak nyanyi.
Dan akhirnya dek kepenatan terus tertidur dgn kasut tak dibuka, itu kasut lain pulak. sempat tukar uols..

makan di mana

Semalam balik seperti biasa tapi terus melencong ke kedai makan belakang Uniten ni. Terus order apa yang patut, bila makanan sampai jer tanpa menunggu lagi terus jer minum air tembikai tuh dengan lafaz, "Allahhummalakasum tu wabika amantu birahmatika ya Arrahmanirrahim,"
Selamat lah sudah satu hari aku berpuasa, asyik tangguh-tangguh jer nak membayar lagi 2 hari tu, akhirnya selamat jua.
Nasib baik Fahim duduk dalam baby chair ni tak meragam elok jer makan kerepok sambil menunggu nasi.
Bila nampak nasi sampai dia yg sibuk dulu nak bangun, konon2 nak makan ler bila suapkan baru ler duduk dgn sopannya

ni air tembikai pembuka selera. Kalau puasa ni mulalah keinginan macam-macam mula2 cakap ngan hubby nak makan ikan bakar, tomyam bla..bla..bla.. keinginan melampau betul. Siap request nak makan kat ikan bakar kat Bagan Lalang lagi. Huhuhu..mmg ler tak tercapai impian tu.
Jadinya kami makan di kedai biasa saja. Masa pun dah suntuk...masa order dah jam 7.30 dah. Oleh kerana bukan kedai ikan bakar jd order yg biasa-biasa saja. Sup campur feberet,
Kembung masak pedas, kangkung goreng belacan, telur dadar ngan ulam jer.
Jadinya ada hutang lagi satu hari, InsyaAllah akan dilangsaikan minggu ni. Lepas tu bolehlah kalau nak buat puasa sunat. latih perut supaya tak terkejut bila sampai Ramadan. Kejap jer dah nak sampai Ramadan balik, pastu raya..yahuuu..(sungguh kurang sopan nampaknya ingt raya dulu)

Monday, June 1, 2009

berhenti kerja

Selalu kita dengar ayat-ayat begini apabila seseorang wanita yang belum berkahwin dan mempunyai keinginan untuk berhenti kerja dan dia berkata kepada sahabatnya yang sudah berkahwin

" Ko tak aperlah dah kahwin kalau nak berhenti kerja pun boleh ada orang tanggung"

aku rasa tidaklah semua wanita dikurniakan suami yang dapat menanggung makan, minum, pakai, hutang piutang serta perbelanjaan isteri apabila isteri berhenti kerja. Lainlah kalau dari mula lagi isterinya memang tidak bekerja aku rasa bolehlah sebab tak payah nak adjust lagi kehidupan. Tapi kalau sejak dari awal isteri memang sudah bekerja kemudian berhenti kerja dan suami menanggung sepenuhnya memang susah di situ. Sebab apabila dua-dua bekerja masing-masing dah ada tanggungjawab. Suami bayar yang itu..isteri bayar yang ini. Walaupun gaji isteri tidaklah sebanyak mana pun, dan begitu juga suami tapi bila dah dicampur bersama bolehlah dibahagi untuk membayar bil, sewa dan hutang piutang. Jadi kalau isteri berhenti kerja dan suami terpaksa menanggung semuanya memang menjadi beban kepada suami.

Tapi kalau berkemampuan apa salahnya. AKu pun nak juga duduk rumah goyang kaki, jaga anak tapi dapat income tiap bulan seperti mana kita bekerja.
Ohh syok aper..duit gaji pegi shopping jer. Kalau begitu barulah boleh mengeyakan seperti ayat di bawah ini..

" Ko tak aperlah dah kahwin kalau nak berhenti kerja pun boleh ada orang tanggung"

Tapi best ker kalau tidak bekerja?????

beli yang murah sajork

Akhirnya dapat juga saya memboloskan diri ke South City Plaza untuk jualan gudang Poney. yang membuatkan saya terasa rugi, "kalaulah tak pegi sale ini kerana harga baju-baju sgt murah" kalau lama lagi mau setiap hari saya pegi. Ttp ongkosnya sahaja tidak cukup.

Masa saya pegi tu pintu belum buka lagi ttp org ramai dah beratur panjang nak masuk. Bila pintu buka jer merenyut-renyutlah cam semut hitam menghurungi makanan. Saya terus sahaja ke bahagian pakaian RM5 dan rembat apa yang padan untuk Durrani dan Fahim. Masuk jer semua dlm plastik beg (yg dibekalkan) kemudian baru pilih nak beli yg mana.

Yang buat saya geram bila ada ler mak-mak Arab yang dah memang besar2 ni main tolak-tolak jer..pastu asal kita amik dia pun terus ambik juga...hangin jer ttp biar jerlah baju banyak lagi buat apa nak berebut. Rambang mata saya jadinya membeli di situ, yerlah baju yang harga RM50-69 berharga RM9-12. Saya amik baju yang harganya dr RM5-20 sajer...dptlah semuanya dlm 15 helai termasuk underwear untuk Durrani. rasanya sgt berbaloilah pegi hari tuh walaupun terpaksa beratur panjang ketika sesi membayar..ttp mujurlah tak bawa suami mahupun anak-anak...sale2 ni tidak harus bawa mereka. Susah nak membeli..minta duit jerr...

Oh ini bukan beli di sana yer..jgn salah sangka. Kasut sport ni saya beli di kedai sekitar office ni. Ada jual barang baby yang reject ttp berjenama. Harganya RM10 jer..cantik tak???


Inilah modelnyer..model kaki jer


Ini pun kasut yang dibeli di kedai itu juger..harga RM10 sajerkk..saya cari yang murah2 jer.


Ohhh ini dia modelnyer. masam jer muka sebab saya paksa dia bergambar. dia kalau gambar candid tak apa uols...ttp baju tu kurang kena sikit dgn kasut tu. Ini untuk ambik gambo jer.


Inilah brg yang saya beli di Poney hari tu. Ini underwear yg dia usung ke sana ke mari. suka beno kalau beli underwear baru. asyik nak pakai yg baru jer.
ada dua skirt, jean dan kain biasa dan seluar slack. Skirt jean itu ler paling mahal RM20 sajorkk..

Ini baju Durrani dan fahim yang saya beli harga paling murah RM5 paling mahal pun RM12 jer.

jadi kalau ada jualan2 gudang ni elok ler pg sebab harganya mmg murah bebenor. Tambah-tambah nak raya ni kan. Dengar juga masa membeli tu org2 dok bercakap, "Raya nanti anak-anak kita pakai jenama Poney jerlah ekkk?"alah tak kisah pun brand apa janji cantik dan murah.

kalau nak tau saya suka membeli baju baby kat:
- Maju Junction kat factory Outlet sebab kat situ banyak baju baby yang branded ttp dijual dgn harga murah. Harga dr RM5, kalau yang lebih RM5 beli satu percuma satu.Rambang mata sehhh dtg sini. baju org dewasa pun banyak.

- Ikano Power center, Branded shop situ lagi banyak. Brand GAP, Osh Kosh, Old Navy, Carter, Gymboree, harganya dlm RM10-20. kalau pandai cari RM5 pun ada.Guess pun ada ttp mahal sikit ler.

- Kat office saya nilah dalam faber..murah bebeno kat sini RM5-RM10, brand GAP ttp reject.

- Online pun banyak jual baju branded ttp dlm harga RM5-20, kalau nak yg mahal pun ada terpulanglah.

- Hari tu pg Ampang point ngan Aton ada juga kat situ. Ttp saya jarang ke sana.

- Dalam midvalley pun ada..ttp tak ingt nama kedai sebelah dgn Lovely Lace..ttp tak selalu dapat murah kdg2 jer sale.

- Yang terakhir dekat pasar malam bandar Baru Bangi ni dekat Shell. Baju mmg murah2 Rm5 sehelai. Brand Baby Kiko, gymboree, lain2 ntah ape ntah..buat pakai basahan elok benor ler.

Ada juga yg tak nak beli brg2 reject ni terpulanglah pada individu ttp setakat ni kualiti mmg bagus, ala cuma reject sikit2 jer. Kita pun tak perasan kat mana. lg pun baby cepat membesarkan..pakai kejap ajer dah tak muat.

aktiviti hujung minggu

Ahad tadi ada makan-makan kat rumah abang di Gombak, jadinya dapur tidak berasaplah. Sampai rumah dia dah jam 2 petang, makan-makan, sembang-sembang tengok dah jam 6 petang terus jer balik Bangi. Aku tak sempat ambil gambar Fahim asyik menangis jer. Lepas ni ke rumah aku pulak...apa menunya ya???

Opsss...nak cerita aktiviti Durrani Ahad tadi, sejak dua menjak ni rajin benor anak dara aku ni. Nak basuh pingganlah..nak sapu sampahlah nak lipat bajulah..aku biarkan jerlah. Walaupun pinggan kena basuh balik, sampah jadi bersepah...baju yg dilipat kena lipat semula, tak perlah asalkan jangan dia nangis sudah huhuhuhu.
Ini pagi Ahad tadi..dia tengok sampah biskut adik dia makan terus ambik penyapu dan sapu.baju pun dah senget-senget ...comot bebeno. Dah macam maid jer ekkekekke
Tapi bukan makin bersih makin bersepah adalah..bila sampai hujung sampah dah tercicir ke mana ntah. Alahai...

Lepas tu malamnya masa aku lipat baju dia pun sibuk juga nak melipat.
bagi juga ler walaupun senget-senget. yang dah aku lipat dia pun nak lipat lagi..aduhlah dua kali kerje jadinya.
Inilah hasilnya..bolehlah bg markah 2/10.